Flight kitorg 24 Aug (Jumaat) jam 10 pagi. Jadi, raya ke lima tu..tengah hari kitorg plan nak balik. Sebab nya, aku kena masak ikan bilis untuk bekal makan kat sana. Dah lah kat rumah tu takde stok ikan bilis, minyak masak pun dah kering. Dengan baju tak pack lagi. Jadi, kitorg kena balik awal untuk pegi mydin beli barang dan packing baju. Tapi, dalam kul 2 pm baru keluar rumah, pastu singgah umah sedara untuk beraya lagi…petang jugak lah kitorg gerak balik KL. Pas tu jammed dekat highway sungai perak. Nanges!. Huhu..sampai rumah dalam kul 11 malam. Jadi ape ape hal, kena masak dulu. Lepas tu baru packing, sebab lepas subuh dah kena gerak ke airport.
Esok pagi-pagi lagi dalam jam 6.45, teksi dah call cakap dah sampai katanya. Teksi ni En.Temmon dah booked online. Alia, aku angkut macam tu je, sebab kesian pulak kalau nak suruh dia mandi pagi-pagi buta tu, so aku salin kan je baju beliau. Kitorang bawa 2 begpack, 1 beg laptop, 1 beg susu dan pampers Alia dan sebijik stroller. Driver teksi bawa punya lah laju macamkan kitorg ni nak terlepas flight padahal sampai tu baru jam 7.30am, so lepas check in bags, kitorg jalan-jalan ukur klia dulu. Sebab nya nak tukar duit. Duit euro dan pound dah selamat tukar dah, Cuma duit swiss france kena tukar kat airport. Setelah survey beberapa bank, yang paling murah dapat dekat RHB Bank. So, kitorg tukar duit swiss france, CHF700 (+- RM2500 ), EUR1000 ( +-RM3800) dan GBP200 (+-RM900). Total cash kitorg tukar dalam RM7200 untuk 4 orang ( En Temmon, Aku, Alia dan Cik Noni).
Lepas selesai, kitorg lepak McD dulu. Sambil-sambil tu aku pegi mandikan Alia kat toilet. Kat singki je. HAHA. Anak omputih tengok pelik je apesal mandi dalam singki. Ade ai kisah? Janji mudah. HAHA.
Breakfast di McD, sebabkan ramai orang, cuma ada set Sausage McMuffin je. Jadilah..Perut ai bukan kisah sangat. Baham je!
Jam 9.30am, kitorang pun pegi lah masuk untuk departure dah. Bertuahnya bawa Alia, sebab penumpang dengan kanak-kanak boleh masuk dulu. So, kitorg terus je dapat masuk kapal terbang. Tak payah beratur pun. =) Lalu…bermula lah episode ’12 jam yang sangat boring!’
12 jam duduk saja memang boleh kasi aku stress. Most of the movies yang dorang sediakan tu aku dah tengok. Aku kan pendonload yang tegar. Last-last aku layan Hindustan dengan Tamil. Tak ingat cerita apa. Tapi best jugak. HAHA. Alia agak behave jugak lah…sebab ada kartun. Lagi pun kitorg dah stand by tab untuk dia. So, dia main game, tengok kartun, tido. Dan berak.
Alia tak bosan-bosan main tab. Mama jugakkk yang bosan.
Lepas main, mari tido!
HUHUHU. (Oh, makanan dalam kapal terbang tak berapa sedap ye. Ada yang tak sedap langsung! Kecewa.) Salah satu punca stress aku, flight akan mendarat jam 5.30 pm waktu London, so..sepanjang atas atas, mmg tak akan malam lah. Asal buka tingkap je, siang…2 jam lepas tu..buka lagi, still siang. Bila nak sampai ni hoi. Estoperosis aku dalam ni.
Sorry MAS. Kena improve bab makanan ye!...
Dah sampai London. Mat Salleh yang duduk belakang seat kitorang cakap yg dlm gambar di atas itu adalah Queen Palace. Tempat queen diorang berehat-rehat. Lantak laa..Kau tipu pun, aku tak tau. HAHA.
Jadi..jam 5.30pm, kami pun selamat mendarat. Ramai yang pesan kat aku, time dekat immigration London nanti, kena pandai jawab. Diorang akan tanya macam-macam. Tapi Alhamdulillah, kitorang soal jawab tak sampai 10 minit. Officer tu cuma tanya; Berapa lama nak dok UK, Kerja apa, kawan yg stay UK tu dok kat mana and macam mana nak pergi Durham. Tu je. Maybe sebab kitorang ni muka-muka beriman. HAHA
Dah sampai.
Memandangkan Cik Noni tak datang kutip kami di airport, jadi kami kena pergi sendiri ke Station King’s Cross. Lepas bergambar ala kadar (sebab dah penat gila tapi excited), kitorang berpusing-pusing dalam airport tu untuk cari Underground. Sebelum bertolak, aku memang dah google siap-siap dah tren mana kena ambil, zone mana kena pegi dan line mana kena ikut. Cuma bila dah berada di tempat kejadian tu, memang agak pening la. Bab pening-pening, serahkan pada En Temmon. Patik ikut saja. So, berpandukan arahan En Google, kitorang kena ambil Underground di Terminal 4, pilih Piccadilly Line yang menuju ke Cockfosters, tapi sila lah turun di Station King’s Cross St. Pancras. Cik Noni akan menunggu di sana. Tambang underground tu GBP4.00 seorang, perjalanan dalam 1 jam 10 minit. Kalau nak berjalan lama di London, elok lah beli Oyster Card dengan harga GBP3.00 only, lepas tu topup ala-ala Touch n Go kita lah sebabnya, kalau guna card ni, tambang akan lebih murah kalau naik underground. Tapi memandangkan kami cuma 1hari je di London, jadi lupakan lah pada Oyster Card itu.
Ini lah terminal 4. Masa kitorang sampai tu, ramaiii orang. Pening. Pening. (Gambar ihsan google)
Sebelum berangkat, aku dah print dah segala tube map. Ini lah tube map London. Pening kan? Tapi mudah gila. Nak pegi mana2 pun memang ada tren. Cuma kena study lamaaa sikit depan map ni. Kalau sesat di London, jangan lah risau. Underground diorang berada di mana-mana.
Tren bergerak setiap 5 minit. So, kitorang naik time tak ramai orang sebab nak duduk. Hehehe. Waktu Malaysia jam 11.30pm, jadi aku macam dah mengantuk. Tapi jam sana still pukul 6.30pm, orang baru nak balik kerja. Alia pulak macam penat + mengantuk + excited, dia boleh melompat-lompat, panjat-panjat dalam tren tu. Aku macam, Eiiii…lantak kau lah. Janji jangan kacau orang. Huhuhu. Dekat jam 8pm, kitorang sampai di King’s Cross Station. Pusing punya pusing punya pusing, tiba-tiba terjumpa Cik Noni. Yeay! Suke Suke Suke!
Yeay! Dah jumpa Cik Noni!
Lepas jumpa Cik Noni, kitorang jalan kaki je menuju ke Montana Hotel. Oh hari masih cerah rupanya. Berpandukan manual map yang aku print, dan juga map dari handphone cik noni, dan lepas bertanya penduduk-penduduk tempatan, maka jumpa juga lah hotel. Padahal dekat je dengan station tadi. Nak jugak pusing-pusing sesat. HAHA
Lepas check in hotel, rehat-rehat dulu dan makan bekal yang cik noni masak. Sedappp sebab memang dah kebuluran. HAHA Pastu kitorg keluar jalan-jalan. Tak sempat I nak layan jet lag tawww…dorang dah paksa I jalan. Tabah gila jalan sejuk-sejuk. Sempat kitorang pergi beli beras dekat Tesco. Alia pulak lena atas stroller. Best gila. Balik dari jalan-jalan, terus lena..
Jalan-jalan sekitar King's Cross dan cari beras di Tesco sebelum hujan rintik-rintik dan semua menggigil. huhuhu
Akan bersambung ke Day 2.
8 comments:
Hmm.. kerinduan pada London.. ni yang cam nak buat Euro trip jugak tahun depan ni... hehehe...
Yeay! Sila bertrip! Aini kena amik pakej belasah jugak, macam ai. sebab anak ramai, payah nk ikut jadual orang. HAHA
I love the web, simply just a moment back I was searching for a brand new pair of shoes and now I am here. So much info at the touch of a hand, it truly is simply incredible.
Dear,
Macam mana booking hotel montana tu..ada website dia tak...?
Thanks.
Dear Anon,
saya amik kt travelstay. try click sini.
http://www.travelstay.com/pages/MontanaHotelLondon.htm
booking.com pun murah juge.
agoda pun ok
ni web dia:
http://hotelmontana.co.uk/
ok tq dear....nanti saya cek...
sy akan ke london n paris jgk awal tahun dpn..skrg tgh baca blog n mcari bahan utk ke sana..insyallah i follow ur blog...tq
Post a Comment