----

----
----

Friday, January 16, 2015

Ho Chi Minh - Vietnam (8/12/2014 - 11/12/2014)


Ni entry untuk tahun lepas. Entry lapuk tapi di digagahi jua. hihi. Ni pun disebab kan dah asingkan gambar untuk print, so dah alang-alang tu, boleh lah ngapdet belog. Dan hari Jumaat tengahari, ofis ni cepat je kosong...mana tah pegi semua orang. Mengulor la tu. Eh. 

Entry Krabi tunggu en.mahMOOD datang dulu sebab nak kena kumpul gambar. Mana pegi tah semua gambar, huhu

Trip ni aku pergi hasil hasutan makcik aku. Dia yang handle everything, dari A to Z. Aku cuma bg salinan passport and bank in duit. Malas nak fikir. huhu. Rombongan kali ni ramai cik kiah. Makcik satu family, aku satu family, ibu dan MIL. Oh dan ada 1 couple join dan ustaz selaku ketua rombongan. Seronok betul bila trip yg ada ketua rombongan. Lagi-lagi kalau bawa orang berumur dan baby. Takde serabut nak fikir itinerary, transport, makan..semua all in one.



Ni details package. RM1490 per adult. Alia half prize. Amni free. 

Jumpa cikgu Farah di epot
Perjalanan dimulakan dari KLIA2.
Mak dan makcik sekeluarga bertolak dari Gerik, tidur rumah adik di Ijok. Kami dan MIL terus ke KLIA2. Dapat lah bawa Alia dan Amni naik ERL. Punya la seronok. Mana penah naik tren kat Malaysia. Ni first time. hihi.. Alia punya train-ride yg first time adalah di London. kelasssss..

Naik flight ni, macam biasa Alia mesti tepi tingkap. Kali ni behave sikit. Tak perlu nak berdrama bagai bila suruh pakai seat belt. Adik je drama sikit. adoi..


Muat duduk 4 orang. Nasib baik adik kecik. hahaha. Bukannya nak beriba. 
Ha. Dah sampai. Kejap je. Ai tak sempat pun tido.

Datang HCM ni masa bulan 12, memang jumpa orang Malaysia la..Sana sini orang Malaysia. Kat epot pun En Temmon dah terserempak dengan member dia. MIL pun terjumpa orang kampung beliau. Dekat area market tu lagiii laa. Rasa macam pergi Jalan TAR. huhu


Baru sampai hotel dan sedang menunggu arahan.

Hotel ni kami stay sampai 3 malam. Best. Staff sangat peramah dan hotel ni mmg strategik. Jalan kaki je ke Benh Tant market. Tapi untuk pelancong Malaysia yg nk datang nak hotel yg lagi murah, belambakkk sesangat area Benh Tant ni. Restoran melayu pun bersepah-sepah. Tinggal nak cari je. 

Hotel kami untuk 3 malam.

Sesampainya ke HCM, aktiviti pertama adalah makan. Sebab pakej kan, so, ikut arahan je la. Restoran dah book, makanan dh hidang, tinggal ngap sajok. 

Malamnya pulak, shopping time. Night market ni macam Jalan TAR. Malam pertama dah abes duit dong aku. En Temmon la... shopping jeans untuk dia sorang dah berapa helai. Takkan aku nak nganga je. Harus la sambar selai dua jugak.

So, sesapa nak beli jeans, sila ke kedai Kak Lyna. Peramah yg amat. Kedai ni En Temmon yg cari, dia kata Mazidul yg rekomen. Sapa ntah mazidul tu, gua tak kenal.
Refer sini.

Dekat night market ni, akan ada orang jual kopi halal. Dia bancuh atas motor, dalam RM3 (bayar duit dong). Sedap nak mampus. Serius sedap kopi ni. Tapi esoknya, bila En Temmon keluar cari kopi serbuk nak bawa balik malaysia, tokeh kopi tu siap pesan, jangan la beli kopi dari orang yg jual tepi tepi jalan tu. Diorang kencing pun tak basuh. Sebab mana ada public toilet dekat sana. Main tembak tepi jalan je. 

Huuuu. Nak muntah aku dengar. So, memang tak beli dah la kopi tepi jalan. hihi
Kalau nak beli kopi, bagi aku, kopi Amin Halal paling sedap. Rasa macam kopi tepi jalan tu la. Lagi sedap kalau bancuh dengan susu. Perghh.. Mabuk kopi. Kbai.

Cara bancuh kopi Amin. Alah, bancuh macam biasa pun sama je rasa dia. haha
Mama sibuk beli t-shirt. Mangsa-mangsa kena tabah menanti.
Day 2.
Hari ke 2, kita ke Cu Chi Tunnel.
Tempat askar omputih berperang dengan Vietnam. Dalam kawasan ni kena menapak jauh juga lah. Dan kena tabah. Jauh dan penat. Tapi i ok je. I kan gagah. puih.

Pagi-pagi mood mesti baik. Anak mama kan...

Main entrance. Puan Emak tak masuk dalam ni. Beliau tunggu kat luar je. Tak larat katanya.
Amni sgt behave. Tidur je. Panas-panas pun lena.
Ini modelnya orang vietnam sendiri. Ada la orang malaysia kita dok try masuk, tapi i tak berani. kang tersangkut kat bontot, sapa nk tolong tarik? jawab.

Lubang ni je diorang berani masuk. huhu

Amni takut. kbai.

Ini tourist guide kitorg. English lancar. senang nk faham. 

Alia ikut abah n maktok masuk tunel. Mama tak berani. huuuuuuuu

Mama tunggu atas je tolong snap gambar. huhu

Tempat basuh tangan. Sesaje je.

Group photo. Yang kanan sekali tu la ustaz yg lead rombongan ni. Ustaz ni gigih dok racun kitorg join trip dia ke Turkey. Macam menarik. tapi duit la ustaz oi. huhuhu
Lepas selesai bertunnel, lunch dan balik hotel dan shopping ke Ben Tant market pulak. Shopping lagi. Masa ni bapak-bapak dah tak larat nak kena ikut sambil mengasuh anak. Solutionnya, bapak-bapak, pegi balik hotel. Biaq mak mak yg shopping. hihihi


I tengok je. Datin-datin je yg shopping.
Day 3.
Hari ke 3, naik bot. Hoyeh. Alia suka sangat. Menyusuri Mekong River. Tp kejap je. Sebab tujuan nya nak melawat perkampungan kat sana, so kena naik bot.

Kakak seronok. Adik seronok. Mama seronok.
Rasa madu lebah. En Temmon senyum lebar sungguh dpt rasa madu. Ko rasa madu lebah je tau bang oi. Madu lain i tak rela.

Masih sesi merasa madu dan tea madu. 
Kat pit stop ni kami dihidangkan dgn buah buahan tempatan sambil dgr nyanyian dari penduduk setempat.

Ha. ni la penyanyi la. Amni suka sungguh. Dia yg lebih-lebih goyang badan. huhu

Lepas selesai melawat kawasan, kena naik sampan pulak. Adoi. Ni gua lemah ni. Sampat kecik gila. Aku siap dukung budak lagi. Dok la keras atas sampai tu sampai ke sudah.
Muka cuak.
Ni buat-buat senyum je.

Anak dara dok depan sekali. Dia ni ok je.
Acara malam nya, macam biasa, shopping lagi. Haha.
En Temmon siap tempah baju kemeja kat Benh Tant. Lawa diorang jahit. Siap 1 hari je terus hantar ke hotel. 
Eh, trip kali ni macam En Temmon je over shopping. Semua barang dia. 
I tak payah cerita la. Jalan dengan mak dan MIL ni mmg best, ada orang sponsor baju. hahaha. Kumpul2, byk sungguh gua dapat. Asalkan teman kan je diorang shopping, ada la habuan nya. haha

Keluar dari hotel nak cari makan.
Budak ni trauma kalau sebut shopping. huhuhuhu. Dia akan paksa teman dia balik hotel tengok katun. Ape kelasss tgk katun. huhuhuhu
Day 4.
Hari ni nak balik KL dah. 
Tapi sebelum balik, sempat la singgah melawat Ho Chi Minh City : Central Mosque , The Hundred Years Red Cathedral (Notre Dame Cathedral) , The Old Post Office dengan The People’s Committee Hall.

Beg kena bungkus siap siap masuk dalam bas.
Lunch dulu before jalan. Dah jadi anak vietnam dah budak ni.
Si kakak tok sah cerita la. Dia yg pow topi tu. Berebut dgn adik. huhuhu
  
Pemandangan luar je.

Post office. Kat sini tak penah-penah bergambo, kat sana sebukkk pulak nk bergambar.
Singgah masjid sebelum ke epot. MIL and ibu.

Dengan ini, tamat lah entry HCM untuk kali ini.
Jumpa lagi di entry lain. Kalau rajin. Haha

Note: Lepas ni memang ada plan nak pergi lagi. Tapi untuk shopping sahaja. Lepas ni tak perlu tourist guide dah. Gua dah teror. haha

4 comments:

Jidamajdad said...

ai smile srg2 baca laporan vetnm u...tgh pnuhkn tabung buluh utk ke cappadocia (pkcu xmau g)

@naBest said...

Perghhhh... nak pegi istanbul kewwww

haidar said...

Salam..
Best kan jln2 di hcm^^
Nak recommend tourist guide..Hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com

IBU CACAH DI SOLO said...
This comment has been removed by a blog administrator.