----

----
----

Friday, October 19, 2018

Victoria Bridge, Kuala Kangsar, Perak

Kembali semula,

Dah jalan-jalan ipoh tu, banyak lagi tempat-tempat menarik korang boleh jelajah. Redah je, nak sesat mana la sangat. Yang penting nampak signboard coklat macam gambar bawah ni, singgah je la, insyAllah ada benda menarik untuk korang tengok.





Image result for warna signboard jalan di malaysia
Nampak je signboard ni, kitorang folo! Sumber dari google

Masa balik dari kampung, saja lalu jalan lama, tengok pemandangan dan suasana kampung, maklumla, cita-cita nak berjalan pelusuk Malaysia untuk mempelajari budaya dan suasana Malaysia  di pelusuk tempat. Poyo sungguh, sebenarnya nak lari dari jem di PLUS. Buat apa bayar tol tapi jem, baik ikut jalan lama dan tgk tempat-tempat menarik. Lambat pun takpe, sebab plan mmg nak sampai rumah lambat. Hahaha. Gitu kekdahnye.

Pusing-pusing sayong, tgk orang buat labu sayong, sayang, tempat ni menarik, patut kerajaan jgn tinggalkan project kampung sayong ni jadi gajah putih. Biar hidup dengan dibantu penduduk tempatan. Kena naikkan semangat cinta adat kampung diorang. Kitorang pusing cari kedai yang buat sayong by hand secara live tak jumpa, dulu ada juga jumpa kedai dia buat live, tu pun jenuh masuk kampung dan pusing.


Gambar lama, pergi yang baru ni tak jumpa sebenarnya org buat live.
Tengah lalu kat Sayong nak ke arah Ipoh, jumpa signboard Victoria Bridge, seloroh kat wife,
Aku "Hah, dah sampai victoria australia, tak perlu pikir naik kapal terbang."
Debik kena sebijik. Haha~!


Ambil gambar dari kawasan lapang sebelah jambatan.

Sebenarnya ada pekan kecil sebelum sampai Karai tak silap nama dia, tapi takde stesen minyak, nak buang hajat kitorang cari surau lama dua tingkat tepi jalan. Scary juga surau ni walau siang, sebab dah usang sangat. Settle hajat semua orang kitorang teruskan ke Victoria Bridge ni. Tak tau sebenarnya apa yang ada sebab main redah ja, anak2 tak berhenti tanya ada apa kat jambatan tu. Haha.

Sampai je kawasan lapang, nampak jambatan lama, Sah! jambatan keretapi lama. Sekarang double lane, so diorang tak boleh pakai yang lama. Better buat jambatan baru untuk double lane. Jambatan Victoria ni still dipakai oleh orang kampung untuk seberang. Nampak ramai juga yang gunakan dengan motosikal dan berjalan kaki untuk seberang sungai. Ok la, dari tak pakai langsung kan.

Apa menarik? design dia je la, zaman pra-merdeka. Unik. tu je, pemandangan menarik juga. Tapi kalau ada anak-anak kecik, kena lebih hati-hati, jambatan ni kawalan keselematan fizikal dia agak kurang memuasakan. Yang best, lepak lama sikit, tunggu keretapi lalu. Hihi, suka teramat/menakutkan anak-anak kecil. Tapi pengalaman tu mendewasakan anak-anak, tak gitu?



Sejarah pembinaan juga dipaparkan dalam bentu gambar rajah, senang nak tgk. Mula dibina pada tahun 1897 dan dirasmikan untuk kegunaan keretapi pada tahun 1900 yang dirasmikan oleh Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah yang memerintah Perak pada ketika itu.

So dah baca sejarah, apa lagi, sesi ambil gambar.

Nampak tak agak bahaya untuk kanak-kanak tanpa pemantauan, berlubang-lubang. Kalau ramai orang kat kawasan ini, nak ambil gambar macam atas ni agak terhad. Nasib baik tak ramai, tunggu satu famili selesai ambil gambar, terus giliran kami berfoya-foya~!


Keadaan ayra (anak paling kecil) yang takut, sebab komuter baru lalu di landasan baru bersebelahan jambatan lama.

Menarik tempat ni ada kawasan lapang, dan ada sungai. Ada medan selera tapi nampak macam tak berapa nak hidup, mungkin malam lebih meriah kat sini. Sebelum balik, kitorang singgap beli teh ais sedap kat gerai bersebelah jambatan. Slurp2x. Kami teruskan perjalanan cari pasal ni ke Tanjung Tualang dan Kellie's Castle. Ada masa nanti kita update lagi.

Best
En. Temmon