----

----
----

Tuesday, February 05, 2013

Euro Trip Day 13 - Durham, UK (5/9/2012)

Jam 9 am cruise ni dijangka tiba di New Castle. Jadi awal-awal pagi lagi kami dah stand by. Tak sabar nak pijak tanah pulak. Cik Non pulak tak sabar nak balik rumah beliau kat Durham. Cehhh. 

Cik Noni dah awal-awal lagi janji dengan kawan beliau, Abg Jo untuk kutip kitorg kat terminal ni. So, tunggu dalam 10 minit, nampak la beliau datang. So, berkenalan sikit-sikit, kitorg terus ke Durham. Tapi singgah di pasar dekat New Castle dulu. Sebab menurut Cik Noni, sini lagi senang nak dapatkan daging halal. Sempat la beli strawberi manis. Yummy! 

Perjalanan ke Durham tak sampai sejam. Kami semua terus dibawa ke rumah Abg Jo, rupanya wife beliau, Kak Fizah dah masakkan nasik lomak. Dapnye Dapnye.


Sedang menunggu pintu buka
Alia suka baca peta
Dah sampai. Sedang tunggu Abg Jo
Ini sedang tunggu Cik Noni beli daging di New Castle
Tunggu Cik Noni lagi
On the way ke Durham
Depan rumah Abg Jo. Rumah Cik Noni pun lebih kureng macam ni juge..
Bila dah sampai rumah Cik Noni, kami buat lawatan tapak dulu. Cantik. I like. Tapi dalam rumah lebih sejuk dari luar. Acane??? HAHA

Petangnya, dalam jam 2 pm dah janji dengan agent kereta. Tapi tunggu je orang tu datang kutip kami di rumah, then terus ke kedai kereta tu. Kereta sewa kat Durham ni kami ambil dari Enterprise rent-a-car untuk 4 hari, GBP 129.

Sementara nak tunggu pukul 2 petang tu, kami lepak-lepak je kat rumah Cik Noni. Makan strawberi, minum-minum..rehat-rehat, basuh baju dan kemas baju nak bawa ke Scotland. Sebab lepas ambil kereta nanti, kami akan terus ke Scotland, tanpa Cik Noni. Sebab beliau kena siapkan report. Lagipun beliau dah pergi dah..... Maka, kami bertiga aje lah.

So, lepas setel hal-hal kereta sewa, maka kami pun terus gerak ke Scotland. Di sana, kami ambil Travelodge Edinburgh Central Hotel, dalam GBP 35. Perjalanan ke sana dalam 4 jam, tapi nasib tidak menyebelahi kami sebab, tersilap letak address dalam GPS, terus kami terlajak menuju ke arah London. Sungguh bertentangan arah dan aku hampir berputus asa. Nasib baik En Temmon tabah dan sanggup patah balik dan drive lagi 6 jam untuk ke Scotland. Waaaa. So, hasilnya, jam 11 malam baru sampai dan terus check in hotel. Dan terus tidur. Esok lah nampak nya kita melawat kawasan.

Bye Cik Noni...
Sekian entry pendek. Esok entry Scotland pula,

6 comments:

iffah said...

besnya bercuti..

iffah said...

besnya bercuti..

Unknown said...

eh... macam kenal jalan & bangunan kat gambar ke-4 tu. wah, that's my old school - westgate hill primary. kami duduk sini dulu, betul2 opposite rumah yg tengah bergambar ni - tamworth street. ingat dulu, asyik kena kejar dengan anjing bulldog masa nak pergi sekolah.

@naBest said...

ifah: hoooo.. best la pah..tapi poket kering la lepas tu... huhuhu

faheem: faheem penah dok new castle ehhh..igtkan dok US dulu. kat area tu ada satu kedai daging halal kan? macam-macam jenis daging ado. pastu depan tu sikit ade kedai jual sayur-sayur dan buah. Or maybe dulu takde lagi kot.

Husna said...

faheem: what a small world!! tu tempat kitorang kena pergi every week untuk beli daging halal

Unknown said...

Ana: yep, lahir situ tp sekolah rendah kat UK. masa tu dah ada dah komuniti muslim, so, kedai daging halal semua dah ada dah & kedai buah. nak beli apa2 semua senang, jalan kaki je.

Husna: itulah ... what a small world.
tk tahu pulak nurul salu pergi sini.