Meh update sikit apa boleh buat kat ipoh yang mesra family. Ya, nama scientificnya "Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 (TT5)". Yang menarik tempat ni berbanding Kallie's Castle adalah pengurusan dan khidmat tour guide.
Ok nak off topic jap. Mungkin lepas ni aku luahkan dalam satu post berasingan. Sepatutnya semua kawasan tourism kat Malaysia perlu ada dan Kerajaan dibawah Torism Malaysia patut amik berat. Kenapa? Just look at TT5, ya, ianya dibayar gaji aku rasa untuk pekerja-pekerja ini, tapi Tourism patut menggalakkan orang-orang kawasan kampung ini involve dan jadi sukarelawan kat kawasan-kawasan pelancongan macamni. Jadikan tempat ini free untuk sekolah-sekolah berdekatan dan adakan program cintai tempat-tempat begini. At least dari beratus pelajar berdekatan, cukup 20 orang yang berminat untuk menjaga tempat ni pun dah cukup bagus. Bagi pelajar lain yang tak minat, diorang atleast ada ilmu pasal tempat-tempat ini dan boleh menjadi kebanggaan diorang dilahirakan dan dibesarkan di kawasan istimewa ini. hah, ok, cukup bebelan sampai sini.
So kitorang saje tak tau nak gi mane, singgap jap la kat sini. Dari jalan besar dekat 500m juga nak park depan sign board bawah ni. tempat agak baru, industrial design concept office management. belakang bangunan management tu tersergam besar kapal korek TT5.
So, sebelum melangkah masuk ke kapal korek, korang kena beli tiket dulu la. Tiket harga untuk warga Malaysia dan bukan warga lain.
Dewasa: RM 10
Kanak-Kanak (8-12 tahun): RM 5
Kanak-kanak bawah 8 tahun FREE~!
Ahha, nak masuk kena pakai safety helmet, ye la, maklumla kapal korek ni dah 80 tahun katanya.
Tak sabar lagi muka semuanya. |
Kapal korek ni atas lombong, so keliling kapal korek ni banyak ikan. So beli la makanan ikan siap2 kat kaunter tiket. Sebab mmg banyak sungguh ikan dan dapat menggembirakan lagi hati anak-anak.
Bukan tak sabar nak masuk ke kapal korek, tapi tak sabar nak bagi ikan makan kat titi tu. |
Penerangan yang diberikan oleh staff yang bertugas sangat informatif. Banyak perkara diketengahkan untuk pengetahuan pelancong diberikan. Gambaran apa yang berlaku di setiap kawasan ketika kapal korek ini digunakan juga amat terperinci. Nak tau ilmu tinggi ke tak staff tu, try tanya soalan yang kita nak tahu lebih lanjut. Memang tak mengecawakan jawapan yang kita dapat tu.
Ni kawasan pertama briefing, kawasan berkumpul pekerja-pekerja kapal korek utk roll call atau emergency. Bagi emergency besi kunin tu akan diketuk. Bunyi dia, pergh~ nyaring. anak dalam kendong tu terkejut beruk la dengar bunyi, nak nangis pun ada.
Barang-barang dalam kapal korek ni pun dijaga rapi, banyak barang-barang lama yang rasanya kalau jual online boleh dapat buat duit banyak ni. Contohnya barang elektrik macam gambar bawah ni.
Gauge lama macam ni menarik plak tgk. haha. |
Tak semua kawasan dia buka, tak silap ada dalam 4 atau 5 tingkat semua nya, tapi mmg tak boleh naik. boleh pusing sikit ja kat area bawah tu. Safety purposes. Tapi staff yang ada beri penerangan semua facilities yang ada. Nak tau juga tapi tak diberitahu? Tanya ja staff yang bertugas.
Khusyuk mendengar abam handsome bagi penerangan. |
Muka ada happy bila makanan ikan dah habis dan nak keluar dari kapal korek. |
Go kakak go. Suka sangat la dia main air. hihi |
Mmg menarik kalau ada tour guide kat tempat kita nak melawat. So kementerian pelancongan, sila tambahkan KPI anda. Hihi. Ok, layankan gambar-gambar kat bawah ni la ye.
Bahagian depan kapal.. bakul korek tu akan jatuh ke dalam air dan mengorek pasir, sebab tu jadi lombong bijih. korek je kerjenya.. |
belakang tu penarik kabel untuk naik atau turunkan bakul2 pengorek bijih. |
dah habis briefing kat sini, posing jap. |
tengah brifing pun sempat je posing. haha. |
Kalau nak gi sini, boleh plan sekali ke Kellie's Castle, tak jauh sangat dah. sekali harung ja.
Ok guys, hope this is informative for u alls.
Best,
Abu Aiman
No comments:
Post a Comment