----

----
----

Thursday, January 29, 2009

~Achik kawen? Tahniah......

24/1/09 - Lagi sorang member sekolah aku yg sengal dh kawen. hehehehe... Tahniah..Aku yg mmg sgt sukakan mkn lauk kenduri, tanpa ragu2 nya terus terjah rumah die. Nasib baik dok Gerik ja...hehehehe...

Sempat la jugak ber-re-union secara tak sengaja kat umah Achik ni. Ramai gak member2 lama yg datang. Semua dh besar2 panjang. Sian la En.Temmon kebusanan menunggu aku bergambar. hohohoohohhoh

Ana and Achik


Ezan, Achik, Anabest


Sorang demi sorang kawan aku nak kawen. hehehehehe...... Lepas ni, nak terjah rumah Cik Mun. Nasib baik kat Kedah je.....Boleh balik kampung En.Temmon. hohoho.... Sape2 yg nk g umah Cik Mun, mai la singgah umah mak mertua ai... hahahaa.. pepandai je aku ajak.... Tak ape...rumahmu, rumah ku jua....Lalalalala~

Note: Sonok tgk member kawen. hehehehe... Pada yg tgh membujang tu, renung2 kan...dan selamat beramal..... (^__^)

Wednesday, January 21, 2009

~Hari ni MC lagi...yeyyy~


Aku dah tak tau nak buat mende sekarang nih. Ubat dh telan. Otak pun dh weng.

Sebenarnya aku tgh syok dok sorang2 kt umah. Aku tak pegi opis. Aku demam, okk.. Bukan sesaje nak monteng. Walau dalam hati tinginnnnnn sangat nak ponteng hari2. Tp buat nya company xxx 'pontengkan' aku selamanya, padah lah hidup aku selepas itu....huhuhu...

Jadi sebagai staff yg cemerlang lagi gigih, apa jua ujian yg datang melanda company aku, aku tetap datang hari2 bg sokongan yg tak berbelah bahagi. Hatta lepak di pantry dan di surau jua adalah sokongan terhadap company, kannn......

Dah lama jugak aku tak hapdet, kan. Aku tak larat ar nak tulis tulis. Membosankan. Adakah aku sudah sampai ke peringkat umur yg membosankan? Err...atau..adakah aku bosan dgn hidup aku? Jawapan nya... TIDAK.

Aku masih belum bosan dgn hidup aku. Lagi2 dgn keadaan sekarang ni. Seronok rasanya bila terasa ada menda dalam perut. Err.. tak rasa pape pun lagi sebenarnya. Cuma, rasa mabuk, mual2, pening2 lalat tu sangat la berleluasa kini.

Huhuhu.. perit jugak la alahan ni. Setiap saat aku rasa nak muntah. Segala bau yg aku suka dulu....jadi amattt laaa...B.U.S.U.K.

Sekarang ni ramai plak yg dok usha2 perut aku. Oi...perut aku tak besar lagi la....Kalo nampak pon, itu adalah perut yg original. Di ulang, ORIGINAL. Tak payah nak pegang2 perut aku. Esok esok kalo dh besar nnti perut aku tu, aku tadah bg korang pegang sampai muntah. Nak?

Hahaha... aku ber-blog ni pun sebab nak layan tag dari cik aino. Dh lama gila delay. Cadangnya nak buat2 lupa. Tapi kang, esok dia mogok ngan aku, sape plak nak ajar aku main game SIMS tu kan....


**** THE TAG ****


Tajuknya 16 perkara rawak.

Syarat dan peraturan:

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

******************

1) Kulit muka aku adalah sangat tak sensitip dan degil. Buktinya, aku dh tukar beratus2 pencuci muka, foundation dan segala2 mende alah yg pompuan zaman sekarang dok tempek kt muka. Hasilnya...takdek pung! Muka aku still macam itu. Berkerak. Itam. huhuhu... Muka aku sekarang ni, itulah muka aku 10 tahun lepas. Takde beza.

2) Aku suka rambut aku. Gabungan kerinting dari Encik Dedi dengan lurus halus Pn. Mamy. Tp aku sangat TAK SUKA rambut depan aku. Cina kedai tu dh salah potong arrrr time raya taun lepas. Benci! (Sebab tu kat rumah aku pakai cekak rambut).

3) Aku sangattt sangattt suka tgk muvie. Sekarang ni kat umah, kerja aku di waktu lapang (ketika En.TeMmon malas nak layan aku), aku suka layan dvd sorang2. Tapi umah aku xde astro... Kalo tak, boleh gak layan chanel kirana tu.....(*ini adalah hint pd sang suami untuk pasang astro di rumah tatkala isteri dilanda kebosanan tahap cipan).

4) Chikku dh takde!! Sapa chikku?? Tentu lah saga kesayangan aku tu. Huhuhu.. Aku dh bagi Chikku kat abang aku yg tak best ittuw.... Harap dikau sambung bayar ye..... Ai nak guna duit kete tu untuk beli botol susu anak ai.. (padahal nak berpoya2.. ngeh ngeh ngeh)

5) Aku tak penah kentut depan orang kecuali depan Poyyu dan Ponni. hahahhaa... 2 budak tak matang tu membesar dgn kentukan aku aje. Tp selain dari mereka, aku tidak pernah... Kalo ter tu lain citer arr.. (kan bang, kannnn.. hahahaha).

6) Walaupun telah di brain-wash oleh En. Dedi mengenai keMALASan aku, aku tetap malas. hahahhaa... Nak buat cam mano? Tak dapek den nak nolong. Jadi aku malas nak tulis sampai 16 facts. 6 pun cukup la...asalkan ade numbor 6, kann... Aci tak? lalalala~

Dah dah. Aku nak berhibernasi sekejap. Tensen ar dok call TM semorang tak angkat. Mogok ke hape? Ke sumer staff die cuti seperti aku? Takkan semua nya MC... Tak logik. Ah... sat g aku call lagi. Aku nak call hari2 sampai orang menara tu muntah asik jawab call aku jerk...

Note : ~Otak weng makan panadol~

Friday, January 09, 2009

Aku masih di Malaysia....

Dengan scandal yg melanda company xxx sekarang ni, huru hara sekejap opis aku. Company xxx pun dh menjadi glamer seantero donia. Mengapa? Kenapa? Itu M.A.L.A.S aku mau pikir. Sbb aku sebenarnya gumbira. Bukan gumbira atas masalah yg melanda...... Cuma aku gembira. Salah ke aku nak gembira?

Atas sebab masalah yg melanda XXX sekarang ni, semua travel ke oversea di onhold!! Maksud nya kensel la tu............

Ya! Termasuk la travel aku ke Bangalore yg sepatut nya berambush dari Malaysia mlm ni. Semua dh prepare....tiket dh ada...baju dh prepare...makanan dh byk stok...ubat ubatan pun dh stand by.... Tetiba kensel.

Ya, ade sedikit kecewa...Sbb tak dapat berjalan2 tgk dunia orang....huhuhuhu.. (padahal trening, kannn, bukan bercuti.). Tapi sebenarnya aku happy. Sbb dalam keadaan muntah2 ni.......dan hampir menjadi mak buyung dalam masa 2-3 bulan ni, aku masih boleh menyusahkan En.TeMmOn... muahahaha..... Tak perlu lagi aku risau macammana nak terus kan hidup 3 bulan ni, sbb aku masih ada tempat untuk mengada2....hehehe...

Bersedia lah En.Temmon..........wakakaka (sape suruh mengandung kan ai, kannnnnnnnn....)


Ini zuriat aku yg baru di scan semalam.... kecik nye dikau...hehehe baru 3cm... Tp jantung dia dh berdenyut... Harap2 sihat...... muahhhhsss..

Note: Gembira tak perlu ke India. Serius.

Tuesday, January 06, 2009

Penyakit ini berjangkit kah?????? MALAS nk jawab...


M.A.L.A.S

Penyakit malas aku dh datang balik.
Aku MALAS hapdet blog.
Aku MALAS bangun pagi.
Aku MALAS nak pegi ofis.
Aku MALAS nak pegi pantry bancuh milo ais. (Pantry xxx dh ade peti ais besarrrr.... hari2 aku minum milo ais)
Aku MALAS nak kuar poya2.

Yang paling teruk......

Aku MALAS nak masak. Jadi En.Temmon kena masak. Nasib baik beliau pandai masak. Aku tolong potong2 je, beliau yg sudahkan........ hasil nya??? Boleh la...........(padahal tambah doblas kali.)

Nak sambung lagi..
Aku MALAS nak buat maternity check up.
Aku MALAS nak jumpe doktor. (padahal takutt)
Aku MALAS nak muntah walau ada rase nak muntah.

........................


Aku MALAS pegi Bangalore!


Note: Barang2 nak hangkut pegi Bangalore, satu habuk pun aku tak kemas lagi. Sbb aku MALAS.

Boleh tak aku tak payah angkut barang2 aku? Aku angkut En.Temmon je.
Jom la banggggggggggggggg....teman ai kat sane!!! (T__T)