----

----
----

Monday, January 21, 2013

Euro Trip Day 8 - Vienna, Austria (31/8/2012)

Mari sambung entry di Vienna.
Memandangkan tak sempat ke Venice main bot sambil sambil berangan diva, maka kami terus gerak ke Vienna, Austria. Perjalanan nya macam dari Kedah ke Johor, 8 jam, tol EUR 5 (RM 19.83) 
Oh penat! Memandangkan aku hanya tidur dalam kereta, jadi tak ada tips lah. HAHA.

Oh. Hampir terlupa. Kalau memandu di Vienna, setiap kenderaan wajib beli sticker highway ye, harga dalam EUR 7. Rasanya valid untuk 2 minggu kalau tak silap. Sticker ni kena beli dekat RnR atau petrol pump after dah masuk Austria. Sebenarnya, boleh je kalau tak tampal sticker ni, cuma kami taknak ambil risiko kena saman. Dah la negara orang, kalau kena saman, kan boleh mencalarkan hati. Tak nak itu berlaku sebab kami nak bergembira. HEHE

Kami ambil hotel Time Out City Vienna, 84 EUR (RM334) untuk satu malam. Semua hotel budget yang kami tidur semua OK. tak ada masalah. Cuma tandas nya tak ada paip. Biase laa.. Orang kampung tak selesa la nak berbisnes kalau tak ada paip kan. huhuhu. Benda ni biasa la, kat KLCC pun tandas takda paip tapi agak sukar la sebenarnya sebab aku kan bawa budak yang pakai pampers. Susahhhhh nya laaa nak basuh. T______T

Apa-apa pun, mari layan gambar.


Pemandangan Italy. Ni masa nak keluar dari Pisa


Ini di highway Italy nak ke Vienna. Kena lalu Venice. Tapi tengok je lahhh. Nanti ai datang lagi ye Venice. Ai nak naik sampannnnn..
Di Vienna, suhu sejuk. Tak sama dengan italy. Kami cuma pergi Schonbrunn Palace dengan Hundertwasserhaus je. Kawasan Schonbrunn tu sangat lah luas. Ada Privy Garden , Gloriette, The Star Pool, Roman Ruin, Obelisk Fountain dan Maze. Tapi satu pun kitorang tak masuk. HAHA. Kami cuma berlegar-legar di perkarangan istana tu aje. Lagi pun hujan renyai-renyai. Kejap berenti, kejap hujan. Maka kami pusing-pusing je lah. HewHewHew.



Tempat parking adalah jauh sikit. Lepas tu kena menapak la. Nak cari tak susah, memang ada signboard. Waktu ni hujan sikit-sikit. Sejuk...
En Temmon seronok nampaknya bergambar dengan patung seksi iteww
Perjalanan ke istana tu masih jauh. Mari bergambar dulu.
Bergambar lagi...
Hoyeh.. Dah sampai.
Ramai yang jogging pusing istana ni. Luas la katekan. Yang aku ni, bejalan pun semput. Adehh
Walaupun hujan, tapi tetap ramai.
Cukup-cukup lah tu. Jom balik.
On the way ke parking, singgah park kejap.
Dekat sini pun ada orang jogging. Tak sejuk ke?
Cari kedai makan dulu before naik kereta.
Lepas puas berjimba kat Schonbrunn Palace, kami pergi Hundertwasserhaus pulak. Memang dah lama aku teringin nak ke Hundertwasserhaus ni. Cantik bangunannya. Berseni. Unik. Tapi nak cari tu agak susah. Kalau tak pakai GPS, memang tak sampai. Lagipun bangunan ni bersembunyi di antara bangunan-bangunan. Pandai-pandai la kau, noks.


Baca lah sendiri.
Cantik tak? Heee...
Peace.
Kedai souvenir.
Tak ada apa, cuma bangunan je...

Puas hati dah bila dah jejak kaki di sini.
Di Vienna, kami spend EUR 24 (RM 99) untuk souvenir. 
Lepas ni, terus bertolak ke Prague, Czech Republic. Prague sangat cantik!!!!

Sambung nanti. Daaa..