----

----
----

Monday, June 08, 2015

Western Australia Day 1 & Day 2 - Perth & Bunbury (15/5/2015 & 16/5/2015)


Sebelum start dengan entry perjalanan di sekitar Western Australia, nak mulakan dengan cara apply visa. Aku guna Tri-D Travel , tapi make sure call hari Rabu sebab ada promo, harga dari RM50, jadi ke RM30 seorang. Tapi kalau rajin cari, ada yang lagi murah sebenarnya. Tapi disebabkan ofismate dah pernah guna servis Tri-D ni, so, ai pun dengan pantas dan tanpa was was terus lah call, malas nak survey lain. Dalam setengah jam saja, visa akan siap. Bila dah siap, dia akan bagi by email je. Dan kita kena print sendiri, potong cantik-cantik (ikut dotted line) dan kepilkan dalam setiap passport. Huhu. Asalnya aku macam kenot believe it sebab macam tipuuuu je sebab kalau tengok visa umrah, macam cantik je dilekatkan dalam passport tu kan. Haha. Rupanya, memang begitu stail nya. Kalau nak cantik cantik, kena lah pergi terus ke ofis travel agent tu. OK fine. So, visa setel.

Untuk itinerary pulak, aku banyak cilok dari member. Dan adjust la untuk yang bersesuaian. Refer gambar:

Ini itenerary asal. Macam biasa, plan berubah-ubah ikut kesesuaian. Click to enlarge.

Route perjalanan kami dari Perth sampailah ke Fremantle

Bab declare barang pulak. Kalau nak pergi Aussie kena declare barang. Maklumla kerajaan sana sangat strict dalam bab bab makanan/ubat/alkohol yang orang luar bawak masuk. Dia jaga sungguh benua dia tu, kalau barang dari Aussie nak keluar, dia ok jeeee. Huhu So, dengar dengar cerita orang, banyak benda lah yang tak boleh bawa especially daging dan ayam. Kalau nak tau detail, kena rajin lah google google. Dan untuk langkah selamat, aku tulis dan print kan siap siap barang yang kami bawak sekali dengan ingredient dia. Orang cakap, senang nak lepas. Dan ya. Betul. Pegawai kat sana cuma baca je list aku tu, dan keluarkan 2 barang je dari beg. Lepas tu dia senyum je. “Ok, you can go.” Hoho. Tapi tak tau la kami senang dan cepat sebab kami bawak kids, atau sebab masa tu dah petang, nak habis ofis hour dah or sebab muka kami ni macam muka beriman. Macam dekat London dulu pun dia tak byk soal. So, aku syak sebab muka kami ni muka orang baik baik. Hahahaktuih..
List kan je barang yg di bawa. Silap silap, beg pun dia tak buka
Kat KLIA. Dua dua tak sabar lagi. hoho

Macam biasa, kami naik MAS. My fav, makanan pun dh improve nampak nya. Tp ada satu makanan tu mmg aku tak boleh telan. Lupa dah tajuk dia. Tp i tetap sokong MAS taww.
Sepanjang dalam flight anak-anak ok je. Dan kebetulan dapat seat agak ke belakang. Selalunya seat belakang belakang ni tak ada orang sangat (kalau flight tak penuh) sebab jauh dari pintu masuk kan. So, disebabkan orang tak ramai, amni dapat duduk di seat kosong. Yeay. Tak perlu la nak meriba budak yang berat itu. Hohoho. Alia memang ok la. Dia toksah tanya. Dapat tengok katun, dia ok je. Adik macam jakun sikit. Maklumla first time flight jauh (dalam 5 jam jugak lah).

Seronoknya flight tak ramai orang. Adik dpt tempat duduk. Yeay!
Bila dah mendarat tu dalam jam 3.30pm, airport Perth ada wifi free, masa tu lah nak mesej mesej keluarga tercinta dan nak update apa yg patut. Hihi. Airport dia kecik je, keluar je dari arrival punya area tu, kami terus menuju ke arah kiri. Ada kedai-kedai prepaid dan kedai sewa kereta. Aku dan anak anak tunggu En Temmon pegi beli simcard Optus Yes, harga A$30 untuk data (1.5gb) dan voice (A$5), valid sebulan.

Si adik mmg suka berlari lari. Dah la laju. Haih... 

Tengah tunggu abah beli simcard.

Lama beno abah ni punnnn. huhu
Lepas setel semua, kami ambil teksi dan terus menuju ke PerthVineyards Holiday Park. Ni salah satu daripada camping site Big4 yang glamer di Aussie itu, tapi kami ambil cabin, satu malam A$140. Nak duduk pun 1 malam je kan sebab esok nya kami akan start journey dengan campervan. Site ni dekat je dengan airport, naik teksi dari airport kena A$36. Majority site bawah Big4 akan ada wifi free, tapi kena tanya. Kalau tak tanya, dia takkan bagi password. 

Kena la menapak cari rumah. Tak ada kereta lagi kannn. Mama tolak stroller adik.

Cak! Ini lah cabin nya. Comey je kan. 

Ini ruang dalam. Lengkap 2 bilik, dapur, meja makan dan living hall.

Kami sampai site ni dah jam 5pm. Hari dah nak malam. Waaa..Baru je plan nak jalan jalan sekitar site. Sudahnya, kami duduk je dalam cabin, tengok tv. Malam tu, Alia demam. Mama kena lah berjaga nak monitor anak dara.

Hari ke 2.

Demam Alia macam dah kebah, so, boleh lah bergembira. Dekat sini, kena check out sebelum jam 10 am, so, lepas dah bersiap siap, kami pun check out jam 9 am sebab dah janji dengan Apollo untuk pick up caravan jam 10am. Aku minta tolong staff holiday park tu untuk panggilkan teksi, so bayaran teksi dari site ke Apollo ofis dalam A$30. Dekat je jarak Apollo ni ke airport. Kalau dari airport terus ambil campervan pun ok, tapi disebabkan flight kitorang mendarat dah petang, takut tersangkut kat epot lama sangat, tu yang terpaksa tido dulu satu malam kat cabin. Takut tak sempat nak ke Apollo ofis (tutup jam 5.30 pm).

Naik teksi semua kena pakai seat belt. Ini bukan Malaysia ye anak-anak
Bila dah sampai office Apollo, sila lah berurusan dengan orang dekat kaunter tu. Bawa lah semua documents yang kita ada. Oh ye. Untuk memudahkan process, kena buat pre-registration. Yang tu dia akan email seminggu sebelum tarikh kita ambil van. Isi je form tu (details driver) dan submit. Untuk lesen, tak perlu international lesen Cuma diorang nak lesen yang ada tulisan English. Kalau lesen yang renew thru myeg (aku le teww), tak ada Bahasa inggeris ye, so kena translate dan pegi angkat sumpah la bagai. Yg tu sila google cara nya. Tapi untuk lesen yg renew thru jpj (mcm en temmon), dalam lesen tu dah translate in English. So tak perlu angkat sumpah. Boleh guna lesen En Temmon. Lesen aku tak boleh pakai (walaupun aku ada drive jugak, nasib baik tak kena tahan polis). Tapi bab lesen ni, diorang tak cek pun masa nak ambil van, cuma kenalah ada langkah berjaga-jaga kan, takut ada roadblock. Huhuhu

So, memandangkan kami dah buat pre-regist, urusan jadi cepat. Dah la staff dia peramah gila ( gua hampir tak faham apa la dia membebel, slang pekat sgt). Masa ni juga lah kena bayar untuk the balance (before ni bayar deposit shj). Lepas tu dia akan bawa ke van, dah explain everything. Ko dengar je lah dia membebel sambil angguk angguk (dalam hati, tak sabar nyaaa). Hihi. Masa dia explain bab bab dalam van tu aku join, macam dapur, katil, etc. Tapi masa dia nak explain bab enjin, aku dah blah. Malas nak fahamkan. Biar En Temmon je uruskan. Haha

Masa ni tengah tunggu turn. 

Aku suka betul la tempat yg ada provide kids area. Senang haku nak berurusan di kaunter.

So, bila dah setel, zas zas kami susun beg, dan terus gerak menuju ke Bunbury, WA. Perjalanan dalam 2 jam, dan disebabkan hujan, kami terus menuju ke camping site pertama kami, Discovery Holiday Park – Koombana Bay, Bunbury, WA. Ini pun salah satu daripada Big4 company. 

Jom bertolak! Make sure latihkan anak anak anda duduk carseat. Senang nak bawa jalan. Ni pun adik mengamuk juga kadang kadang. huhuhuhu

Yang dua depan ni toksah tanya laaaaa... ok saja.

Masa ni tengah berenti tepi jalan, buat susu adik. 

Pun sama, tepi jalan. Angin punya lah kuat. Stop kejap je. (Muka ai macam putih sikit, maklumla tempat sejok. hahahhaktiuhh... tengkiu beauty camera)

Sampai camping site dalam jam 3pm. Dekat sini kami ambil ensuite powered site. Dekat sini kitorang lepak lepak dulu, masak, makan, jalan-jalan sekitar. Sebab memang tak ada plan pun. Lepas tu, pergi membeli belah dekat supermarket IGA. Seronok sungguh beli barang dekat iga. Kalau banyak masa dan rajin belek satu satu makanan kat sana, mesti jumpa makanan yg halal, siap ada tanda halal. Megi ada, kari instant ada. Macam macamlah ada. I loikeee IGA. Haha. Iga ni macam 99 speedmart kalau kat Malaysia. Most of the place dalam WA akan ada iga. En Temmon suka sungguh pegi iga, setiap kali masuk iga, mesti kena dalam A$40. Huuuuuu

Inilah contoh ensuite powered site. Ada personal toilet/shower.

Wayar oren tu untuk charge elektrik. Paip air sebelah tu untuk refill air.
Jalan-jalan tepi pantai. Masa ni amni mesti menangis tiap kali angin tiup. sejuk ka dikkk? Mama pulak tak boleh senyum sebab nyilu gigi. adoi...huhu

Amni suka lari. Lari lari lari lepas tu jatuh. haih.

Bunbury ni bandar kecik je, kami pusing pusing dulu dalam bandar before gelap. Cantik sungguh pantai dia. Ombak besar sangat, dengan angin dia kuat. Sejuk gila. Huuu.  

Masa ronda ronda tepi pantai. Anak anak dah tak larat keluar. Abah je yang sudi melayan angin kencang. 

Masa kami pergi, sana musim Autumn. Suhu siang dalam 12 degree dan malam min 9 degree. Huhuuu. Yang best nya, malam tu masa tido, hujan dan sedikit ribut. Bergoyang-goyang van kami dilanggar badai. Tapi aku rasa best gilaaaa. HAHA. Aku tido belah atas dengan Alia, sebab nak monitor demam dia, En Temmon tido bawah dengan Amni. Nyenyak sungguh tido malam tu, rasa macam tido dalam buai je. Haha. Agaknya kitorg berat sangat sebab tu tak melayang. Eh. Zzzzzzzz


8 comments:

naga-mark said...

infonya...
sangat menarik...
mantap...

Aeryn mummy aiyris zarra said...

ye! salah seorang fav travelogue saya! saya mesti pilih! (mcm iklan bank rakyat)

nanti leh pinjam itenerary (kalau ada rejeki) huhu

update pasal makanan takde ke?

@naBest said...

kak rin - hahaha pilih pilih. pasal makanan boring laaaaa. sebab kitorg masak je. heheheheh. tapi ada la few kedai nanti kami updet. kat bunbury ni pun ada pegi kedai kebab. lupa nak tulis. nest entry lah. hehe

Husna said...

baju sejuk tu dh betul2 muat dgn Alia..haha

@naBest said...

cinon - haha. nak pi uk nnti mesti dh xmuat. beli baru plisss

Husna said...

kt malaysia tak der car boot sale..huhhuuu

Yus said...

I must admit..u are very details person and i love to read this kind of travelog.. Keep writing!!!

Yus said...

I must admit..u are very details person and i love to read this kind of travelog.. Keep writing!!!