----

----
----

Thursday, September 27, 2012

Euro Trip Day 2 - London (25/8/2012)

Sambung balik!

Esoknya, bangun pagi-pagi (sebab waktu Malaysia dah tengah hari), so agak awal la kitorang terjaga. Kecuali cik noni sebab dia dah biasa waktu sana. Tapi tiada kompromi. Beliau kena paksa bangun jugak. HAHA. Jadi pagi-pagi tu kitorang masak nasi goreng, dan breakfast kenyang-kenyang sebelum nak keluar berjalan 1 hari suntuk ni. Check suhu sekitar 18 celcius. Ok la..lemak tebal. HAHA Sebelum terlupa, Hotel Montana ni, harga untuk 1 malam, GBP28.29 untuk seorang ( RM140/pernight/perperson) dan kitorang ambil 2 malam.

Lepas makan kenyang-kenyang, kami berempat keluar nak cari bus stop. Kitorang dah siap beli tiket hop on/off Big Bus Tour < https://www.bigbustours.com/> dengan harga GBP29.00 seorang (RM144). Alia free sebab dia tak sampai 3 tahun lagi. So, semua tiket yang dibeli, Alia dapat free kecuali Disneyland kat Paris laa..hoho. Ada kawan aku yg menentang bila aku decide untuk ambil tiket Big Bus Tour tu dengan alas an, underground kat London dah cukup baik untuk kitorang jelajah London and lebih murah. Memang betul pun dia cakap, tapi terpulang laa..Sebab bagi yang bawa anak kecik, aku rela bayar mahal sikit asalkan selesa untuk aku anak beranak. Bagi yang bujang dan kuat tu, sila lah turun naik tren ye.

So, kitorang amat gigih cari bus stop mana yang Big Bus Tour tu berhenti. Dalam tiket tu dah tulis dah bus stop mana kena tunggu. Tapi kekeliruan berlaku lagi. Sebab macam ada duplicate bus stop. Boleh? HAHA. Jadi, dalam 1 jam lebih jugak la kitorang keliru, siap terlepas bas lagi. Pastu tunggu lagi. Terlepas bas seberang jalan pulak. Dalam jam 10 am (kot) baru Berjaya naik. Tu pun kena berlari-lari anak sebab dia berhenti kat pit stop depan. Siap kena gelak ngan driver. “At last you found me!” HAHA siot je u niiii…Penat ai lari tawww.

Bas 2 tingkat yg agak mustahil utk aku naik kat KL ni. HAHA.

Suhu time ni dalam 17 celcius, sebelum hujan.

Yang best London ni sebab bangunan dia cantik-cantik. Walaupun aku tak tau tu bangunan apa, asalkan cantik, kami bergambar je. hehe. Dalam bas tu ada disediakan earphone untuk dengar information pasal tempat2 yg dia lalu. En Temmon je rajin dengar, Aku malas. HAHA

Ini Tower Bridge, bukan London Bridge ye.
Best nya ambil pakej bas ni sebab tiket dia valid untuk 48 hours (tapi working hour sampai 6pm je), dan boleh turun di mana2 stop yang korang berkenan. Atas bas tu, dorang provide route map dan tempat-tempat menarik pelancong dan perjalanan tu di bahagikan kepada 3 zone, which kitorang kena tukar bus kalau nak tukar zone. Tapi free je lah cuma kena rajin baca map tu and decide nak turun mana. Time dia berhenti, ko boleh turun or stay. Kalau rasa kompius nak turun mana or nak naik bus mana, tanya je driver bus tu. Diorang sangat membantu. 
Ni map untuk bas tu. Pepandai la baca map yeee
 Disebabkan esok dah nak ke Paris, jadi berbaloi lah naik bus ni sebab memang kitorang pusing habis. Aku tak ingat mana first stop kitorang, tapi aku yakin kitorang turun dekat Tower Bridge dulu. Sebab nak naik cruise pulak menuju ke Big Ben. 

Ini Tower of London. Kalau nak masuk, sila bayar. Kitorang tak cukup budget nak masuk. Muahaha


Depan Tower of London

Ni spot popular untuk tangkap gambar dengan Tower Bridge. Ramai orang salah faham dan kompius antara Tower Bridge dengan London Bridge. London Bridge takde pape pun, macam jambatan biasa je...huhuhu

Naik cruise sangat ramai orang sehingga kena berdiri kat belakang sekali. HUHUHU

Naik cruise pun dah nampak macam2 tempat. Tak payah nak menapak. Dasarrr...

Tu..Big Ben kat belakang tuuuu. Nak gi sana la ni...

Oh, cruise ni free sebab termasuk dalam pakej tiket bus. Harus lah naik jugak, takkan nak burn je kan. 

Area ni sangat ramai orang. Sini memang tempat tumpuan pelancong. Sepanjang jalan ni, ada ramai orang buat performance untuk mintak sedekah la..Tapi kitorang laluuuu je. HAHA

Itu lah Big Ben. Dia ni jam loceng je, tapi glamer sebab terletak kat Elizabeth Tower. Dorang ni kalau pasal queen dorang memang nombor satu lah. Padahal jam jeee. Eh? --Tapi bangunan dia mmg superb!---

Kat belakang tu eye of London (135meter). Tengok je la...Malas nak naik sebab ramai tengah beratur. Lagi pun kan dah naik yang Malaysia punyaaa.. ----Hoi. tak sama lah!
Masa ni lalu depan Birmingham Palace. Punyalah ramai orang macamkan ade perarakan. Memang kitorang tak singgah. HUHU.. Kecewa. Nak tengok pak gad tukar shift!!
Lepas tu kitorang tukar zone, so, kena tukar naik bas lain. Bus tu memang belambak-lambak cuma kena tengok dia tampal sticker kat cermin depan tu or tanya je driver terus. Senang. Kat sini tak ingat berenti turun kat mana. Asal nya teringin nak berenti kat area istana tu, tengok cara guard istana tukar shift. Tapi dari atas bas aku tengok ramaiiiiiiiiii gila orang. Tak kuasa la nak berhimpit2 nak tengok pak guard tu. Kat Malaysia pun ade guard. Eh?

Ni kat Trafalgar Square. Dulu sini banyak merpati. Igt cerita Azah Aziz dengan Azhar Sulaiman dulu tu? Dulu macam best je aku tengok. Sekarang ni, takde pun merpati. Bangunan pun tengah renovate. Tapi orang ramai still lepak sini jugak. Dah jadi tempat lepak melepak dah.

Lepas dah puas berjalan dan bergambar, kitorang pergi cari makan dekat area Oxford Street, tapi kena jalan jauhhh sikit, baru jumpa kawasan makanan halal. Memang area tu penuh kedai pak arab je. Kitorang order 2 pinggan je nasi beriani. Sebab portion memang banyak gila. Walaupun aku ni perut naga, tapi rupanya orang sana lagi lah naga. Banyak gila. Ketat perut. HAHA. Total makan nasik beriani tu, dalam GBP36 (RM180). Kalau tak convert duit, rasa macam murah, bila convert, pengsan… Lepas makan, kitorang nak cari survenir. Tengok area Oxfort Street tu ada banyak kedai souvenir murah, kat sana lah juga ada kedai Primark tu. Tapi Cik Noni cakap, kalau nak yg lagi murah, sila pergi ke Bays water. Tapi tu dekat zone lain, jauh sikit. Maka, nekad pergi lah juga tapi tak tau nak berenti kat pit stop mana. Jadi kitorang redah je berhenti kat mana-mana, lepas tu tanya cashier petrol pump. Jalan sikit, terus sampai. 

Ni masa sesat nak cari kedai-kedai kat Bayswater. Sesat tapi cuaca sejuk, best laaaaa..

Kalau naik underground, sila berhenti di Queensbay. Kedai-kedai souvenir depan tu je…tapi kena comparekan harga dulu dan kena pandai tawar. Dekat sana, memang murah berbaloi-baloi. Siap ada notis diskaun untuk pelancong Malaysia, Kagum gila. Tapi kitorang jumpa kedai yang lagi murah dari kedai yg tampal notis tu. Maka, borong lah t-shirt dengan fridge magnet FM. Harga FM tak sampai 1 pound pun. Kitorang habis shopping dalam jam 6.30pm, nak balik naik bas hop on/off rupanya dah habis operation hour. Nanges! Maka terpaksalah naik Underground Station Queensbay (Central Line) ke King’s Cross St. Pancrass berharga GBP4.28 perperson tapi kena tukar tren di Station Holborn (ke Piccadily Line).
Bila sampai, hari pun dah gelap dan sejuk. Maka lepas makan, terus lah berehat.

Sambung Day 3.


2 comments:

Ace said...

Huh! Apakah? Trafalgar dah tak dek burung? Hilang dah trademark tau... isk isk.. ni yang nak kena carik balik, ada tak gambar Aini dan burung di situ... muahahaha...

Silalah sambung lagi.. Aini bosan kat sini tau.. so, seronok gak dapat baca blog kengkawan ;).

@naBest said...

HAHA. mmg tak ade dah. 'burung-burung' orang banyak lahhhh. HAHAHAHA

14 day to go ni nk hupdetkan. tapi mak bizi la noksss. huhuhu