----

----
----

Friday, November 19, 2010

Zaman dah berubah....

Walaupun aku rasa tempoh aku membesar ni takda lah sampai ratus ratus tahun, tapi banyak sungguh perubahan zaman yang berlaku. Aku ni takde la tua sangat. Uhuk uhuk. Tapi, budak budak zaman sekarang membesar dengan cara yang sungguh amat berbeza. Kalau tak percaya, kalau umur korang ni rata rata sebaya aku, try tengok gaya hidup budak budak sekolah sekarang ni. Ada beza takkk??

Bukan nak jeles la dengan budak2 sekarang, tapi kan cuba bayangkan kalau dapat 5A UPSR, mak ayah bagi kau laptop sebijik. Apa kau rasa? Jeleesss hokey!!! Handphone ape tah lagi?? Darjah 1 dah pakai henpon. Aku dulu, masuk matrik baru dapat hadiah handphone. Tu pun jenama siemen. Sila lah gugel henpon siemen zaman dulu2. Kalau baling kat kambing pun beliau leh pengsan. Tapi masa tu bersyukurrr sesangat. Sbb nak di bandingkan dgn org lain, ramaii je yang takde lg hp masa tu. Rilek je dorg. Takda pulak menggelupur nak jugak jugak. Budak sekarang? Seminggu je dah menggelupur nak beli topup. Pow mak ayah pulak tu. Haha bertuah sungguh jadi budak sekarang, kan?

Bila sepupu aku dapat hadiah laptop dengan PS2 bila dpt 5A upsr baru baru ni, aku macam.. HA?!! BIAR BETIK?? Masa aku darjah 6 dulu, laptop pun aku tak tau menatang apa. Komputer tu, naseeebb je pun aku tau guna, sbb abah aku dulu suka main game-apa-tah-tak-paham tapi aku rajin bertenggek tengok dia main sampai asyik2 game over je. Laptop pertama aku beli, masa aku 1st year dekat main camp, gombak. Rm4000 uols! Beli cash,okk. Bw la 4ribu tu g pc fair kat pwtc. Tu semua duit sendiri ye, takda pula pow sapa2. (walaupun tu duit abah aku simpan dalam asb aku. Hehe).

Laptop pun aku baru tau guna time universiti, ini kan pulak PS2??!! Aku kenal ps2 pun time abang aku bw blk main kat umah. Time tu aku dah keje dah kot. Tapi bab ps2, ps3, psp ni memang la aku slow skit. Tapi tapi tapi, darjah 6 dapat hadiah ps2 sangat menjeleskan aku! Waaa.. Korang memang bertuah! Sila belajar rajin rajin ye. pmr, spm kasi penuh A, boleh mintak kereta pulak. Hehehehe

Aku bkn apa la nak membebel tak tentu pasal kat sini, aku cuma terbayang kan zaman anak2 aku nanti. Wowowo... Adakah selepas alia masuk tadika perlu aku belikan henpon? Adakah masa beliau darjah 3 sudah nak laptop??? Ah. Sudah...

Note : budak2 sekarang makin pandai. Harap2 anak2 aku bila besar nanti, belajar pandai2, kerja bagus2, boleh beli aku laptop. Hohoho. Sebab sekarang, aku laki bini dua dua takda laptop, harapkan laptop ofis saja. Haha. Jimatt..

Sunday, November 07, 2010

Kenapa perlu wujud manusia yang berhati busuk?...

Aku sungguh tak faham dengan segelintir manusia yang hati busuk macam bangkai....

Ini mulut orang yang berhati busuk cakap....

'Mak ke Mekah tanpa izin suami. Beria sangat nak ke Mekah padahal suami tak izin. Arwah meninggal tu balasan untuk mak sebab pergi tanpa izin, tinggal kan suami sakit di hospital. Tak sempat jumpa sebelum dikebumikan.'

----------------------------------------------------------

Ini dari hati aku...


Demi Allah, mak ke Mekah dengan izin arwah abah. Depan mata aku, aku dengar sendiri arwah bersembang dengan Haji Hanif (orang tabung haji).. "Haji, saya IZINKAN isteri saya ke Mekah. Tolong lah uruskan yang terbaik."....

Sedih sangat bila waktu orang yang aku sayang dah meninggal depan mata, dan baru seminggu, orang sibuk mengumpat mak pula. Aku tak rasa marah. Tapi rasa sedih sangat. Kenapa orang yang tak tau cerita sibuk nak menjaja cerita orang lain? Fitnah pulak tu. Arwah dah takda, dengan siapa diorang nak minta maaf?

Abah memang dah lama sakit, memang kami dah bersedia. Tapi ajal maut bukan di tangan kita. Bukan di tangan mak. Waktu mak berlepas, memang abah sihat. Kalau mak tau arwah akan pergi pada 26/10/2010 tepat jam 3.23 petang, demi Allah, mak takkan pergi ke Mekah pada 17/10/2010. Itu ayat mak.

Tapi abah mula sakit teruk lepas mak berangkat. Masuk ke ICU pun kami rahsiakan dari mak. Tapi naluri seorang isteri tu sangat kuat. Mak tau juga.

Bila abah meninggal, mak telefon dari Mekah, tepat waktu abah tengah dikebumikan di kubur. Dengar suara makcik yang sedih, mak dah tau abah dah tiada. Tak perlu cerita, tekaan mak betul. Mak sedih,tapi redha.

------------------------------------

Mak ke Mekah dengan izin arwah. Arwah mintak mak doakan supaya arwah boleh sembuh, boleh ke Mekah bersama-sama lain kali. Tapi umur arwah tak panjang. Baru 56 tahun...
Tapi, orang yang mengata tak tau...

Hajat arwah nak ke Mekah mungkin tak tercapai, tapi kami sempat buat upah haji untuk arwah. Makna nya, bila mak balik sebagai hajah, arwah juga dapat gelaran haji. Alhamdulillah....Impian arwah tercapai.

Pada yang berhati busuk, bawa2 lah bertaubat. Kami masih bersedih, dan kamu semua tambah kesedihan kami dengan fitnah busuk ni.. Harap kamu semua di ampunkan tuhan.

Nota 1: Walau apa pun orang cakap, aku tak kisah. Sebab hanya kami yang tahu perkara sebenar. Sebab kami yang ada di sisi arwah di waktu sihat, waktu sakit dan waktu meninggal.

Nota 2: Sekarang, aku hanya perlu abaikan orang2 begitu. Yang penting, mak selamat pulang ke rumah.

Nota 3: Pelik sebab orang yang berhati busuk ni datang nya dari golongan yang terpelajar. Cikgu kowtttt!!

Wednesday, November 03, 2010

Abah..moga abah tenteram di sana....

Hari ni genap seminggu arwah abah meninggalkan kita semua. Jam 3.23pm tadi teringat sungguh dekat abah. Teringat waktu abah menghembuskan nafas yang terakhir. Nafas yang paling akhir...

......Ya Allah. Ampuni lah dosa-dosa abah. Al-fatihah.
......Ya Allah. Selamatkan lah dan permudahkan perjalanan pergi dan balik mak di Mekah.

Thursday, September 30, 2010

Tentang mama Alia....


Lately terasa sibuk pulak. Batuk tak baik-baik lagi. Kadang2 demam melanda.

Kadang2 terasa office sangat jauh dari rumah. Kadang2 rasa nak jadi suri rumah je. Kadang2 rasa nak tukar keja. Kadang2 terasa sangat penat. Kadang2 terasa bosan begini. Oh.

Alia semakin lasak. Dan semakin adorable. Dan semakin menghiburkan. Sayang sangat.

Ok. Bye. Nak sambung kerja terbengkalai. Hati terbengkalai siapa yang tahu.

....................
......................................



Oh. Lupa mau cerita. Alia dah jadi kak long. Nak panggil kak long ke...kakak ke....along ke... ayong? Kena lah tunggu bulan May 2011.


Tetiba mood ceria. Hip hip hooray!


Wednesday, September 01, 2010

Selamat Hari Lahir Farisya Alia!!

Assalammualaikum...

Wah. Bersopan tak agak agak. haha
Lama sungguh aku tak mengadap menda alah ni. Dah hampir-hampir lupa password. Ok. Tipu. Aku bukan malas nak update, tapi aku rasa macam blogger.com dah hilang aura untuk aku. Kalau baca blog orang lain, OK la. Kalau nak tulis, memang takda mahMOOD. Lagi pun siapa lah yang rajin baca blog aku kan.

Hakikat sebenarnya kan, hidup aku bertambah busy. Wah! Macam over je kenyataan. OK. Aku boleh explain. Kalau dekat rumah, memandangkan aku dah subscribe UNIFI, internet tersangat lah heaven. Buka laptop je, memang aku asyik download je. Dah beribu-ribu lemon movie aku download, pastu tak tengok-tengok. Sebabnya, melekat depan youtube. Skang ni aku gila Survivor. Sejak tengok latest Survivor: Heroes VS Villains (Season 20), memang aku tengah layan season-season lepas. Layan youtube tak sangkut-sangkut, memang la heaven. Sebut pasal UNIFI ni, aku tak puas hati IPTV dia da. Asyik sangkut je....pastu takda coverage la.. hang la... Sapa keja TM ni?? Sila jawab. Eh. Bukan aku keja TM ke? huhuhu...

Harap-harap la orang2 IPTV ni dapat tingkat kan good service. Kalau tak, asyik kena maki je.. Pastu, aku jugakkkkkkkk yang kena tempias nya. Hishhhh.. *Motif marah-marah malam ni?

OK. Sekarang mood tengah baik la.. Sebab, hari ni, 1 Sept adalah hari lahir Farisya Alia! Wah. Anak aku dah setahun la. Macam tak percaya je. *Terharu*

Sepanjang Alia membesar sihat dan kuat ni, memang tak menyusahkan. Beliau tersangat lah senang nak jaga. *Picit kaki dia!* <--- motif? Jom lah aku bawa mengimbau kenangan membesarkan Alia.


Gambar atas ni time Alia umur 3 hari (kot?). Baru je nak kuar wad. Kecik je beliau. Masa ni bila cium, wangi je....... kalau tengah berak pun wangi.. Cuba sekarang cium dia time tengah berak???? Huhuhuhu


Ni Alia umur 1 bulan. Mama still dalam pantang. Masa ni, kalau tidur malam, setiap 2 jam, mesti kena bangun bagi susu. Kadang menangis je malam-malam.


Ini 2 bulan. Eh. Rasa macam 3 bulan. Tak kisah lah. Anggap je beliau baru 2 bulan time ni. Baru je habis pantang, terus balik KL. "Saye orang KL taww,mama...lalala"


3 bulan. Matanya bulat-bulat, suka makan kuih donat. Bab kuih donat tu memang tipu lah. hehehe. Time ni mama kena kursus ke Taiping 3 minggu. huhuhuhu...


Masa 4 bulan, memang dah terror meniarap. Tapi merangkak tak berjaya dengan jaya nya lagi. Memang beliau berusaha keras nak bergerak, tapi mama taknak tolong. lalalala


Masa 5 bulan dah mula senang nak jaga. Waktu malam dah tak terjaga. Tidut sampai pagi. Mama dah boleh bersuka ria. hehehehe


6 bulan dah boleh dibuli sesuka hati. hehehehe. Beliau selalu pasrah je..


7 bulan. Makin cantik. Wah. Memuji anak sendiri. hehehehe... Alia dah banyak bercakap, gelak kuat kuat.



8 bulan dah mula di asuh pakai tudung. OK. Tipu. Ni tudung MakSu yang sedang membuli Alia. Sungguh dia tak rela. Pakai la jugak sambil marah-marah. ngeh ngeh ngeh..


Dah start comot time 9 bulan. Sungguh lasak sampai kuat berpeluh. Bau pun dah makin masam...


10 bulan yang sangat lasak! Panjat katil, cubaan turun katil, kena paksa belajar berjalan, makan banyak dan lain-lain.


11 bulan. "Saya suka mandi dalam bath tub. Macam mama saya!"


Hari ni genap 1 tahun. Abah dan mama beli kerusi duduk untuk makan. Sebab time orang lain nak berbuka, sebukkk la nak join sekali dekat atas. "Apa kelass duduk dalam walker je kan??? Saya tengah minum jus oren. Sangat sedapppp.. Saya suka!"


Alia tengah bersantai. Dah la tak puasa. Minum jus oren pulak tu. Layan kartun lagi. Oh! Indah sungguh hidupmu.. hohoho


"Ini kereta tolak saya la... Kalau ada menda ini, saya berani la jalan."


Ini gambar bonus dari Alia! "Saya dah ada 6 batang gigi taww... Jangan rapat. Hobi saya: saya suka gigit jari mama!"

------------------------------------------------------------------

"Hepi bestday tuyu..
Hepi bestday tuyu...
Hepi bestday to my dearest Alia...
Hepi bestday tuyu..."

Mama doakan Alia panjang umur, sihat selalu, jadi anak yang baik ye. Sayanggg kamu!!! Sayang banyak-banyak!!

OK lah. sekian dari aku untuk kali ini. Sebab hari ni hari lahir Alia, baru aku update. Agak nya, bilalah en.mahMOOD nak datang lagi? Mungkin tahun depan. hehehehehe

Sekian.

Nota 1: Mana hadiah Alia, makcik-makcik?
Nota 2: Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya!


Thursday, June 17, 2010

Keja keja keja... Balik balik balik..

Dalam 3 minggu ni aku penat sikit. Tak sempat nak update blog pun. En.temmon dipaksa rela ke Melaka,dan cuma hujung minggu je bersama keluarga. Jadi,alasan aku cukup baik,kan?
Orang tanya: "kenapa blog ko mcm takda tuan?"
Aku jawab: "laki aku g melaka."
Boleh?
Tapi memang betul pun, laki aku punca aku lupa pada blogger.com, sila salahkan beliau. Haha

Dalam 3 minggu ni, setiap hari aku kena keluar rumah kul6.45 pagi. Hantar alia ke nursery paling awal kul7 pagi..tapi selalu sampai nurseri kul7.10pagi, terus drive-laju-tapi-takut-sambil-buat-muka konfiden... Dalam kul7.30pagi kena sampai lrt bukit jalil,cari parking rm2.. Naik star lrt pulak smp masjid jamek, tukar putra lrt sampai kerinchi. Average, aku sampai ofis kul8.31 pagi. Kalau tren lambat, 8.40 pagi. Adoii...ofis hour start 8.30, setiap pg aku lambat. Cuma sejak cuti sekolah ni, kuranglah jammed, aku boleh sampai kul 8.28 pagi. Tu pun dah berpeluh 1 bdn.

Balik pun proses yang sama, kalau aku kuar tepat jam 5.30ptg, mesti sampai rumah kul7.30ptg. Sigh..

Tapi tapi tapi kann..proses pergi dan balik keje tu,wpun sama, tp perasaannya lain. Bila pegi keje, rush nak kejar ofis hour, tau ada keje yang menanti. Meeting lagi.. Tapi time balik, tau ada budak kecik yang menanti. Perasaan jadi, yeay!!! Setiap hari rindu alia!

Ok. Atas tu semua, hanya intro. Aku nak tulis pasal alia ni sebenarnya. Haha

Alia dah 9 bulan 3minggu. Dah besaarrr dah dia. Dah mula nak berdiri. Kalau atas katil, memang kacang la.. Suka sgt pegang besi hujung katil,berdiri, lepas tu lepas tangan. Terus jatuh ke belakang. Boleh gelak gelak. Mengucap panjang aku tengok aksi ngeri dia. Atas katil boleh la kau buat stunt cenggitu..cuba try buat kat lantai tengok. Ada brani?

Kalau baring sebelah, dia suka panjat panjat. Pastu acah acah nak terjun katil. Bahaya sungguh beliau.. Tak belajar dari kesilapan langsung! Time makan, memang cemerlang. Semua kau bedai ye. Bg nasik, dia telan, bagi roti, dia sapu, bg spageti pun, jalann.. Kalo minum air,tau pulak demand. Air masak, luahkan balik..nak air oren,kau... Wah!! Demand!

Tapi kan, jaga alia paling best! Penat, tapi seronok. Lupa terus hal hal ofis. Rindunya.. Sat lagi mama pulang. "mamaku pulang dari kota. Mamaku belikan kereta." ah. Sudah. Jgn demand kereta pulak.

Kejap lg kita nyanyi sama sama dalam kereta ye. Alia jgn la buat muka terkejut lg bila mama tgh feel lagu.. Hehe





Rindu mereka bertiga ni!

Note : esok en.temmon pulang dari melaka. "suamiku pulang dari melaka, suamiku beli kan kereta". Tetiba.
Hahaha.
Habis.

Sunday, May 09, 2010

Aku buat entry untuk mak aku. Korang hado?? hahaha

Aku rindu mak. Aku rindu mak.

Sekarang aku dah 26 tahun. Umur mak dah 53 tahun. 14 tahun dulu, mak umur 39 tahun. Aku baru darjah 6. Aku still ingat lagi, mak pernah cium tapak kaki aku sebab dapat 4A upsr. Masa tu aku tengah baring baring tengok tv, abah call dari ofis bagitau result aku dekat mak. Punya lah happy sampai pipi dengan kaki pun mak aku tak dapat nak bezakan. Mana dia capai dulu, tu dia cium.

Ingat lagi..mak pernah bawakan nasi dalam bilik untuk aku. Sebab aku merajuk dengan abah. Masa tu aku tak tau math, abah mengamuk. Aku merajuk nangis nangis sambil mogok lapar. Dengan mak mak sekali aku mogok bisu. Tak bercakap dengan siapa siapa...tak peduli bila mak panggil makan....tapi mak bawakan nasi untuk aku. Mula mula jual mahal, tapi panggilan perut lagi penting. Bila mak keluar bilik, terus aku makan laju laju sampai licin. Takut mak patah balik, kang kantoi tengah makan. Bila dah habis makan, aku letak je tepi katil. Tak basuh pun. Bila dah agak agak lewat, mak datang kutip pinggan sambil aku buat buat tido. Sekali kena perli. "Ingat kan nak mogok sampai pagi, sekali licin?".. Aku masih buat buat tido.

Teringat jalan jalan dengan mak dekat pekan Gerik. Aku pegang tangan mak waktu nak melintas jalan. Mak cakap.."Bagus kamu ye, nak melintas pegang tangan mak"
Errr..mak, masa tu Ana takut mak melintas....Tapi sekarang ni, hari hari Ana boleh pegang tangan mak. Dah tak takut dahhhh....

Ingat lagi waktu birthday mak dulu. Kami semua buat buat lupa. Mula mula tak sampai hati. Tengok mak sepanjang hari, tapi buat buat lupa birthday mak pula. Ini abah punya idea. Punya lah seksa menahan gelora. Bila malam, abah tutup suiz lampu utama. Mak lari lari anak dari dalam bilik, ingatkan blackout. Lari sambil jerit jerit pulak tu. Oh...memang tak dapat menahan ketawa waktu tu.. Bila abah buat buat repair suiz, kami semua berdebar debar nak jerit surprise. Bila je lampu on, semua jerit. Surprise!!! Memang mak ter surprise waktu tu. Atas meja dah siap sebijik kek, sate, air semua dah standby. Mak boleh pulak cakap."Eh, birthday mak ke hari ni?" Alaaaa..mak ni, orang dah berdebar dari pagi nak buat kejutan ni, beliau boleh lupa besday sendiri pulak.

Mak aku penah paksa aku bangun tidur siang aku dulu, sebab radio kereta abah tetiba berbunyi. Mak paksa paksa aku teman mak mengendap kereta abah tu walaupun masa tu tengah hari buta...Mak baca ayat ayat Quran kuat kuat sambil gigih nak tutup radio dalam kereta tu. Punya la mak takut hantu. Err..rupanya turun ke aku pulak tabiat yang 1 ni. Penakut. hehehe

Waktu aku tunggu hari nak bersalin, mak lah orang yang gigih teman kan aku dekat rumah ni. Mak lah masak. Mak lah basuh kain. Sian mak boring sorang sorang. Kejap kejap kata teringat kat rambo laa...Padahal hari hari kelahi dengan rambo meow meow dekat rumah, bila datang umah aku, boleh pulak rindu rambo? mushkil....... Tapi, apakan daya, waktu aku sarat tu jugak lah abah sakit kuat. Mak berbelah bahagi nak jaga siapa. Memandang kan abah lagi perlukan mak, ai rela tawwww...huhuhu....Aku pun bersalin tanpa ibu disisi walaupun mak dah teman aku lebih 2 minggu. Tapi nasib baik lah time aku beranak tu mak ada kat kampung, kalau tak, konfem kena marah sebab aku tak larat teran. hahaha

Banyak yang aku rindu mak aku ni. Aku rindu mak membebel...Rindu mak marah..Rindu mak ketawa...Rindu lah semua..

Hari ni aku dah boleh sambut hari ibu! Nikmatnya jadi ibu!!! Alia pulak dari siang tadi, asyik aktif je... Nak bercakap je....Baiklah..mama anggap Alia tengah ucapkan hari ibu dekat mama. Thanks sayang!!! Mama pun sayang kamu juga, walaupun tak sempat sambut kamu time jatuh katil itu hari, tak bermakna mama abaikan kamu. Mama terlelap je... hehehe...

Kepada mak, Fahziah Abd Rahman...
Kepada mak mertua, Zaiton Ariffin...
Kepada kakak ipar, Kak Reen...
Kepada kawan kawan dan sesiapa yang punya anak...

SELAMAT HARI IBU!!!

Anda mungkin tak sempurna, tapi bagi anak anak anda, anda lah manusia paling sempurna dan mulia.

Saya sayang mak saya.

Tuesday, April 20, 2010

En. Suami, hari ni besday kamu kan?

Eh. Hari ni birthday en.temmon.. Hoyehh. Seperti biasa, ketika hari lahir, harus lah kena ada ucapan hari jadi. Kalau takda ucapan,mogok bisu bakal berlaku..hehe

Ok. Serius.

Kepada en.temmon / en.aizat / en.suami yang TERCINTA,

Selamat hari lahir. Sayang kamu banyak banyak. Ingat tak tahun lepas adinda bg ucapan bersama babybest yg tgh berenang dalam perut? Tahun ini lebih bermakna sbb babybest tersebut sudah menjadi aliabest!! Dan beliau tidak lg berenang di dlm perut. Beliau kini sudah bercita cita tinggi, seperti berenang di atas katil sambil nak terjun ke bwh..seperti berlari laju laju dlm walker lantas merempuh air milo mama. Tak sempat nak jerit, air milo dah bergelimpangan atas karpet. *eh. Mengapa cerita pasal alia di sini.

Balik ke topik asal.

Adinda doakan kekanda sihat selalu, di panjangkan umur, murah lah rezekimu. Semoga apa yg di impikan tercapai. Tp jgn pula impikan nak pasang dua. Perang kuali pulak nanti.

Sekian.

Adinda tgh tggu tren. Punyalah gigih adinda menaip dari tgh hari td. Sangat busy tp tetap igt pada kekanda. Harap hargai.

Note 1 : hadiah tggu ai dpt gaji ye. Hehe

Note 2 : dpt gaji nanti blanja la crocs. *motif kena pow di hari lahir?

Note 3 : eh. Tren sudah sampai. Sila tunggu ye. Dinda belanja kat taman warisan.

Note 4 : habis.

Monday, April 19, 2010

Eh. Busy. Tapi sempat update blog. Gila multitasking. hahaha

Hahahaha.. aku nak ketawa dulu boleh???
Hahahahaha..

adoi..adoi.. semput. Ok. balik ke topik asal.

--------------

Dekat ofis aku ni, tau tau la..pagi pagi mesti ramai yang tunggu lif. Aku yang nak ke tingkat 4 pun turut la sama. Tak kuasa lah nak mendaki tangga. Sayang lemak kata kan... Lif pulak ada banyak. Tiap tiap pagi jadi tamak haloba nak naik lif mana 1. Time sampai tu pulak serentak 2 3 lif. Mau aku kompius nak naik mana satu.

Time tunggu tu pulak, ade la mamat ensem tengah borak borak ngan sorang awex tak berapa cun. *ayat jeles* Mata harus lah memandang jejaka tersebut bukan hanya sebab dia ensem, tapi dia bersembang macam nak bagi tau semorang suara dia sedap. *Eh. kenapa puji suara sedap?*. Abaikan.

Kebetulan pulak, dia masuk 1 lif dengan aku. Oh. Bukan berdua saje ya. Tentu lah ramai. Dia pulak tengah dok borak lagi. Awex-tak-berapa-cun tu pun nak blah, die still dok tahan tahan pintu. Syok agaknya dapat borak dengan awex lawa. *Ok. Mengaku je lah. Dia lawa.

Dalam hati aku. 'Cepat la..aku nk berak ni..' *Motif cakap mende kotor dalam blog? Hahaha...Dah memang nak berak....nak buat macam mana?

Agak agak dah lama dia tahan pintu lif tu, orang lain pun dah mula bosan, baru dia tamatkan perbualan dia. Ayat last dia dekat awex-tak-berapa-cun.

"Mie call Yaya tomoyyo!!" (Mie call Yaya tomorrow).

Begitu lantang dan kuat. Aku terus.. Warghhh hahahaha.. tak sempat nak cover, noks! Terus aku buat buat call member. "Aaa.. ye.. aku dah sampai ni. Sabo sabo."

Mamat ensem tu pandang semacam je. Tak perasan agaknya. Tak pun nak cover. Hahaha.. Alahai.... nasib baik ko ensem.

Note 1 : Muka ensem kalau annoying pun tarak guna.

Note 2 : Tarak guna mamat ensem. Kerana dikau, aku lupa nak berak.

Sunday, April 11, 2010

Anak dara aku tgh kelahi dgn aku. Argh. Statement cam apa tah.

"Kenapa kamu taknak tido tido lg ni,bertuah?"

Hadoii. Taknak tido 1 hal, dok bising "da! Da! Da!" 1 hal. Abah kau dh ke alam mimpi dh pun.. Siap dengkur2 manje lg..Aku nak g masak ni. Kang tinggal je ada plak yg jatuh katil lak. Hadoii..

----------

Ok. Itu hanya intro.

Gila lama aku tak update. Oi. Aku idup lg laa.. Selamber je ada suara2 tak syg mulut tanya. " oi, ko idup lg ke,lama tak hapdet ni." cis..

Sekarang ni hidup aku agak sibuk. Dulu kan asik komplen takda keja. Jd skang dah dpt balasan yg setimpal. Kalau dok ofis dapat blk sharp 5.30, kira bertuah la tu.. Kalau nasib malang skit, kena lah stay back sbb miting kul 7pm. Miting kul 7?? What the fish?!

Ok. Anak dara aku makin menjadi2 bisingnya. Dah mengamuk tendang2 aku dah. Ok fine. Jom tlg masak!

Monday, March 01, 2010

Hari ni sangat percuma...Sila translate.


Eh... baru aku perasan yang aku ada blog. Eh. Aku ada blog?? hahaha (ok. tak kelakar ye.) Kerja punya kerja, hampir aku terlupa pada si dia. Ceh. Siapa si dia? Kalo En. Temmon memang hari hari bersua muka. Hari hari bergaduh tepuk tepuk manja. Auwww... (ok. sila abaikan). Aku bukan nya lupa pada si dia,blog yang tercinta... Cuma aku lupa nak update apa. Kadang kadang aku ingat. Kadang kadang aku lupa. Kadang kadang aku rajin, Kadang kadang aku malas. Kadang kad.... ok. hentikan.

Hari ni sudah sebulan aku di ofis baru. Lebih tepat nya, sudah 28 hari. Biasalah...budak baru...macam poyo-nak-tunjuk-rajin pun ada. Macam si-gadis-malu-malu pun ada. (sesuai kah guna 'si gadis'? hahaha)... Tiada apa yang menarik untuk dikongsi, cuma rasa hendak menunjal kepala sendiri je bila tak tau guna Microsoft Access. huhu.. Pakar IT, sila tolong saya. Perlukah pertolongan pakar IT kalau itu pun tak tau??? huhuhu... Tiba tiba terharu dapat sms si suami..

"Salam..malam ni bawa balik semua pasal Access tu ye..kita buat sesama..."

Wooowooo....Terima kasih. Apa kata kamu buatkan terus? hehehe.. Cubaan menganbil kesempatan. hehehe...Tetiba rasa terharu dengan keprihatinan suami. Eleh. Baru offer nak tolong buat Access dah terharu... Ah! Apa kamu tahu? Aku terharu bukan sebab Access-yang-tak-reti tu saja. Banyak hal yang buatkan aku terharu. Seperti semalam.

Aku tak dapat tidur sebab si-kecik-Alia sudah mula tidur dengan buasnya. Jadi sempit. Makin lama makin rapat. Amboi budak ni.. Mama siku kang...huhu..Tapi en.suami dengan pasrah nya, offer tukar tempat. hahaha.. Dengan senyuman keji yang bersarang di hati, cepat2 aku tukar tempat. Hasil nya...aku tidur lena sampai ke pagi. Bila bangun, tgk, beliau tersepit tepi si-kecik-Alia-yang-tido-bueh.... Ah! Sungguh kesian. Patut nya aku yang tersepit itu. Bukan beliau.

Kejap. Tengah chatting dgn Noni kejap........................

Ok. Sambung balik.

---------
-----------------
-------------------------

Err.. Sudah lupa. Isk. Ini makcik Noni punya pasal. Aku sudah lupa semua. Huhuhu. Sila salahkan beliau.

Note : En.Suami, saya sudah memuji kamu. Marilah belanja saya makan di Taman Warisan....

Wednesday, January 27, 2010

"Fuh! fuh!". Cubaan meniup jarum jam supaya cepat skit jalan.

"Kting!"

Lepas je punch card, aku jeling jam.. "ah, br 8.05am. Lagi 9 jam setengah!"..

.....

Sekarang aku jeling jam lagi. "yey! Lagi 15minit!"

Gila pathetic hidup macam ni hari hari. Oh, cepat la Jumaat!!

Note: 1/2/10 area KL cuti kan?? Dah la 1st day masuk ofis kat menara,kang aku pegi, ada pakgad je,naya je kena tembak kali ke dua.

Friday, January 22, 2010

Bila habuk masuk mata, adoii!! Sakit! Nak gosok2 tak bole sbb pakai lense..

Ada pendapat cakap...

"orang berkaca mata nampak cool dan romantik.."

Yeke? Esok nak pakai spek lah ke ofis. *Tiba tiba. Haha

...........

Dulu aku sangat obses dengan spek mata. Tak percaya? Aku ada salinan kad pengenalan lama. Gambar aku pakai spek yang sangaat besar. Tentulah spek en.dedi. Waktu tu, aku tiada pilihan. Pn.mami ckp aku nampak bijak dan cantik kalau pakai spek. Seperti biasa,beliau suka kelentong aku. Memang nampak bijak dan bijak (*perasan) pun. Tapi part nampak cantik tu aku masih mushkil sampai sekarang..*mak tipu ye.. Mana tak nya, di sebabkan gambar itu, aku sentiasa jd bahan ketawa. Sampai sekarang. Nasib baik lah kad pengenalan kena renew bila dah sampai masanya. Kalau tak, konfem kena gelak time nak beli kereta, time kena tahan abg polis, time nak apply kerja.. Oh. Nasib baik. *gambar nya tentu lah takkan di publish di sini.

Ke-obsesan aku terhadap spek mata tidak hilang sehinggalah aku naik ke tingkatan 3. Sbb terpengaruh dgn ayat pn.mami. "kamu cantik lah pakai spek.. " maka aku nekad nak pakai spek. Cis, sungguh mudah terpengaruh! Jadi,aku mula berjinak jinak dgn aktiviti membaca nOvel di dalam gelap. (sbb org ckp mata boleh rabun dgn cepat). Ya! Memang menjadi! Hasilnya, dalam tingkatan 3, aku dah pakai spek dgn power 100. Seronok!

Tapi, power spek ni makin lama makin bertambah. Bukan berkurang. Aku pulak baru terasa pakai spek ni agak menyusahkan. Kena pakai je selalu. Tu yg kadang2 time tido pun terbawa bawa. Huhu.kadang2 terpaksa lah pakai spek bengkok sebab dah kena tindih. Huhu.

Bila dah masuk uni, mula gatai nak pakai contact lense,padahal dulu gedix nak pakai spek. Pn. Mami sampai dah berbuih air liur marahkan aku pakai lense. Hahaha. Maafkan daku pn.mami... Bukan niatku untuk melawan kehendakmu. Sekarang,beliau pasrah je. Hahaha

Dah la. Takda motif ckp pasal spek ni.

Note: sebenarnya jeles kat noni sbb beli spek baru yg mahaaalll. Haha

Chow. Pening kepala taip atas tren ni. Sekian.

Thursday, January 21, 2010

Jgn cuba nak merompak tmpoint. Pakgad dia garanggg..

Hari ni sampai awal. Pintu pun tak buka lagi. Jadi,aku lepak dulu dpn ofis. Lepak dgn guard.

Aku jeling pak guard.
Pak guard jeling aku.

Aku: pakcik, tu senapang betol ke?
Pakgad: abes ko nampak mcm mainan ke?
Aku: takleh test ke pakcik?
Pakgad: nak aku try tembak ko?..
Aku: *diam*

......

Pakgad: yg ko tercegat tepi aku ni kenapa? Nak masuk dalam ke?
Aku: a'ah. (tak berani ckp byk2. Takot kena tembak)
Pakgak: staf ke?
Aku: *angguk*
Pakgad: ler..pintu tak kunci da...
Aku: eh. Yeke..*malu*

Pengajaran hari ini. Jangan bergurau kasar dgn pakgad. Senapang beliau senapang betol.

Dan...beliau garang.

Tuesday, January 19, 2010

Sila abaikan previous entry saya. Mengarut semua tu..

Sila abaikan previous entry saya. Mengarut semua tu..?? Kenapa?

Hari ini aku belajar 1 benda... Setiap menda yang kita nak, takkan datang sendiri. Kita kena cari. Buat masa ni,apa yang aku nak,cuma sesuatu untuk hilangkan busan sewaktu bekerja. Jadi, selepas aku lepaskan amarah di dlm blog tadi, aku terus berjalan2 keliling ofis. Haha. Dah tak tau nak buat apa kan... Sib baik la ada seorang kakak yang nampak mcm sibuk je, lantas konOn nya pekerja yang cemerlang la, aku tanya la pape yang boleh tolong.. Terus dia bg aku byk gile dokumen yg kena matikan stem. Huhuhu. Tetiba jadi bz kejap. Ok lah tu dari nganga je tak buat pape..

So,kesimpulannya, segala caci makian di bwh adalah kerana tekanan perasaan... Sekarang tidak tertekan lagi.... Sila jgn takot dgn saye ye...

*ok. Mari sambung kerja.

Positif...positif... Ah! Boleh blah!!

Seriously aku perlu ada alat penenang jiwa.. Emosi aku tak stabil sejak 4minggu lepas.. Kadang2 hepi, kadang2 marah. Oh! Sungguh aku S.T.R.E.S.S = Saya Tak Rasa Emosi Saya Stabis.

Mari kita berterus terang. Bagi aku program latihan sebulan setengah yg di anjurkan oleh zzz (ah!ramai yg tau dmana aku kerja,kan) adalah sgt tak praktikal. Dengan bahasa kasarnya, bull*¿#¥@^!!! Aku dah fedap,ok.. Tak ada input langsung! Kenapa tak boleh terus start bekerja? Alasan mereka, supaya aku tau apa kerja kerja orang lain. Apa rasanya jadi teknikal assintant, jadi customer service.... Yes, aku akui, mmg penting tu semua, tapi kalo setakat datang ofis, habiskan duit naik tren,bas segala, berpeluh ketiak semata mata nak duduk saja, memang cam ****!! Tu dia..sila isi petak kosong.

Ok. Terima kasih. Aku sangat hargai usaha murni mereka dgn mencipta program2 yang 'bermanfaat' ni. Bak kata sang suami yang kacak itu.. "at least ayg dah tau jalan n public transport kat kl ni..."

Ye la abangggg oi.. Kunun mcm aku suke la merayap tah ke mana serata kl ni. Siap sedut asap hitam bas U623... Berlari lari anak sebab taknak lori sampah potong aku lalu meninggalkan bau yg semerbak..sudahnya dok termenung je kat ofis sambil update blog kat hp. Hahaha. Gembira nya aku..

Dah la semalam tak pasal2 kena tegur dgn customer...aku baru je masuk 1st day,ko dah nak hentam aku. Bladi ful. Terang2 jam dah kul6. Kaunter dah tutup la bang oi.. Elok aku kuar pintu, lg mau tanya menda yg aku tak tau.. Yes. Salah aku sbb tak tau jawab,tapi aku dah say sori kan sbb aku 1st day training.. Tak perlu la sindir2 aku,ckp 'sebagai staff,aku perlu tau semua'.. Bodo la..ni bukan bidang aku,aku pun br blaja. Takkan la nak tau semua..sbg contoh la kan, takkan la org HR tau keje software engineer? Takkan la org admin tau keje security? Tolong paham la...lgpun ramai lg yg terang2 pakai uniform biru tu,asal ko tak tanya? Nyesal aku pakai tag!

Dah. Tetiba aku rasa nak marah. Buduss..

Note: en.dedi, jika terbaca blog anakmu ini, maafkan kata kata kesat beliau. Kerana beliau tensen. Sekian.

Wednesday, January 13, 2010

Semorg semayang jumaat. Tinggal sorg diri. Boleh buat senam robik ni. Hoho

Busy! Busy! Byk gila kerja! Tertekan..

........

Hahaha. Okey. Kenyataan di atas adalah dusta semata mata. Mana ada busy kalau OJT (on job training).. Boleh bergembira lagi ada lah. Setakat ni kena belajar apa technician kena buat kalau nak pasang kabel baru, kalau ada laporan kerosakan...kena ikut je. Kalau faham, angguk. Kalau tak faham, angguk juga. Buat buat lah faham supaya dia tak perlu ulang balik sehingga ke dua duanya bosan. Ok?

Baiklah. Habis di situ.

Ok. Berita gembira dan berita pasrah. Ada ke berita pasrah? Berita pasrah ni adalah berita berita yang penerima nya perlu redho untuk hadapinya. Sbg cth, berita gaji telah di potong sebyk 10% oleh en.majikan..ataupun, berita janda dpn rumah yg di usya selama 3bln sudah menikah..ataupun berita bil air melambung sebab si suami lupa tutup air...semua itu harus redho kita terima kalau berlaku ke atas kita. Eh, sudah. Jangan melalut..ok. Sambung semula.

Berita gembira. Hari ini hari terakhir aku di jalan raja chulan. Berakhir juga episod aku kena berhimpit dalam star lrt, berakhir episod aku men'sound' brader yg tanak bg tempat duduk, juga berakhir episod aku terlihat bulu ketiak abg ensem..dan berakhir juga episod menapak 10minit ke tempat kerja dan sering masuk lambat ke ofis..dan kadang2 terpaksa berlari akibat di kejar hujan dan petir..dan tamat juga episod hampir terbunuh oleh asap rokok pemilik si jongang.. Aduh. Bila di kenang, indah juga episod2 duka itu. Ceh. Ayat tak bole blah.

Berita pasrah. Mulai Isnin depan, tempat training baru. Hari pertama, di Mutiara Bangsar. Hari ke dua, entah tak tau di mana tercampak.. Harus pasrah menerima. Kata berita pasrah,kan.. Tapi kan, entah entah perlu aku ulang episod duka sebelum ini?... Episod aku kena berhimpit dalam star lrt, episod aku men'sound' brader yg tanak bg tempat duduk, juga episod aku terlihat bulu ketiak abg ensem..dan juga episod menapak 10minit ke tempat kerja dan sering masuk lambat ke ofis..dan kadang2 terpaksa berlari akibat di kejar hujan dan petir..dan episod hampir terbunuh oleh asap rokok pemilik si jongang.... Entah lah..

Aku pasrah...