----

----
----

Monday, March 17, 2014

Update terkini dan tak terkini.

Cak!
Eh. Assalammualaikum..
Lama sungguh tak ber update. Mungkin ada lagi yang tak tau aku dah beranak. Anak dara ke dua dah 5 bulan dah pun. Hehe.

Life sekarang agak hectic. Dekat office ada bos baru, jadi kerja macam dah kucar kacir dibuatnya, plus drama drama pejabat la, politik di pejabat laaa. Bosan. Kelas master macam biasa. Kelas malam. Sejak menjak ai differ 1 sem hari tu (sebab beranak), jadi sekarang ni terrrrsangat lah malas nak ke kelas. HUHU. Balik kerja, kalau rajin, ai masak dulu. Kalau malas, abah dan anak dinner roti je la. Haha. Balik kelas, selalu jadi lapar gila, lalu membedal makanan yang ada, lepas tu menyesal sebab plan nak diet la kunun. Choi.

Kadang-kadang ai balik kelas, anak-anak dah tidur. Kadang-kadang je la. HAHA. Selalunya, dua dua tu segar bugar lagi, daddy diorang yang lembik nak pengsan. HAHA.

Berbalik pada cerita baby, Farisya Amni dah 5bulan. Now dah boleh meniarap secara laju dan golek golek. Kalau letak dalam walker, dah boleh menapak, tapi ke belakang, bukan ke depan. HUHU. Hobi beliau main sembur-sembur air liur.
Masa ai pregnant 5 bulan dulu, ai dah bawa Amni buat umrah. =)
Gigih la menapak bawak perut. Nasib baik dekat Mekah dapat hotel dekat. Masa tawaf, ai lebih rela tawaf waktu panas terik daripada kena rempuh dgn orang ramai. Sebab kalau time panas terik tu, orang tak ramai, so cepat la sikit nak tawaf. Kalau time tak panas, or time malam ke, bersedia laaa nak kena langgar, yang paling sedih kalau kena langgar dengan kerusi roda. Sedeyyy. HUHU.

Waktu sa’e tersangat lah sejuk air-cond. Menapak la sikit-sikit. Dalam sejam setengah baru boleh selesai sa’e. Masa tu En Temmon dah lamaaa dah selesai. Tapi kan, pengalaman buat umrah ni memang bernilai. Maklumlah first time. Memang neves katak la sebelum nak fly tu. I pegi dengan pakej Tabung Haji. Next time kalau ada rezeki, memang ai akan ambil dengan TH lagi. Best!


Meh nak kongsi sikit gambar masa kat umrah.

Di KLIA

Oh lupa. I pegi sekali dengan MIL


Ramai sungguh hamba Allah.
Melawat tahik unta

Tapak perjanjian Hudaibiyah.

Jabal Uhud

Masjid Quba

Jabal Rahmah

Shopping kurma
Masjid Nabawi, Madinah
Gambar memang banyak lagi, tapi semua dalam camera En Temmon. Bila tah dia nak transfer. huhuhu. 

Masa sebelum fly, ai tak ambil vaksin, sebab pregnant. Mungkin sebab tu lah dekat Madinah ai demam teruk. -_____-

Masa ai buat umrah, Alia ditumpangkan sekejap dekat rumah sepupu beliau, Aiyris. Nak jugak haplod gambar Alia. hehehe

Tumpang sekolah Brainy Bunch untuk 2 minggu.

Semoga dua orang ni baik baik sampai la dah besar nanti ye

Dua budak ni muka sama. Kembar.
Alia cakap, bila abah dengan mama nak pergi Mekah lagi, dia nak ikut. Sebab dia dah besar. Setiap kali azan kat tv (yang ada tunjuk video kat mekah tu), setiap kali tu la dia cakap nak ikut. hoho.... Doakan ibu bapamu kaya, nak. Mama angkut semua.

Masa pergi umrah, Amni 5 bulan dalam perut. Dia selamat dilahirkan pada 17/10/2014 di Hospital Annur, Bangi. 





Waktu majlis akikah. Abaikan makcu di belakang. HAHA
Sebulan
Bersama kakak
-------------
 Usia 2 bulan.



-------------
Usia 3 bulan.


Bercanda di PD

-------------
Usia 4 bulan.


Kecik-kecik di ajar menutup aurat. HAHA


-----------------------
Hari ni genap usia 5 bulan. Lagi sebulan, mama sumbat nasik. kuikuikui. 
Ini gambar bonus. Gambar adik dan kakak. Adik sangat suka tengok kakak. Idola katanya.

Dua dua isap jari. Org selalu ckp, budak isap jari ni budak baik. Aku aminkan aje....




Kbai.
Amik kau. Panjang beno entry ni. Muahaha

3 comments:

mE™ said...

Ouh mase ko gi tempat tawaf wheelchair x siap lagi eh..now dah siap x nampak dah full kaabah dari dlm masjid :(

@naBest said...

aah. masa tu tgh renovate lagi. tapi cepat sungguh dorang buat. tiang2 tu sat je naik.

Asmin Fahmi said...

Salam perkenalan...