----

----
----

Wednesday, February 06, 2013

Euro Trip Day 14 - Scotland, UK (6/9/2012)

Edinburgh, Scotland! 
Time summer pun sejuk, kalau time winter macam mana laaaa. Aku ni stress sikit kalau sejuk melampaui batas. Dasar tak layak dok obersi.

Hari ni checkout awal, dan terus malawat tapak secara suka hati. Tak ada itenary.
Jadi, kami mulakan dengan mencari parking. Sini semua parking kena bayar. Kalau tak, memang kena saman lah.


I love Scotland!
Ini duit Scotland. Dekat sini kena pakai duit Scotland. Tak sama dengan duit pound kat England tu.
Lepas park kereta, kami pun berjalan ikut kaki je. Tengok-tengok kawasan dan cari kedai souvenir yang murah sambil hirup udara segar.


Bangunan purba
Jap lagi kita panjat atas tu yer
Alia breakfast epal je
Hoyehhh
Belakon je ni. tak beli pon...
Tak dpt bergambo dgn pondok talipon kat London, kat sini pun okkk.
Sebab awal pagi, maka orang tak ramai lg
Bangunan semua lebih kurang je
Menyusuri tepi tepi kedai
Lagi bangunan bangunan
Mood dia baikkk je
Mood mama pun. hahaha
Lagi bangunan
Dah sampai Beirut. hahaha
Cik Noni takda pun, kami berjaya tangkap gambar bertiga.
Abah pun nak interprem
Sambil-sambil jalan ni kami singgah tesco beli breakfast (beli roti je)..Lepas tu survey kedai makan untuk lunch nanti. Kedai halal memang banyak gila. Pandai-pandai lah pilih.
Sebabkan main jalan je, maka tak tau itu apa.
Ini pun i tak tau
Rehat jap
Rehat secara berjemaah
Alia kutip sampah.
Dan buang ke bawah. Sigh..
Masa jalan-jalan tu, setiap lorong kami masuk. Sebab selalunya kedai souvenir kat lorong-lorong ni lebih murah. So, akhirnya jumpa lah kedai dekat hujung lorong yang memang agak murah, walaupun tak banyak mana pun beza. Kami berabis dalam GBP 144 (RM 688) untuk t-shirt dan souvenir. Nanges!

Lepas beli belah, kami pun belah. HAHA. tak lawak.

Lepas tu, terus mendaki Edinburgh Castle. Tak ada lah teruk sangat mendaki, tapi semput juga lah. haha
Edinburgh Castle
Setelah mendaki bukit
^__^
Jalan keluar
Alia sejuk, tapi takmo kena peluk.
Berjaya pelok
Lepas penat mendaki, kamu terus kebulur. Dasarrr.. So, terus menuju ke kereta dan pergi kedai makan yang kami dah survey tadi. Kalau ikutkan aku ni, konfem la tak jumpa kedai tu...tapi En Temmon kan teror. Sekejap je jumpa. Kedai tu siap ada car park lagi. Murah pulak tu. Cis.

Makan kat Mosque Kitchen ni sedap gila. Tak tau la sebab memang sedap or sebab aku dah lapar. Tapi nasik dia panas-panas memang menggiurkan! Total GBP11. Murah kan?

Lepas lunch, kami tapau kebab untuk dinner dekat kedai Kebab Mahal tu. Takut balik nanti tak jumpa kadai dah... Tapi tak berapa sedap laa.. Mahal pun mahal. huhuhu


Melantak di Mosque Kitchen. Abaikan muka ai yg kebuluran.
Kebab mahal ni tak berapa sedap. hohohoho
Ada masjid belakang Mosque Kitchen
Lepas zohor, kami pusing-pusing dulu area Edinburgh dan En Temmon tanya nak pergi Glasgow tak? Ai ok je bangggg...

So, ke Glasgow kita. Perjalanan dalam sejam je. Tapi sebab kan Alia lena tak nak bangun-bangun, kami bergambar dari dalam kereta je. huhuhu


Glasgow, Scotland
Glasgow lagi.
Akhirnya, tidur.
Selepas dah puas bergambar, maka tiba masanya kembali ke Durham. Wuuuuu... Cik Noni dah risau sebab call tak dapat-dapat. HAHAHA. Kami terlupa kan kamu sebab seronok sangat.

Esok pusing-pusing area New Castle dan Durham pula. Dan lusa dah nak balik Malaysia. Sedih!!!

Note: Seronok sebab tak payah buat entry dah!

No comments: