----

----
----

Thursday, February 26, 2009

Ohh..hari nak hujan lagi.. mari lah pulang awal.

Ngantuk. Bosan. Sakit pala. Combination yg bagus. Gila pathetic kan hidup aku? Hari hari datang ofis mengadap pc sambil terteleng kepala tgk orang lalu lalang menuju ke pantry. Kalau ade rezeki, ada orang ajak makan di pantry. Kalau takde rezeki, tetap merenung pc sambil korek jerawat. Arghh!! Bantulah aku keluar dari sini....

(sambil tgk Seetha lalu lalang kat mesin photostat....)

Purak purak bizi. Semoga dia tidak sedar akan kepura-puraan aku.

................

Akan berdepan dengan interview minggu depan. Dengan syarikat baru. Cukup lah aku tulis sebagai company xyz. Aku sangat yakin akan tinggalkan company xxx. Tapi tak tau bila. Harap secepat mungkin.

Surat resign sudah print. Arghh!! Takut pulak nak bersemuka dgn Seetha. Kena berdoa dulu.

Note: Besok malam balik alor setar naik bas 2 tingkat. Gila ah. Wish comes true!

Wednesday, February 11, 2009

Aku byr 10hinggit tiket wyg bkn utk dgr kau bercerita, okk.

...................

Ya. Seperti tajuk entry aku kali ni, itu yg ingin aku sampaikan. Bukan aku nk tala-kan ke-hanginan aku ni pada semorang, tapi aku sangat sangat bengkek kalo masa 2jam aku dalam panggung berbayar tu terhabis dengar orang membebel je, Sangat meluat. Kalau setakat nak jerit2 histeria ke...nak nangis meraung raung ke....aku TIDAK kisah. Tapi kalau sepanjang minit tu kau nak komen...nak takut-takutkan awex ko.....nak cerita ape jadi lepas tu...baik aku beli DVD je. Tgk kat umah sambil mengangkang minum vico. Lagi best!

Boleh pulak die nak bersembang mcm dia sorang je yg bayar tiket. Main suap2 pop-corn. Jijik aku tengok, ok. Jijik. Lepas tu boleh pulak buat dialog ala script dalam panggung tu.

Si bf: "Ha! Lepas ni jadi camni..."
Si gf: "Aik, idup lagi die ni?"

Si gf: "Muke die cam pompuan la...kan awak, kan?"
Si bf: "A'ah la....Eh..tu mmg pompuan laaa.... ape la awk ni...hikhikhik..(gelak gatal)"

Si bf: "Awex cite ni masa kecik cun gila...time besar, huduh plak, kan?"
Si gf: "Isk..tak baik laaaaaaaaa................"

................................

Arghh...boleh meroyan aku! Hilang fokus aku, ok... Geram! Kpd semorang, jgn la buat aksi getik ini dalam wayang. Kalau rase nk jugak bermesra2, beli la dvd, tgk je kt umah korang. Nak tunggang tebalik pun xde yg heran. Sekian.

(Dialog mereka sangat lama dan tak henti-henti. Sampai cite habis pun still nak komen. Bosan manusia camni.)

Si bf: "Kan sy dh ckp die tak mati punye laa......" (Yer.....hero die tak mati. kenapa? ko nk merasa ke??)

Note: Sib baik cite tak best!