----

----
----

Friday, July 18, 2008

Psst... anda lelaki? (*_____*)

Hari ni di ofis, tersangat lahbosan..plus sejuk…(T_T) So, keje aku hari ni bace blog org..dari blog kawan2, hinggalah ke blog politik lah…negara lah..gossip…iklan….dan secara ntah mcm mane, aku terbace blog ni. Macam menarik je. So, aku tiru la. Hahah..jgn marah, kawan…..(^________^)V

Entry nya mengenai rahsia2 lelaki.. hohoho.. ini je yg menarik aku jmp sepanjang lepak kt opis yg bosannya tiada penghujung.. huhuhuhu.. kalo nak tau apekah rahsia nya, bace lah.. (Aku pun xtau betul ke tak rahsia2 ni…)

Rahsia #1
Fahamilah!... lelaki lebih menyukai perempuan yang bijak, genius dan mempunyai fikiran sendiri, daripada perempuan yang seksi, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau perempuan yang bersinglet di pusat membeli-belah. Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek sex (pompuan mcm ni belambak kt melesia ni..) Namun...jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar!

Rahsia #2
Lelaki sangat benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya. Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih. Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai sebegitu, ianya seolah-olah wanita itu masih mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam. Jadi...rahsiakan sahaja!

Rahsia #3
Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun perempuan itu tidak lawa langsung! So, jangan perasan! erk..mkn dlm ni.. Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda bagaimana sekalipun lelaki tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.

Rahsia #4
Lelaki curang??...jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkannya lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan perempuan semua...this is reality!

Rahsia #5
Lelaki amat benci dengan wanita yang berlebih-lebih dalam segala hal. Bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mudah rimas dengan wanita sebegini. Jadi bersederhanalah. Dalam Islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan. Nak bersolek pun xboleh ke???

Dah. Cukup lah tuh. Sebenarnya, ada 99 rahsia lelaki. Tp biarlah aku rahsia kan.Kata rahsie.. kan……………….hihihi

Note: Lelaki2 di luar sana, betulkah kenyataan ini?! Sila jawab. Peace. (~~,)V

9 comments:

M@YaZ said...

Ya .. ada kebetulannya

aziz said...

99 rahsia lelaki.. rahsia perempuan ade beraper?

Noli said...

hye ana..certain2 mmg kne ngn lelaki..tp rahsia boifren/tunang, pasangn msing2 je yg tau..kn kn..hihi

@naBest said...

m@yaz --> haha mengaku juga akhirnya!

aziz --> hohohoh.. pompuan laaaagiii byk rahsia nye.. kne pandai explore la. hehehe

qica --> nak tau 1 rahsia x? woman will be more beautiful when they keep secret. x caye?? Betullllll.....

M@YaZ said...

qica --> nak tau 1 rahsia x? woman will be more beautiful when they keep secret. x caye?? Betullllll.....

Patut la lepas tau rahsia bercerai berai .. bergaduh sana sini..

@naBest said...

m@yaz --> amboi..... jgn la negetif sgt....

saizulhafiz said...

yg psl lelaki curang tu okeyla.tp kalo perempuan curang,mcm mana???kena buang jugak la.hahahha

saizulhafiz said...

yg psl lelaki curang tu okeyla.tp kalo perempuan curang,mcm mana???kena buang jugak la.hahahha

@naBest said...

saizulhafiz --> ermmmm.....kalo pompuan, no komen. hahaha

lalalala~