----

----
----

Thursday, April 14, 2011

Entry mengisi masa lapang

Tau tak apa benda yang paling aku risau kan time mengandung?
...serangan si mengkarung!

Ni bukan mengkarung yang macam cicak atau sesumpah tu. Yang ni sakit kat kaki. Time dia tarik tu, rasa nak tertanggal 1 kaki. Huhu. Aku pun hairan kenapa serangan ni selalu kena kat orang yang mengandung. Selalunya asyik nampak orang bersukan je kejang kaki. Apa pulak persamaan orang bersukan dengan orang mengandung. Mushkil aku.

Masa aku pregnant awal2 trimester dulu, en.temmon ada la ura ura nak kena anta g india. Aku redo je la. Takda la pulak nak risau, sapa nak hantar aku g hospital? Sapa nak teman time aku beranak? Sapa aku nak kontek kalo emergency? Sapa nak belanja aku breakfast mcd? Eh.

Yang aku sangatt risauuu, sapa nak tolong aku time en.mengkarung serang? Takkan nak suruh alia. Takkan nak suruh aunty nor jiran rumah?..

Nasib baik beliau tak jd pegi india. Haha

Zaman aku anak dara dulu, mak aku selalu kena.. Selalunya time tidur. Mak dengan arwah abah aku dulu suka lah sangat tidur depan ruang tamu. Elok juga lah,sebab boleh teman aku tengok tv time malam malam buta. Kadang2 time tengah syok tengok tv, mak aku tetiba jerit.

"Abang! Kaki! Kaki!"

Sambil tunjuk kat kaki. Abah aku dengan mamai,mata terpisat pisat, pasrah je urut kaki mak aku. Tolak tolak tapak kaki. Picit picit. Sampai sakit tu hilang. Aku yang kat sofa terkejut kera,tapi tengok je lah. Aku mushkil, sakit sangat ke sebab macam nak menangis dah mak aku. Pelik pelik..

Bila aku mengandung kan alia dulu pun, selaluu sangat kena. Sakit oOoo.. Lagi sakit dari beranak. (beranak kan pakai bius. Tak sakit pun. Haha). En. Temmon la jadi mangsa tolong betulkan kaki aku. Kalau sorang2, memang sampai pagi lah aku meraung.. Bila mengandung anak ke dua ni,aku semakin berjaga jaga. Kalau time mengeliat ke, aku kena slow slow. Kalau tak, memang kena dah..... So,kali ni baru 2 kali aku di serang. First, masa aku ajar alia buat tarian kaki. Sambil baring,aku suruh dia angkat kaki kanan, sambil pusing2 hujung kaki. Dia pasrah je ikut. Tetiba, terus mengkarung tu serang. Tak tunggu dah, terus aku jerit minta tolong kat en.temmon. Yang mendatangkan marah, beliau siap gelak2 lagi sambil urut. Alia pulak macam hairan.

'Apehal mak aku ni,tadi ajar menari, ni dia yang jerit.'

Haha. Kelakar muka alia time tu. Yang kedua,kena semalam. Tengah2 malam tadi, aku bangun nak slow kan aircond, baru nak capai remote, diaaa datangg lagii... En.temmon lg jadi mangsa. Mamai2 dia tarik aku suh bangun, urut2. Pasrah je beliau. Alia pulak terus terbangun tido. Maap la.. Mama bising sikit semalam. Awak mengandung nanti, awak pulak jerit2 tengah malam. Suruh laki awak urutkan ye. Wahaha..

Ni, sampai sekarang sakit kat betis aku ni. Risau pulak aku kalau kena time drive sorang. Memang masakk la aku kalau kena...

3 comments:

aiai...yes mmg sakit said...

dikna pn jd jugak slalunya kat betis-kekadang mlm2...xde org tulun~T_T haha tapi dkna jmpa method sndiri~

p/s:mintak tulun aunty noor!? LOL

rasdi said...

mak buyung kali kedua, rerajin la pakai stokin tebal2 ye, sapu2 minyak panas.. InsyaAllah.. Tuan Mengkarung segan nak datang punya... kuikui

@naBest said...

dikna -> hoh. apa method kamu? hebat la... ai tak boleh la sendiri sendiri.. kena ada orang tolong. huhuhu

rasdi -> heeeee....pakai stoking, panas, tak pakai, sejuk.. huhuhuhu.. Tp pasni, mmg berhati2 dah.