----

----
----

Wednesday, July 23, 2008

The journey to Terengganu Part 2

Geram. Tertekan nak masuk ofis sekarang. Hari ni, oleh sebab masalah proxy satyam, semua website dh selamat di blocked kan. Ada ke patut. Termasuklah utusan, bharian, google.com pun dorg block. Terima Kasih. 'Seronok' rasanya bekerja dlm environment mcm ni.

Ape2 pun, jgn biarkan kemarahan menguasai diri anda. Mari update blog dgn cerita mengarut lagi... hehehe aku nk post few pics waktu di Terengganu itu hari... Merata kitorg pusing, dari Taman Tamadun Islam...ke Masjid Kristal... ke Muzium Terengganu dan akhirnya ke Pasar Payang (betul ke ejaan nya). Semua tempat best.. except muzium terengganu. Sori la org2 terengganu..tp mmg xbest langsung pun. hahaha time aku g muzium tu, mcm2 masalah. Air-cond xberfungsi.... ade blok2 yg tutup.... Ada yg xsiap lg (padahal dlm poster beria kata dh siap). Tipah tertipu. Dan hari tu, ramai gak la yg mengamuk. Kesian..... Sbb ramai org dtg ke terengganu hari tu (Konvo UMT)..dan org2 yg dtg tu tentulah nak melawat sekitar Terengganu. Hasilnya??? Hummm........


Depan muzium

Mak and abah


Me and abang

Me and mak (belakang tu abah tertido.. hehehe)

Dgn Ayu



Depan masjid kristal

Boring tol kalo tgkp gambo, aku nmpk gelap.. huhuhu(tp, mmg pun....)


Note: Satyam dh block sume website.. Mcmana aku leh update blog?? Jeng..jeng..jeng.. rahsia!!

Tuesday, July 22, 2008

Apa Yang Anda Gambarkan

Boleh tak anda translate komik di bawah tanpa sebarang clue? (took me more than 2 min to understand it)



Revealing the Clues:
1- All gambar sangat bersangkut paut. Baca dari kiri ke kanan. Atas ke bawah~! [2.30pm]
2- Cuba cari watak utama komik tersebut dan berapa watak2 buah yang lain ada di situ? [3.14pm]
3- Watak utama komik tersebut adalah Oren. Ada 2 watak oren. [3.55pm]

Monday, July 21, 2008

The journey to Terengganu Part I

Hola... Monday mood. Mcm biasa, nothing to do.... So, im spending my time jumping from one blog to another blog..to another blog.. ZzzZzzz.. At last, aku nk tulis skit2 pasal trip aku ke terengganu 12/8 hari tu.

Gembira. Saga aku dah ada nama. Cikku. haha sedap tak? Nak tau sape punye idea? tentulah aizat... Cikku pun, cikku lah. Ops..bkn nak cerita tentang Cikku. Tapi nak cerita pengalaman ke Tganu. Dan so far, Tganu lah negeri terjauh yang Cikku pernah sampai.. Thanks, Cikku.

Jumaat 11/8 - Seawal boleh aku cuba balik. Bukan niat nak lari dari ofis, tp memandangkan nak drive balik ke Gerik tu agak memakan masa, so, tepat jam 12pm aku dh cabut. hehehe... tp adik aku kt upsi tu sebukkkk suh aku singgah. Hummm... so, kul1.15 aku sampai upsi. Tepat tepat waktu budak2 tu nk solat jumaat. Hish.....tau la dh lewat nak g masjid, jgn la merempit sebelah kete aku. Sib baik aku x langgar sorg2. Hangin tul aku. Tp memandangkan dorg tu sume bakal2 cikgu yang nk pergi beribadat, aku maafkan lah. Budak lagi...

After aku amik Ani, adik aku...kitorg lepak KFC, mkn2. 1 jam berbaris, baru sampai turn aku. Eiii.. geram. Tapi...sabo.... Dah kenyang, aku sumbat adik aku tu mkn, die siap tapau lagi, kitorg balik ke rumah sewa die. Gile best baru 2nd sem dh merase umah sewa...Kalo kat uia, xdapat la... Hostel lah sampai ke tua. Umah sewa dah la besar..murah..ade parking space lagi... Budak2 upsi nih sume berkenderaan ke? Mushkil....

Lama gak aku lepak umah die. Kul4pm baru beredar. Tu sebab nak make sure sampai ipoh kul6, tggu abang abis keje dan balik gerik sama2. Tp si budak Ani ni xbagi aku balik la plak. So, jalan2 la naik kete aku...pusing merata tanjung malim.. Err.. sebenarnya jalan habiskan minyak je. Mane ade pape situ. hehehe.. Kul 5 baru aku gerak ke Ipoh..tu pon setelah di pow oleh Ani. Ampeh...

Agak2 kul 6.15 aku pon sampai Ipoh and abah pun call kate nak amik kt tepi highway. Pulak. Rupenye mak ngn Ayu pun ade.. Humm.. Boleh je aku cari jalan sendiri nk g umah abg aku tu...Tp, Ok je lah. Tggu punye tggu, sempat la bergayut ngan tunang tersayang..abah pun sampai, lead jalan ke rumah sewa abang.

Sesampai je depan rumah,time aku kuar kete, seekor anjing lari2 anak nk terkam aku. Sambil buat muka manje. Menjerit aku sambil lari keliling kete. Ape ko hingat aku ni spesis ko ke, hanjing oi... Sib baik tuan hanjing tu dtg selamatkan hanjing tu (sebenarnye selamatkan aku...) Danish nama budak India tu. Beria die suh aku dukung hanjing die tu. Comei gak. Cleo nama die.

"Angkat lah die. Dia baik. Ni anjing perempuan."

Tengkorak ko dik oi.. Ko igt aku pompuan, boleh angkat la anjing pompuan? huhuhu... Najis tu tau. tp dia mane tau..last2 aku lari masuk umah, maleh nak layan ko Danish. Tp Cleo tu comei gile.. Kalo lah boleh pegang..............

-------------------------------------------------------------------------

Malam nye, kitorg pun bertolak balik ke Gerik, rehat2.. sbb esok nya nak berjalan jauh. .. ZzzzZZzz

So, esok nye, kul2pm, Cikku pun megah menyusur di jalan raya menuju ke Tganu. Tp memandangkan byk masa lagi, kitorg sempat pegi Pasir Mas, Kelate. Survey rumah Ika. Bestfren aku yg nak kawen hujung minggu ni. Kene pegi kenduri die, kalo tak, mau die bermusuh ngn aku 7 keturunan. huuhuhu

Senang je nk cari...tp waktu hari kejadian nnti, mampukah aku igt jalan ke rumah nya?? hohoho.. aku pon xtau.

Dan tepat kul 11pm, kitorg smp di Besut. Tumpang tdo umah pakcik aku b4 g Kuala Tganu esok nye. Dalam nk g umah pakcik aku tu pun kitorg leh sesat.. Sebenarnye, bkn sesat...kompius jalan je... hehehe

And bawah ni few pics yg sempat di snap time rehat kt atas bukit mane tah... Canteekkk scenery die....







Itu je lah. Until next post ye! Nanti aku sambung lg.....

Note: 1st time aku tak membute dlm kete, sbb mak pakse tgk permandangan.... Asik2 tgk pemandangan....................

Friday, July 18, 2008

Psst... anda lelaki? (*_____*)

Hari ni di ofis, tersangat lahbosan..plus sejuk…(T_T) So, keje aku hari ni bace blog org..dari blog kawan2, hinggalah ke blog politik lah…negara lah..gossip…iklan….dan secara ntah mcm mane, aku terbace blog ni. Macam menarik je. So, aku tiru la. Hahah..jgn marah, kawan…..(^________^)V

Entry nya mengenai rahsia2 lelaki.. hohoho.. ini je yg menarik aku jmp sepanjang lepak kt opis yg bosannya tiada penghujung.. huhuhuhu.. kalo nak tau apekah rahsia nya, bace lah.. (Aku pun xtau betul ke tak rahsia2 ni…)

Rahsia #1
Fahamilah!... lelaki lebih menyukai perempuan yang bijak, genius dan mempunyai fikiran sendiri, daripada perempuan yang seksi, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau perempuan yang bersinglet di pusat membeli-belah. Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek sex (pompuan mcm ni belambak kt melesia ni..) Namun...jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar!

Rahsia #2
Lelaki sangat benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya. Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih. Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai sebegitu, ianya seolah-olah wanita itu masih mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam. Jadi...rahsiakan sahaja!

Rahsia #3
Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun perempuan itu tidak lawa langsung! So, jangan perasan! erk..mkn dlm ni.. Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda bagaimana sekalipun lelaki tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.

Rahsia #4
Lelaki curang??...jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkannya lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan perempuan semua...this is reality!

Rahsia #5
Lelaki amat benci dengan wanita yang berlebih-lebih dalam segala hal. Bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mudah rimas dengan wanita sebegini. Jadi bersederhanalah. Dalam Islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan. Nak bersolek pun xboleh ke???

Dah. Cukup lah tuh. Sebenarnya, ada 99 rahsia lelaki. Tp biarlah aku rahsia kan.Kata rahsie.. kan……………….hihihi

Note: Lelaki2 di luar sana, betulkah kenyataan ini?! Sila jawab. Peace. (~~,)V

Thursday, July 17, 2008

Selipar Oh Selipar~

Tetiba aku terasa nak menulis sikit. Pasal selipar Ainor. hahaha..pelik kan entry kali ni, tp masalah selipar Ainor ni selalu menggangu otak fikiran aku.... Begini ceritanya.

Aino ada sepasang selipar ofis yg dah licin tapaknya. Memandangkan waktu itu (lama dah...), aku xde selipar spare untuk jalan2 dalam ofis, Aino bg lah aku pinjam selipar dia, sbb die dh beli baru. Dalam 3hari aku bergunbira dgn selipar pinjam yg licin tu, datang la sorang akak ni.. Nk pinjam kejap katenya. Orang2 Satyam konfem kenal akak cantekk ni... Aku kategorikan dia ni sebagai special task Satyam. Hari2 aku tgk die mcm bz je.. Ke hulu ke hilir...Kalah boss besar ofis ni. Waktu die nak pinjam kejap selipar tu, aku bg la... Org nk guna...aku yg baik hati ni kasi la pinjam.

Tp..dh 2minggu dia xpulangkan. Itu aku xkisah. Aino pun xkisah. Sbb aku dh beli selipar baru yg lagi canteekkkk.... Tp termasuk hari ini, dh dekat 2bulan selipar tu xdipulangkan(betul ke 2bulan aino?). Aku usha2 akak tu, die dh ada selipar baru pun... Selipar tu kan licin, mst die asik tergolek je.. huhuhuuh.. Tp still die kne la pulangkan...Ape kess...2minggu lepas, Lin buzz aino, cakap ternampak selipar tu tepi toilet.. Aku pon pegi mengintai. Konfem ade! Ada la beberapa pasang selipar plus kasut kat situ. Nak ambik balik, segan...ada cctv. Jatuh la reputasi. So, kitorg buat keputusan untuk biarkan aje.

Esok nye, aku tgk selipar tu dh ilang balik. Ler..agaknye geng2 cleaner tu main pass2 kot. Kejap ade...kejap xde.. agak nye, dh berape ramai yg tergolek sbb selipar tu serius licin (mcm aku penah nk tergolek dulu.. uhukhukhukkk)

Dan ape yg membuatkan aku teringat balik kt selipar tu...sbb hari ini selipar tu ada balik di tempat asal nye... Masih seperti dulu keadaan nya... Masih di tempat yang sama. Kat tepi toilet. Amacam Aino?? Nak curik balik ker?? hahaha

Sekian entry mengarut aku untuk hari ini. Busan, nak upload gambo xlepas2... Eiii.. geram!

Note: Sedekah je lah selipar tu kat Satyam... dapat pahala...

Family Day~!

Setelah agak sekian lama....baru terasa nak update.. tu pun sbb ramai sangat dh bising suruh update. huhuhu... Pics ni dh lama dalam draft, cuma tak post je. So, for this entry, tgk gambar je lah ye.. hehehe

Gambar ni waktu family day mrsm gerik, 6/7/08 kt titiwangsa... Memandangkan teman takde camera, ni je yg mampu di kongsikan bersama. huhuhuhu....






Till next entry~!

Note: Sume kawan dh besar.. ada yg dh 11tahun x jumpa.. tp yg best, muka tetap sama!

Wednesday, July 02, 2008

Senorot!!~

Assalammualaikum wbt.

Setelah sekian lama, barulah teman berjaya upload gambar2 teman bersama ofismate di waktu monthly event and bowling game @alamanda. Check it out!!

















Begitulah gelagat kawan2 teman. Memang best ah. Dorg semua best2 dan sengal2. hahahaha...Esok nya, kitorg ramai2 g mandi manda....Tp cant upload lah.. Ada yg sensor. hahahhaha


p/s: Teman, Kiah and Shu tak main pon...saje je pose... hahhahaaha

Note: It was a fun Friday! (~~,)V

Friday, June 27, 2008

~my coming nothing-to-do weekend...~~

Assalammualaikum wbt.

Hari ini teman mengantuk.Sangat mengantuk. Kerana semalam teman tidak dapat tidur secukupnya. Tentulah tak cukup tidur, sbb otak teman asyik membayangkan benda yang tak sepatutnnya dibayangkan. Teman teringat balik email gambar2 hantu yang teman forwand pada kawan2 ofis. Takutt…Hari hari lain teman tidak begini, mungkin kerana teman tinggal seorang di rumah malam semalam. Fuhh….Teman tertidur juga tp kerap kali teman terjaga. Dan akhirnya teman tertidur bertemankan lampu yang terang benderang…..
---------------------------------

Semalam. Jam 1.30 pm. Teman balik kerumah sewa bersama Noni. Sbb nya Noni akan berangkat ke kampung halaman di Gurun after kerja. So, balik sekadar nak mengemas baju.

Semalam. Jam 4.28 pm. Msg dari Reha. “Akm korg. Aku nk bgtau, aku balik Ipoh skang ni. Bas kul 6.30. k, take care.”

---------------------------------

Jadi, teman keseorangan hujung minggu ini. Tapi itu bukanlah masalah buat teman… Banyak aktiviti yang teman rencana kan sebenarnya. Jadi, malam itu, teman malas nak makan…malas nak masak sebenarnya. So, teman lepak2 depan tv sampailah dapat msg dari Aizat, nak datang tapaukan teman bbq. Yey!! Rezeki jgn di tolak. So, sementara menunggu, teman dah mula rasa seram. Sungguh. Teringat gambar email. Teringat cerita ju-on. Dan juga teringat hantu kepala (kepala paip) yg teman takut takut kan Reha dulu. Hohoho….seramnye…..

Dan akhirnya, orang yg ditunggu pun tiba bersama2 bbq. Ada jagung..ayam..sosej… (tima kasih to geng Q-Edge). So, oleh kerana takut keseorangan di rumah, kitorg pun keluar survey2 rumah sewa area berdekatan(takkan nak suruh dia temankan teman kat rumah kot, kan… harammmm.. hihihi) …Dan teman sempatlah melantak dlm kereta. Nyum2x… Rezeki…..

Dan bila balik, teman terus masuk bilik……nak tido. Tapi malang nya….tak lena tidur teman. Ada saja bunyi bunyian menganggu emosi. Padahal bunyi kipas lah…kucinglah…Meowww….. (teringat kucing Ainoor dan Dalia yang cumel)…………. Teman tak sedar jam berapa teman terlelap..dan jam berapa teman asyik terjaga. Cuma yang pastinya, semalam memanglah terang benderang rumah teman.. hehehe…

---------------------------------

Lupakan hal semalam. Hari ini buka lembaran baru. Wah!! Petang ini, jam 3.30pm. Ada makan2 di ofis. Tak tau apa menu nya, tp aktiviti makan2 setiap bulan ni agak menarik kalau kena gayanya. Dan selepas waktu kerja, ramai2 akan ke Alamanda untuk bowling… Bowling?!! Not again. Im suck in bowling. Huhu…tp kalau untuk support member2 dan mengisi masa lapang, tiada masalah lah. See u guys ya!

Dan tadi, Maiza ajak teman ke Perlis. Treasure Hunt organized by RHB (ye ke?!!) and…..the most important thing is free! Waaa…teman nak ikut, tp oleh kerana teman dah berjanji dgn ofismate akan ke Sungai Gabai esok pagi, terpaksa lah teman lepaskan peluang menarik tu. Huhuhu… xde rezeki….

Bila di fikirkan balik, manusia ini hanya merancang. Tapi segalanya tetap Dia juga yang menentukan. Kalau ikutkan hati, banyak benda yg teman nak buat, banyak yang teman rancangkan tapi teman takut untuk meletakkan harapan terlalu tinggi…..sebab tidak mahu nanti rasa terkilan. Yang penting, teman gembira dengan apa yang ada. Itu sudah memadai.

Note: Malam ni nak tidur rumah Sarini………………awuuuuuuuu (bunyi serigala waktu bln mengambang)…

Tuesday, June 24, 2008

Sigh~

Tiada yg menarik yg boleh di kongsikan…Cuma berita hari ini membuatkan teman geram. Tak tau nak lepaskan geram pada siapa. Walaupun ini tidak melibatkan golongan majority, teman tetap juga terkena tempiasnya….

“Urus niaga beli minyak guna kad kredit dihenti

Oleh Nahar Tajri KUALA LUMPUR: Semua stesen minyak di seluruh negara akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai hari ini sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka supaya menaikkan komisen jualan minyak. “

Lagi 1 agenda untuk menyusahkan rakyat?.... Terima kasih. Bangga jadi rakyat Malaysia. (T_T)

-----------------------------------------------


Jangan kusutkan fikiran dgn memikirkan benda2 yang menyakitkan hati~ Mari memandang jauh ke depan……

Hujung minggu teman utk 3minggu berturut2, sudah dipenuhi dgn jadual yang penuh. Wah!! Hujung minggu ni, tunang teman balik ke kg halaman…kena tinggal lagi.. Sob3x… Tapi teman sudah ada agenda sendiri. Hehehe… kalaulah jadi, teman bersama ofismate akan ke Sungai Gabai…tak sabar nak sliding atas batu.. hohoho..gembiranya mandi air terjun! Tp, kenalah mendaki tangga yg amaaaatttt lah tinggi nya. Tak apa! Teman akan berusaha.. demi nak mandi air terjun tertinggi di Gabai… hehehe

Minggu berikutnya, 5Julai. Kenduri teman ofis, Mustafa dan Nawar. Mesti kena pergi..Ambil berkat… hehehe…dan esoknya 6Julai(Ahad), bersukaneka dgn kawan2 sekolah lama. Re-Union la pulak… Layannn je la… (^_^)

Dan minggu berikutnya, teman bercadang nak pulang ke kampong halaman, Gerik, sbb abah dah komplen lama teman tak balik..huhuhu.. Tak mau jadi anak yang lupa daratan…Sob3x.. Dan kebetulan nya, adik teman akan konvo pada 15Julai.. Yey! Nak mntk cuti, nak pegi Terengganu (UMT).. Kalo di ikutkan, nak simpan cuti utk kahwin nanti, tp mengenangkan konvo degree adik yg sekali dlm seumur hidup tu, teman bersemangat pulak nak minta cuti. Srinath!! Tolong la approve cuti teman!!!

Dan, setakat itulah jadual teman untuk 3minggu akan datang.. Harap semuanya berjalan lancar. Sekian.

Note: Banyak berjalan, duit still kena simpan…(^_^)

Friday, June 20, 2008

Congrats Filzah!!

Hai!! Oleh kerana ada masalah teknikal sikit, teman x dapat uploadkan gambar special kwn baik teman ni... Gambar di hari bahagia dia, baru hari ini teman dapat kongsikan bersama... Thanks to Ifah, for this pics (wpun lambat sikit... hehehe~)

31/5/2008 - Tahniah kpd filzah dan suami nya... Setelah 11 tahun bercinta (eh, betul ke?), akhirnya jodoh tetap ada... (^_^) dan teman sangat bahagia... And as always, she is the most beautiful..among us. hehehehe

To filzah: Rajin2 belaja masak ye..hehehe pastu ajar teman pulak ye....And kpd teman2 yg hadir di hari kejadian juga pada yg tak dapat hadir, teman doakan semua kita bertemu jodoh masing2... Cepat atau lambat, itu urusan tuhan... ye tak??







After nih, giliran Din ngan Nabila~



And also Faheem dgn pasangannya...Ops, bkn Din..tp Wan Zuriati.. hehehe



And also Azhan dgn Yani..~~


Happy~ itulah perasaan teman sekarang ni... sorg demi sorg kawan teman mendirikan rumah tangga... Juga tahniah pada Kak Nadiah. Hari bahagianya sama dgn Filzah dan teman tak dapat hadir. huhuhu Neway, moga kalian bahagia hingga ke syurga!

Juga pada kawan sekolah teman...tahniah pada Nurul Alia~ Bertunang pada hari yg sama. Maaf ye, xdapat hadir.. InsyaAllah, kahwin nnti, teman hadir.. hehehe (^_^)

Note: Tarikh 31/5 bermakna pada ramai orang rupanya..

Tuesday, June 17, 2008

Business oh business~

Kebelakangan ini ramai kawan2 teman dah berjinak2 dalam hal perniagaan. Bagus…sekurang kurang nya mereka mampu menggunakan kelebihan yg ada untuk mencari peluang dan keuntungan. Bukan sedikit keuntungan yang dijanjikan..namun, juga bukan usaha yg sikit diperlukan. Bagi teman, manusia yg ‘kuat’ sahaja yg layak berniaga. Tp terpulanglah bagaimana nak mendifinasikan istilah ‘kuat’ tu… Kejap! Bukan pasal business teman nk kongsikan bersama. Juga bukan pasal ‘kuat’…

Kebelakangan ini, teman byk dapat panggilan dari kawan kawan lama teman. Malah ada yg dah few years lost contact. Teman kagum. Mereka ada usaha menghubungi teman. Teman gembira. Tapi teman terkilan….Sebabnya tujuan utama sahabat teman tu hubungi teman, hanya nak promote business.. Dia tak tanya pun khabar teman….sihat ke tidak…rindu ke tidak….Semuanya kerana business. Sigh. Teman kecewa…tp dari sudut positif nya, sekurang nya dia masih ingat teman…………biarlah…

Bukan sekali dua perkara ini terjadi ke atas teman, malah banyak kali. Teman hargai usaha mereka, tapi kadang kadang mereka lupa apa yg penting. Mungkin bagi mereka duit itu lebih penting…biarlah…Bukan nya teman tak berminat langsung dengan business, tp kena lah ada cara nya… Setiap benda, kalau betul cara approach nya, teman boleh terima..apa apa pun, teman wish good luck for all my frens yg involve in business, satu bidang yg mencabar dan sering tercabar, kan.. (^_^)

Note: Jangan cipta jurang dgn sahabat semata-mata business! Hargai perasaan mereka.

Monday, June 16, 2008

TAG: My perfect life partner..

I’ve been tagged by Ifah…. ‘Thanks’ a lottttt, Ifah.. hehehe
Check it out!

How tall should he be?
What should he weight?
What hair color should he has?
What kind of personality should he has?
Older or younger?
Serious or carefree?
Spontaneous or hesitant?
Brutally honest or tight-lipped?
Beautiful or intelligent?
Movie or a restaurant?
What film actor should he most be like?
What singer should he most be like?
Should he make all the money?
Do he need to cook?
What is his best body part?
What body part do you not care about?
Desk job or physical labor?
What car should they drive?
What one thing completely turns you off?
What one thing completely turns you on?

Honestly, I don’t know the answer. Because I already got one. ^_^ And no matter what he is…who he is…how rich he is….what car he should drive….. it doesn’t matter….. as long as he does love me and care about me, I don’t care about the rest. Wahh!!!

But, to satisfy Ifah….who has put a lot of efforts by tagging me…….. I will answer these question, but in a little different way..

~What I need is a perfect man. And for me, perfect man is someone that can make us both, perfect for each other. ~ (does it satisfy u, Ifah? hehehe)

Who do you wanna tag?
This tagging thing stops here! hahaha

Thursday, May 22, 2008

17/5/2008 - Selamat sudah......

Assalamualaikum....

Akhirnya, berkat restu org tua dan sokongan kawan2 yg tak berbelah bahagi, teman sudah selamat bertunang dengan Mohd Aizat Yaacob. hehehe.......ramai kawan2 teman pesan, xbole dh nak nakal2....heheheh teman nakal ke??? Hahaha what ever la...yg penting teman bahagia... Di kesempatan ini, teman ucapkan berjuta juta terima kasih pada semua yg bertungkus lumus...mak, abah, abang, ayu, ani.....makcik2 dan pakcik2 yg tolong...org2 kampung yg hadir....sepupu sepapat teman yg tlg memeriahkan majlis....hehehe tengkiu so much! Dan terutamanya pada noni and reha. Dah la datang jauh2....kene kerah tenaga plak tu...hehehe..tengkiu my best frens..Jasa korg ku kenang...hihihi

Few pics ni teman nk kongsikan bersama pembaca2 blog teman...kot la ada yg xleh nk tgk kt frenster kan.....(^_^) Pesanan teman, mase tgk ni, doakan lah kami bahagia ke akhir hayat. hehehehe

To mak+abah: Thanks sbb bertungkus lumus, smp xmandi pagi...Opss.. hehehhehe love u!
To abg: Manusia yg paling sibuk.. hehehe (dia kate kalo bole sukat dia jalan 1 rumah tu, dh bole sampai Ipoh) hahhaha..tima kasih ye.
To ayu+ani: Hahaha kakak korg dh bertunang...mcm x caye je kan
To makcik+pakcik: Dorg ni sibuk masak kt dapur. Time kasih ye sbb tlg tambah hantaran....Tetiba hari kejadian, hantaran jdi byk.. hehe
To kwn2 yg xdpt hadir: Aku kawen, korg kene datang!!!!! (-____-)
To noni+reha: Special kredit kt korg. Sentiasa ada time aku sedih dan gumbira. Sayang korg!
To bakal familyku: Terima lah diri ini seadanya. Cewah...
To Aizat: Bimbinglah teman utk jadi wanita yg sempurna. Wah! Terlebih sudah! ^_^





Perbincangan penting dgn abah

Dgn Udin dan Anis(sepupu) - tak abis2 kata aku kawen...Penat explain. Xpe lah budak2, anggap je mcm doa. hehehe
Noni and Reha yg gojes




Ayu, my sister

Ani, also my sister

Munirah(cousin), ani and abg

Mak!!! Love u.


Hehehe, budak2 mkn kt luar

Org tua2 mkn kt dapur

Rombongan lelaki + org2 masjid
That's all...if nak tgk banyak2 lagi, contact teman ye......Hummmm..lupa pulak...nak ucapkan selamat bakal pengantin baru pada norfilzah. hehehhe...teman konfem datang majlis ko! tunggu ye.. hehhehehehe
p/s: .......................speechless...........(senyum dlm hati)............. (^_^)

Monday, May 05, 2008

~wink wink wink~

Hai...sudah beberapa hari teman tak mendapat bekalan internet... huhuhuhu...sebagai ex-student IT yg cemerlang dan terbilang, ketiadaan sumber internet benar2 meragut kebahagiaan teman...agaknya mcm ini lah kot perasaan penagih yg ketandusan bekalan dadah.. huhuhuhu.. isk, ape teman mengarut ni.... =)

Sejak kebelakangan ini, teman sgt penat.... hari2 teman penuh dgn aktiviti yg betul2 menuntut tenaga yg melampau. Soal kerja di ofis jgn lah dipertikai kan... Bukan lah sgt byk sampai kan terkejar2 waktu, cuma kerja teman tu, betul2 menuntut teman supaya berfikir lebih...dgn erti kata lain... teman tak pandai!!!!! huhuhu... untuk pertama kali nya teman terasa sgt bodoh. Teman menyalahkan diri sendiri setiap kali teman tak mampu mengejar due date. Teman rasa nak marah, sedih, kecewa. Hari perkerja baru2 ini, teman terpaksa ke ofis...Hari sabtu, teman ke ofis..... Apa kesudahan hidup teman?? Kadang2 teman terasa hendak mengalah. Tp mujurlah ada yg memberi kata2 semangat...dan teman tak mudah melatah.

Hari ini, setelah 3hari teman terlajak due date, alhamdullilah......kerja yg sepatut nya teman sudah kan, hampir2 siap..cuma tinggal final touch up. 3hari terlajak due date bole merugikan company, tp mujurlah ini hanya internal...Dan sekarang, teman agak lega. Teman jadikan semua ini sebagai pelajaran dan pengajaran. Harap2 real project nanti, teman tak ada masalah.... Doakan teman.

--------------------------------------------------------------------------------

17/5/2008 - Pada tarikh tu, insyaAllah teman akan selamat menjadi tunangan orang. Hari yg sgt teman nantikan. hehehe....... dengan berubah nya status hidup teman nanti, teman berharap sangat teman dpt berubah menjadi yg lebih baik. Berubah untuk diri sendiri, untuk family dan tentunya untuk dia. En. Mohd Aizat Yaacob. Dan teman sgt berharap bakal suami teman dpt membimbing teman ke arah jalan yg di redhai Allah. Aminnn....

p/s: Teman doakan kebahagiaan untuk semua kawan2 teman.