----

----
----

Tuesday, February 05, 2013

Euro Trip Day 12 - Amsterdam, The Netherlands (4/9/2012)

Hari ni kena pulangkan kereta di Hertz Autoverhuur Amsterdam dekat Overtoom, Amsterdam. Janji nak pulangkan before jam 3.30pm, jadi kami tak boleh lah lewat. Takut kena extra charge pula. Perjalanan dalam 2 jam setengah, dekat, tapi kami gerak awal jugak lah sebab takut sesat lagi. Lepas tu nak kejar bas yang untuk ke cruise tu lagi. 

So, pagi tu, waktu En Temmon tengah susun-susun barang dalam kereta after check out, aku dengan Cik Noni pergi cari breakfast. Malas nak masak pagi tu. Haha. Kitorg pergi kedai arab yang sama dengan dinner semalam sebab tokey dia hensem.. Untung laaa jadi orang hensem. kahkahkah. Breakfast pagi tu dalam EUR 12 dan tokey ensem tu bagi free few kuih. \^___^/

Lepas dah hantar kereta, kami kena lah pandai-pandai sendiri. So, kena naik tram. Tram ni macam bas, tapi dia ada railway dia sendiri. Ada driver, bayar kat driver je. Jadi berpandukan homework yang dah dibuat before fly lagi, kami kena menapak 2 minit ke station tram tu, Station J.P Heijestraat untuk ke Central Station, EUR 2 perperson. Mula-mula confuse juga lah, tapi bila dah tanya penduduk tempatan, beliau kata betul tunggu kat sini, kami pun pasrah laaa. Dengan beg punya lah berat, stroller lagi..waaa. nanges. Nasib baik diorang ni jenih baik..Yang muda-muda boleh je bangun kasi aku duduk sebab ada budak kecik. Baikkkkknya dikau. tapi alia bukan nak duduk. Ai sorang je duduk. huhuhu



Kipas ni tak dapat dilihat secara dekat sebab mengejar masa. Sobs.
Dalam Sentral station
Lepas dah sampai, kami terus ke Sentral Station untuk letak beg. Tak kuasa lah nak jalan-jalan bawa beg berat gajah. Jadi, kenalah sorok di locker sentral station itu. Kami ambil 2 locker, EUR 14. Lepas tu, plan asal nak pergi Dam Square. Tu salah satu tempat wajib kalau datang Amsterdam la...tapi macam tak sempat..sebab nak pergi makan lagi.. Takpe lah. patik redo.

So, memandangkan perut lapar, kami cari kedai halal dulu. Dan jumpa. Sekarang ni dah senang dah nak cari makanan halal. Mana-mana pun ada. So, kami singgah makan dan kena EUR 50. Mahal sebenarnya. Bedebah. Tapi alhamdulillah...kenyang la sampai malam. Masa tengah makan tu la tengok ada makcik ni selamber je hisap dadah dalam toilet. Sini kan dadah dan pelacuran tak diharamkan. Selamber badak je diorang ni. Lepas tu, masa jalan kat luar nampak lagi diorang dok pass dadah. Choiii saja. Lantak kau lah dik. Akak nak gi beli souvenir jap, so total damage untuk souvenir adalah EUR 14 je.
Pemandangan Amsterdam
Ni la lorong yang banyak kedai halal tu. Kedai souvenir pun belambak kat sini.
Depan Sentral Station
Lepas makan, kitorang zas zas kembali ke Sentral Station ambil beg. Sebab nak tunggu bas untuk ke terminal pulak. Naik bas ni free, sekali tiket dengan cruise, cuma dia ada antara jam 3-4pm sahaja. Kalau terlepas, pandai-pandai lah kau. 

So, jalan laju-laju dan hampir nak kena langgar basikal lah..haha. Sebab ai kompius. Kat Malaysia, mana lah ada orang nak bawa basikal kat tengah-tengah KL tu, kat Amsterdam, memang belambak. Siap ada lorong lain untuk basikal dan pejalan kaki. Diorang pulak taknak brek-brek, rasa ada orang lintas, kring kring je.. Bingit bunyi loceng basikal je sana. hehe

So, abaikan basikal itu. Tak sabarnya nak naik cruise ni. Naik cruise ni dari Amsterdam ke New Castle. Perjalanan dalam 15 jam kot. So, kami overnight atas kapal la... Cik Noni beli tiket ni harga GBP 131 total. So dalam GBP 44 (RM 250 perperson). Mahal tapi berbaloi. Kat mana lagi nak merasa naik cruise dengan angin sejuk gile. Kalau jatuh, jadi titanic la kitorang.


Ini tiket Seaways Cruise
Dah sampai terminal. Besar tak kapal belakang itu?
Naik bas untuk ke terminal ni agak lama juga. Rasa dalam 1 jam lebih kot. Sebab aku tido lenaaaa. Dasarrrr. So, bila dah sampai, kena queue untuk cop passport segala. Masa ni leceh sikit la..Imegresen diorang tanya macam-macam. Jawab je la..


Alia merenung masa depan
Ini bilik nya. Kecik. tapi ok laaa. Boleh la tidor lena. Toilet dan shower semua dalam bilik. Katil atas tu boleh lipat-lipat.
Jom jelajah kapal
Lepas dah agak selesa, kami pun keluar jelajah kapal. Tak kan nak tidur pulak kan. Angin sangat lah sejuk jadi kami pun cari lah port baekkk untuk lepak. Port yang kena matahari semua full dengan omputih dok berjemur. Maka kami lepak la dekat tempat yang terlindung cahaya matahari. Sejuk pun sejuk lah. Janji tak ada orang kacau. 

Masa ni Alia seronok gila. Dok berlari-lari tak tentu arah. tapi memang best pun. Dalam cruise ni ada macam-macam. Restoran, playground, cinema pun ada. tapi cinema kena bayar lain, lagipun semua movie tu aku dah tengok. Buang masa saja. Jadi, kami pun round sampai penat.


Campak dia. "Mama, no!!"
Ada budak happy
Sempat tangkap sebelum beliau lari lagi. haha
Dok belakang tak kena angin sangat. Kena dok tepi.
Heeeee
Ni budak gembira
En Temmon tangkap dari deck bawah
Wiit wiit. Ensem nyeee
Tengok. Dia lari lagi.
Merenung masa depan
Alia penat lari
"Mama...cejuknyeee"
Sebahagian daripada kapal. Belah ni tak kena matahari. Tu yang tak ada orang. Belah sana, ramaiiii gila orang lepak.
Cik Noni ajak main kasino. Isk isk isk
Penat maka tantrum. Tak mengira tempat.
Hot choc atas kapal. EUR 12
Mana saya?
Cak!
Dah agak-agak matahari dah terbenam, kami pun kembali ke pangkal jalan. Nak lepak malam-malam, gilo ke hapo. Siang pun dah menggigil. So, kami dok je dalam bilik dan masak nasik goreng. Suke hati je buat macam kapal sendiri. hahaha

Malam tu, bila dah boring, Cik Noni ajak shopping. What?! U nak shopping. Tapi tiba-tiba i terpengaruh. haha. Dan telah menggoda En Temmon untuk guna credit card beliau. Dan beliau pasrah lagiii.. hahaha

Jadi, untuk menghargai persahabatan kita bertiga, En Temmon telah terpaksa belanja purse! Seronok seronok. Shopping atas kapal tak banyak pilihan. Setiap satu brand tu, ada 1 je stok. So, kitorg pilih purse yang lebih kurang la... Cantik. I loikeee..  Masa beli ni sempat la borak dengan cashier gojes tu. Beliau dari Philippine. Macam-macam lah dia tanya pasal muslim. Kenapa pakai tudung laaa...kenapa muslim boleh kawen 10 la... sepuluh?? suke hati kau je. 4 je lah. EMPAT.



Ini purse yang sempat dirembat. hahaha. Tengkiu!!
Lepas shopping, gembira-gembira terus balik bilik, tidur. 

Pukul 4 pagi En Temmon keluar nak tengok pemandangan. Banyak lah kau pemandangan. Sekali sejuk menggigil. kahkahkah. 

Cruise ni dijangka sampai jam 9 pagi esok nya. So....kita sambung esok. Kbai.

1 comment:

Husna said...

tak sangka tak sangka..berjaya paw en temmon..hahaha