Selamat Hari Lahir, sayang

Posted on Tuesday, May 22, 2012 by @naBest

Assalammualaikum,

Hari ini, 22 May 2012, genap setahun umur arwah Faris Aiman. Mama tak pernah lupa tarikh ini dan harap mama tak akan lupa. 9 bulan dalam perut mama, 3 bulan setengah dalam pelukan mama. Memang mama tak akan lupa. =)


Mama jatuh cinta pada kamu sejak mama tahu kamu wujud. Masih cinta kan kamu waktu kamu menangis setiap malam. Masih cinta kan kamu waktu mama peluk jenazah kamu sepanjang perjalanan ke Kedah. Dan masih cinta kan kamu sehingga sekarang dan selamanya. Hanya Allah tahu betapa besar nya cinta mama pada kamu.

 Gambar pertama Faris Aiman dalam pelukan mama


 Gambar terakhir Faris Aiman juga dalam pelukan mama

Kamu berada di tempat yang baik sekarang. Mama rindu kamu tetapi mama tak risau kan kamu. =) 

Selamat Hari Lahir, sayang.
Kamu pasti bertambah kacak sekarang.

Loves,
Mama

Hari tua suami saya

Posted on Friday, April 20, 2012 by @naBest


Hari ni hari lahir en. temmon yang kacak. Seperti biasa, aku tak sempat nak prepare ape2. Teringin juga jadi macam orang lain yang bakar sendiri kek untuk suami, lepas tu potong2 kek, bagi hadiah...tapi. Sigh. maafkan isteri kamu ini. Saya tak pandai buat kek. Tp saya berazam nak belajar baking bila pindah rumah sendiri nanti. Eh? (Motif lambat sgt niat nak belajar? HAHA).

Perangai en.temmon ni, bila aku offer nak beli hadiah, mesti dia tolak. Kasut taknak, perfume tak nak. Ape pun tak nak. Sebab tu aku cadang nak beli je sendiri (online le), tapi disebabkan lately aku agak kucar kacir, maka, telah terlupa nak survey online. huhuhu. tau-tau dah 20 April. Maafkan aku lagi sekali...

Jadi, pagi-pagi ni, sementara semua tak masuk office lagi, mari ber-belog. Aku keluar rumah tadi pun semua still tidur lagi. Nak wish pun tak sempat. huhuhu

--------------------

Ok. Kembali kepada tajuk.

Selamat Hari Lahir, suami.
Kamu lah racun, kamu lah penawar. Kamu lah garam, kamu lah gula. Aku cinta kamu. HAHA. (motif tetiba aku blushing).

Untuk hadiah, saya guna semua duit bonus saya untuk bawa kamu bercuti. Saya tak kisah pasal duit bonus itu, sebab kamu adalah bonus terbaik untuk saya. Dan juga anak kamu yang tidur lasak itu. Semalam anak kamu mengigau agaknya. Dia tendang perut saya tanpa henti pada jam 3.35 pagi. Adehh.



Walau saya selalu moody, tapi kamu tetap redho. Kamu lah terbaik!


Saya tetap cinta kamu walaupun kamu begini. Wahahaha

Jam sudah 8.30. Saya nak sambung kerja. Kbai.

Regards,
Hot-mama



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

mari menulis secara random.

Posted on Monday, March 26, 2012 by @naBest

1. Aku dah lama tak tulis blog sebab aku MALAS. Sebab banyak sangat perkara baru yang terjadi dalam hidup aku. Banyak sangat mende baru yang aku plan. Jadi aku jadi malas secara tiba-tiba. boleh?

2. Laptop office yang aku pakai ni baru sembuh lepas alia muntah atas laptop time laki aku pergi india itu hari. kalau ye pun kau marahkan abah, jangan lah muntah atas laptop mama. huhu. 2 bulan tau ambil masa nak repair. tukar motherboard je pun. tapi yang makan masa tu sebab semua menggelupur malas nak sign quotation. aku maki pun dorang tak peduli. bodoh punya tukang sign. eh? lepas dah sudah repair, masalah lain pulak. asyik nak hanggg je. give up aku dengan laptop ni. pun aku give up dengan company ni. boleh?

3. aku sekarang dah sambung master in computer science. kelas aku 3 hari seminggu, start jam 6.30pm sampai 9.30pm. mula2 aku tak tau kenapa aku gigih gila apply master. bila dah apply, aku bgtau mak aku. dia jawab. "hmm..sebenarnya mak doa depan kaabah supaya terbukak skit hati tu nak sambung master."
.............

4. Aku baru lepas ditanya bertubi-tubi oleh en.bos kenapa aku apply cuti lama sangat lepas raya nanti. die tuduh aku cuti bersalin. dasarrrr..tp nasib baik beliau dah approve. yeay!

5. Aku tengah cari kerja lain. eh?

6. Aku nak mengandung lagi tapi aku nak fokus belajar dulu. kalau aku mengandung, nanti aku kena extend semester. cuti bersalin lagi. aku pulak nak cepat habiskan master. Aku selalu dalam dilema. laki aku dah bosan agaknya aku asyik ckp benda yg sama. HAHA. (sebenarnya aku harapppp sangat ada orang tinggalkan baby depan rumah aku. kira macam hadiah dari tuhan. boleh?)

7. noni, rindu kamu.

ok. bai.

umur makin meningkat ni, sambut new year kat rumah je lahhh

Posted on Saturday, December 31, 2011 by @naBest

sekejap je dah habis setahun. baru je sambut birthday ke 27 hari tu.... tak tau nak harap kan apa untuk tahun 2012 ni. aku cuma harap perkara yang gembira aje. sebab tahun 2010 dan 2011 memang sangat menguji aku.

serius aku cuma harap kan perkara yang gembira je. doakan aku gembira, ya!

note: aku ada apply master in comp science. kalau tak dapat, anggap lah aku takde lg rezeki untuk beberapa tahun ni. sebab kalau tak dapat, aku plan nak mengandung lagi. hehe

bye. jumpa tahun depan ye.

Nak berbahasa tu, elok-elok lah...

Posted on Monday, December 12, 2011 by @naBest

Secara tiba-tiba pagi tadi aku telah membuang masa. rasa menyesal pulak pegi baca blog orang tu, dengan komen-komen dia sekali. ada satu blog ni entah dari mana aku dapat link, dok sedap la mengutuk rupa paras seseorang. gemok la..mata sepet la..pendek la.. macam kau dok maki-maki ciptaan Allah. ye lah..kau kan cantik. cantik ke?

maki-maki kan perkara biasa dalam dunia blogging. ah! macam tak biasa. aku tak kisah pun budak tu nak maki siapa-siapa. sekurangnya jujur. tu kata dia lah. like i care la kan. tapi yang macam buat aku tertanya-tanya tu, para pengkomen blog itu. kalau nak nasihat ke..tegur ke..marah ke.. sila buat secara berhemah. buat secara orang yang ada pendidikan. contoh:

"bawa bertaubat la dik...ciptaan Allah tu.."
"adik,kita tak baik kutuk2 orang taw. kalau nak kutuk, jgn la specific sangat..." (eh. boleh?)

tapi, kebanyakan orang yang komen tu tulis macam ni. contoh:

"fuck u! ko ni islam ke tak?"
"woi pompuan bodoh! kau tau tak berdosa kutuk2 orang! bla bla...( siap bagi hadis)
"kau ingat kau cantik sangat?hidung kembang!"

...dan banyak lagi...

amboiii... kalau kau nak marah, marah lah betul-betul. jijik pulak aku baca, bila kau nak tunjuk baik, dalam masa yang sama kau keji, maki dia. oooo...dia berdosa kalau kutuk ciptaan Allah. kau tak? kau tanya dia islam ke tak, tapi kau dok fuck fuck dia. dia salah, kau tak salah la?

alang-alang nak maki dia, biar maki sampai dia pengsan. jangan masuk kan nama islam dalam makian ko. kalau nak nasihat, nasihat baik-baik sampai dia terduduk. jangan masuk kan maki dalam nasihat kau. kan senang. benci betul aku dengan orang yang suka campur adukkan hukum.

--------------------------

“Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar”.

Seriously, get a life!

Petang yang damai, terasa mengantuk..

Posted on Monday, December 05, 2011 by @naBest

Hari ni mama cuti lagi. Banyak sungguh cuti tahun ni. Cuti bersalin 2 bulan. Cuti masa Aiman meninggal 15 hari. Cuti alia demam campak 7 hari. Semua cuti-cuti tu bukan aku nak pun, tapi dah kena cuti. Lepas tu ada yang perli-perli pulak. Kau takda cuti bersalin, boleh la ko bising. Anak kau sihat walafiat, tak meninggal, tak sakit, sedap je nak perli-perli aku. Aku tak boleh blah betol dengan orang yang suke perli-perli, cakap-cakap belakang. Nak je aku doa dia kena macam yang aku kena. Boleh?

Tapi aku tak lah macam dia pun. Paling koman pun, aku mengadu kat roommate, En.Temmon. Kalau dulu, selain dari en.rommate, aku selalu mengadu dengan makcik noni. tp sekarang ni makcik noni jauh sangat. Time dia pun tak sama dengan aku kat malaysia ni. payah nak mengadu emo-emo.

Dan, hari ni...aku cuti lagi. Kau nak perli ke, nak emo ke kat sana, ada aku kisah? Bukan kau bagi gaji aku pun. haha. Minggu ni aku cuti penuh kecuali hari Rabu. Sebab hari tu ada event dekat planetarium, kl. Ok la kena masuk KL dari kena outstation kat Taiping 3 hari. hohohoho

Aku still cuti ni sebab Alia tak sihat betul lagi. Kalau hantar nursery pun, diorang akan suruh balik. Takut pula jangkit demam campak kat budak-budak sana. Kalau korang pun, mesti lah taknak kan kalau ada budak yang ada sakit yang mudah berjangkit berkeliaran dekat anak korang kan. Kan? Tu pasal la kena cuti lagiiii...


Ni lah Alia dengan tompok-tompok di wajah. Takpe lah anak. Penyeri muka tu. Biji-biji tu dah kering, jadi dia jadi gatal 1 badan. Kesian tengok tergaru-garu. huhuhu


Sekarang ni pulak, susahhhh sangat nak makan nasi. Sampai aku tak tau nak masak apa. Dia cuma suka roti dengan biskut. Asyik makan tu je, kenyang ke? Nasi goreng pagi tadi dia tak nak makan, jadi aku masak lah bihun. Boleh la jalannnn...huhuhuhu



Ini satu pencapaian baru. Alia suka makan ubat. Bila ajak makan ubat, laju je lari ke peti ais. "Nak! Nak!"... "Emmm..dap!" Pelik aku. Sebelum ni aku dengan En.Temmon kena pegang kaki tangan nak paksa makan ubat. huhu..

Ok lah. Mama harap Alia cepat sembuh ye. Mama sangat suke cuti dengan Alia. Tapi mama kena masuk ofis. Kalau tak mama stress kena perli. Mama tak nak la dapat darah tinggi pulak lepas ni.

Bawah ni gambar Alia waktu umur 1 tahun 7 bulan, dan umur 2 tahun 2 bulan. Makin cantik anak mama. Kalah la mama.....

3 tahun aku bersama kamu, mmg gembira.

Posted on Tuesday, November 22, 2011 by @naBest

Assalammualaikum..

emo gila aku dan en.temmon tengok bola semalam. kalau lawan team lain,maybe lah tak emo sangat. ni lawan garuda. wajib lah emo. haha. bila dah menang tu,dah setel sorak bagai, terus aku naik bilik, buka karton kat alia, lalu aku baring2 nak tidur. mata dah ngantuk sangat, tapi gigih nak tunggu detik 12 malam sebab nak wish anniversary kat en.temmon. dah 3 tahun kitorg kawin, rasa macam baru minggu lepas g try baju nikah. *haha boleh?*

mata aku dah terkebil-kebil tahan ngantuk. tepat je kul 12am, dgn mata dah sepet2 nak tido, gigih juga aku wish. "happy anniversary lalingg"... bole pula dia jawab, "kite kawin bukan kul 12 pagi. lalala"

boleh?
dengki la tu sebab tahun ni aku menang. sebab aku wish dulu.. ape-ape pun, harap2 bila kita sama2 dah tua nanti, tak terlupa la tarikh ni ye. kalau dah nyanyuk pun, harap la still ingat tarikh ni. 22/11 bukan susah nak ingat pun..tp sebenarnya, bab tarikh or nombor, aku la yg susah nak ingat. hehehe...

dalam 3 tahun ni, banyak betul suka duka yang berlaku. dan sejujurnya, aku takkan kuat tanpa kamu. dan aku harap, apa yang akan berlaku akan datang, perkara yang gembira sahaja. perancangan untuk masa depan kita, harap lah semua tercapai.

untuk suami... sebagai manusia, mmg kamu tak sempurna. tapi di mata dan di hati aku, kamu adalah paling sempurna. kamu lah yang paling kacak. kamu lah yang paling baik. kamu lah yang paling sweet. (err..tahun ni takda dinner2 macam lepas-lepas ke?) haha

kerana kamu, anak kita sungguh cantik. harap anak-anak seterusnya cantik dan kacak seperti aku pula. hahaha. ok bai.

note: yang aku ajak kamu pergi durham tu, aku main2 aja. tapi kalau betul, alangkah indahnya!

note 2: semoga kita sempat menyambut anniversary seterusnya...anniversary ke 10, ke 20, ke 30, ke 50...ke 70....jika tak pun, harap kita kekal hingga ke syurga.