----

----
----

Wednesday, September 12, 2012

Euro Trip - The Introduction

Hello..sebab ramai jugak yang request entry untuk Euro trip hari tu, jadi aku akan buat lah sikit demi sikit eh. Boleh lah siapa-siapa yang nak berjalan tu ambil sikit-sikit pengalaman aku ni buat jadikan panduan. Ye dak? Sebab sebelum aku berangkat ke Europe hari tu, dah beratus-ratus blog dan forum aku baca. Memang detail lah aku plan. Ada blog yang sangat membantu. Ada yang tak membantu sangat. Ngeh ngeh ngeh. Ada yang aku siap email lagi owner blog tu untuk few things yang perlukan penjelasan. Hasilnya, walaupun ada la sedikit sesat dan over budget, semuanya berjalan lancar walaupun ada la few places yang kitorg terpaksa skip. Huhuhuhuhuuhu



Plan ni asalnya idea cik Noni yang sambung belajar kat Durham tu. Beria-ria beliau ajak aku pergi sana. Hoi. Ingat murah ke? HAHA. Tapi…dalam tak nak tak nak tu, aku selalu juga survey tiket flight yang murah. Memandangkan Air Asia dah tak ada penerbangan ke London, maka aku survey MAS dan Emirates je lah…Sehingga lah satu hari tu dalam bulan Feb 2012, klik website MAS, ada promo ke London, tiket pergi balik dalam RM1561 per person. Time tu juga lah aku ada cuti sem yang agak panjang, Noni pun dah habis kelas, jadi memang sesuai lah untuk vacation 16 hari. Terus aku contact Noni, dan beliau survey jugak flight lain, semua mahal daripada MAS. Makanya setelah berbincang dgn cik Noni dan berbincang dari hati ke hati dengan En. Temmon, maka beli lah juga tiket flight right after siap passport Alia (ada aku upload dalam facebook gambar passport Alia. Masa tu juga lah tiket dah selamat beli). Hewhewhew. So total termasuk insurans dan tax, harga tiket dalam RM3000 lebih seorang. Kami bertiga, jadi lebih kurang RM9000 jugak lah, swipe je. Huhuhuhu… (Dapat je bonus bulan April, terus aku bayar balik duit tiket tu. Huhu. Habis bonus i).


Jadi…kami ada masa cuma 6 bulan untuk prepare betul-betul memandangkan kitorg tak ambil pakej. Kitorang pakai pakej belasah aje. Gamble. Terjah. Baru lah mencabar. HAHA. Tapi, dalam tempoh 6 bulan tu, Cuma 2 bulan terakhir tu je yang sempat kitorang plan. Sebab masing-masing sibuk dengan hal duniawi. Kerja, kelas, exam, anak… kadang-kadang sampai lupa pasal trip ni. Huhu


Jadi, secara tepatnya, lagi 2 bulan nak fly baru lah menggelupur masing-masing nak plan tentative lah..transport lah..hotel lah..map..makanan..duit.. Sigh.. Jadi, cik Noni ditugaskan untuk:


1. survey dan book hotel yang murah

2. beli segala tiket train yang perlu dibeli awal-awal (tren Eurostar dari London – Paris, TGV Lyria Paris – Switzerland, cruise ferry dari Amsterdam – Newcastle dan tiket tren kitorg nak balik dari Durham-London nanti)

3. beli tiket untuk tempat-tempat best (Disneyland dan tiket BigBus Tour di London).


En.Temmon ditugaskan untuk download, survey dan study map untuk 7 negara. Dan juga beliau menjadi pemandu tetap kitorang. Walaupun aku pun sama-sama buat permit untuk international driving, Cuma beliau sahaja yang drive sebenarnya. Sebab aku takut bawa Volvo and aku takut sebab driver belah kiri and kena drive lane belah kanan. Scaryyy. HAHA


Aku pulak kena:

1. Plan tentative dan aturcara perjalanan

2. Survey rules and regulation negara orang. Lain negara, lain rules wooo..jangan main-main.

3. Book kereta sewa di Interlaken, Switzerland.

4. Download and install application yang agak membantu (trip advisor & zabihah). Trip advisor tu lah yg bagi idea tempat-tempat menarik yang harus pergi. Zabihah pula application untuk makanan-makanan halal di serata dunia. Pasal makan memang detail. Dasarrrr. HAHA


Jadi, aku plan perjalanan kami bermula dari London – Paris – Interlaken – Pisa – Florence – Venice – Vienna – Prague – Frankfurt – Cologne – Amsterdam – Newcastle – Edinburgh – Durham – London – Malaysia.


Memandangkan kitorg bertolak pada hari raya ke 6, jadi rasa excited untuk ke Europe tu mengatasi rasa nak raya. Tapi, bila beraya sakan plus adik aku bertunang raya ke 4, lupa pulak pasal Europe. Dasarrr.. HAHA


Maka…kita bersambung ke next entry ye. Sakit pulak jari taip panjang-panjang. Cerita ala kadar je boleh? HAHA

No comments: