----

----
----

Monday, February 04, 2013

Euro Trip Day 11 - Cologne, Germany (3/9/2012)

Lepas tunggu Cik Noni sampai dengan Cik Linda, kami terus check out hotel. Kereta tak boleh la nak tumpang parking kat hotel lagi, maka Cik Linda cakap, 
"Dont worry bebeh. Ai carikan uols paking terbaeeekk punya." ( setelah di translate)
Jadi, beliau kata, better paking kat basement bangunan. Tak kuase lah si polis-polis tu nak datang check sampai kat basement. Ding! Betol juge. Tak terfikir. HAHA

So, dengan jasa baik beliau, kami pun selamat lah park kereta dekat bangunan mana tah. Kalau beliau takde, memang tak reti la nak cari. Tak faham signboard. huhu. Bayaran dia ikut per hour lah. Memandangkan kitorang park dari pagi sampai tengah hari, jadi, kena bayar dalam EUR 30 gak la. Wuuuuuu.

Dekat bandar Frankfurt ni, kami ikut Linda je. Redho je lah mana dia bawa.


Alia gumbira
Tu la linda. Lawa kan?
Bandar Frankfurt
Lepas tu, Linda bawa kami jalan ke tempat yang macam familiar. Rupanya tempat yang kami pergi malam tadi. HAHA. Lain la sikit suasana dia. Ramai la sikit orang lepak-lepak.
 
Museumsufer, Schaumainkai
En Temmon syok la tu bergambo ngan Linda
Linda ni peramah. Kawan yang Cik Noni kenal masa dekat Durham. Dia cerita rumah dia ada kebun epal la..peach la..best gila. Lepas tu, dia ajar aku cara nak buat wine. Boleh?
HAHA


Tempat dating.
Alia behave
Lepas menapak, kami adalah sangat lapar dan dahaga. Jadi pusing-pusing la cari kedai halal. Akhirnya terjumpa dengan kedai Thai Fun. Wah! Gembira. Nak nasik! Total harga ok la.. dalam EUR 50 = RM 200. Gulp!

Ni alamat kedai ni:

Elbestraße 15  60329 Frankfurt, Germany
+49 69 26958430
Gembira dapat makan nasik.
Linda pun redho je makan nasik.HAHA
Lepas kenyang, sambung jalan lagi. Alang-alang ada pemandu pelancong ni, kita kerah tenaga beliau. Maka, kami teruskan perjalanan ke Romerberg Square. Ini adalah tempat yang wajib dilawati kalau ke Frankfurt. Sini ada Old Town Hall, St. Nickolas Church, the Ostzeile dengan Frankfurt History Museum. Tapi macam biasa, kami tak masuk pun. huhu. Dekat sini, kami sempat rasa makanan tradisional warga Jerman, Kartoffelpuffer mit gruener sauce. Sedap. Rasa macam marsh potatoes + lempeng. Yummy.


Romerberg Square
Selamber rehat bawah matahari sebab tak panas sgt. hehe
Lepak-lepak je sini
Beliau seronok berjaya buat sendiri souvenir tu. Biarkan la...
Hasil buatan tangan En Temmon
Ni nak beransur ke tempat lain pulak
Tinggal die.
"Mama, air sejukkkk.."
Anak ai rajin menulis uols
Kartoffelpuffer mit gruener sauce
Kemudian, Linda bawa kami naik satu shopping mall. Aku ingatkan dia nak ajak shopping. Ai kalau shopping ni lemah sikit. Borringggg.

Tapi rupanya dia bawa naik sampai roof top untuk tengok view dari atas bangunan. Loh. Tempat macam ni, kalau pergi sendiri-sendiri konfom tak jumpa!

Alia dalam cubaan nak teropong
View dari atas
Lebih kurang sejam juga la lepak di atas. (kiraan masa adalah termasuk turun dan naik tangga. Adehhh). Lepas tu, kami terpaksa bertolak ke Cologne pula. Lepas berpelukan, kami pun masing-masing berpecah arah. 


Kembali mencari kereta. Mana kita park kereta woi
Perjalanan ke Cologne, Jerman
Perjalanan ke Cologne adalah dalam 2 jam. Sebutannya adalah Koln. Aku pulak sebut ko-lon. Patut la Linda kompius. HAHA

Cologne ni bagi aku adalah bandar yang tenang dan rilek je. Serius. Suasana dia lain dari bandar besar. Macam pekan orang-orang tua. TAPI....ha..tengok siap caps lock. TAPI, nak cari hotel kat sini sangaaaat susah gile. Ikut GPS dah arrive destination, tapi tak jumpa hotel. Punya lah pusing sana sini, last sekali, aku terpaksa tahan seorang makcik ni. Malangnya beliau tak tau bahasa Inggeris. Dia cakap jerman dengan aku?? Aku pun balas la balik. Aku cakap bahasa Kedah. HAHA. (Aku pun tak paham kenapa mesti bahasa kedah. Maybe sebab kalau aku salah cakap pun tak ada yang gelak.) HAHA

Tapi makcik tu sangat baik. Mula-mula aku tunjuk alamat hotel tu. Dia cakap dia tau. Tapi dia suh aku teman dia hantar baby yg dia bawa tu ke rumah parent baby tu dulu. (Dia nanny rupanya. Dia otw nak hantar baby). Maka, aku pun ikut laaa.. Punyaaaa la jauh berjalan. Mati lah aku tak ingat jalan patah balik. Wuuuuu. Lama pulak tu. Masa ni En Temmon tengah tanya orang lain, Cik Noni jaga Alia dalam kereta. Aku pulak hilang ikut makcik nanny. Dey.

Dalam tu, ada hati nak berborak pulak tu. Aku tak paham sepatah haram pun tapi guna bahasa isyarat, faham la sikit sikit. Sempat pulak dia kata aku dari Iran? Ada rupa orang Iran ke aku ni? +__+

Lepas dah setel hal baby dia tu, dia pun ready nak tunjuk arah. Aku ajak dia naik kereta, tapi dia nak jalan kaki je katanya. Aku bab jalan-jalan ni lembek lutut skit, pastu nak kena ingat direction. Memang tak dapat la...aku suruh En Temmon je ikut dia, kami tunggu kat kereta. Punya laaah lama baru la En Temmon kembali. Masa tu dah nak gelap dah. Takot. Tapi akhirnya sampai. (tempat yang kami mula-mula sampai rupanya). Memang mengelirukan. Apa-apapun, terima kasih makcik. Kau memang baik hati.


Hotel ni sangat best. Gästehaus Balthasar Neumann Cologne, EUR 70 per night
Siap ada bilik kecik untuk Cik Noni
Lepas letak beg, En Temmon nak berehat-rehat. Maka aku dan Cik Noni pergi merayau-rayau cari makanan sambil cuti mata. Suami tengah tido, mari kita cuci mata. KAHKAHKAH

Rasa rugi pulak tak bawa camera masa merayau-rayau ni. Sebab view cantik gila. Arghhh. Rugi rugi. Rasa macam tenang je...Lepas tu, kami terjumpa kedai kebab. Maka, kami tapau bawa balik hotel. Damage, EUR 17.


Suasana malam
Dekat bawah bangunan tu ada orang mabuk lepak. Takut ai.
Ini Cologne Catheral.
Tower dia tinggi 157 meter. Tinggi wooo. Dan ni adalah church terbesar di Northern Europe
Bangunan ni nampak spooky dan menakutkan. Kalau sesat kat dalam...habis laa
Ini tinggalan sejarah yang masih disimpan
Ini pun
Menambahkan lagi suasana spooky, mari bergambar bawah bulan purnama.
Belakang i ni adalah keranda. Takuttt
Woot woot
Lepas puas menjelajah, balik hotel terus lena sampai pagi. Dan esoknya kami akan ke Amsterdam. Lepas tu naik cruise ke New Castle, UK. Best nye cruise....Nanti sambung keh?


3 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

tak paham macam mane pojat buat souvenir tu? hohoho

@naBest said...

Oh.. ada machine dia. masukkan coin pastu pulas mesin tu. nanti die kuar terus dah macam tu. haha

eddie aziz said...

Nak pegi Frankfurt..tengah google, dapat blog u .. thanks for the info ..ingat macam nak gerak ke Koln juga la ..mcm dekat ja ..