----

----
----

Sunday, November 07, 2010

Kenapa perlu wujud manusia yang berhati busuk?...

Aku sungguh tak faham dengan segelintir manusia yang hati busuk macam bangkai....

Ini mulut orang yang berhati busuk cakap....

'Mak ke Mekah tanpa izin suami. Beria sangat nak ke Mekah padahal suami tak izin. Arwah meninggal tu balasan untuk mak sebab pergi tanpa izin, tinggal kan suami sakit di hospital. Tak sempat jumpa sebelum dikebumikan.'

----------------------------------------------------------

Ini dari hati aku...


Demi Allah, mak ke Mekah dengan izin arwah abah. Depan mata aku, aku dengar sendiri arwah bersembang dengan Haji Hanif (orang tabung haji).. "Haji, saya IZINKAN isteri saya ke Mekah. Tolong lah uruskan yang terbaik."....

Sedih sangat bila waktu orang yang aku sayang dah meninggal depan mata, dan baru seminggu, orang sibuk mengumpat mak pula. Aku tak rasa marah. Tapi rasa sedih sangat. Kenapa orang yang tak tau cerita sibuk nak menjaja cerita orang lain? Fitnah pulak tu. Arwah dah takda, dengan siapa diorang nak minta maaf?

Abah memang dah lama sakit, memang kami dah bersedia. Tapi ajal maut bukan di tangan kita. Bukan di tangan mak. Waktu mak berlepas, memang abah sihat. Kalau mak tau arwah akan pergi pada 26/10/2010 tepat jam 3.23 petang, demi Allah, mak takkan pergi ke Mekah pada 17/10/2010. Itu ayat mak.

Tapi abah mula sakit teruk lepas mak berangkat. Masuk ke ICU pun kami rahsiakan dari mak. Tapi naluri seorang isteri tu sangat kuat. Mak tau juga.

Bila abah meninggal, mak telefon dari Mekah, tepat waktu abah tengah dikebumikan di kubur. Dengar suara makcik yang sedih, mak dah tau abah dah tiada. Tak perlu cerita, tekaan mak betul. Mak sedih,tapi redha.

------------------------------------

Mak ke Mekah dengan izin arwah. Arwah mintak mak doakan supaya arwah boleh sembuh, boleh ke Mekah bersama-sama lain kali. Tapi umur arwah tak panjang. Baru 56 tahun...
Tapi, orang yang mengata tak tau...

Hajat arwah nak ke Mekah mungkin tak tercapai, tapi kami sempat buat upah haji untuk arwah. Makna nya, bila mak balik sebagai hajah, arwah juga dapat gelaran haji. Alhamdulillah....Impian arwah tercapai.

Pada yang berhati busuk, bawa2 lah bertaubat. Kami masih bersedih, dan kamu semua tambah kesedihan kami dengan fitnah busuk ni.. Harap kamu semua di ampunkan tuhan.

Nota 1: Walau apa pun orang cakap, aku tak kisah. Sebab hanya kami yang tahu perkara sebenar. Sebab kami yang ada di sisi arwah di waktu sihat, waktu sakit dan waktu meninggal.

Nota 2: Sekarang, aku hanya perlu abaikan orang2 begitu. Yang penting, mak selamat pulang ke rumah.

Nota 3: Pelik sebab orang yang berhati busuk ni datang nya dari golongan yang terpelajar. Cikgu kowtttt!!

8 comments:

mE™ said...

sabar..aku tau kau sekeluarga tabah untuk hadapi semua ini..manusia tak kan pernah puas..apatah lagi bab nak mengata orang nih..terpelajar atau tidak bukan ukuran..kengkadang makin tinggi pengatahuan manusia menjadi semakin bongkak..itulah manusia..abaikan manusia2 itu selagi die x mengacau periuk nasi kite..soal dosa die itu urusan die dgn Allah sebab nak minta maaf arwah dah x der..doakan semoga mereka insaf suatu hari nanti..insyaAllah..

takziah untuk kau sefamily..aku doakan arwah abah kau tenang di sana.. ^_^

Aeryn mummy aiyris zarra said...

kak rin baru tau tadi pasal ni, takpela na, abaikan je orang macam tu..yang penting kita doakan mak balik dgn selamat, then apa yang penting pasni kita kena gembirakan hati mak je, ok?

Allah tahu segalanya.

Pahala tak henti-henti masuk dalam akaun abah selama mana fitnah tu berterusan.

insyaallah...

Shy Syaz said...

aku pon xpaham dengan certain manusia nih yg suke benar nk judge org lain...dah xde keje lain agaknye. n mulut diorg mmg xkan bole nk ditutup..haih..

xpelah ana...yang penting, kiter sebagai anak kene sokong mak abah kiter dan jangan cepat melatah dengan kata2 orang sekeliling...

sabar yer...
semoga Allah cucuri rahmat ke atas abahmu..

wa said...

ana.. takziah pd kamu n family.. aku ni pun baru tahu, sebab tgh dok teringat kat kamu ni.. haih.. orang yg mengata tu jeles die tak dpt pegi ke Mekah tu.. takpe yg penting, kite ceriakan hati mak kita, nak tutup mulut semua org mmg tak boleh.. bersabar ye ana, Allah dah tentukan yg terbaik buat kamu and family.. amalan sebagai anak akan jadi 'investment' buat arwah ayah kamu di sana..

sendukplastik said...

salam ana, sorry sesangat,,,aku baru baca blog ko ni, aku baru tau pasal abah ko, takziah ana, tabah ye, mulut org mmg susah nak tutup, yg pting Allah tau. semoga roh abah kamu dicucuri rahmat & ibu kamu selamat pulang ke Malaysia.. sorry ana..

Fahmi Mahat said...

mengiyakan penafian mengenai persepsi level education dan akhlak manusia, kan? :

education level yang tinggi sebenarnya tidak semestinya menyediakan hati yang baik

selalu dgr org ckp " ko ni orang blajar tinggi, pasaipa wat lagu tak elok camni"

moga kita menjadi manusia yang lebih baik , amin2

hayatinor said...

Salam. dulu aunty selalu baca blogs ana dan pani.....mystery reader. suka melihat dan mendengar kamu sekeluarga bahagia. Tadi terjumpa blog pani semula dan baca blog kamu pula. biar apa org kata allah maha mengetahui. Aunty juga telah pergi menunaikan fardhu haji pada musi haji yg lalu bersama ibu ana, beliau tentu orang yg terpilih, tak smeua orang Allah akan uji begitu, kehilangan suami semasa sedang menyahut seruanNya....terbayang betapa tabahnya beliau semasa bersesak menjalani ibadah tawaf, syahdunya hati semasa wukuf, bermalam di muzdalifah dan di mina, uanty yg bersama suami dan anakanda juga kadangkal terasa sukarnya......salam aunty utk ibu ana, semoga roh cikgu fadil aman di sana, percayalah dia tentu bahagi kerana hasratnya utk menghantar ibu ana ke mekah tertunai, walaupun dia tidak dapat bersama. semoga roh almarhum senantiasa dlm rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama org yg beriman dan soleh. Alfatihah.

Anonymous said...

satu lagi ilmu baru yang saya belajar dr pembacaan, memang wujud manusia yg berhati busuk, hatta orang mahu melakukan kebaikan ke jalan Allah juga mahu dicemburukan, apa lagi jika kita melakukan kejahatan, manusia sebegini kita usah amik pedulik sebab terbukti mereka adalah golongan2 manusia yang menghidap penyakit hati yang tiada ubat dari hospital mewah atau doktor pakar kecuali belajar memahami apa maksud Al-Quran satu persatu, ramai yg mungkin khatam Al-Quran tetapi tak tahu apa tafsirnya... tak tahu boleh belajar tp jgn jadi bodoh sombong krn bodoh itu sangat merugikan, sombong itu sangat melalaikan... pesan saya juga jgn mudah terpedaya dgn orang2 yg bertudung berjubah, bergelar hajah mahupun haji krn itu sekadar zahirnya sahaja, tetapi hatinya hanya Allah saya yg maha mengetahui. pemakaian secara islam mungkin kita semua mampu utk melakukannya namun menjaga hati dr berbau busuk itu AMAT sukar... selamat berfikir dan terus berfikir...:)

http://anabest.blogspot.com/2010/11/kenapa-perlu-wujud-manusia-yang-berhati.html
anabest.blogspot.com

https://www.facebook.com/FarinaAbdullah