----

----
----

Monday, March 25, 2013

Euro Trip Day 16 - Return to KL (8/9/2012)

Hari ni adalah last day di bumi UK. 
Hati sedih tapi agak gembira sebab badan dah letih sangat. Boleh?

So, memandangkan flight ke KL jam 10pm, maka kami ada masa sampai jam 2.30 petang untuk berehat-rehat sebab Cik Noni dah tolong belikan tiket train dari Durham - London jam 3.30 petang.

Pagi-pagi tu kami di jemput ke rumah kawan Cik Noni untuk breakfast. 
Nasik lemak! Nom nom nom...Jadi, mari makan sampai kenyang. Aku yakin, kalau kitorg lepak lama sikit dekat Durham tu, konfem setiap pagi makan sedap-sedap. Konfem semua ajak singgah rumah. HAHA



Lepas kenyang, berborak dan bergambar sakan, kami pun pulang ke rumah Cik Noni sebab nak sambut birthday Alia yang ke 3, tapi belated laa sebab birthday nya 1 Sept. Seronok jadi Alia, sambut birthday di UK. Mama dah tua baru merasa berjalan. 

Anyway, HAPPY BIRTHDAY SAYANG! Semoga jadi anak yang baik, pandai, comel...
(Kek adalah special daripada Cik Noni..handmade uols)



Dalam jam 2.30, kami dah siap pack barang. Nasib baik ada Abe Jo yang sudi tolong hantarkan ke train station. Jasamu ku kenang.

Cik Noni pun turut lah hantar sampai train station, lepas tu, pandai-pandai lah kami ke airport. Sobs. Sedih..

Harga tiket train ni dalam 35.30 pound untuk 2 orang ( RM 174), Alia macam biasa, free. Tapi kena meriba. -___-

Dalam lebih kurang 3 jam lebih, sampai lah ke Station King Cross, London (3.41 pm - 7pm) dan kami terus cari tren ke airport. Sementara nak tunggu flight berlepas, kami sempat makan mee goreng yang dibekalkan oleh Cik Noni. Tergaruuuuu... Takde lah kami kebuluran sepanjang 11 jam itu. Atas kapal terbang, cuma tido, tido, dan tido sehingga lah mendarat di KLIA.


---------------

Sekian lah entry Europe dari aku. Kesimpulannya, perjalanan ni sangat best dan takkan dapat dilupakan! 

Ramai yang tanya total budget. 
So secara terus terang, perjalanan kami bertiga (aku, En Temmon dan Alia) yang memakan masa selama 16 hari, merantau ke 8 negara, sewa kereta dan public transport, makan dan minum, souvenir dan segala tiket bus, tren, park adalah RM 14,184.41 -> ini untuk 3 orang ye, which is aku rasa murah berbaloi-baloi. 

Dan, kalau diberi peluang lagi sekali, tempat yang akan aku pergi lagi aka tempat paling best adalah Switzerland dan UK. Switzerland adalah nombor 1. Sangat best.

Next trip? Umrah kot..
Tempat yang nak pergi in future kalau ada rezeki? 
Istanbul, Korea, Japan, Hong Kong. 
Jom survey tiket! hehe

6 comments:

:: S a L a M M e S R a :: said...

Perghh.. Makan tahun jugak ya nak siapkan entri pasal Europe trip ni. Anyway info yang sangat bagus n berguna especially kepada org mcm sy yg plan nak ke sana. Seronok sangat saya membacanya. Minta kebenaran ya nak cedok n guna mana info yg patut ;-)

@naBest said...

huhu.. cedok lerr.
=)

EYNO IKS NETWORK said...

Menarik the bom.. Kami sefamily ade gak plan nk ke sna jun 2014 since ade nk present conference paper.. Nk ty nape tak sewa keta terus dr london... Pastu kalu flight qatar air ok tak

@naBest said...

sebab kalo amik dari london, nnti payah nak seberang laut tu (nak g paris), costly. lagi pun london tak best nak drive. pack sgt. huhuhuhu.

tak pernah naik qatar air. tapi member2 ckp ok je. =)

Zueda said...

Murah nyer x smp rm15k...kita baru g 5 ng uk-belgium-swisz-paris n istanbul hampir rm30k..tu pun mkn byk bw sdri.sewa kete 2hr nk ke durham n newcastle rm1000+.
Maybe murah round naik kereta dr flight kot..

Zueda said...

Murah ler x smp rm15k...