----

----
----

Wednesday, January 30, 2013

Euro Trip Day 9 - Prague, Czech Republic (1/9/2012)

Masa ni adalah birthday Alia ke 3 tahun. Happy birthday sayang.
Awak sambut besday kat Vienna dengan Prague tuuuu. Mama awak dah tua baru boleh sampai sini. Wooooo

Beginilah.. lepas dari melawat sekitar Vienna, kami terus ke Prague. Sebutannya adalah Pra-ha. Dan signboard dia pun tulis Praha. Sila jangan konfius. Itu adalah tempat yang sama. Untuk hotel, kami ambil Garni Hotel Prague. Kalau tengok dalam google map or GPS macam tak wujud. Kami cuma search by address dan melilau-lilau maka terjumpa. Sini bagus. Parking disediakan. Cuma masalah komunikasi timbul bila kami cuba nak bagitau pak gad yang kami nak keluar jalan kejap je, lepas tu masuk balik. Maka kami tak perlu bayar. Tapi pakgad tu tak reti cakap omputih. Waaaaa.. Kami buat bahasa isyarat, dia faham pula. HAHA. Senang. 



Hotel ni dalam EUR 40 (RM 168) per night. Murah la..

Lepas dah angkut barang muatan dan berehat-rehat, kami pun terus keluar berpoya-poya. Dekat sini, kami pergi ke Charles Bridge, Karluv most, Prague. Jambatan ni adalah jambatan lama yang menghubungkan old town dengan new town di Prague. Dalam old town tu ada binaan-binaan istana lama yang cantik sungguh. Pandai diorang jaga bangunan. Atas bridge tu tak usah cakap lah. Ada yang main music, ada yang ber-french kiss, ade yang minta sedekah, ada yang bawa anjing...macam-macam manusia ada. Meriah.

 
Nak ke bridge tu kena jalan kaki.
Jalan lagi. Sebab parking jauh kannn
Cubaan menangkap gambar istana nun di hujung sana.
Cantik.
Dalam kawasan old town
Ni tak tau apa dia. HAHA
Cik Non sejuk. Ai takpe. Lemak tebal. Kahkahkah
Pintu masuk ke kawasan istana. Terbayang zaman raja berkuda.. Macam Merlin tu....
Tempat ni sangat cantik. Patut la cik noni nak datang sini.
Ada budak ngantuk.
Nanti mai lagi....
Di Prague, total damage adalah RM 118 untuk minyak, tol dan lain-lain. Dan RM 99 untuk souvenir. Makan, macam biasa, nasik goreng-belasah + sambal ikan bilis.

*Oh, sini pun perlu tampal highway sticker, EUR 14 (RM 59). Matawang adalah koruna. Tapi tak apa, guna kan je duit euro tu. Laku. Jangan risau.

Besok pagi, kami pusing sikit-sikit sekitar Prague dan terus ke Frankfurt, Germany.

4 comments:

Husna said...

best place ever!!!

@naBest said...

like!
Tapi i palinggg suka swiss dgn UK especially scotland. hoho

Husna said...

hahah..phd kt scotland je la Na..tapi i tak mau..sejuk gila!

@naBest said...

hahaha. I tak tahan la sejuk sejuk ni. Depress.

Ostrolia plisssss