----

----
----

Wednesday, October 31, 2018

Kellie's Castle

Kembali bersambung, 

Jalan-jalan di Ipoh diteruskan ke Kellie's Castle. Tempat yang popular sejak kebelakangan ni. Kitorang mmg plan baik dari kampung haritu, lari dari jem highway, kita jalan2 start dari Sayong, Victoria Bridge, Kapal Korek TT5 dan destinasi last, Kellie's Castle. So lepas asar, cari makan, leh tolak balik KL dengan gembira walaupun kena hadap jem. Haha.




Kellie's Castle ni terletak tak jauh dari Kapal Korek TT5. So, kalau korang pergi Kellie's Castle, pergi la ke kapal korek sekali, atau sebaliknya. Worth it, tapi most worth it naik Kapal Korek, banyak ilmu dapat. Kellie's Castle ni tinggalan sejarah yang perlu pelawat membaca sendiri. Dan kalau ada nak kecik, mmg tak sempat la nak membaca semua sejarah yang terukir. Haha. Kalau tak dapat cari volunteer, aku rasa kerajaan boleh buat je video pengenalan tempat-tempat bersejarah sebelum masuk ke kawasan tersebut. Buat bagi informative dan innovative supaya kanak-kanak pun tak bosan tengok.




  
Sedikit sejarah pasal rumah agam ni, sepertimana yang semua tahu, ianya tinggalan warganegara british yang bernama Kellie. Dia datang Tanah Melayu untuk buat business getah dan bijih timah. Mmg kaya raya, even rumah ni kalau dia upgrade lift masuk dulu, ianya lift pertama yang wujud di Tanah Melayu, tapi hajat tak kesampaian.

Secara rawaknya, rumah ni besar, bilik dia dah sebesar rumah flat aku ni ha, ada asrama pekerja, ada kuil/gereja, dewan makan, dah rooftop. Laluan beranda rumah ni dikatakan laluan berhantu (melalui apa yang aku baca la. Ada perabut lama yang aku pun tak pasti ianya milik Kellies ke bukan.

Yang pasti sebab diorang ni pendatang, diorang ada buat jalan rahsia merata-rata, punya takut. Haha, tuan rumah sendiri pun silap-silap lupa laluan-laluan rahsia yang ada. Jalan ke bilik bawah tanah kitorang tak masuk, sebab gelap sangat.

Satu benda aku kurang puas hati adalah masuk kena bayar parking. Haha, kalau parking berbumbung ke, takpe la juga. Ini parking terbuka, pastu parking penuh, dia suruh park ikut suka hati dia, janji orang lain lepas ngam-ngam. Adoi, macammana la pengurusan tempat ni. Nasib baik parking rm 2 sahaja. Better belajar banyak dari Kapal Korek TT5 buat tempat pelancongan diorang, menarik dari Kellies ni ha.



Tiket masuk dewasa rm5, kanak-kanak rm3 untuk warganegara Malaysia.

Kedai makanan kat sini pun tak menarik sangat dan agak mahal (seperti sedia maklum bila masuk kawasan official macam ni). Habis pusing-pusing rumah memang tak tau nak buat apa selain bergambar macam artis bollywood. Haha. Ouh. sebut pasal gambar, Nah, layankan gambar kitorang.














Sekian,
En. Temmon

2 comments:

網路少女露點自拍 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nur Asyiqin said...

walaupn duduk dekat kuala kangsar, xpernah lagi singgah sini..nampak menarik jugak, nt kite kne pergi sini jugak .salam perkenalan .jemput singgah.. https://nurasyiqin201.blogspot.com/