Nak habiskan entry ni terus boleh tak? Malas dah nak tulis.
HAHA
Day 12.
Hari ni abah dan Amni demam. Huhuhu. So, perjalanan agak
membosankan. Cadangan asal nak ke Lancelin, main sand surfing dan terus ke The
Pinnacle, drive dalam 2 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan cuma highway saje,
kami berhenti lepak dan masak masak dekat 1 pit stop je. Dekat sana ada banyak
pit stop untuk rehat-rehat dan untuk tengok pemandangan.
Bila sampai Lancelin, kami terus la ke kawasan surfing tu
untuk tinjau-tinjau kawasan. Sebab nak main, abah dan anak demam, jadi tengok
je lahhh. Dan mama is sadddd. Dan tetiba je hujan turun. Tau tau je mama tengah
sedih. HUHUHU.
|
Tengok dari jauh je. |
Bila dah hujan, maka kami teruskan lah perjalanan ke The
Pinnacles, bayaran masuk A$12 per car. Masa ni turn mama drive. Wah. Cuaknya
nak drive di antara batu batu dalam pinnacles tu. Sebab dekat sini boleh drive
masuk dalam kawasan desert tu, tapi kena ikut laluan yang disediakan. Takleh laju
laju. Slow and easy je. Best masuk sini. Unik. Cuma cuaca terlampau terik
walaupun cuaca sejuk. I kenot imagine kalau summer. HUHUHU
|
Cuak |
|
Alia berangan le tu |
|
Mangsa bila anak letih. HUHU |
|
Abah dan Amni yang demam |
|
Terik kan? |
|
Tapi sejuk. Tengok belah kanan tu, Kereta kena lalu ikut jalan yg disediakan sahaja |
|
Macam muka orang |
Lepas dah puas lepak, maka kami pun terus cari tempat
bermalam. Seperti biasa cari camp site je, dalam 15 minit dari pinnacles. Dekat
sana, kami ambil Pinnacles Holiday Park. Untuk 2 malam, A$84. Camp site ni kena
book awal, sebab rasanya inilah satu satunya camp site area pinnacle. So,
memang fullhouse untuk 2 malam, dan kami pun ada jiran. Yeay. Tapi yang tak
best nya sini takde ensuite, maka toilet/shower kena share. Dan jauh.
|
Tempat tidur kami. Ada jiran. |
|
See? Penuh kan? Yg belah kiri sekali yg warna brown tu la toilet. Jawooohhhh. Van kami paling kanan. HUHU |
|
Sun set |
|
Sun set lagi |
Day 13.
Hari ni semua rasa sihat dan bertenaga. Maklum la
semalam tak ke mana sangat. Rehat dan tidoq je. So, today, pagi pagi dah bangun
nak meronda. Kita mulakan dengan melawat Lake Thetis. Tengok tasik je. Tapi ni
tasik bukan sebarang tasik. Dalam tasik ni ada hidupan yang dah hidup beratus
tahun tanpa gagal. Batu. Ye. Tengok batu je. Batu tu hidup tawww so tak boleh
sentuh, nanti rosak. Boleh tengok je.
|
Amboi. Happy sungguh beliau ni |
|
Anak dan abah |
|
Baca sendiri |
|
Tu la batu nya. Macam tompok tompok kurap je kan? hihihi |
|
Anak bertuah ni tido je |
Lepas tengok batu, kami ke Jurien Bay. Teropong laut je dari
jauh sebab malas nak jalan. So, tengok pemandangan dari jauh je.
|
Kena memanjat. Adoiiii |
|
Beratnyaaaa anak anak |
|
Tiba tiba mama digomol |
|
Lalu jatuh ke tanah. Geram sungguh. |
|
Aktiviti saja saja |
Lepas Jurien Bay, dah tak tau nak ke mana. So, kami decide
nak main pasir. Yeay. Hihi. Mama is happy. (sebab abah tuduh mama merajuk
semalam tak dpt main pasir.) Suke hati je tuduh tuduh. So, ke Lancelin kita.
Oleh sebab dah tau kawasan (semalam kan dah ukur tanah), kami terus menuju ke
Lucky 7, tempat sewa sand board. Sewanya A$10 untuk 2 hours, tapi kena letak
deposit A$50 dan akan dpt balik after kita pulangkan sand board tu.
Masa sewa board tu, Alia dah cuak dah. Sebab kami sewa 1 je,
cakap ni untuk Alia laa..Dia tanya: “Mama, kalau Alia fell down, how to swim?”
kihkihkih. Dia ingat nak surf dalam laut agaknya. Lalu mama tunjuklah pada
beliau selautan pasir. Baru lah “Ohhhhhhhhhhh”. HAHA. Tapi tapi tapi. Penat
nyaaa lahaii menapak ke tengah padang pasir itu. Bergilir gilir lah dengan En
Temmon, tukar tukar dukung anak dengan dukung board. Dua dua berat. Takdak
beza. Huhuhu. Satu hal lagi nak panjat ke puncak pasir tu. Permainan ni sesuai
untuk orang-orang yang gagah je. Orang yang byk ternak lemak, syoh syoh ketepi
kau duduk di hujung sana. HAHA. Kurus weeeh asyik turun panjat turun panjat je.
Nanges!
|
Jauhnyaaaa nak menapak |
|
Cubaan daripada abah |
|
Cubaan daripada anaknya pula |
|
Lalu jatuh tergolek |
|
Cubaan daripada mama. Of kos tergolek jugak |
|
Penuh seluar dia masuk pasir. HUHUHU |
Lepas dah puas bermain pasir, kembali lah kami ke tempat
tidur. Rehat, lepak dekat playground, tengok sunset.
Day 14 kami kembali menuju ke Perth. Tapi singgah dulu lah
dekat area Yanchep kan. Takkan tengok saje. Dekat sini singgah Two Rocks dan
Yanchep National Park. Dekat Two Rocks tu sepatutnya kena jalan di persisiran
pantai sampai lah jumpa dua batu. Dah nama pun two rock, kannn. Tapi macam
biasa, kami tengok dari jauh je. HAHA. Dasarrrr.
|
Bergambar di sini je lahhhhhh |
Dekat Yanchep National Park
tu, dekat entrance kena bayar, A$12 per car. Tiket masuk sini rupanya boleh
guna untuk masuk ke Pinnacles KALAU hari yang sama. Tunjuk je tiket yang sama
tu dekat kaunter entrance. HUHU. Kalaulah tahu dari awal, boleh la plan jadual
kan.. Tapi takpa lah. Redho je lah.
Dalam ni, banyak kangaroo liar. Sila berhati hati bila drive
ye. Kang tetiba je dia melompat atas kereta. Kat sini jugak ada koala. Banyak
gila atas atas pokok. Tapi koala ni spesis suka tido. Macam aku. Eh?
|
Tempat koala |
|
Banyakkk atas pokok. tapi semua lena |
Lepas dah puas meronda dalam national park tu, kami terus
menuju ke Fremantle, tido dekat Woodman Point Holiday Park untuk 2 malam, A$98.
Day 15.
Hari ni adalah hari santai dan hari shopping. Lepas
breakfast, pagi pagi lagi kami ke E-Shed Market. Tempat shopping souvenir murah
murah. Tapi E-Shed ni buka cuma hari Jumaat-Ahad sahaja, sila rancang jadual
anda. Banyak review pasal E-Shed Market ni dekat google. Pandai pandai lah
pilih sebab ada 2 main kedai yang jadi tumpuan ramai. Satu orang Indo punya dan
satu lagi orang Singapore punya. Bila tah orang Malaysia nak buka kedai dekat
sini. Harga lebih kurang sama je, pandai pandai lah tawar harga.
Lepas penat shopping yang entah apa apa tu (sebab mama
rambang mata, sampai berapa kali tah keluar masuk kedai.) kami terus cari makan
dekat tempat glamer yang sering disebut sebut oleh rakyat Malaysia lah kan.
Cicerello’s atau Kaili’s Fish & Chip. Kami pilih Cicerello’s. Takde alasan.
Saja nak test. (Plan asal nak try test dua dua, tapi apakan daya, tak ada
masa). Harga Fish & Chips A$14.60, Seafood Tray A$ 21.15 dan Fish & Chips
for kids A$8.85. Menurut En Temmon, tak sedap pun fish & chip sini. Sebab
kureng lembut. Portion memang banyak gila tapi tak boleh lawan fish & chip
dekat Albany (Istanbul Kebab & Turkish Bakery). Siapa pergi Albany, sila
try. Kbai.
|
Ni seafood tray |
So, lepas makan, kami lepak dekat taman. Mula mula naik merry go round, saje nak perabiskan duit, maklumlah esok dah nak balik KL. Lepas tu, teman anak anak main playground sampai lah hari nak gelap baru kembali ke sarang. Sedih dan tak sabar dah nak balik KL.
|
Naik merry go round |
|
Anak anak sonok. Mama bosan. HAHA |
|
Syok main sampai taknak balik |
|
Kakak jd spidergirl katanya |
|
Main sampai penat. Mama yg penat. |
|
Rumah kami |
Day 16.
Hari ni balik KL. Yeay. Tapi flight jam 4pm. Lambat
lagi. So kami decide pergi ke Caversham Wildlife Park. Rugi lah kalau tak datang
kan. Tempat wajib ni. Tapi sebelum tu, sempat lagi kami singgah E-Shed Market
sebab nak beli patung koala ada orang pesan. Hihi. Orang kedai tu pun kenal aku
lagi lalu beliau memberi diskaun sebab 3 kali tawww aku pergi kedai dia. HAHA.
Malu ai taw.
|
Kangaroo kenyang gila. Jan jinak gila. Orang bg makan pun dia tak layan. |
|
Sini better datang awal pagi sebab kangaroo makan dalam jam 10 am. Kalau dtg lambat, beliau nak tidoq. |
|
Ada baby dalam poket. |
|
Koala pula kena queue untuk bergambar. Maklum la retissss |
|
Sian dia nak tido. |
|
Pintu masuk. Tapi ni masa nk keluar dah. |
So, dekat Caversham tu tak dapat nak lepak lama sangat sebab nak kena hantar van dan nak ke airport terus. So, misi kami Cuma nak jumpa kangaroo dan koala sahaja. Sian Alia, beliau nak meronda lagi tapi tak dapat sebab kesuntukan masa. HUHUHUHU
Tepat jam 1pm kami terus keluar dan hantar kereta. Nasib baik smooth je dan takde masalah. So, minta orang kedai tu panggilkan teksi lalu terus lah kami ke airport. Dekat je airport dengan kedai sewa van tu, dalam 10 minit je. Dalam flight pun tak ramai orang, maka dapat lah kami duduk 1 row (amni dapat seat, tak perlu lah nak meriba). Alia pulak jumpa kawan baru, foreigner mana tah, lalu beliau duduk dengan kawan beliau. Boleh? HUHU. Jumpa kawan lupa mak.
|
Letihhh la bersilat dengan budak ni. Asyik berebut headphone. HUHU. Di belakang celah seat Amni tu lah kawan baru Alia.. |
Begitu lah kesudahan cerita kembara kami. Lepas ni akan ada
lagi kembara, tapi entah lah ke mana. Sebab kami anak beranak memang suka
berjalan walaupun poket tak tebal mana pun, janji kita enjoy!!!
Ni detail spend masa di sana untuk 16 hari, tak termasuk
flight. Kami beli tiket flight masa promotion matta fair, dapat lah naik MAS,
untuk 4 orang RM2352 je pergi balik. Murah, kan?
Cash
(AUD)
|
Credit
Card (AUD)
|
|
Taxi
|
66
|
Camping site
|
862.2
|
|
Entrance Fees
|
188.5
|
Campervan
|
880
|
|
Prepaid
|
40
|
Fuel
|
450
|
|
Shopping
|
185
|
|
|
|
Miscellaneous
|
448.25
|
|
|
|
|
927.8
|
|
2192.2
|
Total A$3120
|
Note: Make sure credit card anda kosong ye before travel. In
case apa apa berlaku, kan. Dan cepat cepat lah kosongkan balik credit card itu
after melancong.
1 comment:
Post a Comment