----

----
----
Showing posts with label Europe trip. Show all posts
Showing posts with label Europe trip. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Euro Trip Day 15 - NewCastle & Durham, UK (7/9/2012)

Cak! Lama sungguh ai tak hapdet. HAHA. Sila maafkan. Tuan rumah baru balik bercuti di Sabah. hehe. Nanti ai update trip Sabah pulak ye. Trip Sarawak, kalau ai rajin, ai update. 

Mari lah sambung entry lepas balik dari Scotland. 
Esoknya, Cik Noni tak dapat ikut lagi untuk pusing-pusing newcastle, so, kami anak beranak je lah pergi merayap. Tapi Cik Noni dah siap tuliskan tempat yang mesti pergi sekali dengan kordinat. Cemerlang. Jadi, kami pun pergi membawa diri...

Kawasan perumahan rumah Cik Noni

Tempat melawat sekitar New Castle dan Durham

Tak susah mana pun nak cari Stadium St. James Park ni. Aku sebenarnya tak paham kenapa kena pergi stadium ni. Bukan best pun. HAHAHA.


Jadi, cukup lah sekadar jalan-jalan cuci mata. Kalau orang tanya, boleh lah cakap. "Ohhh..dah pergi dah tempat tu.." Boleh?


Dah sampai stadium

Map. Walaupun tak paham. HAHA

Bukan peminat, tapi boleh laaa

Pakcik ni, ai tak tahu laa minat ke tak..

Macho la tu

Lepas dah jalan-jalan, mari survey barang shopping. Boleh la beli untuk kawan-kawan. Sekali kau, harga mahal gila. After convert duit Malaysia laaa. HAHA. Jadi kita beli untuk anak dan anak sedara je lahhh..

Dekat sini beli baju baby 1, baju toddler 2, dengan kasut sport Alia, total RM 164. Huuuu..


Shopping!

Anak abah malas jalan. Tak kuasa mak nak layan

Lepas tu, kami ke Millenium Bridge pulak. Tapi anak dara tidur lena, maka tak dapat lah nak berjalan dekat dengan jambatan tu. Dari jauh pun boleh..


Millenium Bridge: Jambatan tu boleh turun naik kalau kapal nak lalu..kate Cik Noni laaaa

Anak tidur dalam kereta, mak pak berjimba

Malas nak jalan dekat dekat sana.
Lepas tengok Millenium Bridge ni, kami dah tak tahu nak ke mana, so decide nak kembali ke pangkal jalan. Balik ke Durham kutip Cik Noni. Tapi masa on the way back tu nampak lah macam ada benda besar gila ala-ala angel nak terbang. Maka, kena singgah. Rupanya itu adalah Angel of The North. Bapak besar. Atas bukit pulak tu.

Angel of the North

Besar gileee.

Cuaca best. Boleh tido.
Dekat sini, baring-baring jap..tidur-tidur ayam jap..lepas tu terus balik rumah nak amik Cik Noni bawa ke Universiti beliau. Nak buat ape tah..Nak tunjuk Uni dia la teww.

Alia, kalau awak masuk Durham University ni besar nanti, awak cari lah van ini ye, anak...

The Uni

The faculty
Seronok ye...belajar pandai-pandai. Nanti mama boleh dtg sini lagi.

Mama pun nak jugakk

After setel segala urusan, kami pun terus ke Durham City untuk cuci mata dan lunch. Cik Noni nak belanja kebab falafel katanya. Dapnya dapnya. Tapi lupa nak snap. Dasar....

Memandangkan kereta nak kena pulangkan, kami tak sempat dah nak jalan mana-mana lagi. Sebab cadangnya nak ke tempat pengambaran Harry Potter kat area situ, tapi apakan daya. Kekangan waktu.


Durham town

Depan rumah kak fizah.

Jalan-jalan sekitar perumahan

Woh. Jumpa taman!

Mainan fave Alia. Mama naik, kejap je pening. Stress!



Eh? Abaikan

Hebat giler. Panjat tinggi wooo

Ada orang pegang rupanyaaa. -___-

Ini lorong rumah Cik Noni

Depan rumah Cik Noni. Saja bagi beliau rindu
Ok. Begitulah tamatnya hari di Durham. Esok jam 10pm dah nak fly balik KL. Sobs.

Wednesday, February 06, 2013

Euro Trip Day 14 - Scotland, UK (6/9/2012)

Edinburgh, Scotland! 
Time summer pun sejuk, kalau time winter macam mana laaaa. Aku ni stress sikit kalau sejuk melampaui batas. Dasar tak layak dok obersi.

Hari ni checkout awal, dan terus malawat tapak secara suka hati. Tak ada itenary.
Jadi, kami mulakan dengan mencari parking. Sini semua parking kena bayar. Kalau tak, memang kena saman lah.


I love Scotland!
Ini duit Scotland. Dekat sini kena pakai duit Scotland. Tak sama dengan duit pound kat England tu.
Lepas park kereta, kami pun berjalan ikut kaki je. Tengok-tengok kawasan dan cari kedai souvenir yang murah sambil hirup udara segar.


Bangunan purba
Jap lagi kita panjat atas tu yer
Alia breakfast epal je
Hoyehhh
Belakon je ni. tak beli pon...
Tak dpt bergambo dgn pondok talipon kat London, kat sini pun okkk.
Sebab awal pagi, maka orang tak ramai lg
Bangunan semua lebih kurang je
Menyusuri tepi tepi kedai
Lagi bangunan bangunan
Mood dia baikkk je
Mood mama pun. hahaha
Lagi bangunan
Dah sampai Beirut. hahaha
Cik Noni takda pun, kami berjaya tangkap gambar bertiga.
Abah pun nak interprem
Sambil-sambil jalan ni kami singgah tesco beli breakfast (beli roti je)..Lepas tu survey kedai makan untuk lunch nanti. Kedai halal memang banyak gila. Pandai-pandai lah pilih.
Sebabkan main jalan je, maka tak tau itu apa.
Ini pun i tak tau
Rehat jap
Rehat secara berjemaah
Alia kutip sampah.
Dan buang ke bawah. Sigh..
Masa jalan-jalan tu, setiap lorong kami masuk. Sebab selalunya kedai souvenir kat lorong-lorong ni lebih murah. So, akhirnya jumpa lah kedai dekat hujung lorong yang memang agak murah, walaupun tak banyak mana pun beza. Kami berabis dalam GBP 144 (RM 688) untuk t-shirt dan souvenir. Nanges!

Lepas beli belah, kami pun belah. HAHA. tak lawak.

Lepas tu, terus mendaki Edinburgh Castle. Tak ada lah teruk sangat mendaki, tapi semput juga lah. haha
Edinburgh Castle
Setelah mendaki bukit
^__^
Jalan keluar
Alia sejuk, tapi takmo kena peluk.
Berjaya pelok
Lepas penat mendaki, kamu terus kebulur. Dasarrr.. So, terus menuju ke kereta dan pergi kedai makan yang kami dah survey tadi. Kalau ikutkan aku ni, konfem la tak jumpa kedai tu...tapi En Temmon kan teror. Sekejap je jumpa. Kedai tu siap ada car park lagi. Murah pulak tu. Cis.

Makan kat Mosque Kitchen ni sedap gila. Tak tau la sebab memang sedap or sebab aku dah lapar. Tapi nasik dia panas-panas memang menggiurkan! Total GBP11. Murah kan?

Lepas lunch, kami tapau kebab untuk dinner dekat kedai Kebab Mahal tu. Takut balik nanti tak jumpa kadai dah... Tapi tak berapa sedap laa.. Mahal pun mahal. huhuhu


Melantak di Mosque Kitchen. Abaikan muka ai yg kebuluran.
Kebab mahal ni tak berapa sedap. hohohoho
Ada masjid belakang Mosque Kitchen
Lepas zohor, kami pusing-pusing dulu area Edinburgh dan En Temmon tanya nak pergi Glasgow tak? Ai ok je bangggg...

So, ke Glasgow kita. Perjalanan dalam sejam je. Tapi sebab kan Alia lena tak nak bangun-bangun, kami bergambar dari dalam kereta je. huhuhu


Glasgow, Scotland
Glasgow lagi.
Akhirnya, tidur.
Selepas dah puas bergambar, maka tiba masanya kembali ke Durham. Wuuuuu... Cik Noni dah risau sebab call tak dapat-dapat. HAHAHA. Kami terlupa kan kamu sebab seronok sangat.

Esok pusing-pusing area New Castle dan Durham pula. Dan lusa dah nak balik Malaysia. Sedih!!!

Note: Seronok sebab tak payah buat entry dah!