Aku : "mama rindu tok la.."
Alia : "mamma."
Alia : "mamma."
Haha. Aku tak pasti alia faham atau tak. Tapi respon dari dia sering buat aku lupa untuk bersedih. Itu yang aku perlukan. Sekurang kurangnya.
Hari ni pula, aku dapat mms dari cik poni.
Kalau arwah abah masih ada,begini lah pandangan dari belakang. Memang serupa. Terus terang, aku tengok gambar ni 2 kali saja. Pertama, sewaktu terima mms. Kedua, sewaktu nak publish ke blog. Sadis bukan? Ya. Aku memang tak mampu nak tengok mana mana gambar arwah. Gambar gambar dalam handphone pun aku takut nak belek. Aku takut menangis lagi. Kalau aku tengok pun, hanya sekali imbas. Memang sedih, kau takkan faham.
Teman : "kau macam nak lupakan dia terus."
Aku : "sumpah tak."
Teman : "habis,kenapa kau tak mahu ingatkan dia lg?"
Aku : "siapa bilang aku tak ingat?"
Teman : "kau sering mengelak bercerita pasal dia."
Aku : "kau tak pernah rasa kehilangan.."
Aku : "sumpah tak."
Teman : "habis,kenapa kau tak mahu ingatkan dia lg?"
Aku : "siapa bilang aku tak ingat?"
Teman : "kau sering mengelak bercerita pasal dia."
Aku : "kau tak pernah rasa kehilangan.."
Kadang kadang aku keliru. Bukan aku mahu lupakan, tapi kalau aku teringat, hati aku jadi pedih. Sakit. Kosong. Cukuplah aku menangis dulu. Aku bukan ego. Bukan hipokrit. Cuma aku tahu batas kewarasan fikiran dan kerapuhan hati aku. Kau apa tahu?
Sudah lah cerita pasal ini.
Buat masa ini, aku perlukan kegembiraan dan keseronokkan dalam hidup. Keluarga. Aku cuma perlukan mereka. Oh,kawan baik dah aku masukkan dalam kategori keluarga. Jangan pandai pandai terasa pula. Haha. Kerja sudah tidak menyeronokkan. Ops,bkn kamu wahai rakan sekerja. Kamu pun jangan terasa. Kawan kawan di pejabat sangat menggembirakan, termasuk bos saya. Kamu jangan jeles ye. Bos aku izinkan aku tidur setengah jam setiap hari hanya kerana aku mengandung! Baikkan? Aku suka bekerja dengan bos yang begini walaupun aku selalu berharap dia cuti. Haha. Keji.
Tapi, sungguh. Kerja sekarang buat aku tertekan. Tak tau kenapa. Jadi aku sudah merancang agenda lain demi masa depan aku. Dan juga sedang berusaha. Tolong lah permudahkan semua.
Sudah lama kan blog ni terbiar usang. Kadang aku simpati pada blog. Aku datang ketika marah dan sedih dan kecewa. Selebihnya, aku abaikan beliau. Maaflah. Tapi kadang kadang aku perlu luahkan pada sesuatu yang tak akan membidas balik. Alia sudah pandai membidas. Jadi,aku kembali beralih arah pada blog. *tetiba*
Alia, bila kamu dah besar nanti, dah pandai main internet, jangan asyik facebook dan twitter saja ya. Porno pun jangan sesekali. Lawatlah blog mama aje. Akan ada cerita tentang kamu. Cerita betapa sayangnya mama pada kamu.. Dan juga adik. <- *tetiba lagi.*
Dah habis.
3 comments:
na, jangan la sedih. i know how it felt. skang pon kak rin rasa lagi mcm mana hilang arwah mak. orang yang tak pernah kehilangan memang takkan tahu.
sometimes it is OK to cry on. nanges la puas2 dulu bagi lega. kak rin used to cry under a pillow malam2. lelama lega. but bear in mind that Allah is with us.
sedekah sebanyak boleh alfatihah, tiap kali ingat je sedekah. tu je yang kita leh sumbangkan pun.
kak rin pun rasa sedih juge. Arwah abah antara lelaki yang paling baik pernah kak rin jumpa. siyesly.
be brave. be strong. abah tahu ana sayang dia.
ok?now cheer up hot mama!
p/s:entry ni panjang leh copy n paste kat blog kak rin tak?haha gurau.
bagi email, lupa lak nak invite blog.
hoh.. ana pun lupa nk mintak access blog kak rin... asik lupa je... hahaha..ni die.
farhanafadzil@gmail.com
Post a Comment