----

----
----

Sunday, April 11, 2010

Anak dara aku tgh kelahi dgn aku. Argh. Statement cam apa tah.

"Kenapa kamu taknak tido tido lg ni,bertuah?"

Hadoii. Taknak tido 1 hal, dok bising "da! Da! Da!" 1 hal. Abah kau dh ke alam mimpi dh pun.. Siap dengkur2 manje lg..Aku nak g masak ni. Kang tinggal je ada plak yg jatuh katil lak. Hadoii..

----------

Ok. Itu hanya intro.

Gila lama aku tak update. Oi. Aku idup lg laa.. Selamber je ada suara2 tak syg mulut tanya. " oi, ko idup lg ke,lama tak hapdet ni." cis..

Sekarang ni hidup aku agak sibuk. Dulu kan asik komplen takda keja. Jd skang dah dpt balasan yg setimpal. Kalau dok ofis dapat blk sharp 5.30, kira bertuah la tu.. Kalau nasib malang skit, kena lah stay back sbb miting kul 7pm. Miting kul 7?? What the fish?!

Ok. Anak dara aku makin menjadi2 bisingnya. Dah mengamuk tendang2 aku dah. Ok fine. Jom tlg masak!

Monday, March 01, 2010

Hari ni sangat percuma...Sila translate.


Eh... baru aku perasan yang aku ada blog. Eh. Aku ada blog?? hahaha (ok. tak kelakar ye.) Kerja punya kerja, hampir aku terlupa pada si dia. Ceh. Siapa si dia? Kalo En. Temmon memang hari hari bersua muka. Hari hari bergaduh tepuk tepuk manja. Auwww... (ok. sila abaikan). Aku bukan nya lupa pada si dia,blog yang tercinta... Cuma aku lupa nak update apa. Kadang kadang aku ingat. Kadang kadang aku lupa. Kadang kadang aku rajin, Kadang kadang aku malas. Kadang kad.... ok. hentikan.

Hari ni sudah sebulan aku di ofis baru. Lebih tepat nya, sudah 28 hari. Biasalah...budak baru...macam poyo-nak-tunjuk-rajin pun ada. Macam si-gadis-malu-malu pun ada. (sesuai kah guna 'si gadis'? hahaha)... Tiada apa yang menarik untuk dikongsi, cuma rasa hendak menunjal kepala sendiri je bila tak tau guna Microsoft Access. huhu.. Pakar IT, sila tolong saya. Perlukah pertolongan pakar IT kalau itu pun tak tau??? huhuhu... Tiba tiba terharu dapat sms si suami..

"Salam..malam ni bawa balik semua pasal Access tu ye..kita buat sesama..."

Wooowooo....Terima kasih. Apa kata kamu buatkan terus? hehehe.. Cubaan menganbil kesempatan. hehehe...Tetiba rasa terharu dengan keprihatinan suami. Eleh. Baru offer nak tolong buat Access dah terharu... Ah! Apa kamu tahu? Aku terharu bukan sebab Access-yang-tak-reti tu saja. Banyak hal yang buatkan aku terharu. Seperti semalam.

Aku tak dapat tidur sebab si-kecik-Alia sudah mula tidur dengan buasnya. Jadi sempit. Makin lama makin rapat. Amboi budak ni.. Mama siku kang...huhu..Tapi en.suami dengan pasrah nya, offer tukar tempat. hahaha.. Dengan senyuman keji yang bersarang di hati, cepat2 aku tukar tempat. Hasil nya...aku tidur lena sampai ke pagi. Bila bangun, tgk, beliau tersepit tepi si-kecik-Alia-yang-tido-bueh.... Ah! Sungguh kesian. Patut nya aku yang tersepit itu. Bukan beliau.

Kejap. Tengah chatting dgn Noni kejap........................

Ok. Sambung balik.

---------
-----------------
-------------------------

Err.. Sudah lupa. Isk. Ini makcik Noni punya pasal. Aku sudah lupa semua. Huhuhu. Sila salahkan beliau.

Note : En.Suami, saya sudah memuji kamu. Marilah belanja saya makan di Taman Warisan....

Wednesday, January 27, 2010

"Fuh! fuh!". Cubaan meniup jarum jam supaya cepat skit jalan.

"Kting!"

Lepas je punch card, aku jeling jam.. "ah, br 8.05am. Lagi 9 jam setengah!"..

.....

Sekarang aku jeling jam lagi. "yey! Lagi 15minit!"

Gila pathetic hidup macam ni hari hari. Oh, cepat la Jumaat!!

Note: 1/2/10 area KL cuti kan?? Dah la 1st day masuk ofis kat menara,kang aku pegi, ada pakgad je,naya je kena tembak kali ke dua.

Friday, January 22, 2010

Bila habuk masuk mata, adoii!! Sakit! Nak gosok2 tak bole sbb pakai lense..

Ada pendapat cakap...

"orang berkaca mata nampak cool dan romantik.."

Yeke? Esok nak pakai spek lah ke ofis. *Tiba tiba. Haha

...........

Dulu aku sangat obses dengan spek mata. Tak percaya? Aku ada salinan kad pengenalan lama. Gambar aku pakai spek yang sangaat besar. Tentulah spek en.dedi. Waktu tu, aku tiada pilihan. Pn.mami ckp aku nampak bijak dan cantik kalau pakai spek. Seperti biasa,beliau suka kelentong aku. Memang nampak bijak dan bijak (*perasan) pun. Tapi part nampak cantik tu aku masih mushkil sampai sekarang..*mak tipu ye.. Mana tak nya, di sebabkan gambar itu, aku sentiasa jd bahan ketawa. Sampai sekarang. Nasib baik lah kad pengenalan kena renew bila dah sampai masanya. Kalau tak, konfem kena gelak time nak beli kereta, time kena tahan abg polis, time nak apply kerja.. Oh. Nasib baik. *gambar nya tentu lah takkan di publish di sini.

Ke-obsesan aku terhadap spek mata tidak hilang sehinggalah aku naik ke tingkatan 3. Sbb terpengaruh dgn ayat pn.mami. "kamu cantik lah pakai spek.. " maka aku nekad nak pakai spek. Cis, sungguh mudah terpengaruh! Jadi,aku mula berjinak jinak dgn aktiviti membaca nOvel di dalam gelap. (sbb org ckp mata boleh rabun dgn cepat). Ya! Memang menjadi! Hasilnya, dalam tingkatan 3, aku dah pakai spek dgn power 100. Seronok!

Tapi, power spek ni makin lama makin bertambah. Bukan berkurang. Aku pulak baru terasa pakai spek ni agak menyusahkan. Kena pakai je selalu. Tu yg kadang2 time tido pun terbawa bawa. Huhu.kadang2 terpaksa lah pakai spek bengkok sebab dah kena tindih. Huhu.

Bila dah masuk uni, mula gatai nak pakai contact lense,padahal dulu gedix nak pakai spek. Pn. Mami sampai dah berbuih air liur marahkan aku pakai lense. Hahaha. Maafkan daku pn.mami... Bukan niatku untuk melawan kehendakmu. Sekarang,beliau pasrah je. Hahaha

Dah la. Takda motif ckp pasal spek ni.

Note: sebenarnya jeles kat noni sbb beli spek baru yg mahaaalll. Haha

Chow. Pening kepala taip atas tren ni. Sekian.

Thursday, January 21, 2010

Jgn cuba nak merompak tmpoint. Pakgad dia garanggg..

Hari ni sampai awal. Pintu pun tak buka lagi. Jadi,aku lepak dulu dpn ofis. Lepak dgn guard.

Aku jeling pak guard.
Pak guard jeling aku.

Aku: pakcik, tu senapang betol ke?
Pakgad: abes ko nampak mcm mainan ke?
Aku: takleh test ke pakcik?
Pakgad: nak aku try tembak ko?..
Aku: *diam*

......

Pakgad: yg ko tercegat tepi aku ni kenapa? Nak masuk dalam ke?
Aku: a'ah. (tak berani ckp byk2. Takot kena tembak)
Pakgak: staf ke?
Aku: *angguk*
Pakgad: ler..pintu tak kunci da...
Aku: eh. Yeke..*malu*

Pengajaran hari ini. Jangan bergurau kasar dgn pakgad. Senapang beliau senapang betol.

Dan...beliau garang.

Tuesday, January 19, 2010

Sila abaikan previous entry saya. Mengarut semua tu..

Sila abaikan previous entry saya. Mengarut semua tu..?? Kenapa?

Hari ini aku belajar 1 benda... Setiap menda yang kita nak, takkan datang sendiri. Kita kena cari. Buat masa ni,apa yang aku nak,cuma sesuatu untuk hilangkan busan sewaktu bekerja. Jadi, selepas aku lepaskan amarah di dlm blog tadi, aku terus berjalan2 keliling ofis. Haha. Dah tak tau nak buat apa kan... Sib baik la ada seorang kakak yang nampak mcm sibuk je, lantas konOn nya pekerja yang cemerlang la, aku tanya la pape yang boleh tolong.. Terus dia bg aku byk gile dokumen yg kena matikan stem. Huhuhu. Tetiba jadi bz kejap. Ok lah tu dari nganga je tak buat pape..

So,kesimpulannya, segala caci makian di bwh adalah kerana tekanan perasaan... Sekarang tidak tertekan lagi.... Sila jgn takot dgn saye ye...

*ok. Mari sambung kerja.

Positif...positif... Ah! Boleh blah!!

Seriously aku perlu ada alat penenang jiwa.. Emosi aku tak stabil sejak 4minggu lepas.. Kadang2 hepi, kadang2 marah. Oh! Sungguh aku S.T.R.E.S.S = Saya Tak Rasa Emosi Saya Stabis.

Mari kita berterus terang. Bagi aku program latihan sebulan setengah yg di anjurkan oleh zzz (ah!ramai yg tau dmana aku kerja,kan) adalah sgt tak praktikal. Dengan bahasa kasarnya, bull*¿#¥@^!!! Aku dah fedap,ok.. Tak ada input langsung! Kenapa tak boleh terus start bekerja? Alasan mereka, supaya aku tau apa kerja kerja orang lain. Apa rasanya jadi teknikal assintant, jadi customer service.... Yes, aku akui, mmg penting tu semua, tapi kalo setakat datang ofis, habiskan duit naik tren,bas segala, berpeluh ketiak semata mata nak duduk saja, memang cam ****!! Tu dia..sila isi petak kosong.

Ok. Terima kasih. Aku sangat hargai usaha murni mereka dgn mencipta program2 yang 'bermanfaat' ni. Bak kata sang suami yang kacak itu.. "at least ayg dah tau jalan n public transport kat kl ni..."

Ye la abangggg oi.. Kunun mcm aku suke la merayap tah ke mana serata kl ni. Siap sedut asap hitam bas U623... Berlari lari anak sebab taknak lori sampah potong aku lalu meninggalkan bau yg semerbak..sudahnya dok termenung je kat ofis sambil update blog kat hp. Hahaha. Gembira nya aku..

Dah la semalam tak pasal2 kena tegur dgn customer...aku baru je masuk 1st day,ko dah nak hentam aku. Bladi ful. Terang2 jam dah kul6. Kaunter dah tutup la bang oi.. Elok aku kuar pintu, lg mau tanya menda yg aku tak tau.. Yes. Salah aku sbb tak tau jawab,tapi aku dah say sori kan sbb aku 1st day training.. Tak perlu la sindir2 aku,ckp 'sebagai staff,aku perlu tau semua'.. Bodo la..ni bukan bidang aku,aku pun br blaja. Takkan la nak tau semua..sbg contoh la kan, takkan la org HR tau keje software engineer? Takkan la org admin tau keje security? Tolong paham la...lgpun ramai lg yg terang2 pakai uniform biru tu,asal ko tak tanya? Nyesal aku pakai tag!

Dah. Tetiba aku rasa nak marah. Buduss..

Note: en.dedi, jika terbaca blog anakmu ini, maafkan kata kata kesat beliau. Kerana beliau tensen. Sekian.

Wednesday, January 13, 2010

Semorg semayang jumaat. Tinggal sorg diri. Boleh buat senam robik ni. Hoho

Busy! Busy! Byk gila kerja! Tertekan..

........

Hahaha. Okey. Kenyataan di atas adalah dusta semata mata. Mana ada busy kalau OJT (on job training).. Boleh bergembira lagi ada lah. Setakat ni kena belajar apa technician kena buat kalau nak pasang kabel baru, kalau ada laporan kerosakan...kena ikut je. Kalau faham, angguk. Kalau tak faham, angguk juga. Buat buat lah faham supaya dia tak perlu ulang balik sehingga ke dua duanya bosan. Ok?

Baiklah. Habis di situ.

Ok. Berita gembira dan berita pasrah. Ada ke berita pasrah? Berita pasrah ni adalah berita berita yang penerima nya perlu redho untuk hadapinya. Sbg cth, berita gaji telah di potong sebyk 10% oleh en.majikan..ataupun, berita janda dpn rumah yg di usya selama 3bln sudah menikah..ataupun berita bil air melambung sebab si suami lupa tutup air...semua itu harus redho kita terima kalau berlaku ke atas kita. Eh, sudah. Jangan melalut..ok. Sambung semula.

Berita gembira. Hari ini hari terakhir aku di jalan raja chulan. Berakhir juga episod aku kena berhimpit dalam star lrt, berakhir episod aku men'sound' brader yg tanak bg tempat duduk, juga berakhir episod aku terlihat bulu ketiak abg ensem..dan berakhir juga episod menapak 10minit ke tempat kerja dan sering masuk lambat ke ofis..dan kadang2 terpaksa berlari akibat di kejar hujan dan petir..dan tamat juga episod hampir terbunuh oleh asap rokok pemilik si jongang.. Aduh. Bila di kenang, indah juga episod2 duka itu. Ceh. Ayat tak bole blah.

Berita pasrah. Mulai Isnin depan, tempat training baru. Hari pertama, di Mutiara Bangsar. Hari ke dua, entah tak tau di mana tercampak.. Harus pasrah menerima. Kata berita pasrah,kan.. Tapi kan, entah entah perlu aku ulang episod duka sebelum ini?... Episod aku kena berhimpit dalam star lrt, episod aku men'sound' brader yg tanak bg tempat duduk, juga episod aku terlihat bulu ketiak abg ensem..dan juga episod menapak 10minit ke tempat kerja dan sering masuk lambat ke ofis..dan kadang2 terpaksa berlari akibat di kejar hujan dan petir..dan episod hampir terbunuh oleh asap rokok pemilik si jongang.... Entah lah..

Aku pasrah...

Thursday, December 31, 2009

Entry penutup 2009....perlu ke?...

Oh...tengok je kalendar, baru perasan hari ni dah ujung tahun...maka aku perlu lah bertindak! Blog mesti di hapdet untuk penutup tahun 2009.... Ceh! Macam poyoss je...

Ramai dah sms aku wish happy new year.... Kena happy ke? Baiklah..aku happy...... Ramai yg happy sbb 2009 dah nak abis....malapetaka katanya.. Haha..lain orang, lain lah ceritanya.. Bagi aku, 2009 sangat best. Penuh suka dan duka.......

Sejak dari awal kemunculan 2009 lagi aku dah happy.....sebabnya, bermula kisahnya mak buyung membawa perut! Haha.... Penuh dengan debaran dan ketidaksabaran...Sampai lah 1 sept, Alia menjenguk dunia baru... Ye! Sangat gembira...dan letih. Sampai lah ke penghujung 2009, aku masih gembira....dan letih. Esok, Alia genap 4 bulan.. Hepi hepi!!

Cuma, ada waktu yang menyedihkan aku.... Pemergian opah tersayang.... pergi tanpa sempat kenal cicit sendiri.... Juga waktu en.dedi terlantar sakit, 2hari sebelum aku beranakkan alia... Sekarang, alhamdulillah..walaupun tak sihat betul, sekurangnya keadaan semakin baik....

Sekarang, semua suka duka tu dah tinggal kenangan...... Buat macam mana pun, apa yang dah berlaku, tetap takkan berubah...

2010 pulak tak tau macam mana kisah nya...... Kita sendiri yang mencipta kisah tentang kita.... Ayuh! Kita tamatkan untuk tahun ini!

Selamat tahun baru!!!

...semoga semuanya lebih indah....mari cipta lebih banyak kenangan...

Note: oh...aku baru je celebrate birthday ke 25... Esok dah masuk 26 tahun?? Isk isk isk....

Wednesday, December 16, 2009

Hoyeh!! Aku mau pulang!

Sawadikaap.. Eh tercakap siam pulak. Hati aku riang ria hip hip horay waktu ini.. Sbb hari ni last di taiping.. Wa! Sonok sonok! Tapi tak tau la en.dedi nak kutip ai malam ni atau esok. Huhuhu.. Tamat lah penderitaan aku 3 minggu ni.. Tapi kan..kata org,tak kenal, maka tak chenta! Sebab dh dok 3minggu kat sini lah,aku dh jatuh syg.. Hehe sedih pulak nak pisah2 ni. Haha macam la tak kan jmp blk,kann.. Hehehe bawah ni gambo dinner BBQ semalam... Dah la kena buat tarian kat stage. Haha mak belasah je noks! Tgk blk video,rasa nak bunuh diri pun ada! Hahaha..
Bagi aku la kan, induction 3 minggu ni salah satu program yg plg best yg penah aku join! Except duration 3minggu tu, yg lain, best belaka. Sebabnya, pompuan ada sikit je..so, aku kenal semorang.. Takda la berpuak puak. Semua boleh masuk. Dan yg paling penting, time beratur nk makan je,mesti tak lama. Hahaha.. Aku tak berapa kenal la budak2 laki, sbb bila dh kawen ni, rasa tak syok plak nak gedix2. Hahaha bole? Gambar mmg byk,tapi malas ah nak tempek. Lgpun, hapdet blog guna henset tak best! Huhu
Hoho, lepas ni aku tak tau la aku di postingkan kat mana. Huhuhuhu.. Tapi aku berharap sgt dpt dkt cyberjaya. Dkt lah dgn ofis en.temmon, nursery alia, dgn makcik noni, makcik huda.. Pastu,boleh tgk ofis lama. Sob3x. Tapi,kalau dpt tempat lain, harap2 lah dkt dgn putra lrt, senang lah nak pegi.. Huhu.. Aduh! Sedih sentimental la pulak aku ni, dah la rumet aku, si afni ni pasang lagu sedih mendayu dayu. Wa!!Huhu.. Walaupun aku sedih nk berpisah ngan dorang ni,yg entah bila la boleh jumpa ni, tapi aku sgt merindui budak kecik kat bwh ni!! Alia!! Im coming home! Hehehe
(dalam hati alia, 'eleh..kecoh ar mak aku ni....')

Wednesday, December 09, 2009

Bila la kursus mau abes ni..aku dh fedap!

Adoi...aku malas la nak komplen 10% yg berlaku yg di luar kawalan aku.. Mcm ampaian takda..sidai bj dlm bilik tak kering2.. Mkn asik menda yg sama.. Dah 2 hari makan sisa lalat je.. Hari2 minum air teh smp nk berak pun payah..ape kes?? Malas la nak marah2,kan.. Tapi yg 90% lg,yg kita boleh kawal tu yg kdg2 buat aku hangin.. Minggu ni, every nite takda aktiviti.. Tetiap mlm sangap la dok dlm bilik, pastu boleh pulak ada ceramah/talk/training on weekend!! Marah,ok! Marah! Napa la tak penuh kan aje aktiviti letak siang malam on weekdays. Weekend boleh la sapa2 mcm aku ni nak blk ke..nk dilawat sedara mara ke..nak tido semalam di hotel bsama family ke... Adoyai!! Pelik aku. Bila komplen, kata trening ikut ofis hour, tp hari jumaat,penuh pulak dari pg smp mlm. Hari sabtu n ahad, penuh dari pg smp petang..ofis hour negara mana plak dorg ikut ni? Sesuki je..igt aku suka ke dgr2 ceramah yg takda kaitan dgn keje aku? Ah! Aku fedap! *mama rindu alia sebenarnya.....

Wednesday, December 02, 2009

Sapa kata kursus bosan? Best apa..tp agak2 la kalo nk buat kot,takkan 3minggu...

Merujuk kpd tajuk di atas, ingin aku tekankan, BEST gila trening kat sini!! Bkn best sbb ceramah,test atau apa, cuma yg best nya makan 6 kali sehari. Stended dok asrama. Dan untuk pengetahuan kamu, baru 2 hari dok sini, korset aku sudah ketat!! Ini bencana ni, bencana! Sekian. Aku sudah stress!

Monday, November 30, 2009

Isk..takut la pulak nak tggu hari esok!

Setelah sekian lama, En.MahMOOD kembali bersama aku untuk menghapdet blog. Sibuk sikit la sejak jadi mama yang vogi de vas ni... Balik keja je, mesti dah terbungkang tido sume nya..Astro pun tak sempat tengok... Ade hikmahnya operator Astro tu membengong kan diri beliau sendirik setelah salah buat apa yang aku mintak. Aku mintak pasang mustika, buang sport..(sebab astro aku yang bayor kan, suke ati aku la nak pasang channel apa..haha).. tapi si-adik manis operator Astro tu pegi buang channel 551 tu yang discovery ape mende alah tu, pastu mustika tak masuk masuk... macam $%#$&*!! Tapi memang aku tak sempat nak tgk tv pon..henpon pon kadang2 aku lupa taruh mana.. satu satunya cerita yang aku dok layan, Nur Kasih je...sekarang dah abih citer tu, aku nak tgk apa pulak?!!

Ah! Pedulikan pasal TV tu.. Duniawi semua tu. haha..

Tadi last day aku dekat xxx. Bila dah setel semua dengan HR, N&S apa semua tu, time aku nak blah dah dari ofis, tetiba aku jadi sebak.. Isk isk.. sedey arr... xxx bukannya teruk pun, cuma aku perlu move on...Banyak betul kenangan dekat xxx...Dulu, time mula mula masuk, ramai je geng2, tapi tadi aku keluar, sorang2 je...sbb semua dah resign awal lagi.. huhu..... Selamat tinggal xxx.. Sob sob sob..

Esok, 1/12/09, aku akan mula kerja dengan company lain pulak. Aku bg nama zzz.. hahah... harap harap aku tak selalu tertido la macam kat xxx dulu.. ZzzZzzz.. (tido mode)..Tapi yang kureng best nya, zzz ni kena ada induction dulu, lepas tu baru lah posting kat memana. Kalo induction tu dekat KL je, syok la..tapi dekat Taiping tu...dan, untuk melengkapkan penderitaan aku, induction tu 3 minggu!! Terbaik!! Memang lengkap lah penderitaan aku.. Waaaa.. aku rindu Alia la nanti!!....

Ah! Tak kira!! Every week aku nak balik! Lantak la ada program ke..apa ke.... aku mesti balik!!!...... Jangan lupa kutip saya di Taiping nnti yer, En.Temmon...

Sebagai abah yang baik, En.Temmon nak jaga sendiri Alia sepeninggalan aku nanti.. haha.. mari kita lihat!!

Dan..sebagai mama yang baik, mari kita buli Alia!! Lihat di bawah..

-------------

------------------------





Hahaha... Jangan marah mama ye!!! haha

Note: Reha! tu durian rumah ko aku kebas! lalala~

Thursday, October 22, 2009

Farisya Alia punya hapdet daa....

Aku sudah ada di kl.... Syok juga dok kampung, ramai2 bole gilir2 jaga Alia..opah ada..tok ada..makyang ada... Tp rindula pulak ngan en.temmon.. Tertanya2 sudah mkn kah beliau...sudah bgn ke beliau..sudah ke opis ke beliau... masih terbungkang di atas katil ke beliau... Membuatkan aku gundah gulana.. Padahal dia gumbira hip hip huray je..open house belambak. Aku je riso lelebih....huhu

Bila dah abis pantang, terus lah balik kl...time en.temmon ke opis, tinggal lah aku berdua duaan dgn Alia. Budak Alia ni senang je nak tido (mcm aku).. Tp senaaanggg gilerrr nak terjaga.. Kang bunyi aku turun katil, dia jaga... Bunyik lori sampah kat luar, dia jaga... Bunyik cicak gaduh, dia jaga... Bunyik apek jerit2 "Sulat kabar lama!!"..pon dia jaga... Nak je aku sumpah seranah apek iteew... Adooii.. Dah terjaga tu, kena la pujuk2 balik...kalo mahMOOD dia ok..kalo tak..mau sejam dua aku ngadap dia lagi... Maka, nak masak, separuh jalan...nak basuh kain, separuh jalan...nak kemas bilik, separuh jalan...nak mandi pun..eh, mandi mana leh separuh separuh. Tapi best ah ada member borak2 santai..kadang2 dia respon..kadang2 dia bolayan je..mayb dlm hati dia.."apelah mak aku nih, bebel sorg2.."




Ni gambar alia tgh tido sebelah aku ni... Ada stail oooo...time aku snap, ada flash ngan bunyik plak.. Nasib baik laaaa tak terjaga..huhuhu




Alia atas car seat.... Nama je car seat, naik keter, aku jugak yg pegang dia.. Apa kesss?



Ini pulak, alia dgn sepupu nya... Beza 45hari je..elok aku merdeka dari pantang segala, elok la mak dia pulak start berpantang.. Haha.. Selamat berpantang, kakrin!!

Anak buahku ini sgt comey... Tembam!! Eh..baby mmg sumer comel laa....tak puas betul tgk Airish Zara ni, nanti makngah datang lawat.. Makngah hokey!!! Bukan maknyah. Sbb adik adik aku panggil aku 'Nyah', tak bermakna anak buahku bole panggil aku 'maknyah', okkk.... Haha

Note: semalam, 22/10 ialah besday pn.mami. Epi besday!! I looovee u!!! -from ana,jat and alia. Muah muah..

Saturday, October 10, 2009

Raya 2009~

Lalalala...Setelah sekian lama baru lah aku berjaya mencurik laptop adik aku, Poyyu. Sebelum ni, asik aku nak guna internet je, konfem tak dapat.. bizi je dia memanjang..mengalahkan presiden US.. huhuhu.. Yang best nya, malam ni dia takda, pegi camping sekolah. hahaha.. aku berkuasa.. Poyo la kan kalo gi camping sekolah pun bawa laptop, kannn.... lalalala~

Saje je aku nak hapdet gambar2 baru.... Gambar raya itu hari.. Raya yang best dalam tak best!! Yang best nya, aku sambut raya bersama orang baru, budak kecik yg comel itteeww, my little Alia...yang tak best nya, aku beraya dalam berpantang! huhuhu.. amatlah tertekan tgk orang lain dok pulun makan...dok pulun beraya...yang aku ni dok terperap je kat rumah, tunggu orang datang.. huhuhu....



Ni aku bersama my little Alia di pagi raya....Reben kat kepala dia tu sekejap je lekat, pastu dah hilang tah ke mana.. Dah sorang2 asik nak dukung la...cium la.. last2 aku jumpe menda tu kat dapur.. huhuhu


Jeng jeng jeng!... Baru aku perasan, ni je gambar kami bertiga di pagi raya.. huhuhu... Baju kurung aku tu tahan sampai tengah hari je....pastu kembali ke kain batik dan t-shirt... huhuhu..

Esoknya, kami bertolak balik ke Alor Staq.... Lepak sampai raya ke-7.. kat sana, gambar little Alia je penuh camera, gambar aku takde pong! Sebab tak dapat melaram pon....huhuhu.. keciwa!!

------------------------------------


Hehehe...saje nak letak gambar Alia. Ni gambar Alia time hari ke-2... Skang ni dah hari ke-40.. dah lain sungguh rupanya.. hehehe

Ni pulak gambo comey dia yang aku suka..Err... sebenarnya dia tgh meneran nak melepas tu.. hehehe...

Note: 18/10 ni ada marhaban naik buai untuk Alia...lepas tu terus balik KL... hohooh.. pastu nak ajak En,Temmon jalan jalan... hehehe

Saturday, September 19, 2009

Eh, esok dah raya?

Mcm rasa sekejap je ramadhan tahun ni... Pejam celik,tau tau esok dah raya.. Lagi2 dgn aku yg still dalam pantang.. Laagi la tak rasa sebulan ramadhan ni.. Dah la dapat puasa 9hari je. Sob3x.. En.temmon, sila teman daku puasa ganti nanti ye. Hehe.. Kenang2 balik, raya aidilfitri tahun lepas, aku beraya sebagai tunang en.temmon.. Raya haji pulak sebagai isteri,beraya berdua..Tahun ni, sebagai ibu pulak,dah jadi bertiga.. Hee..sekejap je masa berlalu.. Entah2, tahun dpn, raya berempat pulak. Haha.. Rasa best pulak.. Dikesempatan ini, aku nak minta maaf pada semua orang... Maafkan lah daku ye.. Dan,selamat hari raya!!

Thursday, September 17, 2009

Balik raya~

Malam ni tentu ramai yang berpusu pusu balik kampung... Ada jugak yang balik bandar. Ngeh..ngeh..ngeh.. Sama je balik kampung ke..balik bandar ke..yang penting,dpt sambut raya dengan orang2 tersayang... Rindu gila time belajar dulu, sebelum puasa lagi dah menggelupur beli tiket balik kampung... Bas pula slow macam siput sedut,sbb jammed.. Wah! Meronta2 la duduk dalam bas tu.. Bila dah ada kereta, lupa daratan kejap. Haruslah tak payah risau nak kena beli tiket. Haha tapi haruslah pasrah dan tabah drive mengharung jammed. Tapi best gila,sebab bole balik bila2 masa je. Hehe.. Sekarang? Laaagi best. Sbb ada husband. Laaagi tak perlu pikir nak drive harung jammed segala,sbb tak payah drive,kann.. Taraf hidup dah meningkat.. Ngeh.. Ngeh..ngeh.. Eh,tapi bkn kah aku berada di kampung sudah? Buat apa fikir pasal jammed segala? Hehe... Sian en.temmon..kena drive sorang2.. Kalo ai ada sebelah,boleh la bg kata2 semangat ke..urut2 sikit ke.. Raba2 skit ke..eh, astagfirullah... Hehe ape2 pun, semoga selamat sampai ye sayangku, buah hatiku..intan payung... Kami merinduimu..ting tong!!

Sunday, September 13, 2009

Cerita tentang aku dan dia...

Hai..terasa ingin updet blog sejak 2,3 minggu lalu lg,tp apakan daya,buka je internet,mst facebuk dulu,baca blog kwn2..sudahnya hilanglah en.mahMOOD utk berblog.sila maafkan aku. Ayuh,aku rasa nak bercerita tentang dia lah.. Siapa? Hee..dia la..permata hati aku yg comel,yg ikut muka abahnya,yg suka ikut time US,tak bg aku tdo mlm,yg suka kentut sambil melepas..haishh...

29/8/09, sabtu
Mcm minggu2 sblmnya, aku, dgn gigihnya pegi buat weekly checkup kat sjmc.time tu doc cek,rupanya en.rahim dh buka 3cm,and kepala baby dah engaged. Doktor suh aku balik dulu,kalau sakit or pecah waterbag,br dtg balik.aku pun gumbira hip hip horay sbb mmg dh lamaaa lah sangat baby ni berenang dlm perut aku ni..aku pun sangaatlah letih jwb pertanyaan kwn2,sedaramara,jiran tetangga yg hari2 ty: "bilala ko nk beranak ana oii"...

Jadi hari itu aku pulang sambil menyanyi riang,bgtau kat pn.mami (yg lepak2 kat umah aku tu)..pn.mami pon gumbira hip hip huray jugak sbb tak perlula dok lama2 di perantauan....

Malamnya, aku bersama en.temmon jalan2 cari pasal kat sunway piramid,baru 10min sampai,pn.mami telefon sambil nangis2, ckp en.dedi tgh sakit di kampung..semua jd panik,jd kami nekad pulang ke gerik mlm tu juga. Menakjubkan! Dalam 2jam setengah je kitorg bertiga dah sampai kg.punyala pecut..

30/8/09,ahad
Pagi2 lagi en.dedi dihantar ke hospital gerik,kena masukkan air dan darah, terus naik ambulans ke hospital ipoh.
Masa tu,aku asyik pujuk2 baby supaya tak keluar lagi..berenang2 lah dulu sampai semuanya setel...bukan taknak beranak di gerik or ipoh,cuma rugilah benefit yg company bg,kann..lgpun nak resign dah,haruslah gunakan benefit yg ada tanpa was was...

Lepas semua urusan di hosp. Ipoh setel, sedaramara yg dtg pon dh blk,waktu melawat pon dh abis,kami adikberadik terpaksa tinggalkan pn.mami bersama en.dedi di hosp dan kami berbuka dikedai sblm aku n en.temmon balik ke kl...

31/8/09,isnin
Merdeka! 1 malaya cuti..masa ni tertanya2 dan berharap2 baby bole keluar bila2 masa..jadi,aku nekad berjalan2 di sunway..2jam berjalan, sampai naik semput...terus pegi taman warisan,putrajaya...berbuka dgn noni,reha n huda... Perghh...dpt mkn satay perut akhirnya!!

1/9/09, selasa
Mlm tu,mata xdpt lelap.setiap sejam rasa nak 'melabur saham',tp tiap kali pegi,xda hasil...sampailah jam 4.10am..aku malas nak pura2 tido,baik aku masak utk bersahur...jadi,aku kejut en.temmon,paksa dia temankan aku masak...dan,mcm biasa,dia pasrah aje...time bersahur,aku rasa mcm waterbag dh pecah..oh!!sgt ngeri perasaan itu,sbb tak tau betul ke itu air ketuban?....tp sempat aku abihkan nasi sahur aku tu..hehehe

Sementara tggu subuh, sakit contraction dah mula dtg. Every 10min..adehh... Ni pun 1 hal..aku konpius...ni ke tanda2 nk bsalin?en.temmon pon konfius,terus tepon umi dia di a.staq...umi suh kitorg siap2 pegi hosp, sbb air dh pecah,kannn..aku terus mandi, semayang subuh, doa...sambil hembus2 skit..terus pegi sjmc.

Dalam jam 6.50am, aku n en.temmon dok dalam labour room,sambil tunggu en.rahim buka sepenuhnya...seksanya aku menunggu nya!! Plus sakit every 2min!! Sampaikan nurse kasi pain killer sambil sedut gas yg lalok tu...fuhh..syok oo sedut gas tu..high gila..sampai ckp merapu2 dah....

Aku dok sedut gas tu sampai kul11 am, baru lah tiba masa nak meneran.. Adehh,segala ilmu2 yg aku belaja sblm ni, semua ilang! Dgn perut kosong,after dh disuntik oleh nurse supaya 'melabur' dan dh muntah segala...aku teran sampai abis kudrat.huhu.. Punya lah ramai pom pom girl dlm tu bg sokongan, dalam 7org nurse, sorg doktor and sorg pom pom boy yg macho dan bergaya sambil2 jerit: "push!!jgn give up!! Dah nmpk kepala dh!! Sikit lagi!!" adoyaiii...huru hara kejap bilik tu.. Hasilnya, tepat jam 12 tghari,lahirlah seorg baby girl yg comel,yg sejibik muka en.temmon,yg matanya sepet,yg hidungnya kemek skit dan yg paling utama...beliau putih!! Fuhh..sib baiklah kau ikut kulit bapak kau...

Maka,lahirlah... Farisya Alia bt Mohd Aizat




Wednesday, July 22, 2009

Saje je nak hapdet...isi masa lapang..sambil baca harry potter...

Hari ni usia kandungan aku dah 8 bulan 2 minggu.... Awal bln 8 ni,dah masuk 9 bln.... Perut tentu lah dah besar...baby pun asyik menari tango je....lagi2 kalo time malam....huhu...tak leh tdo ai....tapi kalo time dah lena, mmg tak sedar dah...bertango lah dikau sorang2..hehehe

EDD aku 2/9...tapi doctor suruh ready time middle of August.. So, 17/8 aku dah start cuti..standby kat umah aje...lgpun dah tak larat nak drive setengah jam pegi balik ofis....dgn banyak kereta nye...asik marah2 kat taxi la...lori la...tekanan ai tawww.... Skang ni pun kalo tak larat, aku buat2 EL sendirik..hehehe

Tak sabar nak tunggu hari kejadian dah ni..tapi bila dgr cerita pengalaman member2 sekeliling, rasa ngeri pun ado.....takut...berdebar....excited....

...........

Tapi itulah keistimewaan kaum wanita, kannnnnnn.......

Sunday, July 05, 2009

Aku sedih!~

Janji Allah itu benar. Setiap yang baik, ada balasan baik nya... Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah nya.... dan..setiap yang hidup pasti ada hari mati nya....

Hari ini, seawal 4.49 pagi, abah call, bgtau berita yang menyedihkan. Opah dah meninggal. Meninggal dalam tidurnya. Memang aku telah bersedia, tapi tak sangka secepat ini. Yang menyedihkan, aku dan suami tak dapat balik ke kampung. Tp, mujurlah 3hari yang lepas aku sempat balik ke kampung. Dan bersyukur sangat, aku sempat suapkan air dan ajar arwah mengucap.

Bukan aku nak menidakkan kuasa Allah...tapi aku terkilan. Opah tak sempat tengok cicit baru dalam keluarga kami. Lagi sebulan lebih baby nak menjeguk dunia kita, opah pulak dah pergi dulu.... Kalau lah lewat sikit.........

Apa pun aku sentiasa doa kan opah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.... bersama arwah atuk...

Kini, aku hanya ada seorang opah. Opah sebelah emak. Harap Allah panjangkan usia Opah.. sebab aku tak bersedia untuk kehilangan seorang lagi....

Note : Al-Fatihah untuk arwah Opah...