----

----
----
Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, September 26, 2018

Taman Tema MAPS (MOVIES ANIMATION PARK STUDIO)

Assalam,

Disebabkan keluarga kami suka mengembara mencari lokasi menarik di atas muka bumi ini terutamanya Malaysia, maka start bulan ni en.temmon akan start menulis berkenaan tempat menarik yang boleh korang menyelusuri bagi mencari pengalaman dan mencintai alam semula jadi.

Kita start post with MAPS kat IPOH. Kebetulan ada hal lain, so alang2 dah ke Ipoh, takkan nak jumpa orang setakat 5 minit pastu balik KL. Bincang dengan pn. AnaBest, kita survey mana boleh redah. Banyak tempat dah redah area ipoh. Yang bertiket ni malas sikit sebab kami bukannya nak berjalan dan kuat berbelanja. Maklumla, duit pun cukup makan ja. Survey2, nampak MAPS buat special diskaun. Sekepala RM30 pada hari kemerdekaan negara 31 Ogos. So tanpa berfikir panjang (sebab dok survey paling murah rm80), kita beli terus.

Dah terbeli tiket untuk masuk MAPS, makanya kena la cari tempat tidur, malas nak kacau sanak sedara yang sedang berehat cuti umum 3 hari. Kami suka tune sebab murah dan selesa untuk tidur. Hotel mestila tak mahal. Lebih rm100 dah susah nak hadam sebab nak tidur je masuk hotel ni. Kecuali mmg nak duduk hotel berbaloila belanja lebih. Tune ipoh dah tutup rupanya. Godek-godek dalam google, rupanya PiHotel dah beli Tune Ipoh. Mungkin sebab tak laku kot kat Ipoh. Dapat satu malam rm98, ok la, redah ja, 1 Queen sumbat satu family. haha. 

Ok, bab hotel kita cerita lepas cerita MAPS la eh..

31 Ogos 2018

8am kitorang tolak dari rumah sebab nak sampai sana dalam pkul 10 lebih. Park buka dari pukul 10am, tutup ikut hari, kalau cuti umum lajak sampai malam. Ni kena refer website sebab dia berubah ikut season dan hari. Berbekalkan roti dan sapuan coklat delfi, makan separuh buku dalam kereta. Kenyang kan perut sebab tau kat dalam mesti mahal makan.

Sampai 10.20am, parking pun banyak lagi. Park elok-elok dan park pun dekat sebab orang tak ramai lagi pun. Harini special sikit kat MAPS sebab dia buka sampai 12 malam. Ada events/konsert pada malamnya, so aku syak orang akan start ramai lepas pkul 2 pm sampai lewat malam.

Kitorang disambut dengan hadiah utama cabutan bertuah, Proton IRIZ 1.3 manual, sempena hari merdeka. Rupanya ada cabutan malam ni. Haha, cakap kat wife, tunggu jela, mana tau rezeki walaupun kebarangkalian menang tu sangat tipis. Mmg tak pernah bertuah pun (dan mmg tak menang mlam tu haha)


Pepagi bgtau surprise je kat anak2, sampai sini je terkinja kinja la seronok, ada boboboy lagi. haha, gambar amik time mama tgh beratur amik tiket/voucher cabutan bertuah. Puas aku pusing area tiket kaunter ni, aku kecewa tak jumpa peta untuk theme park. Tanya staff, diorang kata tengah reprint sebab ada benda tutup dan ada benda baru, so tak update lagi. Bagi yang lama kang mis information katanya. Nasib baik la zaman internet. So pakcik google la penyelamat maps. Tu pun dah selamat masuk dan main mainan kat dalam. Hahaha.

Peta Hasil carian google, DreamWorks Adventure  Zone tu dah tutup (legend biru cair tu)
Ouh, kalau korang tak bawa stroller atau kerusi roda, don't worry, boleh sewa ja kat kaunter tiket. Ada double stroller lagi. Kerusi roda elektrik pun ada untuk yang kurang berkemampuan (atau malas jalan pun aku rasa boleh je sewa. haha)

First impression, asal jauh sangat jambatan dari tempat ticketing ni ke taman tema. Kalau ye pun, buat la air pancur berirama ke, penat gak nak menapaknye.





Jauh beno, nasi baik watak kartun boboboy memenuhi jalan ni ha, panas boleh tahan juga ni. Sampai je kawasan theme park, benda wajib bila bekeluarga ni, paksa semua gi toilet dulu, kecik besar pelaburan tu sila selesaikan sedaya upaya supaya tidak menyusahkan apaknya kemudian hari. Haha.





Seronok setelah selesai pelaburan. Hahaha. Ni antara pemandangan pertama masuk taman tema. Kalau refer peta tu, nampak kecik je. So kami amik la langkah ke kanan dulu, sebab tak tau nak gi mana dan time ni tak sempat download lagi maps. Anak tiga kot, tak sempat weh. haha. Untuk mainan di taman2 tema ni aku rasa best juga la, tapi untuk si kecik sekali tu, mmg tak dapat nak nolong la, mostly tak boleh masuk. Time beratur pun ok je, tak ramai lagi. Lepas lunch terasa orang ramai. Time tu la baru kitorang nak masuk studio-studio (Boboboy 4d, Boboboy Adventure) penuh orang, tapi boleh je masuk. Biar gambar je la berbicara pasal taman tema.

Wajib amik gambar ni, sebab ni anak anak kenal sangat. Keciwa koko tok abah habis.


Kakak, tahan nafas. Hahaha.


Tedia, watak apa tak tau, tapi ok la, si kecik sekali ngamuk ketakutan.


SpaceShip restaurant kot, kalau korang nak melepak satu family, aku suggest lepak sini, atas sekali. makan dan rehat dengan teanng. Tandas ada, aircond ada, lif pun ada.


Muntah main pusing2 ni, diorang seronok la berulang-ulang.


sebelum kecut perut ketakutan. Kakak alia serik terus naik.


Budak2 suka la main ni.


indoor playground yang ada aircond


Mama amik kesempatan main, maklumla kecik-kecik dulu tak puas naik.


Mama dalam keadaan gembira lagi. hahaha.


Kan cakap, mama yang lebih. Hahaha.


Kitorang niat lepak je, tetiba show depan mata, duduk balik.


Ha, tgk, mama lagi. hahaha.


Then come daddy time~! Drifting!!






Layan theather live your dream ke ape ntah tajuk, best juga. Dia tak bagi bawa queen kecik tu, tapi kitorang cakap dia behave. alhamdulillah behave. hahaha.


Lagi snippet.


Ni kawasan DreamWork Zone yang tutup tu, tak tau la dulu buka ka apa, dah tak survey, main redah ja datang. haha.


Asyik lepas je theater smurf ni, last2 pukul 8.20pm sempat nengok. Best juga.


Ni tempat kakak meni, tak nak keluar, dok ulang nak bawa kereta. asal lalu je nak gi bawa kereta smurf ni. adoila..


Rumah smurf. Actually tempat aktiviti ni aku rasa. tapi takde aktiviti yang di jalankan.


Rumah smurf.


Asal nak berdua je, tapi apa kan daya.. haha


Hah, biru habis..


Kasik chance la kat mak duyung ni. hahaha.


3D painting. Menarik, tapi ada juga la mamat yang tak tau adab gi melepak kat area 3d painting ni.


Yeay, indoor playground, gilir dengan mama gi solat sementara anak seronok main.


Queen tewas~!


Abah pun nak main. hahaha.


bawa space ship. Ni kat bawah restaurant space ship


tak semua benda boleh tekan-tekan atau gerak-gerak.


Ni je la gambar berdua. Tu pun dukung kakak meni belakang, adik letak bawah jap, lepas selfie dia minta dukung. menitik-nitik peluh abahnya kat sini. haha.



Kul 9 pm sampai 12 pm ada konsert. takde plak gambar konsert, sebab battery phone masing2 dah tenat, semua tak tenyeh phone dah. haha.

OK, kesimpulannya untuk sapa yang nak g. aku simpulkan kat bawah ni tips and tricks:

Tips ke MAPS
  1. Beli tiket time promotion. Tgk harga normal rm100, aku rasa tak berbaloi, kalau dapat harga bawah rm50 ok, grab and go~!
  2. Bawa payung, panas tengah hari kalau bawa anak-anak kecik untuk berjalan. Tak semua berbumbung.
  3. Aware persembahan start pukul brapa, plan elok2. Kitorang siap letak reminder dalam phone lagi takut terlepas.
  4. Tandas banyak dah bersih/kering. Jangan risau.
  5. Surau kat tempat masuk tema lepas jambatan masuk tu.
  6. Makanan dan minumam tak boleh bawa masuk, kalau bawa baby sila seludup masuk bagi alasan anak nak makan. hahaha. Kedekut gila
  7. Sehari boleh habis satu taman.
  8. Ouh, yang penting, kalau berfamili dan anak. Sila ke kanan taman tema dahulu, layan boboboy, lepas tu masuk Fantasy Forest Zone. baru patah balik gi kiri. Habis pusing sila patah balik ke Fantasi Forest Zone sampai diorang lembik. hahaha
  9. Restaurant agak mahal. Ada satu restauran tok abah rm25 sekepala buffet. Aku rasa puas hati sebab kalau beli air sahaja dah rm6-rm9 kat dalam ni, makan sandwich pun rm belas-belas. So main sampai penat kelaparan, gi belasah buffet puas. Lagi ok.

Untuk hotel aku prefer Pi Hotel ni sebab dia beli Tune Hotel. Dia tak refurbish, just tukar nama ja. So dapat tilam best. dengan harga berpatutan. tidur nyenyak. haha. Cuma kat Pi Hotel ni, nak amik air panas korang kena g kat lif. Nak iron kena g tnkat 4 ke mana ntah untuk g iron room. Yang lain cun, towel ada, air minerak dua botol, toiletries ada, air cond ada, parking basement ada.

Ok la, nanti aku rajin aku sambung lagi blog jejalan ni.

Best,
En. Temmon



Monday, July 13, 2015

Western Australia Day 10 & 11: Katanning – Hyden - Perth (24/5/2015 - 25/5/2015)


Hari ke sepuluh mari tengok waverock. 
Wave Rock ni dekat Hyden, 5 jam dari Albany dan kena lalu Katanning. Perjalanan dari Albany ke Katanning dalam 2 jam, tapi sebabkan bawa ikut speed limit, jam 12pm baru lah sampai. HUHU. Kebetulan hari ni hari Ahad. Hari Ahad memang tak ada orang berkeliaran. Tak tau lah kenapa, tapi memang tak ada orang. Macam pekan yg kena tinggal. Sunyi sepi.

Katanning ni pekan muslim. Ada masjid. Dan ramai pelancong muslim singgah sini utk solat dan rehat-rehat. So, destinasi yg dituju adalah masjid Katannning. Sesat jugak la nak cari masjid ni padahal ada je signboard kecik tulis ‘Mosque’. Mungkin tak perasan. GPS bawak ke mana-mana tah, tapi En Temmon kan terror. Pusing pusing dah jumpa. Mulanya ingat boleh lah jumpa mana mana kedai halal, sebab malas nak masak. Sekali, memang takde pun kedai (maybe ada, tapi kitorg tak jumpa), dan takde manusia pun untuk tanya. Mana pergi semua orang ni? Kena makan garuda ke? HUHU

Bila sampai masjid, tengok ada banyak kereta. Lega sikit. Ingatkan betul dah penduduk ni di makan garuda. Eh.

Masjid Katannning

Siap tulisan melayu

Tunku Abdul Rahman yg rasmikan masjid ni rupanya


Budak-budak bergembira. Bosan agaknya dalam van jeeee

Orang ramai sebab solat zohor dan mengaji. Sempat lah En Temmon solat dan berborak dengan tok imam masjid tu. Dia boleh cakap melayu. Muka pun melayu. Tapi menurut pak imam tu, generasi muda diorang dah tak boleh cakap melayu dah. Tua tua je tau. HUHU. Tak sure lah dari mana asalnya penduduk sini, tapi boleh baca sejarah Katanning dekat google.
Dekat sini, kami rehat kejap dan masak. Kena lah masak, apakan daya cari kedai makan tak jumpa. Sambil masak, anak-anak abah bawa ke playground. Nasib baiklah ada playground dalam kawasan masjid tu. Dalam jam 1.30pm baru lah kami bertolak ke Hyden. 3 jam lagi perjalanan. Jauh nya hoi.

Sepanjang panjang perjalanan ke Hyden pemandangan nya sama je. Hutan, padang, pokok, bushes dan seangkatan dengan nya. Boring kan. Nak jumpa bandar pun sangat susah, dalam 40km, baru ada town berdekatan. Dah la minyak nak habis. Boleh pulak ada tempat tu, takde letrik. Satu bandar takde letrik, maka tak boleh isi minyak. Petrol pump dia pulak, kecik je, macam dekat area kampong tu je, tapi kena guna credit card sebab takde orang jaga pun. Serius takde manusia. Aku rasa macam semua orang dh dicolik oleh alien. Maka, gamble lah menuju ke next town dengan harapan adalah stesen minyak. Pekan pertama, petrol pump tutup (tak tau la tutup atau owner pegi toilet). Nak tanya, tak jumpa orang. Pekan ke dua, takde letrik. Cuak dah. Pekan ke 3, jumpa akhirnya! (setelah sesat). Masa isi minyak dekat sini, serius aku takut. Takut tetiba ada zombie keluar. Kalau uols tengok cerita walking dead, kan ada pekan pekan yg tak berpenghuni. Kosong. Ha! Sebijik macam dalam tv situasi kami ni, cuma bezanya, takde zombie. Maaflah...Mama kan suka imagine. Hihihi

Lepas isi minyak tu, terus lah kami menuju ke Wave Rock Caravan Park. Ini je satu satu caravan park yang ada dekat sini, dan mungkin sebab tu lah harga dia pun mahal, A$63 untuk 1 malam, dan park ni kena book awal ye. Kena email dulu sebab selalu penuh. Masa kami sampai dah jam 5.30pm. Dah gelap. Nak masuk maghrib dah. Tak sempat buat apa-apa pun, jadi terus parking, jalan-jalan sekitar dan tido. Esok lah baru menjelajah kawasan.

Tempat tido kami. Seperti biasa, ambil ensuite powered, toilet dekat.


Day 11.

Good morning! Hari ni bangun awal sebab bersemangat. Hihi. Dekat wave rock ni banyak tempat sebenarnya. Untuk geng yang muda-muda dan kuat berjalan, boleh hiking. Kalau spend 2 hari dekat sini, puas kot. Tapi memandangkan kami ni nak tengok tempat yang glamer je, setengah hari pun dah cukup. Tempat pertama kami pergi adalah Yawn Hippo. Alah..tengok batu je. Bentuk badak tengah menguap. 

Yawn Hippo. Belakang tuuuu.. Bukan depan.

Alia tangkapkan.

Takde apa sangat. Ini je.

Tempat paking. Kosong.

Lepas tu, kami ke Wave Rock. Kalau dari Yawn Hippo nak ke waverock tu, jalan kaki pun boleh, tapi kami kan rajinnn. Drive je. hehe. Nak park dekat sini kena bayar, tapi disebabkan kami sewa camping site dekat situ, dapat lah free parking dan coupon diskaun utk isi minyak. Ceh. Kereta kami sudah penuh minyaknya baru dikau nak bagi. Dah la valid digunakan dalam area Hyden je. HUHU. 
Kalau tengok waverock ni, wajib lah panjat batu tersebut. Jangan risau, ada tangga. Bekalkan tenaga sahaja. Adoi. Semput.

Macam ombak kan?

Ada tangga untuk panjat

Rupanya ada empangan di atas batu.

Anak dara penat, taknak senyum dah. HUHU. Masa ni, nak turun dah, tapi mama semput, sila rehat teman mama. kuikuikui
Dari camera abahnya. Mama tengah pujuk Alia selfie. Tinggi wooo nak turun tu. HUHU

Bila dah penat, maka kami pun teruskan lah perjalanan. Plan asal nak bermalam di York. Sebab nak ke Perth masih jauh perjalanannya, Tapi tetiba kami buat keputusan nak teruskan perjalanan ke Perth, lagipun, camping site yang aku contact dekat York ni tak reply reply. Terasa malas nak redah, dan rasa macam takde pape sangat nak dibuat di York, maka sebulat suara kami terus ke Perth, tidur dekat Perth Vineyard Holiday Park (camping masa Day 1), A$58 untuk 1 malam. Lepas dah check in, terus keluar balik cari makan. Dekat area ni memang banyak la kedai halal, don’t worry. Hohoho. Burppppp.

Habis.

Tempat tido. Sini tak best. Sebab betul-betul depan cabin warga tua (tak tau la tu memangrumah dorg atau pun rumah warga tua)