----

----
----

Friday, June 19, 2015

Western Australia Day 3 & Day 4 : Bunbury – Busselton - Yallingup, Western Australia (17/5/2015 & 18/5/2015)



Eh. Lupa pulak nak sambung. Maklumlah urusan duniawi memanggil manggil. (T____T)

Untuk hari ke 3 sebenarnya kami plan nak ke Dolphin Discovery Centre. Dah book online dah untuk kami berempat, A$133, ambil pakej bot. Tapi malangnya, masa hari aku nak naik kapal terbang kat KLIA nun, staff dolphin tu telefon cakap weather masa aku nak naik bot tu tak sesuai. Ribut. So, kena kensel tapi don’t worry. Duit dpt balik la. Waaa. Aku kecewa. Huhu. Dan memang betul rupanya weather prediction dia. Kan semalam masa kami tido, ribut badai melanda di malam hari sampai van kami bergoyang goyang? Huuu. Rupanya memang hujan sampai ke pagi esok nya. Double kecewa. Tapi kami pergi lah juga ke dolphin centre tu, untuk tinjau tinjau dan melawat sesuka hati je kan. Sekali bila tanya, boleh tak tukar tiket tu untuk esok? Cuaca ok tak esok? Dia pun cek cek cek, dan kata, BOLEH babeh!.. Yeay. So, tak jadi la refund, kami tukar tiket ke esok hari dengan harapan esok cuaca cerah.

Lepak few minutes sambil dengar cerita abe ensem ni

Alia badmood sebab tak boleh naik bot

So, bila aktiviti dah cancel, kami hilang arah tujuan. Kena rombak balik jadual. Bunbury ni bandar dia kecik je, kami dah jelajah habis semalam. Nak jalan kaki sambil pegang tangan, hujan pulak kan hari ni. So, kami decide nak ke Busselton, tengok jetty (ini patutnya plan utk esok pagi). Motif tengok jetty di negara orang? HAHA. Lantak lah. So, ke Busselton we go! Perjalanan dalam 1 jam dari Bunbury. Tapi cuaca sangat berbeza. Kalau di Bunbury hujan dan angin sangat kuat, tapi di Busselton ni cerah terang benderang. I likeeee.

Busselton Jetty

Jetty ni yang menariknya sebab dia panjanggggg sangat jalannya sampai ke tengah laut, dalam 2km. Untuk masuk, total kami A$6 (adult A$3, kids free). Boleh berjalan kaki untuk sampai ke hujung (dekat hujung tu ada aquarium bawah laut), atau pun naik train. Kalau naik train, tiket pergi balik A$11 untuk adult dan A$6 untuk kids. Amni free. Tapi malangnya, hari tu train tutup dan aquarium pun tutup. Tanya staff, dia pun tak tau kenapa tutup. Boleh? Huhu. Aquarium tu i tak kecewa sangat sebab takde dalam plan pun (tiket masuk macam mahal je), tapi teringin nak naik train tu. HUHU. Tapi takpe lah, untuk mengubati hati yang lara, kami berjalan je lah sampai ke hujung.

Menapak je lah ye.

Takde cameraman, kena lah selpie je

Jauh lagi nampaknya perjalanan kita ni

Sepanjang panjang perjalanan tu memang ramai orang yang memancing, ada yang duduk saja lepak lepak, ada yang berjogging. Ok la. Tak terasa penat sebab cuaca pun sejuk dan angin macam best je…Hilang la sikit lemak lemak di jari kaki. Kuikuikui

Ada pitstop untuk rehat

Masa ni kakak dah penat.

Bila dah penat dan bosan, dalam jam 2 pm, kami pun kembali ke pangkal jalan. Balik ke Bunbury dan tetiba decide nak masuk ke Bunbury Wildlife Park, total A$23 (adult A$9, alia A$5). Park ni sangat tenang dan best. Kecik je tapi macam menarik, maybe sebab orang tak ramai. Amni seronok sangat main dengan burung. Semua jinak-jinak. Kat sini lah En Temmon jumpa cinta hati dia, si kangaroo. Eiii..I tak suka la kangaroo, not my type. Tapi dengan En Temmon, tersangat lah beliau suka, siap berpaut kat tangan En Temmon sambil makan. Aku syak tu kangaroo betina. HAHA. Tapi sayangnya, masa ni henpon I dah habis bateri dan henpon En Temmon pulak tetiba rosak, gambar kangaroo kesayangan beliau semua hilang. Lalu En Temmon pun berduka. Tp aku tak sedih pun, HAHA

Mula mula Amni takut, lepas few minit, dia yg kejar burung tu. haha

Rilek je dia. Burung ni memang bersepah sepah. Even di tepi tepi highway, dekat campsite, memang bersepah.

Tapi burung kat sini jinak. Tapi JANGAN pegang ekor dia. Nanti dia patuk. Amni kena patuk. HAHA

Masa ni, i jauh je. Tak suke. huhu. Alia pun takut.

Lama jugak lepak dgn kangaroo ni, tapi apakan daya gambar semua hilang.

Bila sesi beramas mesra dengan haiwan haiwan kat dalam tu selesai, kami ronda ronda dulu dekat kawasan pantai sebelum balik ke camping site. Begitu lah habisnya hari ke 3 kami.

Lepak tepi pantai tengok orang joging

Tapi orang je yg jogging, kami tak jogging.

Note: Dekat Bunbury ni ada 1 kedai kebab halal. Lupa pulak nama dia tapi senang je nak cari, pusing pusing je area main city (kecik je area tu), konfem jumpa. Kami tapau je bila malas nak masak. Hehe

Budak budak bergusti di katil atas sementara mama masak dinner.


Hari ke 4.

Cak. Selamat pagi! 
Bangun pagi gembira sebab cuaca sangat baik. Dah tak hujan. Yeay! Boleh tengok dolphin (sebab alia dh excited dari Malaysia lagi). So, rutin aku setiap pagi, bangun tido, buat susu Amni dan terus masak nasi (untuk lunch) dan masak air. Nasi tu bila dah masak simpan dulu dalam almari, tengahari baru makan. Lepas tu pergi toilet dan selesaikan apa yang patut. Dah selesai semuanya, dah cantik cantik, baru bawak budak-budak mandi dan en Temmon boleh lah kemas kan tempat tidur (tolak tolak katil ke kedudukan asal, isi air dalam tangka van, etc). Dah selesai anak anak, buat breakfast dan makan dalam van je (kalua makan kat luar, susah nak kawal si adik tu. So mama kurung dalam van. HAHA). Sambil tu En Temmon pulak bersiap. Lepas tu, sapu sapu sikit van dan simpan apa yang patut, cabut semua wayar dan bertolak. Itu lah rutin setiap hari. Average masa nak bersiap daripada start bangun sampai lah van gerak, dalam 1 jam setengah. Ok tak. Hehe

Dah sudah breakfast. Tunggu van nk gerak.

Eh. Lambat pulak abah nak gerak, main dulu.
So, bila dah gerak tu, check out terus lah sebab malam ni tidur camp lain pulak. Jadi kami terus lah menuju ke Dolphin Discovery Centre, naik bot jam 11 am, maka kami lepak lepak dulu dekat dalam tu. 

Pintu masuk. Masuk belah kiri tu, bukan kanan.

Baru je seminit masuk, tetiba loceng bunyi. Kuat gila. Tanjat boboi. Rupanya loceng tu bunyi tandanya ada sekumpulan dolphin datang berenang renang di tepian pantai. Wah…jakunnya i…. Memang dekat sangat dolphin tu datang, dan ramai lah orang bertenggek tepi pantai tu. Staff dolphin tu suruh sesapa nak masuk dalam air, boleh je, tapi sebab sejuk, maka staff je lah yg masuk. Hihi. Kita tengok dari darat je lah.


Nampak tak dolphin tu, di tepian pantai je

Kami tengok dari jauh je la.

Lepas tengok tengok dolphin tu, sempat lah Alia join group budak sekolah dengar staff dolphin tu explain pasal octopus. Kelakar gila pakcik tu. Memang selalu diorang buat sesi belajar dengan budak2. Bagus Bagus. 

Join budak sekolah mana tah.
Pakcik ni kelakar. Comey je.
So, dalam jam 10.45am, kami pun bertolak ke jeti. Jeti dia dekat tempat lain, kena drive dalam 5 minit sebab jeti dekat kawasan ni tak boleh guna kot. Tah la. Tapi I ok je memana pun sebab dah tau kat mana nak pergi, kan. Sebab kami kan dah round habis kawasan ni. (I tak tau pun jalan, En Temmon je yg cekap bab jalan ni.)

Nak naik bot ni, kena pakai baju sejuk. Even masa tu cuaca tak sejuk mana pun. Ni staff tu yg pesan semalam. Dan betul la kata beliau. Elok je sampai tengah laut, sejuk gila. Tangan rasa beku, nasib baik bawa sarung tangan untuk budak2. Sejuk sgt sampaikan aku rasa nak suruh orang tu patah balik, tak perlu la nak cukupkan sejam setengah tu, tapi sebab bayar mahal, kan..teruskan je la. Dan berpeluang lah kami ronda ronda selama 1 jam setengah dan nampak sekumpulan dolphin tengah makan ikan. Menurut staff dolphin ni, if dalam sejam setengah tu tak nampak dolphin, duit akan dikembalikan. Sebab ni dolphin liar. Sesuka hati dia je nak timbul ke tak.

Ce ce ce. Seronok sungguh beliau. Semalam merajuk.

Naik bot dia tak duduk dah. Berdiri je sampai sudah. Dan tak ramai pun dalam bot ni (seorang driver, sorg staff, 2 tourists dan kami 4 orang)

Jangan lupa bawa sarung tangan.

Pencarian dolphin berjaya.

Yang ini dekat sangat.

Dah selesai bergembira, kami pun terus menuju ke Yallingup. Perjalanan dalam 1 jam setengah. Dekat sini kami ambil Caves Caravan Park, A$60 per night. Camp site ni bukan Big4 punya, so, kena contact owner tu untuk booking. Dekat sini macam sunyi sikit. Dalam kawasan hutan (bukan hutan tebal) dan orang tak ramai. Bukan tak ramai, malah tak ada orang pun. Kami je tetamu malam tu. Scaryyyyy. Masa mula-mula sampai, memang keja aku lah kena turun dan cek in. En Temmon tunggu dalam van je. Time ni lah, elok je kami park kereta, ada pakcik tua datang tegur.

Dia ckp: “Hello. Farhana?”
Aku macam: “Errr… Yes.”

Rupanya memang owner camp site tu. Memang dia tengah tunggu aku. Katanya aku sorang je book hari ni. Cuak i. Ingatkan I ada stalker. Hakhaktuih.

Disebabkan pakcik tu peramah, aku pun borak borak lah dulu, tanya macam-macam lah. Tempat mana best, tempat mana yg kids friendly etc. So, bermacam-macam jenis pamphlet dia kasi sambil explain macam-macam sampai aku pun pening. Sudah nya, lepas kami semua lunch (masak sambal ikan bilis je), kami decide untuk masuk gua. Ngilgi Cave. Ha kau. Pegi ostrolia masuk gua tu. Gua kelam pun dh lama tak masuk (masa kecik kecik dulu rasa penah sampai gua kelam. Eh, Tetiba). 

Pakcik owner camp site tu dah cakap dah, kalau nak masuk gua santai santai, yang sesuai untuk bawak baby,kena masuk gua ape tah nama dia, lupa. Ngilgi Cave ni macam susah bawak baby. Tapi kami kan degil. Haha. Sekali Ngilgi Cave tu kena panjat tangga, tunduk tunduk. Kalau orang yg biasa biasa tu, ok je sebenarnya. Tapi kami kan luar biasa. HAHA. Kena dukung Amni pulak tu, gilir gilir dengan En Temmon. Mengah aku.

Pintu masuk. 

Sementara tunggu guide.

Ngilgi Cave ni tutup jam 5 pm, masa kami sampai tu, dalam jam 4pm, dan kebetulan ada satu Chinese family dari Malaysia (married couple dan parent) join tour sekali kami. So, berlapan lah kami masuk gua diiringi oleh Dominic, guide yang kelakar. Dominic tu ikut dekat certain part je. Dia akan explain dan cerita history. Part lain tu, kami kena jalan sendiri (naik turun tangga batu). Takmau lah jalan sendiri, kami nak join Chinese family tu sebab diorang pun peramah dan kami takut gelap. Eh. Masa jalan ni, aku dan En Temmon belakang sekali bersama dengan Amni dan aunty Chinese tu, sebab dia sakit lutut tak boleh laju. Aku pun bagi alasan sakit lutut. Malu la bgtau sebab penat. HAHA. Alia pulak dh ke depan ikut couple tu, diorang yg jaga Alia. HAHA. Maaflah…
Dalam gua ni, ada Kristal je. Bermacam macam jenis dan bentuk boleh tengok. Aku tak tengok sangat, dok tengok jam je. Bukan apa, rasa macam lama sgt dah. HAHA.

Ini lah Dominic. Semangat dia bercerita.
Perjalanan dimulai dengan turun ke bawah tanah.

Budak ni paling seronok, tapi pantang lepas. Kuat merayap. Risau aku. Tapi dont worry, dia takkan jatuh sebab tangga tu berpagar cuma aku risau dia buang kasut. HAHA

Dalam ni tak sejuk pun, tak payah le pakai jaket. Buat berat je. 

Masa start ni Alia masih bersama ibunya, bila ibunya semput, dia pegi join orang depan. huhuhu

Ni jalan elok lagi, ada jalan yg curam dan sempit, kena tunduk tunduk.

Dalam ni tak lah gelap sangat, sebab ada lampu. Yang tajam tajam tu lah kristal.

Sini macam sempit sikit.
 
Mama ambil turn dukung budak kecik. Adoi. Beratnya beliau.

Kat bawah ni boleh baring baring sambil tgk kirstal tu atas kepala. Ada mcm ilusi optik yg sukar digambarkan. cewah. Nampak tak entity kecik di tengah tengah tu. Itulah aku dan Alia. En Temmon dan Amni tunggu atas je, borak dengan Dominic. amboi bang....sakan nau dia borak.

Dan disebabkan kami group last, Dominic kasi can lepak lama sikit. Boleh baring-baring dalam tu, dalam jam 5.15pm semua pun keluar lah dan kembali ke sarang masing-masing. Hehe, So, sementara nak tunggu gelap tu, seperti biasa, kami buat lawatan tapak dulu. Ronda ronda kawasan sekitar. Sekali terjumpa 1 lagi camping site yang lagi cantik, Yallingup Beach HolidayPark. Yg ini ramai sikit orang dan tepi pantai. Sobs. Kalau lah ku tahu, baik aku book yg ini. 

Main playground dulu kasi penat. hehe
Ini lah camp site kami. Bila malam sangat lah gelap sebab tak ada lampu jalan. huhuhu

Menakutkan sebab gelap dan tak ada orang, tapi masa kami sampai lepas penat ronda ronda tu, ada satu lagi caravan masuk parking. So, tetamu malam tu, ada 2 sahaja untuk camping site yang sebesar besar alam tu. Huhu. Setiap kali nak ke toilet, aku mesti terbayang ada binatang buas tengah usha dari jauh. Pastu ada pembunuh bersiri ketuk pintu. Waaa. Takut nya camping site ni, tak payah lah ambil kalau nak tido kat Yallingup, dah la mahal. Sila ambil yg dekat tepi pantai tu. Sekian.


Entry habis sebab tetiba terbayang muka pembunuh bersiri. Kbai.

No comments: