----

----
----

Friday, January 18, 2013

Euro Trip Day 7 - Italy (30/8/2012)

Assalammualaikum..

Ini adalah entry tertunggak. 
Walaupun sudah hampir basi, tapi nekad kena habiskan entry Europe ni juga.
Memandangkan ai sekarang ni tengah cuti sem, kerja ofis pun kureng, maka mari ambil kesempatan. Bukan senang.

Jadi, kita mulakan dengan perjalanan ke Pisa, Italy. Menurut GPS, perjalanan mungkin 6 jam. Dan mungkin lebih. Bergantung pada cuaca lah. Dan cuaca hari itu ditakdirkan baik maka kami bersiar-siar dulu lah sekitar Lauterbrunnen tu. Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Pisa. 

Laluan nak ke Italy kena lalu antara gunung ganang yang sangat cantik. Ada sisa sisa salji di puncak gunung. Ada air terjun yang airnya datang dari salji yang tengah mencair. Banyak sungguh. Cantik. Sejuk.

Perjalanan bermula. Hoyeh.

Ini sekitar Lauterbrunnen, belum masuk kawasan gunung ganang.



Setiap kawasan yang cantik, mmg disediakan kawasan parking. Jadi, kami berhenti secara suka hati.
 
Kereta pun tak banyak yang lalu di awal pagi ni, maka bergambar dulu.
Ha. Ini lah air terjun yang dari salji tu....
Ini adalah hero kami.
Ni budak-budak tak cukup umur. Nasib baik Alia tahan sejuk.
Keluarga kami. Woot Woot.
Over!
Bestfren ai yang tabah melayan peel family ku.
Ni cantik. Air dari salji yang mengalir tu, kumpul kat kolam. Sapa jatuh dalam kolam tu, terus keras. huhu
Ini kat pitstop lain. Jalannya bengkang bengkok macam nak ke cameron. Nasib baik driver hebat.
Letak gambar tuan tanah lah.





Selepas puas berpoya-poya, kami teruskan perjalanan.
Highway diorang sangat ok cuma driver kadang-kadang mengantuk je la. Masa nak cross border, semua dah berdebar-debar, tapi tak ada apa pun berlaku. Senang je. Jadi, pusing punya pusing, jumpa lah menara senget tu, Pisa. Sini, cuaca agak panas. 

Ini pintu masuk ke Pisa. Dari jauh dah nampak.

Ramai lepak mengisi masa lapang. huhu
Alia dan makcik.
Masa ni panas dan lapar.
Alia dah malas. Boring
Gambar wajib ada.
Nak jugak....
Borringgg

Souvenir dekat sini kebanyakan nya orang Bangla yang jual. Yang fasih bahasa melayu pun ramai. Jadi pandai-pandai lah tawar harga, sebab semua lebih kurang je.

Hotel kami di Florence, maka kena drive dalam 1 jam untuk ke Hotel Astor. Hotel ni RM244.25 per night. Bila dah sampai hotel, semua dah penat, apetah lagi En Driver. Maka, semua pengsan. 

Besok akan ke Vienna, Austria. Asalnya kami akan ke Venice dulu, tapi macam tak sempat sebab time estimation dalam google map tak sama dengan masa sebenar. Sobs. Jadi, kami terus ke Vienna, esoknya.

Sambung esok lah ye. HAHA

No comments: