----

----
----

Saturday, December 31, 2011

umur makin meningkat ni, sambut new year kat rumah je lahhh

sekejap je dah habis setahun. baru je sambut birthday ke 27 hari tu.... tak tau nak harap kan apa untuk tahun 2012 ni. aku cuma harap perkara yang gembira aje. sebab tahun 2010 dan 2011 memang sangat menguji aku.

serius aku cuma harap kan perkara yang gembira je. doakan aku gembira, ya!

note: aku ada apply master in comp science. kalau tak dapat, anggap lah aku takde lg rezeki untuk beberapa tahun ni. sebab kalau tak dapat, aku plan nak mengandung lagi. hehe

bye. jumpa tahun depan ye.

Monday, December 12, 2011

Nak berbahasa tu, elok-elok lah...

Secara tiba-tiba pagi tadi aku telah membuang masa. rasa menyesal pulak pegi baca blog orang tu, dengan komen-komen dia sekali. ada satu blog ni entah dari mana aku dapat link, dok sedap la mengutuk rupa paras seseorang. gemok la..mata sepet la..pendek la.. macam kau dok maki-maki ciptaan Allah. ye lah..kau kan cantik. cantik ke?

maki-maki kan perkara biasa dalam dunia blogging. ah! macam tak biasa. aku tak kisah pun budak tu nak maki siapa-siapa. sekurangnya jujur. tu kata dia lah. like i care la kan. tapi yang macam buat aku tertanya-tanya tu, para pengkomen blog itu. kalau nak nasihat ke..tegur ke..marah ke.. sila buat secara berhemah. buat secara orang yang ada pendidikan. contoh:

"bawa bertaubat la dik...ciptaan Allah tu.."
"adik,kita tak baik kutuk2 orang taw. kalau nak kutuk, jgn la specific sangat..." (eh. boleh?)

tapi, kebanyakan orang yang komen tu tulis macam ni. contoh:

"fuck u! ko ni islam ke tak?"
"woi pompuan bodoh! kau tau tak berdosa kutuk2 orang! bla bla...( siap bagi hadis)
"kau ingat kau cantik sangat?hidung kembang!"

...dan banyak lagi...

amboiii... kalau kau nak marah, marah lah betul-betul. jijik pulak aku baca, bila kau nak tunjuk baik, dalam masa yang sama kau keji, maki dia. oooo...dia berdosa kalau kutuk ciptaan Allah. kau tak? kau tanya dia islam ke tak, tapi kau dok fuck fuck dia. dia salah, kau tak salah la?

alang-alang nak maki dia, biar maki sampai dia pengsan. jangan masuk kan nama islam dalam makian ko. kalau nak nasihat, nasihat baik-baik sampai dia terduduk. jangan masuk kan maki dalam nasihat kau. kan senang. benci betul aku dengan orang yang suka campur adukkan hukum.

--------------------------

“Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar”.

Seriously, get a life!

Monday, December 05, 2011

Petang yang damai, terasa mengantuk..

Hari ni mama cuti lagi. Banyak sungguh cuti tahun ni. Cuti bersalin 2 bulan. Cuti masa Aiman meninggal 15 hari. Cuti alia demam campak 7 hari. Semua cuti-cuti tu bukan aku nak pun, tapi dah kena cuti. Lepas tu ada yang perli-perli pulak. Kau takda cuti bersalin, boleh la ko bising. Anak kau sihat walafiat, tak meninggal, tak sakit, sedap je nak perli-perli aku. Aku tak boleh blah betol dengan orang yang suke perli-perli, cakap-cakap belakang. Nak je aku doa dia kena macam yang aku kena. Boleh?

Tapi aku tak lah macam dia pun. Paling koman pun, aku mengadu kat roommate, En.Temmon. Kalau dulu, selain dari en.rommate, aku selalu mengadu dengan makcik noni. tp sekarang ni makcik noni jauh sangat. Time dia pun tak sama dengan aku kat malaysia ni. payah nak mengadu emo-emo.

Dan, hari ni...aku cuti lagi. Kau nak perli ke, nak emo ke kat sana, ada aku kisah? Bukan kau bagi gaji aku pun. haha. Minggu ni aku cuti penuh kecuali hari Rabu. Sebab hari tu ada event dekat planetarium, kl. Ok la kena masuk KL dari kena outstation kat Taiping 3 hari. hohohoho

Aku still cuti ni sebab Alia tak sihat betul lagi. Kalau hantar nursery pun, diorang akan suruh balik. Takut pula jangkit demam campak kat budak-budak sana. Kalau korang pun, mesti lah taknak kan kalau ada budak yang ada sakit yang mudah berjangkit berkeliaran dekat anak korang kan. Kan? Tu pasal la kena cuti lagiiii...


Ni lah Alia dengan tompok-tompok di wajah. Takpe lah anak. Penyeri muka tu. Biji-biji tu dah kering, jadi dia jadi gatal 1 badan. Kesian tengok tergaru-garu. huhuhu


Sekarang ni pulak, susahhhh sangat nak makan nasi. Sampai aku tak tau nak masak apa. Dia cuma suka roti dengan biskut. Asyik makan tu je, kenyang ke? Nasi goreng pagi tadi dia tak nak makan, jadi aku masak lah bihun. Boleh la jalannnn...huhuhuhu



Ini satu pencapaian baru. Alia suka makan ubat. Bila ajak makan ubat, laju je lari ke peti ais. "Nak! Nak!"... "Emmm..dap!" Pelik aku. Sebelum ni aku dengan En.Temmon kena pegang kaki tangan nak paksa makan ubat. huhu..

Ok lah. Mama harap Alia cepat sembuh ye. Mama sangat suke cuti dengan Alia. Tapi mama kena masuk ofis. Kalau tak mama stress kena perli. Mama tak nak la dapat darah tinggi pulak lepas ni.

Bawah ni gambar Alia waktu umur 1 tahun 7 bulan, dan umur 2 tahun 2 bulan. Makin cantik anak mama. Kalah la mama.....

Tuesday, November 22, 2011

3 tahun aku bersama kamu, mmg gembira.

Assalammualaikum..

emo gila aku dan en.temmon tengok bola semalam. kalau lawan team lain,maybe lah tak emo sangat. ni lawan garuda. wajib lah emo. haha. bila dah menang tu,dah setel sorak bagai, terus aku naik bilik, buka karton kat alia, lalu aku baring2 nak tidur. mata dah ngantuk sangat, tapi gigih nak tunggu detik 12 malam sebab nak wish anniversary kat en.temmon. dah 3 tahun kitorg kawin, rasa macam baru minggu lepas g try baju nikah. *haha boleh?*

mata aku dah terkebil-kebil tahan ngantuk. tepat je kul 12am, dgn mata dah sepet2 nak tido, gigih juga aku wish. "happy anniversary lalingg"... bole pula dia jawab, "kite kawin bukan kul 12 pagi. lalala"

boleh?
dengki la tu sebab tahun ni aku menang. sebab aku wish dulu.. ape-ape pun, harap2 bila kita sama2 dah tua nanti, tak terlupa la tarikh ni ye. kalau dah nyanyuk pun, harap la still ingat tarikh ni. 22/11 bukan susah nak ingat pun..tp sebenarnya, bab tarikh or nombor, aku la yg susah nak ingat. hehehe...

dalam 3 tahun ni, banyak betul suka duka yang berlaku. dan sejujurnya, aku takkan kuat tanpa kamu. dan aku harap, apa yang akan berlaku akan datang, perkara yang gembira sahaja. perancangan untuk masa depan kita, harap lah semua tercapai.

untuk suami... sebagai manusia, mmg kamu tak sempurna. tapi di mata dan di hati aku, kamu adalah paling sempurna. kamu lah yang paling kacak. kamu lah yang paling baik. kamu lah yang paling sweet. (err..tahun ni takda dinner2 macam lepas-lepas ke?) haha

kerana kamu, anak kita sungguh cantik. harap anak-anak seterusnya cantik dan kacak seperti aku pula. hahaha. ok bai.

note: yang aku ajak kamu pergi durham tu, aku main2 aja. tapi kalau betul, alangkah indahnya!

note 2: semoga kita sempat menyambut anniversary seterusnya...anniversary ke 10, ke 20, ke 30, ke 50...ke 70....jika tak pun, harap kita kekal hingga ke syurga.

Saturday, October 01, 2011

update dari aku

Assalammualaikum..

sudah 3 minggu anak lelaki aku pergi.. tapi setiap hari masih terasa kehadiran dia. Allah bagi pinjam sekejap aje, 3 bulan setengah, tapi aku bersyukur Dia bagi kesempatan.

ramai orang tanya apa perasaan aku. apa aku nk jawab? aku sendiri tak tau. yang boleh aku jawab...
kalau dulu aku rasa hidup aku penuh. lengkap. bahagia. sekarang pun aku still rasa benda yang sama. cuma..ada rasa kosong sikit. ada yang kurang. bila teringat jadi sedih. bila tak teringat rasa salah. sudahnya apa yang aku buat jadi tak puas. seboleh bolehnya aku taknak ingat, nanti menangis lagi. tp seboleh boleh nya aku taknak lupa. mana boleh aku lupakan faris aiman.
itu yg aku rasa sekarang...

aku byk rujuk pd orang yang penah kematian anak, sebab orang yg penah alami je akan faham... selebihnya, aku hargai. bertuah aku ada keluarga dan sahabat yang sangat mengambil berat. terima kasih semua. aku doakan menda ini tak berlaku pada kamu semua. dan aku doakan agar Allah pinjamkan orang2 yg aku sayang lebih lama lagi, sekurangnya sampai aku mati... itu doa dan harapan aku.

aku malas nak tulis punca kematian kerana bg aku itu semua sebagai penyebab. ajal maut Allah dah tentukan, takkan cepat atau lewat sesaat pun. itu yang tersurat..cuma kadang2 sebagai manusia biasa, lahir juga perasaan marah. dendam. tapi aku cuba pujuk hati. sekurangnya aku ada saham di akhirat nanti..cuma aku harap hati aku ikhlas untuk redha dan memaafkan.

setiap hari aku rindu sangat pada arwah. setiap hari juga aku bercakap dgn dia,seolah olah dia tgh tgk aku dari sana.... tunggu mama ye sayang.

pada yang ambil berat, aku dah ok ye..boleh lah bergurau seperti biasa. cuma bila ditanya pasal arwah dan nursery lama dia, kadang2 aku jadi sebak sikit. biarlah aku yang bercerita. tak perlu ditanya. oh dan satu lagi. jgn lah pandang aku dengan wajah kesian ye. aku jd lemah kalau begitu pandangan kamu. pandang dan berbual lah seperti biasa.. aku betul2 dah ok. yang pergi, biarlah pergi. yang hidup ni masih tak tau nasib nya...

hari ini mama di kedah. nanti mama pergi melawat ye...

Wednesday, August 10, 2011

salam ramadhan uols..lambat skit wish.tertinggal tren kekdahnya.

Assalammualaikum & salam ramadhan. Wah. Motif jadi skema?

Dah 10hari puasa. Kalau ikut kalendar islam, alia dah pun genap 2 tahun. Ingat lagi masa aku beranakkan beliau masa ramadhan,lepas bersahur.. Lepas tu, cirit birit aku ganti puasa 20hari,kauu..

Ramadhan tahun ni aku jadi supermak. Tp bkn versi nasha aziz la.. Dia tu lawaaa.. *tetiba*

Nak tau perkembangan anak bongsu aku? Sekarang ni beliau bongsu lagii laa..tahun dpn,xtau la. Wakaka. Perkembangan faris aiman ni tidaklah mengecewakan, malah membanggakan. Kau bayangkan, baru 2 bulan, berat dah 6kg. Haha. Memang kuat minum budak ni.. Supermak niii la dok pump hari hari pagi petang siang malam tanpa jemu. Kalau kat ofis, agak tengahari tu time aku pump, konfem terlena. Sambil bersila, ternganga lak tu. Hodoh betul. Sebab tu ramadhan ni jadi mencabar sikit. Punyalah dahaga, sampai siapa2 bawa air mineral dpn aku pun, rasa macam nak maki. Boleh? Selalunya dalam bas lah. Selamba je kau togok air dpn aku. Aku ni dahaga tau tak? Huhu

Oh ya. Aku naik bas.
Sbb majikan aku baik hati, ofis hour kasi habis kul4.30pm. Tepat 4.30, mencanak canak semorang keluar menggelupur nak balik sgt. Sampaikan nak turun ground floor pun kena naik atas dulu, sampai level 17. Aku level 5 je. Masakk la kau dlm lif tu..
Hari first dan second puasa, aku drive. Punya la jammed, sampai nak keluar parking pun dah setengah jam. Jammed kat jalan pulak, highway lagi, sudahnya kul6.30 baru sampai rumah. Budak2 kat nursery terpaksa la overtime. Sbb nursery tutup kul5.30.. Alia aku tak kisah sgt kena overtime, dia dh biasa. Wakaka. Aiman yg aku kesian, takut lapar, susu kat nursery habis. Minum air kosong je lahh.
Jadi, next day, aku merempit ngan en.temmon. Ok la, dpt sampai kul6. Tu pun sebab hujan. KL ni kan boleh tetiba je hujan..tu yg tak jadi merempit esoknya. Last choice, aku naik bas je lepas naik lrt.. Kalau nasib baik, sempat lah naik bus kul5, 5.45pm sampai rumah. Nasib tak baik, 6.15 baru sampai. Tp xpe, budak2,en.temmon dh amikkan..takde la aku stress nak harung jem segala. Huhu balik tu, mood baik la sikit nak masak.

Ye..aku masak..
Menu simple je lah tapi. Dalam 3 lauk je cukup..tak penah lg beli lauk kat bazar, lagi2 ada kes keracunan tu. Takut haku. Kadang2 kalau memang tak sempat sgt, beli ayam percik kat ayamas je. Lg senang. Hoho
Time bersahur pulak, mmg aku tak terjaga. Tp nasib baik ada housemate kejutkan. Hehe
Sbb malamnya, penat nak tunggu 2 budak ni tido. Kadang2 alia nangis malam sbb nak tido sekali, taknak babycot. Kadang2 aiman tetiba nangis. Mimpi la tu.. Tu yg jadi mengantuk gila.. G ofis pun terhuyung hayang..kalau masuk lambat, ada pakcik tua membebel.. Bla. Bla. Bla. Bosan.

Eh. Tetiba dah ngantuk. Bye.
Ntah ape2 punya entry. Janji ado. Kau hado?!

Friday, July 29, 2011

Mencari Penyewa Rumah~

**Update: Rumah sudah di sewa. Terima kasih.

Salam,

Alhamdulillah rumah yang di beli berkat hasil usaha dan titik peluh kami sekeluarga, siap dan dah ambil kunci. Rumah location kat bandar puteri klang. Jauh? A'ah, dari subang dekat 20min gak la. Dari bandar puteri klang ke cyberjaya 35 min gak la kalau santai..

Tapi buat masa ni ingat nak sewa.. eh ada yang bertanya kenapa? Meh aku cerita skit..

Arwah ayah aku tak kasik rumah Subang (rumah dia) ni kosong, dia cakap biar ada orang duduk, tidak rosak nanti rumah tu. Aku pikir, better aku stay dah abang sulong cakap dia nak pindah (btw abg aku beli umah seblah umah aku kat bandar puteri tu). So, aku berpikir baik aku sewakan kepada kenalan kalau ada yang nak duduk kat situ.

Apa yang best pasal rumah tu?
  1. Dekat dengan Jusco Bukit Tinggi yang besar gedabak tu..
  2. Ada balai polis sendiri kat situ..
  3. Ada branch AmBank (bank lain nanti insyAllah ada gak kat situ)
  4. Ada Caltex, mcd (senang)
  5. Ada klinik bersalin (siap ward lagi)
  6. Sekolah bakal naik sebelah rumah aku beli..
  7. Surau bakal naik belakang rumah aku beli..
  8. Rumah aku beli tu duduk kat jalan mati, so tak banyak kereta lalu..
  9. Jiran melayu, sebelah abg aku, sebelah lagi pun melayu..
  10. Rumah tu tanah 20x75, binaan besar, ada dry and wet kitchen siap
  11. Bilik semua leh sumbat la queen kalau nak, ada 4 bilik dan semua bertingkap dan direct access ke bathroom
  12. MyMart (mydin) ada kat situ
  13. Kete dua biji leh sumbat..
  14. Rumah tu baru~!
Memang sayang kalau dipikir2kan, tapi kalau pesanan arwah macam tu, aku tunggu la adik2 aku berjaya dan kalau derang nak duduk KL aka rumah subang ni, baru aku ingat nak gerak pindah ke Bandar Puteri Klang..

Bile boleh sewa? erm, after raya, i mean 1st august leh duduk la kalau mau..

Berapa sewa? Kalau ikut kat rate sewa rasanya mahal gak situ, tapi kalau kawan2, leh nego till let go, better low rate and renter tu jaga la kan..

Nih hah sikit gambar aku ambil dari mudah.my .. harga rumat tu skang kalau nak jual rm430k~rm450k.. :D


Depan umah..



View ruang tamu dari pintu masuk, nampak dry kitchen, pintu belakang tu ke wet kitchen



Master bed room, cadang nak pasang cermin antara tempat shower dengan lobang jamban tu.. :P


Regards,
TeMMon~

Wednesday, June 22, 2011

Selamat sebulan faris aiman!

Sejak dah berjaya mendownload aiman pada 22 may hari tu, memang dah tertutup pintu hati aku dengan dunia blogging ni. Hehe. Ok tipu. Sebenarnya tak sampai seru lg nk update,lgpun penat nak mengadap blog,baik layan movies. Buat rugi je mendonlod beratus ratus muvie kalo xlayan time berpantang ni kan..

Ok. Kembali ke topic asal. Hari ni dah 22/6/11. Aiman dah genap sebulan. Makin ensem beliau. Wah! Sapa lg nak puji kalau bukan mak sendiri. Hehe.. Masa lahirkan aiman adalah sedikit hazab.. Sebabnya aku lupa macamana rasa sakit nak bersalin.. Boleh?

Ahad pagi tu,dalam kul 12am aku dah terasa sakit2 dah.. Tapi macam malas nak amik kisah. Nak tidur pun kejap2 terjaga sebab sakit perut contraction, tp sebabkan takda air ketuban or darah yang keluar lg, aku rilek je dulu, sampai lah jam 4 pagi, dah tak tahan, duduk hujung katil menahan kesakitan. Cadang mmg nk kejutkan en.temmon, tapi kesian kat alia pulak nak kena g hospital pagi2 buta. Huhu. Tapi kul 4.30 pg, en.temmon terbangun tido, so kitorg decide nak g hospital tapi gerak pelan pelan. Time tu jugak la baru nak packing baju mama dan baby. Huhu. 5 pagi kitorg sampai hospital, aku tggu en.temmon kat pintu masuk sementara beliau cari parking,tp tetiba aku rasa nak beranak sgt dah, terpaksa lah naik sendiri cari nurse. Tak rela aku kalau tetiba masuk paper esok ada orang beranak dpn pintu masuk sjmc. Huhu. Bila naik je,terus nurse bawa ke labour room, check pintu rahim, rupanya dah 9cm kauu. Nasib baik tak terberanak kat rumah. Terus nurse call doktor. Sementara nk tunggu lagi 1cm tu, nurse bg aku sedut dadah gas tu tp time tu aku dah jadi tak reti nk sedut.. Time aku nk beranak tu, en.temmon kena jaga alia kat luar,sbb dia taknak kat nurse. Huhu. Terpaksa la beranak sorang2. Doktor sampai kul 5.20, kul 5.30 aku dah beranak. Kejap sangat. Sbbnya, dadah tu tak sempat nak serap sepenuhnya dlm bdn aku, rasa sakit tu buat aku lg gigih meneran. Kali ni memang rasa betul2 time baby tu keluar..time alia dulu tak rasa apa2 sbb dah lalok. Byk sgt sedut gas. Huhu. Time aiman ni seolah2 aku beranak tanpa bius. Sakittt tapi puas. Hehe

Lepas beranak tu, dekat 2 minggu jugak aku tak boleh duduk. Jahit banyak sgt.. Macam2 cara aku try nk hilangkan sakit tu. Telan pain killer, telan active fast, tungku kt luka, taruh minyak angin..last2 aku sapu gamat, dalam 3,4 hari hilang sakit. Legaaa. Baru lah boleh jalan2 tgk tv kt bwh, kalau tak, terbaring je 24/7. Gila bosan plus sakit berdenyut denyut. Hoho.
Sekarang ni, dah sebulan pun. Dah nak habis pantang dah.. Alia pun aku angkut sekali blk kampung. Letih gak jaga 2 budak bila time sorang2.. Nak harap kan opah je, sian beliau. Makcik2 alia boleh la tolong mandi kan dia..salin pampers..pastu main kejap.. Pastu dua dua hilang dlm bilik. Ampehh.. Kalo dua2 tido, dpt la rehat skit. Kalau takk..jenuh nk layan. Alia tu aku hadapkan je laptop cite kartun.. Tu yg aku xdpt nk hapdet blog. Guna henset mana feel.. Laptop tu dh jadi dia punya. Sampai la kul 12 malam. Baru tau nk tido.. Aiman pulak kul 4pagi dah bgn. Sampai azan subuh. Wowowo. Bila gua dpt tido? Nk tgk muvie lg.. Baca novel lg.. Nan hado! Huhu

Ok. Dah la. Nak pujuk alia tido jap.. Sementara opah jaga aiman.. Daa..

Note: semoga ayah mertua aku cepat sembuh. Boleh main dgn cucu2.

Sunday, May 29, 2011

Faris Aiman~

Salam,

Sepertimana yang semua tahu (dan ada yang belum mengetahui), alhamdulillah, aku dikurniakan rezeki lagi, kali ni anak yang di kasihi dan disayangi. Faris Aiman. Mak Tok yang bagi nama. Mama ngan Abah dah lama nak aim untuk letak Aiman sahaja, tapi mama tercair dengar Faris Aiman.. :D

Ok, cakap banyak tak mau.. Jom tgk gambar.. sekeping je dulu .. (tgh tunggu pak lang datang KL untuk syot yang lebih DahsyAt~!



Nama saya Faris Aiman Bin Mohd Aizat. Berat waktu lahir 3.42kg. Waktu lahir 5.26 pagi Ahad, 22/5/2011. Saya tak ganggu mama saya sangat time mengandung. Pecahkan air ketuban pun slow2, supaya mama tak curiga saya akan keluar. Saya ambil masa mama 30min ja dalam labour room. ;)

(Semuga menjadi anak yang Soleh~!)

Regards,
TeMMon~

Wednesday, April 20, 2011

Selamat Hari Lahir, suami.

20.4.2011

Hari ni adalah birthday en.temmon... Kali ke 3 sambut sebagai laki org. Eh,laki aku la..., kali ke 2 sambut sebagai bapak budak.

Sepanjang hidup dengan beliau, memang takda rungutan dari aku. Wahaha. Tapi gaduh gaduh manja tu ada la.... Sedangkan batu di jalanan pun tersepak, ini kan pula laki sendiri. Eh. (Maafla.. tersepak kamu malam semalam, nasib baik sempat gi toilet. hahahaha)

Sekarang ni,en. Temmon sedang sibuk merancang sumber ekonomi untuk keluarga. Memandangkan anak anak pun dah bertambah, tahun depan tambah lagi...tahun depan depan tambah lagi....kata nak 7 orang, kannnn... wahahahha... Jadi beliau sekarang ni sangat gigih. Patik hanya mampu doakan kamu berjaya, ya.. Patik, Alia serta adik jadi pom pom girl dan pom pom boy je lah ye..

Cukup lah di sini. Aku cuma nak ucapkan:

Selamat Hari Lahir
Senyum senyum selalu
Sihat sihat lah selalu
Semoga panjang umur dan murah rezeki
Sayang kamu!

Semua tu ayat biasa orang wish birthday kan. Haha.
Semalam dah ajar Alia cakap "Hepi besday abah". Mula-mula je beliau layan, lepas tu beliau lupa pulak. huhuhu... takpe lah. Balik kang kita nyanyi pulak. hohoho

Habis.

Oh ya! Besday u time gaji tak masuk lagi da.. Wrong timing. Tunggu bonus 2 minggu lagi ye. Lalalala... Buat masa ni, bagi kasih sayang je lah ye.. Teeheee...

"Abah...hepi besday! Hari ni balik awal ye.." <- Adik dlm perut cakap sambil mama breakfast makan nasi goreng..

Habis lagi sekali.

Thursday, April 14, 2011

Entry mengisi masa lapang

Tau tak apa benda yang paling aku risau kan time mengandung?
...serangan si mengkarung!

Ni bukan mengkarung yang macam cicak atau sesumpah tu. Yang ni sakit kat kaki. Time dia tarik tu, rasa nak tertanggal 1 kaki. Huhu. Aku pun hairan kenapa serangan ni selalu kena kat orang yang mengandung. Selalunya asyik nampak orang bersukan je kejang kaki. Apa pulak persamaan orang bersukan dengan orang mengandung. Mushkil aku.

Masa aku pregnant awal2 trimester dulu, en.temmon ada la ura ura nak kena anta g india. Aku redo je la. Takda la pulak nak risau, sapa nak hantar aku g hospital? Sapa nak teman time aku beranak? Sapa aku nak kontek kalo emergency? Sapa nak belanja aku breakfast mcd? Eh.

Yang aku sangatt risauuu, sapa nak tolong aku time en.mengkarung serang? Takkan nak suruh alia. Takkan nak suruh aunty nor jiran rumah?..

Nasib baik beliau tak jd pegi india. Haha

Zaman aku anak dara dulu, mak aku selalu kena.. Selalunya time tidur. Mak dengan arwah abah aku dulu suka lah sangat tidur depan ruang tamu. Elok juga lah,sebab boleh teman aku tengok tv time malam malam buta. Kadang2 time tengah syok tengok tv, mak aku tetiba jerit.

"Abang! Kaki! Kaki!"

Sambil tunjuk kat kaki. Abah aku dengan mamai,mata terpisat pisat, pasrah je urut kaki mak aku. Tolak tolak tapak kaki. Picit picit. Sampai sakit tu hilang. Aku yang kat sofa terkejut kera,tapi tengok je lah. Aku mushkil, sakit sangat ke sebab macam nak menangis dah mak aku. Pelik pelik..

Bila aku mengandung kan alia dulu pun, selaluu sangat kena. Sakit oOoo.. Lagi sakit dari beranak. (beranak kan pakai bius. Tak sakit pun. Haha). En. Temmon la jadi mangsa tolong betulkan kaki aku. Kalau sorang2, memang sampai pagi lah aku meraung.. Bila mengandung anak ke dua ni,aku semakin berjaga jaga. Kalau time mengeliat ke, aku kena slow slow. Kalau tak, memang kena dah..... So,kali ni baru 2 kali aku di serang. First, masa aku ajar alia buat tarian kaki. Sambil baring,aku suruh dia angkat kaki kanan, sambil pusing2 hujung kaki. Dia pasrah je ikut. Tetiba, terus mengkarung tu serang. Tak tunggu dah, terus aku jerit minta tolong kat en.temmon. Yang mendatangkan marah, beliau siap gelak2 lagi sambil urut. Alia pulak macam hairan.

'Apehal mak aku ni,tadi ajar menari, ni dia yang jerit.'

Haha. Kelakar muka alia time tu. Yang kedua,kena semalam. Tengah2 malam tadi, aku bangun nak slow kan aircond, baru nak capai remote, diaaa datangg lagii... En.temmon lg jadi mangsa. Mamai2 dia tarik aku suh bangun, urut2. Pasrah je beliau. Alia pulak terus terbangun tido. Maap la.. Mama bising sikit semalam. Awak mengandung nanti, awak pulak jerit2 tengah malam. Suruh laki awak urutkan ye. Wahaha..

Ni, sampai sekarang sakit kat betis aku ni. Risau pulak aku kalau kena time drive sorang. Memang masakk la aku kalau kena...

Thursday, March 17, 2011

.....Perlu ke tajuk?....


Assalammualaikum,

Pernah tak kau keliru bila tiba tiba kau rasa left alone? Pernah tak kau sedih bila tiba tiba kau jadi lone ranger? Pernah tak kau buntu bila tiba tiba kau rasa tiada siapa di pihak kau?

Mungkin masa tu kau fikir semua orang tak perlukan kau lagi. Mungkin masa tu kau akan fikir semua orang sedang pulaukan kau. Mungkin juga kau fikir tiada siapa berpihak pada kau lagi. Apa kau akan buat?

Cerita aku dulu:

Aku : "Benci lah..."
Kawan : "Kenapa?"
Aku : "Semua orang pulaukan aku."
Kawan : "Orang pulaukan kau atau kau yang pulaukan mereka?..."

Itu cerita dulu.

Kadang kadang bila kita rasa tersisih, sebenarnya bukanlah mereka puncanya. Tepuk dada tanya selera. Mungkin kah kita yang silap? Manusia kan sering elak mengaku salah. Eh!

Kadang kadang juga, kita lupa kita masih ada yang sayang.


Gambar dicuri dari sini


Golongan golongan yang aku sayang. Family. Friends. Love. Ah! Jangan lupa golongan AWESOME. Harap kau juga dikelilingi golongan-golongan ini.

Tiba tiba hati jadi cerah.


Thursday, March 10, 2011

Malas letak tajuk, boleh?


Teknologi banyak membantu kita, kan? Tapi kadang kadang teknologi banyak menyusahkan. Anak anak muda sekarang ni berlumba mengejar teknologi. Sampai mereka ni lupa banyak benda yang tercicir. Aneh bukan? Terlalu taksub kadang kadang melalaikan.


Monolog dalaman : ”Bukan kau budak IT kah?”

Aku : ”Betul.”

Monolog dalaman : ”Kenapa benci sangat pada pembaharuan? Bukan kah ini bidang kau?”

Aku : ”Bila aku benci? Aku cuma tak nak terlalu taksub.”

Monolog dalaman : ”Apa maksud kau?”

Aku : ”Tak perasan? Pandang lah sekeliling”


Dunia sekarang penuh dengan pembaharuan. Tak macam dulu. Kalau dulu, setiap malam lepas habis prep di sekolah, public phone tempat paling utama. Beratur sampai boleh cari gaduh. Sekarang? Jarang agaknya nak guna. Perubahan baik di situ. Buruk gaya nya bergayut siang malam di public phone, Bukankah lebih enak bergayut di mobile sahaja siang malam sampai terlena? Eh. Macam tau situasi ni.


Mobile phone semestinya yang paling canggih, Apa kelas setakat pakai 3310? Hoi. Itu handphone aku zaman belajar ye. Handphone yang paling gagah yang pernah aku ada. Jatuh 800 kali pun takde hal.


Kawan 1 : ”Hello”.

Kawan 2 : ”Helloooo”

Kawan 1 : “Call aku balik. Kredit kering.”

Kawan 2 : Dang! &*^#


Apa barang guna handphone mahal baiiii...


Jangan salah faham. Aku bukan anti pembaharuan. Malah aku suka. Sebab memudahkan. Manusia kan suka benda yang mudah. Jangan hipokrit. Bukan itu yang aku mahu ketengah kan. Aku Cuma kasihan kan seorang rakan yang menjadi mangsa kerakusan teknologi. Ayat tak boleh belah.


Gadis : “Aku rasa boyfriend aku curang lah.”

Aku : “Apa buat kau fikir begitu?”

Gadis : “Dia tipu aku. Kata ada di rumah tapi sebenar nya di KLCC”.

Aku : “Mana kau tahu?”

Gadis : “Foursquare bagi tahu.”

Aku : “Siapa Foursquare?”

Gadis : $%^%&^%^*


Haha. Sadis sungguh. Malu aku sebab tak tau Foursquare. Bukan benda penting yang perlu aku ambil tahu. <- Ayat cover. Tapi bagi sesiapa yang rasa tak nak kantoi dengan girlfriend, mak, ayah, cikgu, awek, bini, sedara mara... jangan lah mengada nak guna benda alah tu dengan alasan nak ikut trend.


“Semua orang pakai, baiii..Kau apa tahu?”


Uhuks. Ya. Memang aku tak tahu. Tapi yang aku tahu, kalau aku nak merompak rumah kau orang, aku boleh check kau orang ada kat rumah atau tak. Tak pun kalau A Galak (bukan nama sebenar) nak mengendap anak dara kau orang, dia boleh tahu mana mak bapak budak ni berada, senang nak atur plan. Lagi mudah kalau Sukarno (bukan nama sebenar) nak meragut kau orang.


‘Ohh...Suparti (bukan nama sebenar) ada di maybank. Aku mau merampok lah’.


Kan mudah begitu.


Nasihat aku untuk kawan aku, tanya lah sendiri dengan boyfriend kau. Jangan serkap jarang. Mana lah tau foursquare silap kot. Mana lah ada teknologi yang sempurna. Eh!


Note : Jangan dedahkan diri anda pada penjenayah, juga pada stalker. Juga pada kekasih yang anda curangi. Buruk kesannya.


Habis di sini.

Wednesday, March 09, 2011

Hari ni...

Malam semalam aku mimpi kan arwah abah lagi. Untuk kali ke berapa, aku sendiri lupa. Yang pasti, arwah yang dalam mimpi aku, hadir dalam keadaan yang sihat dan ceria. Tiap kali aku mimpikan arwah, tak pernah aku ceritakan pada sesiapa. Hanya dengan teringat pada kenangan dah buatkan aku sedih, apetah lagi nak bercerita pasal arwah. Aku belum bersedia. Paling kurang pun, aku luahkan pada alia.

Aku : "mama rindu tok la.."
Alia : "mamma."

Haha. Aku tak pasti alia faham atau tak. Tapi respon dari dia sering buat aku lupa untuk bersedih. Itu yang aku perlukan. Sekurang kurangnya.

Hari ni pula, aku dapat mms dari cik poni.



Kalau arwah abah masih ada,begini lah pandangan dari belakang. Memang serupa. Terus terang, aku tengok gambar ni 2 kali saja. Pertama, sewaktu terima mms. Kedua, sewaktu nak publish ke blog. Sadis bukan? Ya. Aku memang tak mampu nak tengok mana mana gambar arwah. Gambar gambar dalam handphone pun aku takut nak belek. Aku takut menangis lagi. Kalau aku tengok pun, hanya sekali imbas. Memang sedih, kau takkan faham.

Teman : "kau macam nak lupakan dia terus."
Aku : "sumpah tak."
Teman : "habis,kenapa kau tak mahu ingatkan dia lg?"
Aku : "siapa bilang aku tak ingat?"
Teman : "kau sering mengelak bercerita pasal dia."
Aku : "kau tak pernah rasa kehilangan.."

Kadang kadang aku keliru. Bukan aku mahu lupakan, tapi kalau aku teringat, hati aku jadi pedih. Sakit. Kosong. Cukuplah aku menangis dulu. Aku bukan ego. Bukan hipokrit. Cuma aku tahu batas kewarasan fikiran dan kerapuhan hati aku. Kau apa tahu?

Sudah lah cerita pasal ini.
Buat masa ini, aku perlukan kegembiraan dan keseronokkan dalam hidup. Keluarga. Aku cuma perlukan mereka. Oh,kawan baik dah aku masukkan dalam kategori keluarga. Jangan pandai pandai terasa pula. Haha. Kerja sudah tidak menyeronokkan. Ops,bkn kamu wahai rakan sekerja. Kamu pun jangan terasa. Kawan kawan di pejabat sangat menggembirakan, termasuk bos saya. Kamu jangan jeles ye. Bos aku izinkan aku tidur setengah jam setiap hari hanya kerana aku mengandung! Baikkan? Aku suka bekerja dengan bos yang begini walaupun aku selalu berharap dia cuti. Haha. Keji.

Tapi, sungguh. Kerja sekarang buat aku tertekan. Tak tau kenapa. Jadi aku sudah merancang agenda lain demi masa depan aku. Dan juga sedang berusaha. Tolong lah permudahkan semua.

Sudah lama kan blog ni terbiar usang. Kadang aku simpati pada blog. Aku datang ketika marah dan sedih dan kecewa. Selebihnya, aku abaikan beliau. Maaflah. Tapi kadang kadang aku perlu luahkan pada sesuatu yang tak akan membidas balik. Alia sudah pandai membidas. Jadi,aku kembali beralih arah pada blog. *tetiba*

Alia, bila kamu dah besar nanti, dah pandai main internet, jangan asyik facebook dan twitter saja ya. Porno pun jangan sesekali. Lawatlah blog mama aje. Akan ada cerita tentang kamu. Cerita betapa sayangnya mama pada kamu.. Dan juga adik. <- *tetiba lagi.*

Dah habis.

Tuesday, February 22, 2011

Kalau sesapa terasa, sila keraskan hati.

Aku tak ada masalah dengan perempuan yang merokok. Lagi lah tak ada hal dengan lelaki yang merokok. Bagi aku, sihat ke, sakit ke, bil hospital masing2 tanggung.

Tapi, kalau perempuan yang merokok tu, berbaju kurung, aku dah pandang rendah. Apetah lagi kalau bertudung. Haha. Aku tak hormat orang begini. Sama lah dengan orang yang pakai skirt pendek-nampak-parut-di-lutut dan bertudung. Lagi tak hormat.

Ok. Cukup lah. Jangan ada yang terasa pulak. Ini pendapat peribadi. Tapi kalau terasa juga, boleh jalan. Buruk ah weh, pakai baju kurung + tudung tapi merokok! Choiii.

Monday, January 10, 2011

adoi. Jgn la lompat atas perot mama.

Ini draft malam tadi daaa..

--------------------------------------------------


Alia dah besar rupanya. Dia bkn lagi baby girl yang nak asyik tak boleh tinggal, yang asyik nak meriba je, yang asyik nangis je, yang asyik menyusu setiap 2 jam. Alia dah besar.

Alia dah boleh ckp sikit sikit.
"mama"
"abah"
"jatuh"
"tutup"
"three"
"busuk"
"cicak"
"nak"
"tak mau"
"jom"
"lechum lechum" (lagu burung kakak tua)
Yang lain tu dalam bahasa jerman dia lah. Aku tak habis belaja lagi bhs jerman. Haha

Yang pasti, dia faham apa yang aku cakap. Patuh sungguh. Suruh dia berdiri, duduk, tidur, minum susu, makan, tgk tv, pegi main, menari, ambil remote, ambil pampers, bukak baju, buka seluar, kiss.. Mcm2 lah..

Bila time aku make up, sibuk nk jugak. Lipstik, bedak, blusher. Fuhh. Bila berebut,konfem aku kalah. Habis bedak aku pecah, lipstik kena korek, berus blusher ada bwh katil. Huhuhu. Tp beliau tetap adorable. Skang ni tgh sibuk taruk krim kat perut aku.. Pastu tepuk tepuk sampai adik jaga. Boleh pulak dia g panjat perut sambil hentak2. Igt ai kuda? Haha. Esok adik dah keluar, jgn korang bergaduh dah la..

Ada member aku tanya, tak penat ke jaga budak kecik? Jawapan aku:
"penat la woi...tp sumpah best!"

Time baby mmg penat. Menangis aku ngan en.temmon berjaga sampai 4 pagi. Lagi2 time baby demam muntah2,batuk2. Lg penat. Tapi sekarang, makin senang nak jaga dah. Suka. Suka. Suka.

Ok. En.temmon dh abis main rubic cube. Alia hampir2 jatuh katil. Eloklah aku berhenti di sini. Bye.

Note : spek mata aku dah patah. Alia buat. Xxx ada cover spek mata kan? Huahuahua

entah apa apa

Dah 3 hari aku dekat bangunan baru. Yang best nya, tempat aku agak strategik kalau nak tido. Tapi yang tak bestnya, jauh la pulak nak menapak ke lrt. Cafe pun tak byk kat sini. Nak pegi meeting pun jauh gila. Adehh.

Dan yang paling tak best nya, sampai hari ni aku still takut masuk toilet sorg sorg. 1st day kat sini, makcik cleaner dah cerita hantu kat toilet. Pastu aku g pulak tengok cerita mirror adik aku bg. Dah terbayang bayang kat cermin. Dah la daya imaginasi aku tinggi. Adehh..

Note : sekarang terasa nak terkuncit la pulak. S**t!

Saturday, January 01, 2011

Hai Hai 2011, Bye Bye 2010

Selamat tahun baru..welcome 2011...

Aku tak ingat apa yang menarik dalam tahun 2010. Yang aku ingat, abah meninggal 26/10/2010. Yang lain, macam susah nak recall.

Anyway, banyak betul suka duka tahun 2010. Aku cuma mengharapkan 2011 lebih menggembirakan. InsyaAllah....

Azam aku tahun ni, biarlah rahsia. Sebab kalau tak dapat achive pun, aku boleh bawa ke tahun depan secara senyap-senyap. hehe

Apa pun, harap azam kamu semua tercapai.

Dah habis.