----

----
----
Showing posts with label France. Show all posts
Showing posts with label France. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

Euro Trip Day 4 - Disneyland Paris (27/8/2012)

Day 4 adalah hari yang di nanti-nanti kan. Disneyland!

Macam pergi USS dulu, kami gigih nak masuk time pintu buka sebab taknak bazir masa, yakni nak penuhi segala ruang masa yang ada dalam Disneyland. Jadi, awal-awal pagi kami dah siapkan diri, dan siap masak nasi goreng dengan ikan sardin, nasi himpit dengan serunding. Untuk ke Disneyland, perjalanan agak jauh dari hotel kami menginap. Jauh, tapi perjalanannya mudah. Underground berlambak dan bersimpang siur. Tapi jangan risau, kalau sesat pun, boleh kembali ke pangkal jalan dengan mudah. 

Inilah dia map yang boleh mengundang migrain. Tapi, signboard dalam station tu sgt membantu. Kalau follow direction, memang tak sesat. Sekian.

Jadi, berbekalkan bekal makanan dan semangat yang tinggi, kami berempat pun bergerak dari Station Gare du Nord [M4] menuju ke Les Halles [M4] dan lepas tu tukar tren, Châtelet Les Halles [RER A] menuju ke Marne-la-Vallée,  Chessy [RER A]. Tiket dalam EUR14 perperson dan perjalanan dalam 1 jam lebih. 

Inilah underground RER A menuju ke Disneyland. Yang bestnya, tren ni 2 tingkat. Tapi yang tak best nya, ni underground tren. Jadi, kau tgk aku, aku tgk kau. Borringgg. T_T


Tiket masuk, macam biasa, Cik Noni dah belikan awal-awal lagi, GBP 51 untuk Disneyland Park dan Walt Disney Studios Park. Sebab lagi awal beli, lagi murah. Tiket Alia free. Tapi murah pun, kalau convert, dalam RM250 jugak laa. Nanges. Jadi, jangan convert. T_T

Ni la tiket masuk dia. Printkan aje tiket ni, lepas tu tunjuk passport. Lepas tu, berjimba lah dikau di dalam nya.

Ini tiket Alia. Sebab kategori anak-anak tak cukup umur, dia tulis kecikkk je nama Alia kat belah atas tu. Boleh la...

Diorang sertakan sekali map untuk berjalan-jalan dalam tu. Tempat nya tersangat lah besarrr.. rasanya 2 or 3 kali ganda USS. Nak main semua mmg tak sempat la.

 Dah check passport dan masuk, mari layan gambar aje lah...


Baru sampai. Yey!

Dekat pintu masuk Walt Disney Studio Park

Mula-mula usha tempat dulu. Ada show yg tak buka lagi.

Show ni paling best. Ala-ala action movie
Ni tengah queue untuk naik Tower of Terror

Lunch break. Seperti biasa, Alia bukan nak makan sangat pun. Makan gula-gula OK laaa. huhu

Ini masa nak masuk the second park, Disneyland park. Nak masuk second park pun kena check passport jugak ye.

Sangat terik walaupun tak sepanas Malaysia. Sebab tu, balik KL i terus sunburn. HUHU

Jumpa je spot, mesti snap gambar.

Toon Studio sesuai untuk Alia je laaaa

Mainan feveret. Kalau tak naik, mmg tak sah!

Ini je salah satu tempat yg tak ramai orang. huhu

Patung-patung dia sangat comey. Tapi jalan lama2 boring juga. HUHU

Toy Story. Feveret Alia jugak.

Teringin nak naik penyu tu, meluncur dalam air. Tapi, tengok lah line. Kbai.

Ni tempat Monster Inc. ape tah. I dah letih time ni.

Ok..kami nak balik dah. Jumpa lagi!



Pendapat peribadi aku, aku lebih suka USS daripada Disneyland ni. Sebab nya, fungsi 'fast pass' kat Disneyland macam tak berfungsi. Puncanya, tak semua game ada fast pass. Lepas tu pulak, kalau rasa nak guna fast past untuk certain game tu, kau kena print tiket fast pass untuk game itu sahaja, dan tiket tu valid untuk 1 jam je. Contoh: Jam ko baru kul 10am,pastu ko tgk ramai gila yang tgh queue untuk main Tower of Terror, so ko kena lah pegi print tiket fastpass untuk Tower of Terror tu, lepas tu kat tiket tu tulis, ko boleh masuk dari jam 11am - 12pm sahaja. So, pepandai lah kau bajet masa ye... Game lain kebanyakkan mmg takde fastpass. Jadi kena berbaris. Sanggup ke berbaris 1jam? Lagi pulak orang sangat ramai sebab musim summer kot. So, kalau nak datang Disneyland, sila lah pilih musim lain. Nak lagi best, pergi time winter. Tapi kalau time winter, operation hour sampai kul 6pm je lah. Kalau summer sampai kul 11pm. Jadi kami jalan-jalan pusing aje dan masuk je mana2 game yang tak ramai orang. Alia sangat seronok sebab banyak cartoons fav dia. Mama Alia pun seronok tapi sebab ramai orang dan panas terik, jadi mama pancit. Eh? Macam takde kena mengena. HAHA

Dah agak-agak kul 4 petang kami bertiga dah tak larat dah. Nak main pun kena beratur panjang, jadi kami buat keputusan untuk keluar dari situ. Bye Disneyland. Nanti kalau I rajin, I datang lagi. Tapi I nak pergi bukan time summer pulak. Hew Hew Hew.

Keluar dari Disney land, kami tak tau nak pergi mana. Sebab plan asal nak lepak dalam tu sampai malam. Tapi kul 4 dah tertewas. Jadi aku contact kawan aku yg keje kat Embassy tu, Kak Juliana Razid, terus dia ajak jumpa kat mana-mana. Dia baru habis kerja, so boleh la tunjuk jalan sikit-sikit. Aku pun, okkkk la...So, kitorg decide nak ke Notre Dame Cathedral.

Bersama kak JR.

Mula-mula i malu nak bergambar. Awww

Bukan senang nak ada gambar berempat ni.
Dekat London tak dpt main merpati. Kat sini banyakkkk gila. Mama dah takut dah kena langgar ngn merpati tu. Alia rilek je. HUHU


Budak gembira.


Lepas puas bergambar, kak jr bawa kami tapau kebab kat kedai area Notre Dame tu, harga dalam EUR 7 je, dan tu adalah kebab tersedap sepanjang kami di Europe. Dapnye Dapnye. Oh, lagi satu, kalau nak beli fridge magnet / keychain murah, sila pergi kat sini, pastu jalan sikit, cari kedai kat lorong-lorong. Sini...sangat murah. Murah dari 'awang-awang hitam' di Eiffel Tower tu. Sungguh!

Lepas dah tapau dan beli souvenir, kami pun berpisah arah, balik ke hotel masing-masing. Esok nak ke Switzerland pulak. Hey Hey. Best!

Sebelum sampai hotel, sempat bergambar dengan bangunan Station Gare du Nord, Paris. Kenangan ni...

 Ok lah. Sekian entry Paris.

Note: kalau nak ke Disneyland, elok lah spend 2 hari kat dalam tu. Best berbaloi-baloi.
 






Thursday, October 11, 2012

Euro Trip Day 3 - Paris (26/8/2012)

Mari sambung untuk Day 3.


Hari ke tiga, kami berempat akan ke Paris. Yeay! Alia still demam sikit-sikit. Jadi aku tampal cool fever. Harap-harap jangan lah bertambah teruk demam nya. Untuk ke Paris, kami pilih untuk naik Eurostar di Station St.Pancrass, jadi cik noni memang dah belikan tiket ni awal-awal lagi. Sebab kalau beli lagi awal, lagi murah katenya, tapi dalam RM277 perperson jugak lah.. Alia free, tapi kena duduk atas riba la. Kami dapat seat untuk 4 orang yang saling mengadap, ada meja kat tengah-tengah. Mujur lahh seat sebelah en.temmon tu kosong. Maka ia menjadi milik Alia sepanjang 3 jam tu. Dalam tren, cik noni konon nya nak siapkan report. Tapi...lupakan aje la.. HAHA

Noni dalam cubaan menyiapkan report. Cubaan aje laaah..

Alia gigih study dalam eurostar.

Dalam jam 1pm kami pun sampai di Stesen Gare du Nord, Paris. Dekat sini tak perlu nak cop passport dah. Jadi kami pusing-pusing dalam station tu sebab sesat dan tak tau nak keluar pintu mana, sebab tak faham bahasa france. Elok dekat pintu keluar, kami kena pow dengan budak kat sana. Konon nya kena sign je untuk bantu persatuan pekak dan bisu. Dah la taknak cakap omputih. Pastu mintak-mintak duit pulak. Tentu lah kami tak bagi, nasib baik pakcik teksi yang hensem tu tolong halaukan. Kalau tak, sampai esok la bergaduh dengan budak tu. Tak seronok betul kena pow time hari pertama di Paris! Keluar dari station tu, kami dihidangkan dengan bau-bau hancing di merata tempat. Aku sungguh tak faham, tempat yang memang tumpuan pelancong boleh ada bau busuk? Aih. Memang spoil mood.
Oleh kerana hotel kami dekat, kami pilih untuk jalan kaki sahaja, tapi seperti biasa, kami tetap akan sesat dan berpusing-pusing di kawasan yang sama, dan akhirnya jumpa lah Hotel Maubeuge. Hotel dah book dari Malaysia lagi, EUR53.61 (RM212) per person. 

Ini view depan hotel. Hotel kami pun view macam ni juga. Sama je..


Sedang tunggu bas.


Dalam bas.

Lepas selesai melepaskan lelah, kami masak dan makan dan mandi, kami terus keluar balik sebab kami cuma ada petang itu sahaja untuk berpoya-poya sebab esoknya kami akan ke Disneyland! Jadi asalnya nak naik tren ke Eiffel Tower, tapi bila turun dari hotel, aku terberborak dengan kaunter-man hotel tu, terus tertanya cara termudah nak pergi Eiffel. Terus dia suruh tunggu je bas depan hotel tu. Bas tu akan berhenti betul-betul depan Eiffel Tower. Wah. Lagi mudah! Jadi kami pun tunggu bas bersama-sama penduduk tempatan. Ada yang tengok kami atas bawah. Ada yang buat tak tau je. Tambang bus dalam EUR2.00 seorang, so kami agak-agak je pit stop sebab menara besi tu Nampak je dari jauh. So, orang lain turun, kami pun ikut turun. Nasib baik betul. Bila jalan bawah Eiffel tu, tengok ramai nya umat manusia tengah beratur nak naik. Kami memang tak naik laa, kalau nak naik tangga, tak ramai orang. Cuma nak naik ke? HAHA

Tak ada yang special nya Eiffel ni, binaan dia cuma besi-besi buruk je, tapi tetap menjadi pujaan ramai. Maybe sebab binaan dia cantik kot. Kami excited juga, cuma Alia je tak excited. Dia boleh lena. Walaupun tak sesejuk London, tapi lagi sejuk la lagi Malaysia. Tu yg Alia sedappp je lena. T_T

Eiffel, Im in Love!

Lepas dah puas bergambar, kami lepak-lepak atas rumput sambil fikir nak ke mana pulak, sebab jadual dah bertukar. Huhu. Lepas bincang, kami sebulat suara nak pergi ke Arc de Triomphe. Before tingglkan Eiffel Tower, tentu lah kena cari fridge magnet dan kechain dulu. Kawan aku pesan, kalau nak murah, sila beli dari ‘En Awang Hitam’ yg berkeliaran. Murah berbaloi baloi. Tapi malangnya, masa kami di sana, tak ada seorang pun Awang Hitam yg jual keychain tu. Aku agak diorang kena tangkap polis dah. Lalu aku beli la dari makcik kat bawah tower tu. HUHU. Sempat lah berborak dengan makcik tu sebab dia teka kami dari Indonesia. T_T 

Untuk ke Arc de Triomphe, kami kena naik tren Bir-Hakeim [line M6] menuju ke Charles de Gaulle, Étoile [line M6], EUR1.71. So, kena lah menapak cari station Bir-Hakeim, dalam 15minit jalan kaki. Dalam perjalanan ke station tu, sempat lah usha few kedai yg jual souvenir. Ada yg lagi murah, ada yg lagi mahal. Sempat juga En.Temmon beli t-shirt. I tak minat t-shirt oversea ni, jadi I tengok saja la..Yang bengang tu, masa tu lah berbondong-bondong awing-awang hitam datang bawa keychain. Siap cakap BM. “murah! Murah! Terima kasih!” tapi kami tak layan sebab dah beli dahhh. Kecewa!

Tren underground di Paris sangat tak baby/toddler friendly. Tak ada escalator atau elevator langsung. Kalau kau bawa stroller besar lori, kau kena angkat lah stroller to naik tangga. Penat gila! Aku yang angkut stroller kurus melidi tu pun semput gila kena gilir-gilir angkat. Nanges! Jadinya, bila dah sampai dekat Arc de Triomphe tu, kami semua dah pancit (aku je sebenarnya). HAHA. So, kami tangkap gambar, rehat jap, lepas tu dah jam 7pm dah, maka pulang ke hotel. 

Masa ni dah hampir jam 7pm. Sudah penat.

Nak balik hotel, kami kena ambil Charles de Gaulle, Étoile [line M2] menuju ke Barbès, Rochechouart [line M2]. Dan jalan kaki menuju ke hotel. 


Dalam tren. Dalam perjalanan pulang ke hotel. Alia mmg tak suka duduk. T_T

Tapi yang tak best nya, dekat station tu penuh dengan awing-awang hitam. Diorang lepak-lepak sambil jual rokok. Takut gilak. Sebabkan diorang tu awing-awang yang hitam, pemandangan dekat situ seolah-olah gelap. HAHA. Malamnya, kami berehat-rehat sahaja sebab takut nak keluar, lagipun esok nak ke Disneyland. Kena simpan tenaga hoi. 

*Aku kecewa tak dapat pegi Lurve kat Paris tu. Tak apa lah. Nanti boleh pegi lagi. Eh?