----

----
----

Monday, October 22, 2012

Euro Trip Day 5 - Switzerland (28/8/2012)

Woot Woot. Switzerland ya'all!!

Bagi aku, ini adalah syurga dunia. . Awesome! Best! Marvelous!...
Tapi perjalanan nya tak ada lah best sangat pun. Totally letih dan lemau. T_T

Ok. Hari bermula dengan check out hotel di Paris. Memandangkan train kami ke Switzerland gerak jam 6.15am, maka kami keluar hotel jam 5 pagi. I dah bagitau encik kaunter yang baik tu yang kami nak keluar kul 5 pagi, bila turun je, memang dia dah ada kat kaunter tunggu. Bagus sungguh. Jadi, pagi-pagi buta kami berempat pun berjalan ke Station Gare du Nord. 

Bila tiba di Gare du Nord, kami cari lah mana satu train yg nak ke Basel, Switzerland. Cari punya cari, memang tak jumpa. Dekat display board pun memang tak ada. Tiba-tiba terasa cuak. Masa tu dah jam 5.40am, lagi 35minit tren nak gerak. Bila cek tiket, rupanya kami kena naik di Station Gare de Lyon, bukan Gare du Nord. Nampak tak salah faham di situ? 
Maka kami tetap bertenang. Kami tengok peta ke Gare de Lyon dan tanya orang yang lalu lalang. Ada sorang abang ni, eh abang pulak. HAHA. Abang ni baik hati tunjuk kami cara beli tiket ke sana. Sekali kena tukar-tukar tren pulak dah. Kami ni nak cepat takut terlepas tren, tak ada masa lah nak tukar-tukar tren bagai ni. Jadi, zas zas zas. Acara amazing race bermula sekarang! Kami cari teksi dan suruh teksi tu pandu laju-laju. Aku sampai nak muntah dalam teksi tu. T_T

Jam 6.05am kami sampai di Gare de Lyon. Nasib baik senang je nak cari mana satu tren nak ke Basel tapi kena lari laju-laju-laju-laju. Sambil tolak stroller. Nanges. Lepas self-service cop tiket, kami pun cari tempat duduk dan bernafas secara normal. Lega. Kami duduk je, tren terus jalan. Wah ketapi ni, takde tunggu-tunggu pun. Kalau lambat sikit je, memang kena tinggal laaaa.

Amazing race di Gare de Lyon. Sempat lagi tu. (tapi aku tak sure gambar ni kat Gare du Nord ataupun Gare de Lyon. Belasah je lah)

Train dah bergerak. Kami pun dah bertenang. Jadi kami enjoy aje perjalanan tu. Perjalanan ke Basel dalam 3 jam, dan kena tukar train. Kami naik TGV dari Paris ke Basel, EUR69 (RM277) perperson.
Anak betuah ni memang tido je sepanjang perjalanan. T_T

Bila dah sampai di Basel, aku cari-cari jugak tempat nak cop passport, tapi rupanya tak payah. Once dah masuk europe, tak ada batasan sempadan dah antara negara-negara europe yang lain. Kalau guna jalan darat la.. So, masuk sempadan seperti jalan lenggang mak bedah je la...

Kami sewa kereta di Interlaken, jadi kami kena cari tiket sendiri untuk ke sana. Kiosk kat stesen tu memang mengelirukan. Tak reti. Tak reti. Kami berempat melilau-lilau dalam stesen tu, sebab tak jumpa kaunter customer service. T_T 
Masa tu jugak lah kami dapat middle finger dari seorang pakcik yang benci Islam. Dia buat middle finger sambil tengok kami sambil jerit. "Islam bla bla bla", Aku tak paham apa dia cakap tapi agak menakutkan, jadi kami buat tak tau je. Pakcik tu pun dah tua. Dasar si tua tak sedar diri. Kami datang untuk bergembira, tapi sudah terluka hati. Dem u.

Lepas dah berjaya jumpa kaunter, kami pun beli tiket dari Basel ke Interlaken, EUR45 perperson. Masa beli tu, aku ada dengar penjual tiket tu cakap kena tukar tren, tapi aku lupa nama station yang kami kena turun tu. Ah. Sudah. Nak patah balik tanya, orang dah ramai dekat kaunter tu, dan tren pun dah nak sampai. Jadi, kami gamble je lah naik tren dan tanya orang kat atas tren tu je. Tapi aku macam takut nak tanya orang sebab dah dapat middle finger kan tadi, tapi terpaksa tanya juga. Tabah lah aku pergi tanya sorang demi sorang sebab ada yang tak faham English. Nasib baik couple makcik pakcik yang aku tanya tu sangat baik. Sangat helpful. Dia pun nak turun kat stesen yang sama, so, nanti bila dia nak turun, dia panggil aku sekali. Wah. Tergaru...(terharu).

So, kami bersenang lenang dalam tren tu, sebab perjalanan agak jauh. Makcik yang turun sekali tu memang kotakan janji beliau. Gigih dia datang ingatkan kitorang supaya turun di next station. Tengkiu bebeh. So, total dalam 2 jam 30 minit baru sampai Interlaken.     

Mangsa kepenatan. HAHA
Perjalanan seriously adalah sangat penat. Sebab kena tukar 4 tren. Kena angkut beg lagi. Belum campur Alia mengamuk lagi. Sigh. Memang sangat penat dan ambil masa separuh hari untuk sampai ke Lauterbrunnen, tempat hotel kami yang 20 minit dari Interlaken. Lepas dah tukar untuk tren yang terakhir sebelum sampai stesen Interlaken, kami jumpa lagi orang yang sangat helpful. Awek tukang check tiket. Dia tanya kami nak stay mana, nak naik apa..bla bla bla. Dia siap tolong call kedai sewa kereta tu suh ambil kami kat stesen. Tapi memandangkan masa tu tengah lunch hour, takde orang angkat phone. Kecewa. So, dia advice supaya kami lepak-lepak makan dulu sebab kata dia, kalau pergi terus pun kedai tu memang tutup, tak ada orang. Lepas jam 2 barulah naik bas depan station, berhenti dekat second stop. Baikkan beliau? God bless you!

Interlaken. Maksud nya, bandar di antara dua tasik. Cantik sangat.
Bila dah sampai Interlaken, dah tengahari, jadi perut dah meronta-ronta. Nak naik bas pun lambat lagi, maka kami lepak dulu tepi station tu, dan kebetulan ada kedai kebab halal. Jadi, menketedarah lah dulu. Woot woot. Lepas tu, baru naik bas tambang EUR1.90 seorang. Tapi kami ni kalau tak sesat, bukan kami lah. Awex tren tu dah cakap dah turun di second pit stop, tapi terlajakkk jugak. Dalam pada terlajak tu, aku ternampak kedai Hertz (kedai sewa kereta). Maka, kami kena lah berjalan patah balik.

Kena patah balik. Sobs.
Oh. Untuk pengetahuan, bermula dari Switzerland sampai ke Amsterdam, kami akan naik kereta. Walaupun aku pun ambil international driver permit, namun, cuma En. Temmon je yang drive. T_T Kereta ni kami ambil kereta auto yang paling murah, termasuk toddler car seat, EUR980 untuk 8 hari. Aku booked dari website hertz (http://www.hertz.co.uk/). Kalau book awal, boleh dapat off sampai 30%, tapi aku dah agak terlambat masa book tu, so dapat off 20% je.

Inilah kereta kami sepanjang 8 hari, volvo tu. Tu yg i takut nak bawak. hihi

Ini kononnya behave lah tu. Lepas dah gerak, memang berperang kitorg dengan Alia. huhu
Selepas selesai sesi ambil kereta, maka meluncurlah kami mencari hotel yang dah di booked awal-awal lagi tu, Schutzenbach Swiss Backpakers Camping, EUR 52 seorang untuk 2 malam. Mujur dalam kereta tu memang dah ada GPS, walaupun sesat, tapi masih boleh dikawal la..Tu pun, lepas dah tanya penduduk tempatan, baru lah jumpa hotel yang dicari.

Ini lah hotelnya. Tapi tengah tutup rehat lah pulak. Jadi kami kena cari tempat lain untuk mengadu, maka kami pergi jalan-jalan dulu before check in.

Menuju ke Trummelbach fall


Alia tersorok. HAHA

Air yang biru dan sangat sejuk. Ni air dari salji yang mencair dari atas gunung. Kalau jatuh boleh beku. haha

Lepas dah penat, kami pun kembali ke hotel untuk check in. Hotel ni adalah backpakers. Ada cabin, caravan dan khemah. Kami ambil cabin 2 katil 2tingkat. Dekat switzerland ni, elok lah ambil cabin, sebab kami yg tak tahan sejuk ni mesti tak berjaya kalau tido dalam khemah. Toilet dan bilik mandi kena share, macam asrama. Kena menapak jugak lah kalau nak mandi. Rahsia: Aku tak mandi selama 2 hari di sini. HAHA. Reason pertama, sebab sejuk sangat kalau nak mandi. Reason ke dua, kalau nak mandi air panas, kena bayar. Ah. Malas lah aku kalau bayar-bayar ni. HAHA. Tapi Alia memang aku mandikan di singki. Singki ada air panas. Tapi tu open singki. Laki pompuan boleh guna untuk basuh pinggan. Kalau Alia, ada lah comel sikit kalau mandi kat singki. Kalau aku? HAHA. Ok. Abaikan. 

Lepas dah rehat-rehat, aku keluar jalan-jalan dengan Alia. Cik Noni nak buat report katanya. Tapi tak sampai 5 minit, dia pun sibuk nak join jalan-jalan. HAHA. Dasarrr. Jadi, kami berempat pun jalan kaki lah area berdekatan, sebab nak malam dah dan cuaca semakin sejuk. 


Cubaan menggoda cik noni untuk keluar. Dan...berjaya! HAHA

Gembira. Gembira.
Cik Noni telah tergoda. Muahaha

Cak. Kate nak buat report kunun. Dasarrr.
Main-main dalam sejuk. lalala
Melawat kawasan sekitar
Dan lagi. View belakang sangat cantik. Suke suke. Like!

Malam nya, kami berehat-rehat je. Dekat sini kami basuh semua baju yg dah pakai. Siap dryer lagi. Lepas tu borak-borak. Makan nasi goreng dan tidur. Esok perjalanan lagi best! Top of Europe!! Nanti i sambung lagi ya. Bye!

7 comments:

leoness said...

bestnya!!! i tgh plan nak gi Switzerland tahun depan. then masa google nampak blog u. mmg plan nak naik tgv lyria ke zurich, pastu naik mt pilatus.

leoness said...

bestnya!!! i tgh plan nak gi Switzerland tahun depan. then masa google nampak blog u. mmg plan nak naik tgv lyria ke zurich, pastu naik mt pilatus.

@naBest said...

wah..best! rasa nak pergi lagi. hohoho

nur mardhiya abd rahim said...

Hi .. Nk tanye la.. Train ke swiss ni patut beli awal2 ke on the spot je ehh

nur mardhiya abd rahim said...

Hi .. Nk tanyer .. Train ke swiss korang book awal ke beli on the spot? Ke basel tu

@naBest said...

mardhiya - better beli awal. takut habis. huhuhuhuhu

safurara said...

seronoknya baca, thanks for all this entry, berguna sgt nk pergi sana nanti.