----

----
----

Tuesday, March 24, 2015

Top 5 TV series paling mantop – pilihan hati anabest semata mata


*Edited. Dah draft punya lah lama*

Kalau nak tau, aku ni ada banyak sungguh hobi. Kalau kecik-kecik dulu bila cikgu tanya, aku selalu bagi jawapan standard je; baca buku. Tapi bila kawan aku ada hobi kumpul stem, aku rasa hobi tu macam cool je, so, hobi aku masa sekolah dulu pun kumpul stem. Entah apa-apa. Nak post surat pun tak reti ada hati nak kumpul stem. Tapi ada gua kisah? Cikgu bukan tau pun. Huhuhu

Tapi setelah umur semakin bertambah ni, tak kuasa lah kumpul stem kan, jadi aku ada 3 hobi yang betul-betul aku suka. Satu, baca novel. Tapi novel seram dan thriller je la..Author paling best tentulah Ramlee Awang Murshid. Kalau omputih, Sidney Sheldon. Tanya je buku apa, aku boleh cerita dari A to Z. Punya lah minat.

Kedua, travel. Jalan-jalan cari pasal. Dalam Negara ke..luar Negara ke…semua aku suka. Yang aku tak suka nya sebab nak kena pakai byk duit. Kalau lah duit boleh petik kat pokok je……

Yang ke 3, nonton movie, series, drama dan lain-lain. Ha, disebabkan hobi ke 3 ni paling murah sebab aku boleh download je segala macam movie dan series secara percuma, maka hobi ni dah jatuh nombor satu. Hihi. So, hari ni, aku nak listkan Top 5 best TV series-pilihan anabest. Ni semua still on going. Oh seksa nya nak tunggu every new episode. Hehehe

5. Marvels Agents of S.H.I.E.L.D

Ini cerita geng Marvel punya. Siapa minat Marvels? Stok stok Iron Man, Avengers, Captain America dan Thor. Tipu lah kalau minat marvels tapi tak tgk cerita ni. Ni macam kesinambungan dari cerita The Avengers tu. Ingat tak watak Agent Coulson mati kena bunuh dengan adik Thor, si Loki tu. Ha, rupanya dia hidup lagi. Director Fury sorok dia di satu tempat dan diubatkan sampai sembuh dan dirahsiakan kehidupan dia dari semua orang. So semua orang termasuk wife dia ingat dia dah mati la..

Rahsia tu pulak bukan sekadar rahsia. Director Fury letakkan dia sebagai ketua untuk jaga Agents of S.H.I.E.L.D, macam agent perisikan la jugak, tapi dorang ni bukan kejenya tangkap pencuri bank, penyamun, pembunuh biasa..Oh no no no. Diorang ni involved dengan penjenayah penjenayah kelas atasan je. Watak paling aku suka adalah Lady Sif. Dia ni askar Thor. Datang ke bumi sekali sekala je. Asal dia dari Asgardian. Ring a bell? Datang jauh jauh dari Asgardian tu.. Thor dgn Loki bila tah nak muncul dalam ni. 

Selain Agents of S.H.I.E.L.D ni, ada Marvel One Shot dan Marvel Agent Carter. Yang one shot tu, cerita dia dalam 3-5 minit je. Tony Stark (Iron man) penah keluar satu episode je. Short story ni cerita ringan-ringan, untuk kelakar kelakar je. Yang agent Carter tu pulak cerita zaman Captain America. Agent Carter tu awex nya si captain America tu, so, series tu pasal dia lah. Yg ni aku tak layan sangat sebab tu cerita tahun 1040-an punya cerita. Old school sangattt. haha

Yang depan tu la Agent Coulson yg mati dalam filem The Avenger

Cak! i la lady Sif. I askar Troy taww. I gagah perkasa


So, siapa yg suka Marvel’s collections, sila tengok plis.

4. Revenge

Cerita ni berkisarkan dendam yang tak sudah antara dua wanita. Bahaya Ooooo pompuan kalau berdendam. Sampai ke season 4 tak sudah sudah dendam diorang. Aku tengok pun rasa nak berdendammmmm je dengan penulis cerita ni. Sudah la woi. Bawak2 la bertenang. Tapi nak stop rasa sayang pulak. Sebab ai sukaaa sangat watak Nolan Rose. Gay. Lantak la ko gay ke ape ke..janji ko kaya dan baik hati. Hihihi. Cerita ni tentang Amanda Clark yang nak balas dendam atas fitnah dan kematian yg menimpa ayahnda tersayang, David Clark. So, dari kecik sampai ke besor, dia sampai menuntut ilmu kat Jepun dan tukar nama jadi Emily semata-mata nak balas dendam pada family Grayson terutamanya Victoria Grayson yang pernah bercinta dgn ayahnya si david clark itu.

Besfren Amanda/Emily ni adalah si bijak computer, Nolan Rose dan si kacak, Jack Potter. Nolan memang orang kanan Amanda/Emily dari season 1, cumanya Jack (puppy love Amanda) tolong kadang-kadang je. Haha dulu I minat Aiden, kekasih Amanda/Emily aka partner in crime tp now dia dah mati, Victoria bunuh, so I pun move on ke arah Nolan. Haha. Motif aku pulak yg move on?

Amanda/Emily bersama musuhnya Victoria

Nolan Rose pujaan hati. hehe

Dendam ni macam tak berkesudahan. Season sekarang ni menantu Victoria yg tgh mengandung pulak nak berdendam sebab laki dia mati (anak Victoria mati sbb nak selamatkan Amanda/Emily). Nampaknya panjang lagi cerita ni tapi memang worth it la tunggu every week. heheheh

3. Grimm

Cerita ni supernatural sikit. Berkisarkan Grimm (hero yg boleh nampak wesen). Apa itu wesen? Wesen tu orang biasa yg muka boleh ubah-ubah. Ada macam2 spesis wesen sampai aku pun tak tau ada berapa banyak. So, the grimm ni kerja nya menangkap dan bunuh wesen yg jahat. Dan setiap wesen memang takut gila pada The Grimm. Alaa…ala..malaikat maut la kalau wesen ni nampak the grimm ni jalan2. Ketaq lutut habaq hang..

So, the grim ni, nama dia Nick, ada girlfren nama Juliet. Dia ni polis. Kawan-kawan polis dia 3 orang yang tau Nick ni grimm, dan ketua nick tu pun, which is my faveret, Captain Sean Renard ni adalah wesen. Dia boleh tukar muka jadi ganasss gila tapi dia ni wesen baik laa.. I loikeee Sean Renard.

Musuh nombor satu the Grimm ni ada sejenis wesen yg jahat gila, spesis hexenbiest. Tapi dalam season sekarang ni, atas few sebab, gilfren dia, Juliet dah bertukat jadi hexenbiest. Ha.. Mari saksikan apa akan berlaku pada dua sweet couple ni.

Nick dan konco konco nya

Inilah dia Sean Renard. Wesen spesin Zauberbiest
  
Ini pulak Juliet, girlfren Nick. Wesen spesis Hexenbiest. Dia ni bukan born wesel. Dia jadi wesel sebab kena naya je. Tapi now dia dh macam suka. I pun suka...haha

Now, dah season 4. Sempat lagi nak donload dan marathon dari season 1. hihihihihi

2. The Walking Dead

Zombie. Ha. Sapa minat zombie? Cerita ni penuh berdarah. Tembak tembak, bunuh orang, bunuh zombie, makan isi perut, makan ular. Laki aku tak suka cerita kotor begini. HAHA. Tapi ai loikeeeee. Cerita ni abang dan kakak ipar aku yang hasut tengok masa season 1 dulu. Now dah season 5. Cepat sungguh masa berlalu, anak dia Carl pun dah besar remaja dah. Masa start dulu, beliau kanak-kanak Ribena lagi. Hehehhe

Cerita ni berkisarkan seorang Inspektor sahab yang bangun dari koma tetiba je dia tengok sekelliling dia orang dah jadi zombie. Pasal apa tah, gua dah lupa ( or dia mmg tak mention?). Yang penting, Rick ni lah hero Malaya yang mengetuai geng dia termasuklah anak dia, Carl dan Baby Judith (sempat lagi dia buat baby time zaman zombie. Dasar omputih!), Carol, Maggie, Glenn dan of course my favourite, Daryl. Daryl ni I minat sebab muka ganas tapi hati baik woooo. Suka suka.

Siapa yang kata dia minat cerita ni, dia belum 100 percent minat lah kalau belum baca comic dia. Comic dia lagi melampau adegan zombie tu, dan cerita dalam TV pun tak sama seratus peratus dgn komik cuma untuk season 5 ni dah macam sebijik je dia ikut komik. Gigih kan aku sampai baca katun? hohoho

Rick dan geng beliau. Ikutkan dari season 1 dh ramai yang mati. huhuhu. ni je yg tinggal masa current season.

Ni Daryl. Watak dia ni tak ada dalam komik. Dalam tv series je watak dia ni diadakan. Dan dia ni ramaiiiii peminat, siap ramai ugut supaya watak dia ni tak di matikan. Tolongla hidup lama lg plissss.

Cerita ni dah terlalu panjang dan semakin panjang dan semakin panjang. Tapi di sebabkan aku ni peminat setia, mmg akan ku follow sampai habis lah. Ni next week dah finale untuk season ni. Wonder what will happen pada diorang semua. Adakah hidup kembali normal? Atau adakah semua ini hanyalah mimpi Rick dalam koma nya? Sama-sama lah kita nantikan.

Note: Kalau ni mimpi Rick, memang aku bakor TV jiran sebelah!

1. Once Upon A Time

Disney!! Saya suka Walt Disney.

Cerita ni based on kartun Disney punya geng. Watak utama, Snow White, Prince Charming, Evil Queen dan anak Snow White bersama Prince Charming, Emma. So, sesapa yang betul betul layan kartun Disney macam snowhite, Cinderella, beauty and the best, Peter pan, frozen dan lain-lain memang layak  lah tengok. Now dah season 4 dan still on going.
Masa early season 4 diorang buat cerita Frozen. Best gila. Semua watak ada termasuk Swen, snow monster dan rock troll. Olaf je takde. Huhuhuhu Kiranya ni kesinambungan dari cerita katun Frozen tu la.

Pendek kata memang layan la cerita ni. Takde adegan-adegan melampau, sesuai nak tengok seisi keluarga. Alia suka gila tengok part frozen dia, sampai kena ulang-ulang kalau tengok dengan dia. Sigh. Sekarang ni pulak cerita pasal gabungan villain berlawan dgn heroes sebab geng villain tak puas hati diorang tak pernah ada happly ending. So, diorang nak cari the writer untuk tukar ending cerita. Villain: Rumplestilskin, Ursula, Maleficent dan Cruella (101 Dalmatians). Heroes: Emma, Regina (Evil Queen yg dh jadi baik), Snow white dan Prince Charming. Yang lain-lain tu watak sampingan je. Macam boyfren Emma, Captain Hook, Belle (beauty and the beast), Pinocchio dan lain-lain.

Dalam cerita ni aku paling suka watak Rumplestilskin. Kejap jahat kejap baik. Tapi I loikeeeeee. Princess paling lawa pulak, tentulah Princess Aurora (Sleeping Beauty). Lawa sungguh beliau. Tapi Aurora ni bukan main role, certain episode je dia ada. Huhuhu

Watak watak utama

Anna dan Elsa

Princess Aurora. Comey.
Rumplestilskin. Kejap baik kejap jahat. Dia ni main role juga. Jadi Dark Lord. hohoho


Ini lah top 5 cerita best yang aku tengah layan. Ada few series yang tak masuk dalam senarai sebab malas nak rate kan. Hahaha. Ni antara series yang best jugak la bagi aku:

1    American Horror Story: cerita ni dari season 1 until season 4 tak bersambung dan takde kena mengena, Cuma pelakon je almost the same. Best cerita ni, tapi ganas ya ampun. Potong potong, kerat kerat. Melampau betul. Tp tu yg I suka. Hahaha. Season paling best (ikut turutan); Season 3 ( pasal witch), Season 1 (haunted house), Season 4 (freak show-sarkas), Season 2 (gereja, nun, rasuk rasuk). So, kalau nak tengok season 3 terus, tak perlu la nak download dari season 1 dan episode dia pun tak banyak. Now season 4 dah habis. Tak sabar I nak tunggu next season, kalau ado la…

2    The Last Ship: Cerita ni baru season 1, tapi aku baru tgk satu episode. Macam best. Cerita pasal virus yg dah merebak secara berleluasa di dunia, tapi Cuma ada 1 kapal je yg terselamat sebab kapal ni ada kat kutub mana tah untuk latihan ketenteraan. Dalam kapal tu pulak ada seorang scientist yg tengah cari cure untuk virus tu. Esok-esok la aku sambung tengok sebab byk pulak nak kena hadap ni. Hahaha


So, itu lah dia. Pada kaki kaki TV series sekalian, kalau rasa best, sila la download sendiri. Cari je dalam internet. Belambak yg free. Ni dah tahun 2015. Sila belajar cara nak download ye. Tettt. Kbai. 

3 comments:

'sln said...

Aku pon minat Daryl. Sebab tu nama aidan Dzairil. Kononnye Daryl yang dimelayukan jadi Dzairil. Haahahhahaha

'sln said...
This comment has been removed by the author.
Download film HD said...

Aku juga suka the walking dead :)