----

----
----

Friday, July 10, 2015

Western Australia Day 8 & 9: West Cape Howe - Albany (22/5/2015 - 23/5/2015)

Sebelum hilang ingatan, marilah aku sambung entry.

Day 8:

Perjalanan hari ke lapan diteruskan ke Albany. Dalam 50 minit perjalanan. Tapi tetiba En Temmon buat keputusan nak singgah ke West Cape Howe. Tak tau lah dari mana dia dapat info ni, tapi memang tiada dalam tentative pun. Dan tentative kitorg pun main belasah je letak, so apa salahnya singgah.

Lalu, set gps dan refer signboard. Akan ada banyak signboard untuk ke sana, tapi majority nya jalan dia tak berturap. So, takut nak masuk. HUHU. So, kami by pass je few sign board ke sana sampailah jumpa lagi signboard dan jalan dia berturap. Ok la kan. Drive la pelan pelan sebab masuk kawasan kampong, lepas tu dah start masuk ke dalam hutan, lepas tu hilang dah jalan berturap. Kena ikut jalan tanah. Wuuuu. Cuak jugak lah, tapi dah alang alang masuk, harus lah teruskan.

Ha. Ini lah jalan nak masuk ke sini. Ada bran?
Nanti bila dah masuk sampai ke dalam hutan tu, akan jumpa information board, siap ada peta untuk ke tempat tempat menarik dalam tu. Dan dalam peta tu ada tulis, jenis jenis kereta yg layak masuk ke dalam lagi, dan memandangkan kami ni bawak van je, so boleh masuk tengok West cape Howe tu je lah. Kalau bawa 4wd, mesti lagi best. Dan perjalanan pun diteruskan sampailah tayar van kami tersangkut dalam tanah. Sedihnya. Nak minta tolong, takde orang pun yg lalu lalang, nasib baiklah En Temmon dpt bini yang gagah, boleh lah tolong tolak van. (mula-mula dia suruh aku yg tekan minyak, dia tolak, tapi lagi ke dalam pulak tayar tu masuk. Eh, tak reti lah ai nak tekan tekan minyak ni. )

View kat sini, cantiknya ya amat. Dia punya tempat lookout tu pun diorang bina senget, supaya bila tangkap gambar jadi cantik la kot. Cuaknya berdiri dekat situ. Alia pun gayat nak bergerak, tapi Amni macam biasalah, dia meronta ronta nak turun dari pelukan. Memang tak lepas laaa.. Kang dia terjun tiruk masuk dalam laut, sapa nak jawab? HUHU

Sherley Beach. 

Cantik kan view?...... speechless.

Tu adik tu. Dia kira nak lari jeeeee

Baring baring rasa nak lena.

Kakak yang acah acah berani tapi gayat

Bila dah bosan lepak dan bergambar, kami pun kembali ke pangkal jalan. Masa dah keluar dari hutan, dan masuk ke jalan elok, tetiba aku teringin pulak nak drive (walaupun lesen tak laku kat sini sebab tak translate lesen to English language). Hihi. Saje la nak test. Laju je En Temmon berenti kereta nak tukar tempat. Amboi, pantang offer. Best jugak la rupanya drive dekat sini. Sebab tak banyak kereta, cumanya aku cepat bosan sebab kena ikut speed limit. HUHU. Dekat KL mana la penah ikut limit, kat sana kena bawak slow pulak. Memang bosan la.

Agak jam 12 tengahari baru lah kitorg sampai ke bandar Albany. Dekat Albany ni memang banyak tempat boleh singgah. Tapi sayangnya, masa kami dekat sana, tempat yg glamer tu, The Gap dengan Natural Bridge tutup pulak sampai end of June, ada major renovation. Mesti lagi lawa tempat tu jadinya nanti, Nampak gaya kena repeat. Hihi

So, apa je yg ada untuk dilawati? Kami redah je semua tempat yg ada signboard. Semua ok, SEMUA. Lepak dekat Frenchman Bay, Miscrybeach dan lain-lain dan yang paling best Blowholes. Tapi nak ke blowholes tu kena jalan kami jauhhhhh sangat. Arghh..penatnya bawak lemak. Eh.

Blowholes

Masa pergi kakak paling laju. Tengok la masa patah balik nanti. huhu

Bila penat, singgah tengok view

Tengok budak tu semangat.

Tungguuuu. mama semput
Masih tak sampai lagi....

Tapi penat berjalan ni memang berbaloi. View super cantik, tapi sayang, air laut masa tu tak kuat, so, air yg sepatutnya terpancut keluar tu, Cuma keluar sikit je, tapi bunyinya kuat yang amat.  

Yang ada signboard putih tu la tempat air laut memancut keluar. Kalau air laut tengah kuat, bahaya dok dekat dekat.

Lama jugak lepak sini. Sebab takde orang, boleh la baring baring. 
Nak patah balik pun satu hal. Semput semput. 

See? Mama kena buli dengan kakak. Beratnya dikau.

Jadi adik jugak best.

Bila nak penat, maka mama malas nak masak lunch. Lepas dah habis lawatan sambil belajar dekat situ, kami terus cari kedai halal. Tapau je lahhhh sebab nak kejar masa untuk check in. So, singgah lah ke Istanbul Kebab & Turkish Bakery. Kitorg tapau burger, kebab dan fish&chip untuk anak-anak. Fish&Chip dia sedapppp yang ampun, ikan dia lembut je. Adoi. Bulan-bulan posa ni, teringat pulak terus lapaq. Huhuhu

Kedai kebab yg sedap habaq ang


Dekat sini, kami ambil Big4 Emu Beach Holiday Park, $A110 untuk 2malam. Lepas dah check in dan makan dan uruskan apa yang patut, kami pun keluar balik untuk ronda ronda area bandar dia pulak. Ronda sampai gelap dan bosan baru kami pulang ke sarang.

Ensuite powered site
Day 9.

Untuk hari ke Sembilan, aktiviti kami hanya di sekitar Albany sahaja. Maklum lah, tempat ni besar jugak lah. Mula-mula tak tau nak kemana, so, masuk lah Discovery Bay. Dekat sini boleh pilih nak masuk samada ke tempat Whale, wildlife or taman botani. Nak masuk semua pun boleh, tapi kami masuk ke Wildlife park je lah. Sebab nak tengok koala. Hihi. Bayaran dalam $A30 untuk family package. Park dia ni macam comel je. Dah la takde pelawat langsung. Seronok la kakak dan adik berlari lari sakan dalam tu. Haiwan yang ada pun yang comel-comel je, binatang buas takde la..

Seronok dua beradik ni merayap

Baru ku tau ada kangaroo putih

Mangsa bila dia tak nampak.

Yang ni mmg selalu jadi mangsa

Adik suka sungguh koala dia

Seperti biasa, mama doesnt likeeee kangarooo. huhuhu

Tapi teringin nak pegang. huhuhu

Lepas tu, kami ke Salmon holes dan Albany wind farm pulak. Dekat wind farm tu takde apa pun, Cuma kipas besar tu je, boleh tengok dekat dekat. Tapi malas nak jalan. Hehehe. So, kami Cuma park tepi dan jalan sekitar situ je. Best sebab tepi laut dan angina sangat lah kuat. Amni sampai menggigil minta peluk. HUHU

Salmonholes. Kalau musim dia, akan nampak la ikan salmon berenang renang ke tepian

Windfarm.

Sejuk dan angin kuat. Lupa nak pakaikan baju sejok. HUHU

Masa ni amni dah menggigil dambakan pelukan abahnya.

Maka kakak bergambar la sengsorang. Ada hati tu nak ajak mama jalan sampai hujung. HUHU
Bandar Albany

Bila dah agak agak lapar, sekali lagi kami ke kedai kebab semalam. Rindu fish&chip dia. Sedap hoi. Kali ni makan kat kedai je. Dan lepas kenyang, sekali lagi kami ronda ronda cari pasal. Melawat Corps Memorial, lepak tepi pantai, main playground, sampai lah hari gelap.


Abis.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.