Untuk hari ke 5 adalah aktiviti bebas.
Hari ni lepas check out dari camp site yang menakutkan itu,
kami bertolak menuju ke Margaret River. Perjalan dalam 1 jam je, tapi kiri
kanan adalah pokok pokok dan jalan agak kecik. Takut binatang liar melintas
pulak jadi, bawa van selow selow saja lah. Plan asal nya nak ke Jewel Cave,
Margaret River. Tapi bila dah sampai, malas pulak nak masuk. HAHA. Ape kes
asyik masuk gua je kan. So, kami berjalan secara suka hati.
|
Sementara menunggu abah setup van. Kakak tu sibuk dengan camera dia. HUHU |
|
Pagi pagi muka still comey. Tunggu la petang sikit...HUHU |
|
Lalu je. Tapi tak masuk pun. |
Orang kata, dekat
Margaret River ni banyak aktiviti boleh buat. Tapi aku tak jumpa mana mana
tempat menarik pun? HUHU…kecuali town dia yang sangat comel. Serius comel. Dan
yang penting ada Supermarket Iga. Feveret En Temmon, harus lah bershopping dulu
kan.
|
Salah satu tempat lepak di Margaret River. |
|
Hasil tangkapan di Supermarket Iga. |
Lepas agak agak dah bosan bersantai dan cuci mata, kami pun bertolak ke Augusta. Perjalanan dalam 20 minit. Augusta ni pun bandar kecik di
tepi pantai. Cantik sangat. Apa apa hal, kena check in dulu. Kami ambil
Flinders Bay Caravan Park. Yang ini kena book thru email je, bayar upon arrival
A$44 untuk 1 malam. Camping site yang ini best. Diorang bina dalam semak samun
di antara pokok pokok. Dari jalan besar, nampak pokok je, rupanya bawah tu ada
camping site. Patut la kami asyik sesat je. Masa sampai ni, dalam jam 3pm.
Hujan. Dan office tak ada orang. HUHU. Nasib baik dia ada tinggalkan envelope
dekat post box. Itu yang bestnya tido dekat camping site. Simple. Kalau datang
lewat, diorang akan tinggalkan envelop ada nama kita. Dalam tu ada semua
instructions dan peta. Untuk guest yang walk in (tak buat booking), boleh ambil
je mana-mana site, nanti esoknya sebelum check out, singgah dulu dekat kaunter
untuk bayar. Senang je kan. Kalau kat Malaysia mesti ramai dh tido free. HUHU
|
Inilah spot kitorang. Bangunan belakang tu public toilet/shower/laundry. Asalnya dpt port jauh sikit, tapi minta tukar. Senang sikit nak memerut. hihihi |
Untuk site ni, kami ambil yang powered site sahaja. Tak
adalah personal toilet. Sobs. Dah la public toilet tu menakutkan. Terbayang bayang
ada hantu tengah tunggu dalam toilet. Waaa. Takut. Asalnya dapat site yang jauh
sikit dari toilet tu, tapi disebabkan tak ramai orang hari, boleh la tukar
spot. Dekat sikit. Tapi dekat pun takut. -____-
Lepas masak dan makan, barulah kami keluar jalan jalan cari
pasal. Kalau nak tau, pantai Augusta ni tempat whale watching. Kalau bernasib
baik, Nampak lah ikan paus berenang renang ketepian. Tapi malangnya, musim yang
paling banyak ikan paus adalah bulan Ogos. Huhu. Paus banyak tenggelam timbul
dekat sini sebab cuaca sejuk. Mungkin bulan Ogos tu kemuncak winter, sebab tu
dia datang. Suhu masa ni sekitar 11 celcius waktu siang, 8 celcius waktu malam.
Sejuk gila walaupun lemak tebal. Anak anak sampai taknak keluar van. Sudah nya
abah dan mama keluar gilir gilir. Ape daaa.
|
Playground dan tempat whale watching. |
|
Dekat sini memang sejuk gila, angin kuat. Anak anak tunggu dalam van je. |
|
Historic Water Wheel. Bosan pulak anak-anak takde nak bergambar |
|
Tak ada orang pun. Kami je. |
|
Cape Leeuwin. Masa ni gate dah tutup. HUHU |
|
Cubaan untuk melepak di pantai di malam hari. Alia menangis ajak balik sebab kesejukan. HAHA. |
Hajat di hati nak naik Cape Leeuwin lighthouse. Dekat sini
boleh lah Nampak pertemuan antara Southern Ocean dengan Indian Ocean. Untuk
masuk, kena bayar. Tapi masa kami sampai dah lah lewat, hujan pula tu. Maka tak
pergi lah. Tengok dari jauh je lah. Huhuhu
Aktiviti diteruskan dengan berjalan-jalan tanpa arah. Kalau
stay lama, boleh sewa cruise. Untuk tengok paus. Macam menarik. Tapi kami stay
sehari je dekat sini. Tak sempat buat apa pun. Sayangnya….huhu
Habis hari ke 5.
Day 6.
Hari ni lepak tepi pantai lagi. Tunggu ikan paus timbul.
HAHA. Tapi sampai ke sudah tak timbul. Ah. Sudahlah. Kecewa lalu kami terus
menuju ke Walpole sebab perjalanan jauh lagi, dalam 4 jam.
|
Layan anak anak main sambil tunggu paus timbul. |
|
Cantik kan view sini. Saya suka! |
|
Mana lah dikau paus? |
Sepanjang
perjalanan, anak anak ok je, bila lapar, kami berhenti makan. Tapi nak berhenti
sesuka hati tak boleh lah. Sebab tak ada sebarang kenderaan pun yang lalu situ
kecuali van kami. HUHU. Mana pergi semua orang? Berhibernasi ke? Dah la lalu
tengah tengah hutan. Hutan simpan. Pokok besar besar kiri kanan. Sekali sekala
baru jumpa sekawan biri biri dekat ladang anggur. Tapi tak Nampak kelibat
manusia pun. Ape kah.
|
Highway. Rupe ini je sepanjang jalan.. |
Agak agak dah jam 3 pm, baru lah kami sampai di Valley of
the Giants Tree Top Walk. Ini je lah tujuan nya. Hehe. Tiket masuk A$37.50
(famlily package). Jalan lah dikau di atas atas pokok secara sesuka hati.
Perjalanan dia tak jauh mana, Cuma boleh je kalau nak pusing few round sebelum
keluar. Tapi kami pusing 1 round je la. Hehe. Masa ni Amni suka sungguh. Laju
dia berjalan tanpa toleh kiri kanan. Tak gayat ke adik? Mama nak kejar pun mama
takut. HUHU. Si kakak pun pentakut macam mama. Adik je over.
|
Baru nak start panjat pokok. |
|
Dah halfway. Alia tuuu berkepit je dengan mama. Adik rilek je. HUHU |
|
Cak! Tinggi wooooo |
|
Dah habis naik pokok, tengok showroom dia. |
|
Kereta dlm pokok ni ada sejarah tersendiri. Malas nk tulis kat sini. Boleh? |
|
Adik berjaya merampas stereng daripada kakak. HUHU |
Dalam jam 5pm, kami pun keluar sebab ada sejam lagi
perjalanan ke next camping site. Sini kan hari cepat gelap, so, bila hari dah,
dalam jam 6 pm baru kami sampai di Denmark. Sewa camping site Denmark Ocean
Beach Holiday Park, A$86 untuk 2 malam. Macam biasa, ambil kunci dan map dekat
post box je sebab office dah tutup. Site ni jauh sikit dari toilet. Tapi yang
best nya kami ada jiran. Hehe. Jarang jarang nak ada jiran ni.
Aktiviti malam, macam biasa, tidur awal. HUHU
Day 7
Bangun pagi-pagi, lepas sudah breakfast, dalam jam 10am kami
pun mulakan aktiviti ronda ronda. Kalau datang Denmark, acara wajib adalah
melawat William Bay National Park. Dalam tu ada banyakkk tempat menarik. Untuk
yang gagah perkasa, boleh lah bush walking jauh jauh sikit. Memang berbaloi
penat lelah anda itu. Tapi sebelum tu, singgah la kat memana tempat cantik yg dijumpai.
|
Port kami untuk 2 malam. Belakang tu public toilet. Kena jalan jauh. huhu |
|
Singgah sini dulu sebelum apa apa. Tak ingat nama tempat. |
|
Dan singgah sini kejar burung. Suka sungguh mereka. |
Dekat William Bay National, wajib tengok Greens Pool dan Elephant Rock.
Subhanallah. Cantik sangat Greens Pool. Tak pernah tengok pantai secantik ini.
Pantai, tapi disebabkan dikelilingi batu batu, dia jadi pool. Serius lawa. Dan
boleh mandi. Tapi suhu 11 degree, tak mampu la ai nak berendam. Celup kaki pun
dah ketaq. HUHU. Alia macam biasa, dia pantang sikit tengok pool ni, mesti nak
terjun, sudahnya habis lencun seluar. Takpe lah nak…sekali sekala. Nasib baik
rumah dalam van je. Boleh salin baju.
|
Masa mula mula nampak, terus terkedu. Cantik. (bukan nampak encik yg dukung budak itu ye, nampak pool) |
|
Saja nak selfie. Takde orang nak tolong,kan... |
|
Cantik tak? |
|
Alia tu tak tahan nak berenang tu....Adik pun sama. |
|
Abah dan anak anak nya |
|
Oh ya. Nak ke sana kena turun naik tangga tawwww. Adoii |
Lepas Greens Pool, ayuh ke Elephant Rock. Nak ke sana, jalan
kaki pun boleh, tapi biasalah kami. Sayang lemak. HAHA. En Temmon cari parking
yang dekat sikit. Senang lah kan, angkut budak. Tapi untuk ke Elephant Rock tu
still kena jalan kaki jugak. Dan kena memanjat. Adoi. Kami kan gagah. Panjat
panjat tu perkara biasa. Dah la kena dukung adik. HUHU.
|
Nak tengok elephant rock pun kena berjalan ye. Jauh jugak laaa. HUHU |
|
Tu. Nampak gajah? Tunjuk kat Alia sampai sudah dia tak nmpk. HUHU |
|
Alia merajuk sebab nak main pasir tp dilarang oleh ibunya. Tu seluar tu..Dah salin 2 kali dah kan? Nak main apanya lagi? |
Sepanjang dekat area Elephant Rock tu, kami berjalan di
sepanjang panjang batu tu. Bahaya sebenarnya tapi belasah je lah. Dah takde
notis jangan memanjat, kami panjat je la. Hikhikhik. Tapi aku memang tak berani
letak adik kat bawah. Takutnyaaa kalau beliau jatuh. So, adik sentiasa dalam
dakapan mama or abah. Majoritynya abah lah. Sebab tak larat la den nak angkat
budak berat itu. HUHU
|
Oh..gayatnya di sini. |
|
Masih gayat. Tapi berbaloi kan? |
|
Saja lepak lepak. Bukan ada orang pun. |
Aktiviti lepas keluar dari national park tu adalah ronda
ronda sesuka hati dan kembali lah kami ke camp site dalam jam 430pm. Tak tau
nak buat apa, kami lepak lepak dekat playground, layan budak budak main jumping
pillow. Wah!! First time taw mama main jumping pillow. Hehe
|
Alia atas jumping pillow. Bestnyaaa. Eh. Adik nk pegi mana tuuu? |
Habis day 7, dah seminggu berlalu tanpa sedar. HOHO.
No comments:
Post a Comment