Just because my eyes do not show tears, doesn't mean my heart doesn't cry and Just because I come out strong, doesn't mean there is nothing wrong.
----
Tuesday, September 10, 2013
Random..
Telinga aku bukan dari kayu,
Mata aku bukan dari batu,
Hati aku bukan dari besi..
Aku dengar, aku nampak..
Malah aku tahu rasa sakitnya hati.
Cuma aku pekakkan telinga
Aku butakan mata
Aku keraskan hati
Bukan untuk siapa siapa
Cuma untuk diri sendiri..
Orang fikir aku alpa,
Orang fikir aku tak peduli sesiapa,
Malah orang fikir aku dah lupa,
Mereka fikir aku tak pernah terasa agaknya..
Aku faham bila orang menabur budi, jelas tanda sayangnya
Aku faham bila orang ambil tahu, jelas tanda dia peduli
Terima kasih.
Namun hakikatnya, perkara yang melukakan hati, boleh dikenang, boleh dirindui, tapi tak perlulah di sebut hari hari,
Aku yang makan hati nanti.
Bagi aku,
Bila gembira, aku senang berkongsi
Bila marah, aku rela luahkan
Tapi bila sedih, moleklah simpan sendiri..
Kerana orang lain tak mungkin mengerti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment