Hari ini teman mengantuk.Sangat mengantuk. Kerana semalam teman tidak dapat tidur secukupnya. Tentulah tak cukup tidur, sbb otak teman asyik membayangkan benda yang tak sepatutnnya dibayangkan. Teman teringat balik email gambar2 hantu yang teman forwand pada kawan2 ofis. Takutt…Hari hari lain teman tidak begini, mungkin kerana teman tinggal seorang di rumah malam semalam. Fuhh….Teman tertidur juga tp kerap kali teman terjaga. Dan akhirnya teman tertidur bertemankan lampu yang terang benderang…..
---------------------------------
Semalam. Jam 1.30 pm. Teman balik kerumah sewa bersama Noni. Sbb nya Noni akan berangkat ke kampung halaman di Gurun after kerja. So, balik sekadar nak mengemas baju.
Semalam. Jam 4.28 pm. Msg dari Reha. “Akm korg. Aku nk bgtau, aku balik Ipoh skang ni. Bas kul 6.30. k, take care.”
---------------------------------
Jadi, teman keseorangan hujung minggu ini. Tapi itu bukanlah masalah buat teman… Banyak aktiviti yang teman rencana kan sebenarnya. Jadi, malam itu, teman malas nak makan…malas nak masak sebenarnya. So, teman lepak2 depan tv sampailah dapat msg dari Aizat, nak datang tapaukan teman bbq. Yey!! Rezeki jgn di tolak. So, sementara menunggu, teman dah mula rasa seram. Sungguh. Teringat gambar email. Teringat cerita ju-on. Dan juga teringat hantu kepala (kepala paip) yg teman takut takut kan Reha dulu. Hohoho….seramnye…..
Dan akhirnya, orang yg ditunggu pun tiba bersama2 bbq. Ada jagung..ayam..sosej… (tima kasih to geng Q-Edge). So, oleh kerana takut keseorangan di rumah, kitorg pun keluar survey2 rumah sewa area berdekatan(takkan nak suruh dia temankan teman kat rumah kot, kan… harammmm.. hihihi) …Dan teman sempatlah melantak dlm kereta. Nyum2x… Rezeki…..
Dan bila balik, teman terus masuk bilik……nak tido. Tapi malang nya….tak lena tidur teman. Ada saja bunyi bunyian menganggu emosi. Padahal bunyi kipas lah…kucinglah…Meowww….. (teringat kucing Ainoor dan Dalia yang cumel)…………. Teman tak sedar jam berapa teman terlelap..dan jam berapa teman asyik terjaga. Cuma yang pastinya, semalam memanglah terang benderang rumah teman.. hehehe…
---------------------------------
Lupakan hal semalam. Hari ini buka lembaran baru. Wah!! Petang ini, jam 3.30pm. Ada makan2 di ofis. Tak tau apa menu nya, tp aktiviti makan2 setiap bulan ni agak menarik kalau kena gayanya. Dan selepas waktu kerja, ramai2 akan ke Alamanda untuk bowling… Bowling?!! Not again. Im suck in bowling. Huhu…tp kalau untuk support member2 dan mengisi masa lapang, tiada masalah lah. See u guys ya!
Dan tadi, Maiza ajak teman ke Perlis. Treasure Hunt organized by RHB (ye ke?!!) and…..the most important thing is free! Waaa…teman nak ikut, tp oleh kerana teman dah berjanji dgn ofismate akan ke Sungai Gabai esok pagi, terpaksa lah teman lepaskan peluang menarik tu. Huhuhu… xde rezeki….
Bila di fikirkan balik, manusia ini hanya merancang. Tapi segalanya tetap Dia juga yang menentukan. Kalau ikutkan hati, banyak benda yg teman nak buat, banyak yang teman rancangkan tapi teman takut untuk meletakkan harapan terlalu tinggi…..sebab tidak mahu nanti rasa terkilan. Yang penting, teman gembira dengan apa yang ada. Itu sudah memadai.
Note: Malam ni nak tidur rumah Sarini………………awuuuuuuuu (bunyi serigala waktu bln mengambang)…