----

----
----

Sunday, October 14, 2012

Euro Trip Day 4 - Disneyland Paris (27/8/2012)

Day 4 adalah hari yang di nanti-nanti kan. Disneyland!

Macam pergi USS dulu, kami gigih nak masuk time pintu buka sebab taknak bazir masa, yakni nak penuhi segala ruang masa yang ada dalam Disneyland. Jadi, awal-awal pagi kami dah siapkan diri, dan siap masak nasi goreng dengan ikan sardin, nasi himpit dengan serunding. Untuk ke Disneyland, perjalanan agak jauh dari hotel kami menginap. Jauh, tapi perjalanannya mudah. Underground berlambak dan bersimpang siur. Tapi jangan risau, kalau sesat pun, boleh kembali ke pangkal jalan dengan mudah. 

Inilah dia map yang boleh mengundang migrain. Tapi, signboard dalam station tu sgt membantu. Kalau follow direction, memang tak sesat. Sekian.

Jadi, berbekalkan bekal makanan dan semangat yang tinggi, kami berempat pun bergerak dari Station Gare du Nord [M4] menuju ke Les Halles [M4] dan lepas tu tukar tren, Châtelet Les Halles [RER A] menuju ke Marne-la-Vallée,  Chessy [RER A]. Tiket dalam EUR14 perperson dan perjalanan dalam 1 jam lebih. 

Inilah underground RER A menuju ke Disneyland. Yang bestnya, tren ni 2 tingkat. Tapi yang tak best nya, ni underground tren. Jadi, kau tgk aku, aku tgk kau. Borringgg. T_T


Tiket masuk, macam biasa, Cik Noni dah belikan awal-awal lagi, GBP 51 untuk Disneyland Park dan Walt Disney Studios Park. Sebab lagi awal beli, lagi murah. Tiket Alia free. Tapi murah pun, kalau convert, dalam RM250 jugak laa. Nanges. Jadi, jangan convert. T_T

Ni la tiket masuk dia. Printkan aje tiket ni, lepas tu tunjuk passport. Lepas tu, berjimba lah dikau di dalam nya.

Ini tiket Alia. Sebab kategori anak-anak tak cukup umur, dia tulis kecikkk je nama Alia kat belah atas tu. Boleh la...

Diorang sertakan sekali map untuk berjalan-jalan dalam tu. Tempat nya tersangat lah besarrr.. rasanya 2 or 3 kali ganda USS. Nak main semua mmg tak sempat la.

 Dah check passport dan masuk, mari layan gambar aje lah...


Baru sampai. Yey!

Dekat pintu masuk Walt Disney Studio Park

Mula-mula usha tempat dulu. Ada show yg tak buka lagi.

Show ni paling best. Ala-ala action movie
Ni tengah queue untuk naik Tower of Terror

Lunch break. Seperti biasa, Alia bukan nak makan sangat pun. Makan gula-gula OK laaa. huhu

Ini masa nak masuk the second park, Disneyland park. Nak masuk second park pun kena check passport jugak ye.

Sangat terik walaupun tak sepanas Malaysia. Sebab tu, balik KL i terus sunburn. HUHU

Jumpa je spot, mesti snap gambar.

Toon Studio sesuai untuk Alia je laaaa

Mainan feveret. Kalau tak naik, mmg tak sah!

Ini je salah satu tempat yg tak ramai orang. huhu

Patung-patung dia sangat comey. Tapi jalan lama2 boring juga. HUHU

Toy Story. Feveret Alia jugak.

Teringin nak naik penyu tu, meluncur dalam air. Tapi, tengok lah line. Kbai.

Ni tempat Monster Inc. ape tah. I dah letih time ni.

Ok..kami nak balik dah. Jumpa lagi!



Pendapat peribadi aku, aku lebih suka USS daripada Disneyland ni. Sebab nya, fungsi 'fast pass' kat Disneyland macam tak berfungsi. Puncanya, tak semua game ada fast pass. Lepas tu pulak, kalau rasa nak guna fast past untuk certain game tu, kau kena print tiket fast pass untuk game itu sahaja, dan tiket tu valid untuk 1 jam je. Contoh: Jam ko baru kul 10am,pastu ko tgk ramai gila yang tgh queue untuk main Tower of Terror, so ko kena lah pegi print tiket fastpass untuk Tower of Terror tu, lepas tu kat tiket tu tulis, ko boleh masuk dari jam 11am - 12pm sahaja. So, pepandai lah kau bajet masa ye... Game lain kebanyakkan mmg takde fastpass. Jadi kena berbaris. Sanggup ke berbaris 1jam? Lagi pulak orang sangat ramai sebab musim summer kot. So, kalau nak datang Disneyland, sila lah pilih musim lain. Nak lagi best, pergi time winter. Tapi kalau time winter, operation hour sampai kul 6pm je lah. Kalau summer sampai kul 11pm. Jadi kami jalan-jalan pusing aje dan masuk je mana2 game yang tak ramai orang. Alia sangat seronok sebab banyak cartoons fav dia. Mama Alia pun seronok tapi sebab ramai orang dan panas terik, jadi mama pancit. Eh? Macam takde kena mengena. HAHA

Dah agak-agak kul 4 petang kami bertiga dah tak larat dah. Nak main pun kena beratur panjang, jadi kami buat keputusan untuk keluar dari situ. Bye Disneyland. Nanti kalau I rajin, I datang lagi. Tapi I nak pergi bukan time summer pulak. Hew Hew Hew.

Keluar dari Disney land, kami tak tau nak pergi mana. Sebab plan asal nak lepak dalam tu sampai malam. Tapi kul 4 dah tertewas. Jadi aku contact kawan aku yg keje kat Embassy tu, Kak Juliana Razid, terus dia ajak jumpa kat mana-mana. Dia baru habis kerja, so boleh la tunjuk jalan sikit-sikit. Aku pun, okkkk la...So, kitorg decide nak ke Notre Dame Cathedral.

Bersama kak JR.

Mula-mula i malu nak bergambar. Awww

Bukan senang nak ada gambar berempat ni.
Dekat London tak dpt main merpati. Kat sini banyakkkk gila. Mama dah takut dah kena langgar ngn merpati tu. Alia rilek je. HUHU


Budak gembira.


Lepas puas bergambar, kak jr bawa kami tapau kebab kat kedai area Notre Dame tu, harga dalam EUR 7 je, dan tu adalah kebab tersedap sepanjang kami di Europe. Dapnye Dapnye. Oh, lagi satu, kalau nak beli fridge magnet / keychain murah, sila pergi kat sini, pastu jalan sikit, cari kedai kat lorong-lorong. Sini...sangat murah. Murah dari 'awang-awang hitam' di Eiffel Tower tu. Sungguh!

Lepas dah tapau dan beli souvenir, kami pun berpisah arah, balik ke hotel masing-masing. Esok nak ke Switzerland pulak. Hey Hey. Best!

Sebelum sampai hotel, sempat bergambar dengan bangunan Station Gare du Nord, Paris. Kenangan ni...

 Ok lah. Sekian entry Paris.

Note: kalau nak ke Disneyland, elok lah spend 2 hari kat dalam tu. Best berbaloi-baloi.
 






1 comment:

Zueda said...

Salam...saya g disneyland 11jul2014.
Dh dpt emel..tp 7hr sblm baru bole print tiket. Nk tanya..tiket print kt mana yer