Setengah manusia anggap diri mereka sempurna, walau mereka tau hakikat tiada siapa yg sempurna. Setengah nya lagi cuba untuk menjadi sempurna. Bagi mereka, apa yg nmpak salah di mata mereka, salah lah orang itu. Tapi kenapa setiap kali kita cuba mencari salah orang lain, kita sering lupa mencerminkan diri kita dulu? Layakkah kita mengkritik, sedangkan kita juga lakukan perkara yg sama? Layakkah kita menasihati, sedangkan diri sendiri perlu dinasihati? Betul…manusia perlu saling tegur-menegur, nasihat menasihati, ingat-mengingati, untuk mengelak yang mungkar….Tapi mengapa perlu disampaikan malalui orang lain? Tiada kekuatankah untuk bersemuka? Atau malu? Mmmm.. manusia…
Beginilah, tegur-menegur memang dituntut dalam Islam…agar manusia tidak hanyut..tapi tolonglah pastikan diri sendiri tak buat benda yg sama… Itukan lebih berkesan….
----------------------------------------------------------------------------------
Bila ini terjadi pada aku, aku bersyukur punya kawan yg sudi menegur…terbukti masih ada yang sayang. Tapi, nak menasihati, kenalah ada caranya. Api akan padam dengan air, tapi kalau cuba ditiup dengan angin, dengan harapan api akan padam, silap-silap api lagi merebak. Renung renungkan..Selamat beramal… ^_^
2 comments:
sudahkan anda mencerminkan diri anda dulu? mungkin kamu telah melakukan sesuatu yg telah melukai hati seseorang..anda tidak sedar dan ingat perbuatan kamu itu betul. bolehkan kamu menerima kritikan dan teguran itu dengan baik sekiranya orang itu tegur kesalahan kamu? pernahkah anda terfikir?
humm..thanks for the response..but at least, reveal la ur true self..hummm sape anonymous ni..malu nk tegur depan2 ke... (T_T) neway, thanks alot..
Post a Comment