Mari sambung untuk Day 3.
Hari ke tiga, kami berempat akan ke Paris. Yeay! Alia still
demam sikit-sikit. Jadi aku tampal cool fever. Harap-harap jangan lah bertambah
teruk demam nya. Untuk ke Paris, kami pilih untuk naik Eurostar di Station
St.Pancrass, jadi cik noni memang dah belikan tiket ni awal-awal lagi. Sebab
kalau beli lagi awal, lagi murah katenya, tapi dalam RM277 perperson jugak
lah.. Alia free, tapi kena duduk atas riba la. Kami dapat seat untuk 4 orang
yang saling mengadap, ada meja kat tengah-tengah. Mujur lahh seat sebelah
en.temmon tu kosong. Maka ia menjadi milik Alia sepanjang 3 jam tu. Dalam tren, cik noni konon nya nak siapkan report. Tapi...lupakan aje la.. HAHA
|
Noni dalam cubaan menyiapkan report. Cubaan aje laaah.. |
|
Alia gigih study dalam eurostar. |
Dalam jam 1pm kami pun sampai di Stesen Gare du Nord, Paris.
Dekat sini tak perlu nak cop passport dah. Jadi kami pusing-pusing dalam
station tu sebab sesat dan tak tau nak keluar pintu mana, sebab tak faham bahasa
france. Elok dekat pintu keluar, kami kena pow dengan budak kat sana. Konon nya
kena sign je untuk bantu persatuan pekak dan bisu. Dah la taknak cakap omputih.
Pastu mintak-mintak duit pulak. Tentu lah kami tak bagi, nasib baik pakcik
teksi yang hensem tu tolong halaukan. Kalau tak, sampai esok la bergaduh dengan
budak tu. Tak seronok betul kena pow time hari pertama di Paris! Keluar dari
station tu, kami dihidangkan dengan bau-bau hancing di merata tempat. Aku
sungguh tak faham, tempat yang memang tumpuan pelancong boleh ada bau busuk?
Aih. Memang spoil mood.
Oleh kerana hotel kami dekat, kami pilih untuk jalan kaki
sahaja, tapi seperti biasa, kami tetap akan sesat dan berpusing-pusing di
kawasan yang sama, dan akhirnya jumpa lah Hotel Maubeuge. Hotel dah
book dari Malaysia lagi, EUR53.61 (RM212) per person.
|
Ini view depan hotel. Hotel kami pun view macam ni juga. Sama je.. |
|
Sedang tunggu bas. |
|
|
|
Dalam bas. |
Lepas selesai melepaskan
lelah, kami masak dan makan dan mandi, kami terus keluar balik sebab kami cuma
ada petang itu sahaja untuk berpoya-poya sebab esoknya kami akan ke Disneyland!
Jadi asalnya nak naik tren ke Eiffel Tower, tapi bila turun dari hotel, aku
terberborak dengan kaunter-man hotel tu, terus tertanya cara termudah nak pergi
Eiffel. Terus dia suruh tunggu je bas depan hotel tu. Bas tu akan berhenti
betul-betul depan Eiffel Tower. Wah. Lagi mudah! Jadi kami pun tunggu bas bersama-sama
penduduk tempatan. Ada yang tengok kami atas bawah. Ada yang buat tak tau je.
Tambang bus dalam EUR2.00 seorang, so kami agak-agak je pit stop sebab menara
besi tu Nampak je dari jauh. So, orang lain turun, kami pun ikut turun. Nasib
baik betul. Bila jalan bawah Eiffel tu, tengok ramai nya umat manusia tengah
beratur nak naik. Kami memang tak naik laa, kalau nak naik tangga, tak ramai
orang. Cuma nak naik ke? HAHA
Tak ada yang special nya Eiffel ni,
binaan dia cuma besi-besi buruk je, tapi tetap menjadi pujaan ramai. Maybe
sebab binaan dia cantik kot. Kami excited juga, cuma Alia je tak excited. Dia
boleh lena. Walaupun tak sesejuk London, tapi lagi sejuk la lagi Malaysia. Tu
yg Alia sedappp je lena. T_T
|
Eiffel, Im in Love! |
Lepas dah puas bergambar, kami
lepak-lepak atas rumput sambil fikir nak ke mana pulak, sebab jadual dah
bertukar. Huhu. Lepas bincang, kami sebulat suara nak pergi ke Arc de Triomphe. Before tingglkan Eiffel
Tower, tentu lah kena cari fridge magnet dan kechain dulu. Kawan aku pesan,
kalau nak murah, sila beli dari ‘En Awang Hitam’ yg berkeliaran. Murah berbaloi
baloi. Tapi malangnya, masa kami di sana, tak ada seorang pun Awang Hitam yg
jual keychain tu. Aku agak diorang kena tangkap polis dah. Lalu aku beli la
dari makcik kat bawah tower tu. HUHU. Sempat lah berborak dengan makcik tu sebab
dia teka kami dari Indonesia. T_T
Untuk ke Arc de
Triomphe, kami kena naik tren Bir-Hakeim [line M6] menuju ke Charles
de Gaulle, Étoile [line M6], EUR1.71. So, kena lah menapak cari station Bir-Hakeim,
dalam 15minit jalan kaki. Dalam perjalanan ke station tu, sempat lah usha few
kedai yg jual souvenir. Ada yg lagi murah, ada yg lagi mahal. Sempat juga
En.Temmon beli t-shirt. I tak minat t-shirt oversea ni, jadi I tengok saja
la..Yang bengang tu, masa tu lah berbondong-bondong awing-awang hitam datang
bawa keychain. Siap cakap BM. “murah! Murah! Terima kasih!” tapi kami tak layan
sebab dah beli dahhh. Kecewa!
Tren underground di Paris sangat tak baby/toddler
friendly. Tak ada escalator atau elevator langsung. Kalau kau bawa stroller
besar lori, kau kena angkat lah stroller to naik tangga. Penat gila! Aku yang
angkut stroller kurus melidi tu pun semput gila kena gilir-gilir angkat.
Nanges! Jadinya, bila dah sampai dekat Arc de Triomphe tu, kami semua dah pancit (aku je sebenarnya). HAHA. So,
kami tangkap gambar, rehat jap, lepas tu dah jam 7pm dah, maka pulang ke hotel.
|
Masa ni dah hampir jam 7pm. Sudah penat. |
Nak balik hotel, kami kena ambil Charles de Gaulle,
Étoile [line M2] menuju ke Barbès,
Rochechouart [line M2]. Dan jalan kaki menuju ke hotel.
|
Dalam tren. Dalam perjalanan pulang ke hotel. Alia mmg tak suka duduk. T_T |
Tapi yang tak best nya,
dekat station tu penuh dengan awing-awang hitam. Diorang lepak-lepak sambil
jual rokok. Takut gilak. Sebabkan diorang tu awing-awang yang hitam, pemandangan
dekat situ seolah-olah gelap. HAHA. Malamnya, kami berehat-rehat sahaja sebab takut
nak keluar, lagipun esok nak ke Disneyland. Kena simpan tenaga hoi.
*Aku kecewa tak dapat pegi Lurve kat Paris tu. Tak apa lah. Nanti boleh pegi lagi. Eh?
2 comments:
I enjoy reading write-up. Hope i can discover a lot more articles like this one. Thanks for posting.
Thanks for sharing! Info.berguna utk panduan ke Paris next year :)
Post a Comment