----

----
----

Sunday, May 09, 2010

Aku buat entry untuk mak aku. Korang hado?? hahaha

Aku rindu mak. Aku rindu mak.

Sekarang aku dah 26 tahun. Umur mak dah 53 tahun. 14 tahun dulu, mak umur 39 tahun. Aku baru darjah 6. Aku still ingat lagi, mak pernah cium tapak kaki aku sebab dapat 4A upsr. Masa tu aku tengah baring baring tengok tv, abah call dari ofis bagitau result aku dekat mak. Punya lah happy sampai pipi dengan kaki pun mak aku tak dapat nak bezakan. Mana dia capai dulu, tu dia cium.

Ingat lagi..mak pernah bawakan nasi dalam bilik untuk aku. Sebab aku merajuk dengan abah. Masa tu aku tak tau math, abah mengamuk. Aku merajuk nangis nangis sambil mogok lapar. Dengan mak mak sekali aku mogok bisu. Tak bercakap dengan siapa siapa...tak peduli bila mak panggil makan....tapi mak bawakan nasi untuk aku. Mula mula jual mahal, tapi panggilan perut lagi penting. Bila mak keluar bilik, terus aku makan laju laju sampai licin. Takut mak patah balik, kang kantoi tengah makan. Bila dah habis makan, aku letak je tepi katil. Tak basuh pun. Bila dah agak agak lewat, mak datang kutip pinggan sambil aku buat buat tido. Sekali kena perli. "Ingat kan nak mogok sampai pagi, sekali licin?".. Aku masih buat buat tido.

Teringat jalan jalan dengan mak dekat pekan Gerik. Aku pegang tangan mak waktu nak melintas jalan. Mak cakap.."Bagus kamu ye, nak melintas pegang tangan mak"
Errr..mak, masa tu Ana takut mak melintas....Tapi sekarang ni, hari hari Ana boleh pegang tangan mak. Dah tak takut dahhhh....

Ingat lagi waktu birthday mak dulu. Kami semua buat buat lupa. Mula mula tak sampai hati. Tengok mak sepanjang hari, tapi buat buat lupa birthday mak pula. Ini abah punya idea. Punya lah seksa menahan gelora. Bila malam, abah tutup suiz lampu utama. Mak lari lari anak dari dalam bilik, ingatkan blackout. Lari sambil jerit jerit pulak tu. Oh...memang tak dapat menahan ketawa waktu tu.. Bila abah buat buat repair suiz, kami semua berdebar debar nak jerit surprise. Bila je lampu on, semua jerit. Surprise!!! Memang mak ter surprise waktu tu. Atas meja dah siap sebijik kek, sate, air semua dah standby. Mak boleh pulak cakap."Eh, birthday mak ke hari ni?" Alaaaa..mak ni, orang dah berdebar dari pagi nak buat kejutan ni, beliau boleh lupa besday sendiri pulak.

Mak aku penah paksa aku bangun tidur siang aku dulu, sebab radio kereta abah tetiba berbunyi. Mak paksa paksa aku teman mak mengendap kereta abah tu walaupun masa tu tengah hari buta...Mak baca ayat ayat Quran kuat kuat sambil gigih nak tutup radio dalam kereta tu. Punya la mak takut hantu. Err..rupanya turun ke aku pulak tabiat yang 1 ni. Penakut. hehehe

Waktu aku tunggu hari nak bersalin, mak lah orang yang gigih teman kan aku dekat rumah ni. Mak lah masak. Mak lah basuh kain. Sian mak boring sorang sorang. Kejap kejap kata teringat kat rambo laa...Padahal hari hari kelahi dengan rambo meow meow dekat rumah, bila datang umah aku, boleh pulak rindu rambo? mushkil....... Tapi, apakan daya, waktu aku sarat tu jugak lah abah sakit kuat. Mak berbelah bahagi nak jaga siapa. Memandang kan abah lagi perlukan mak, ai rela tawwww...huhuhu....Aku pun bersalin tanpa ibu disisi walaupun mak dah teman aku lebih 2 minggu. Tapi nasib baik lah time aku beranak tu mak ada kat kampung, kalau tak, konfem kena marah sebab aku tak larat teran. hahaha

Banyak yang aku rindu mak aku ni. Aku rindu mak membebel...Rindu mak marah..Rindu mak ketawa...Rindu lah semua..

Hari ni aku dah boleh sambut hari ibu! Nikmatnya jadi ibu!!! Alia pulak dari siang tadi, asyik aktif je... Nak bercakap je....Baiklah..mama anggap Alia tengah ucapkan hari ibu dekat mama. Thanks sayang!!! Mama pun sayang kamu juga, walaupun tak sempat sambut kamu time jatuh katil itu hari, tak bermakna mama abaikan kamu. Mama terlelap je... hehehe...

Kepada mak, Fahziah Abd Rahman...
Kepada mak mertua, Zaiton Ariffin...
Kepada kakak ipar, Kak Reen...
Kepada kawan kawan dan sesiapa yang punya anak...

SELAMAT HARI IBU!!!

Anda mungkin tak sempurna, tapi bagi anak anak anda, anda lah manusia paling sempurna dan mulia.

Saya sayang mak saya.

5 comments:

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

oittt anak buah i jatuh katil???

hahahhaha eh eh. xtau la mak cium kaki kamu. kamu nih!!! :D

@naBest said...

Hahaha. Ye. Beliau penah jatuh katil. Gua tertido. Beliau merangkak2, lalu jatuh. Huhu

Masa mak tercium kaki gua tu, mak tgh over eksaited. Hahaha. Lgpun kamu br darjah 2.. Tak pandei pape pun.org suh telan biji kurma pun kamu telan. Wakaka

aeryn said...

auwwwwwwwwhh sho shweetnyee entry kali ini!best.

ana, apa lagi, belanja la mak shopping ke..

ngeeee

azri said...

UPSR cium kaki?
wow! 7 org di atas 'stage' tan sri kononya.
hehe.

@naBest said...

Kak rin - hehehe. Tu ar. Igt nk blanje la..tak sempat blk kg lg..
Azri - hahaha. Cium kaki tu ter je..dh sonOk sgt gamaknya..dh beliau duduk ujung kaki aku,tu yg di capai dulu. Haha