----

----
----
Showing posts with label Leisure. Show all posts
Showing posts with label Leisure. Show all posts

Wednesday, October 31, 2018

Kellie's Castle

Kembali bersambung, 

Jalan-jalan di Ipoh diteruskan ke Kellie's Castle. Tempat yang popular sejak kebelakangan ni. Kitorang mmg plan baik dari kampung haritu, lari dari jem highway, kita jalan2 start dari Sayong, Victoria Bridge, Kapal Korek TT5 dan destinasi last, Kellie's Castle. So lepas asar, cari makan, leh tolak balik KL dengan gembira walaupun kena hadap jem. Haha.




Kellie's Castle ni terletak tak jauh dari Kapal Korek TT5. So, kalau korang pergi Kellie's Castle, pergi la ke kapal korek sekali, atau sebaliknya. Worth it, tapi most worth it naik Kapal Korek, banyak ilmu dapat. Kellie's Castle ni tinggalan sejarah yang perlu pelawat membaca sendiri. Dan kalau ada nak kecik, mmg tak sempat la nak membaca semua sejarah yang terukir. Haha. Kalau tak dapat cari volunteer, aku rasa kerajaan boleh buat je video pengenalan tempat-tempat bersejarah sebelum masuk ke kawasan tersebut. Buat bagi informative dan innovative supaya kanak-kanak pun tak bosan tengok.




  
Sedikit sejarah pasal rumah agam ni, sepertimana yang semua tahu, ianya tinggalan warganegara british yang bernama Kellie. Dia datang Tanah Melayu untuk buat business getah dan bijih timah. Mmg kaya raya, even rumah ni kalau dia upgrade lift masuk dulu, ianya lift pertama yang wujud di Tanah Melayu, tapi hajat tak kesampaian.

Secara rawaknya, rumah ni besar, bilik dia dah sebesar rumah flat aku ni ha, ada asrama pekerja, ada kuil/gereja, dewan makan, dah rooftop. Laluan beranda rumah ni dikatakan laluan berhantu (melalui apa yang aku baca la. Ada perabut lama yang aku pun tak pasti ianya milik Kellies ke bukan.

Yang pasti sebab diorang ni pendatang, diorang ada buat jalan rahsia merata-rata, punya takut. Haha, tuan rumah sendiri pun silap-silap lupa laluan-laluan rahsia yang ada. Jalan ke bilik bawah tanah kitorang tak masuk, sebab gelap sangat.

Satu benda aku kurang puas hati adalah masuk kena bayar parking. Haha, kalau parking berbumbung ke, takpe la juga. Ini parking terbuka, pastu parking penuh, dia suruh park ikut suka hati dia, janji orang lain lepas ngam-ngam. Adoi, macammana la pengurusan tempat ni. Nasib baik parking rm 2 sahaja. Better belajar banyak dari Kapal Korek TT5 buat tempat pelancongan diorang, menarik dari Kellies ni ha.



Tiket masuk dewasa rm5, kanak-kanak rm3 untuk warganegara Malaysia.

Kedai makanan kat sini pun tak menarik sangat dan agak mahal (seperti sedia maklum bila masuk kawasan official macam ni). Habis pusing-pusing rumah memang tak tau nak buat apa selain bergambar macam artis bollywood. Haha. Ouh. sebut pasal gambar, Nah, layankan gambar kitorang.














Sekian,
En. Temmon

Wednesday, October 24, 2018

Melawat Kapal Korek - Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 (TT5)

Assalam semua,

Meh update sikit apa boleh buat kat ipoh yang mesra family. Ya, nama scientificnya "Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 (TT5)". Yang menarik tempat ni berbanding Kallie's Castle adalah pengurusan dan khidmat tour guide.

Ok nak off topic jap. Mungkin lepas ni aku luahkan dalam satu post berasingan. Sepatutnya semua kawasan tourism kat Malaysia perlu ada dan Kerajaan dibawah Torism Malaysia patut amik berat. Kenapa? Just look at TT5, ya, ianya dibayar gaji aku rasa untuk pekerja-pekerja ini, tapi Tourism patut menggalakkan orang-orang kawasan kampung ini involve dan jadi sukarelawan kat kawasan-kawasan pelancongan macamni. Jadikan tempat ini free untuk sekolah-sekolah berdekatan dan adakan program cintai tempat-tempat begini. At least dari beratus pelajar berdekatan, cukup 20 orang yang berminat untuk menjaga tempat ni pun dah cukup bagus. Bagi pelajar lain yang tak minat, diorang atleast ada ilmu pasal tempat-tempat ini dan boleh menjadi kebanggaan diorang dilahirakan dan dibesarkan di kawasan istimewa ini. hah, ok, cukup bebelan sampai sini.

So kitorang saje tak tau nak gi mane, singgap jap la kat sini. Dari jalan besar dekat 500m juga nak park depan sign board bawah ni. tempat agak baru, industrial design concept office management. belakang bangunan management tu tersergam besar kapal korek TT5.


So, sebelum melangkah masuk ke kapal korek, korang kena beli tiket dulu la. Tiket harga untuk warga Malaysia dan bukan warga lain.

Dewasa: RM 10
Kanak-Kanak (8-12 tahun): RM 5
Kanak-kanak bawah 8 tahun FREE~!

Ahha, nak masuk kena pakai safety helmet, ye la, maklumla kapal korek ni dah 80 tahun katanya.

Tak sabar lagi muka semuanya.

Kapal korek ni atas lombong, so keliling kapal korek ni banyak ikan. So beli la makanan ikan siap2 kat kaunter tiket. Sebab mmg banyak sungguh ikan dan dapat menggembirakan lagi hati anak-anak.


Bukan tak sabar nak masuk ke kapal korek, tapi tak sabar nak bagi ikan makan kat titi tu.

Penerangan yang diberikan oleh staff yang bertugas sangat informatif. Banyak perkara diketengahkan untuk pengetahuan pelancong diberikan. Gambaran apa yang berlaku di setiap kawasan ketika kapal korek ini digunakan juga amat terperinci. Nak tau ilmu tinggi ke tak staff tu, try tanya soalan yang kita nak tahu lebih lanjut. Memang tak mengecawakan jawapan yang kita dapat tu.


Ni kawasan pertama briefing, kawasan berkumpul pekerja-pekerja kapal korek utk roll call atau emergency. Bagi emergency besi kunin tu akan diketuk. Bunyi dia, pergh~ nyaring. anak dalam kendong tu terkejut beruk la dengar bunyi, nak nangis pun ada.

Barang-barang dalam kapal korek ni pun dijaga rapi, banyak barang-barang lama yang rasanya kalau jual online boleh dapat buat duit banyak ni. Contohnya barang elektrik macam gambar bawah ni.
Gauge lama macam ni menarik plak tgk. haha.
Tak semua kawasan dia buka, tak silap ada dalam 4 atau 5 tingkat semua nya, tapi mmg tak boleh naik. boleh pusing sikit ja kat area bawah tu. Safety purposes. Tapi staff yang ada beri penerangan semua facilities yang ada. Nak tau juga tapi tak diberitahu? Tanya ja staff yang bertugas.

Khusyuk mendengar abam handsome bagi penerangan.


Muka ada happy bila makanan ikan dah habis dan nak keluar dari kapal korek.
Kitorang ingat habis kat situ je, rupanya ada satu lagi port dibawa oleh tour guide. Port mendulang timah. Teruja la anak2 nak mendulang kan, boleh main air, sapa tak suka. Ouh, air ni direct dari lombong, bau ada kurang enak, jgn lupa basuh tangan lepas main air ye.


Go kakak go. Suka sangat la dia main air. hihi
Total duration aku rasa dalam 1 jam setengah boleh settle. Menarik. Kat dalam management building ada jual macam-macam merchandise untuk korang beli as buah tangan dan tanda ingatan dah datang sini. Facilities pun bagus ada tandas dan surau yang sangat bersih.

Mmg menarik kalau ada tour guide kat tempat kita nak melawat. So kementerian pelancongan, sila tambahkan KPI anda. Hihi. Ok, layankan gambar-gambar kat bawah ni la ye.

Bahagian depan kapal.. bakul korek tu akan jatuh ke dalam air dan mengorek pasir, sebab tu jadi lombong bijih. korek je kerjenya..

belakang tu penarik kabel untuk naik atau turunkan bakul2 pengorek bijih. 

dah habis briefing kat sini, posing jap. 

tengah brifing pun sempat je posing. haha.

Kalau nak gi sini, boleh plan sekali ke Kellie's Castle, tak jauh sangat dah. sekali harung ja.

Ok guys, hope this is informative for u alls.

Best,
Abu Aiman