
Kawan sekolah aku yang cantik dh bertunang!! Yey!! Aku gembira untuk beliau. hehehe.. Arl, ampunnnn bangatt.. Aku mmg nk pergi. Tp terlalu byk halangan. Wah! Padahal aku balik kampung time tu. hehehhe.. Anyway, Im so happy for u, dear. Cantik nya ko!! Congrats.....
Sebagai seorang wanita, aku sgt suka kalo dgr perkhabaran orang bertunang...kawin...beranak. Sangat suka. Kalau kawan aku kawen, aku akan berusaha utk hadir. Lepas tu aku berangan majlis aku mcm mana. Heh! Seronok nya berangan. Kalau kawan aku lahirkan baby plak, aku sanggup terjah hospital or rumah dia. Tak tau la kenapa. Tp aku sangat suka. Sungguh.
And lepas ni, turn aku pulak. Aku invite semua org (ye..aku tau..kad aku tak edar lagi), aku harap kawan2 aku datang, tp aku tak memaksa. Tak akan pernah aku memaksa kawan2 aku untuk hadir. Sbb aku faham, rumah aku sgt jauhh...Memakan masa dan kos. Yg aku perlukan cuma doa kalian. hehehe
Semalam (walaupun dh agak lewat), aku masih mencari cincin nikah dan sedikit barang hantaran. Payah rupanya nak cari cincin untuk lelaki. Semua nya tak boleh dipakai kecuali platinum dan silver. Tp alhamdulillah...setelah sekian lama, baru kitorg jumpa yg berkenan dihati. hohohoho.. Lepas tu nak cari jam tangan pasangan untuk hantaran. Mahal pulak. So, delay dulu lah. Majlis lagi 3 minggu. Harap2 sempat.
Baju nikah----------------checked
Baju pengantin-----------checked
Borang nikah------------- checked
Hantaran---------------- (lagi 1 barang)
Cincin nikah--------------checked
Mak Andam---------------checked
Cameraman---------------checked
Kad kawen --------------- checked (tapi tak edar lg. hehehe)
Apa lagi ye yg aku tertinggal?? Rasa nya banyak benda yg tak setel lagi. Tp ramai yg tgh membantu aku sekarang ni. Terima kasih, kalian. Kalian byk berjasa.
Weekend(esok) ni ada aktiviti girls day out. Untuk kawan2 perempuan ku sahaja. Mari kita enjoy!!! Mana kitorg pergi, aku akan updet next entry nanti ya. Ya! Aku mmg kuat berjalan. Aku suka melancong dan melencong. hehehehe... tp, aku tak suka shopping, okkk..... Aku lebih suka habiskan duit dgn melihat tempat org. Wah!! Bakal suamiku, mari kita melancong nanti.... (sambil buat aksi2 gediks lagi...agak2 dia tergoda, tak?)
Ahad malam nya pulak, maybe aku akan ada dinner dengan kawan2 x-UIA pulak.. Jadi ke Noni??? Apa saja yg korang rencanakan untuk aku, pasti aku datang. Tanpa ragu ragu. Aku rela habiskan duit demi untuk enjoy bersama kalian. Hargai masa masa sekarang ini. hehehe...
Next week, 9/11, abang aku menikah dan kenduri di Ampang. Maaflah, aku tak dapat jemput semua sbb aku simpan jemputan untuk kalian untuk kenduri di Gerik nanti, ya!
Untuk En.Aizat, bila nak mengangkut barang2 saye ke rumah awak??? Banyakkkkk OoooooOo barang2 ku....hehehhe... Sedih pulak nak tinggalkan rumah sewa aku sekarang ni...huhuhu... Byk betul kenangan. Tp, aku tinggalkan rumah, tak bermakna aku tinggalkan org2 dalam rumah tu....Kalian tetap di hati.......hehehehe
Note: Majlis aku 22/11/2008. Nanti aku edarkan kad ya. Kalau ada yg ter-miss-out, maafkan aku.....kalian tetap aku jemput.