----

----
----
Showing posts with label Motorhome. Show all posts
Showing posts with label Motorhome. Show all posts

Monday, July 13, 2015

Western Australia Day 10 & 11: Katanning – Hyden - Perth (24/5/2015 - 25/5/2015)


Hari ke sepuluh mari tengok waverock. 
Wave Rock ni dekat Hyden, 5 jam dari Albany dan kena lalu Katanning. Perjalanan dari Albany ke Katanning dalam 2 jam, tapi sebabkan bawa ikut speed limit, jam 12pm baru lah sampai. HUHU. Kebetulan hari ni hari Ahad. Hari Ahad memang tak ada orang berkeliaran. Tak tau lah kenapa, tapi memang tak ada orang. Macam pekan yg kena tinggal. Sunyi sepi.

Katanning ni pekan muslim. Ada masjid. Dan ramai pelancong muslim singgah sini utk solat dan rehat-rehat. So, destinasi yg dituju adalah masjid Katannning. Sesat jugak la nak cari masjid ni padahal ada je signboard kecik tulis ‘Mosque’. Mungkin tak perasan. GPS bawak ke mana-mana tah, tapi En Temmon kan terror. Pusing pusing dah jumpa. Mulanya ingat boleh lah jumpa mana mana kedai halal, sebab malas nak masak. Sekali, memang takde pun kedai (maybe ada, tapi kitorg tak jumpa), dan takde manusia pun untuk tanya. Mana pergi semua orang ni? Kena makan garuda ke? HUHU

Bila sampai masjid, tengok ada banyak kereta. Lega sikit. Ingatkan betul dah penduduk ni di makan garuda. Eh.

Masjid Katannning

Siap tulisan melayu

Tunku Abdul Rahman yg rasmikan masjid ni rupanya


Budak-budak bergembira. Bosan agaknya dalam van jeeee

Orang ramai sebab solat zohor dan mengaji. Sempat lah En Temmon solat dan berborak dengan tok imam masjid tu. Dia boleh cakap melayu. Muka pun melayu. Tapi menurut pak imam tu, generasi muda diorang dah tak boleh cakap melayu dah. Tua tua je tau. HUHU. Tak sure lah dari mana asalnya penduduk sini, tapi boleh baca sejarah Katanning dekat google.
Dekat sini, kami rehat kejap dan masak. Kena lah masak, apakan daya cari kedai makan tak jumpa. Sambil masak, anak-anak abah bawa ke playground. Nasib baiklah ada playground dalam kawasan masjid tu. Dalam jam 1.30pm baru lah kami bertolak ke Hyden. 3 jam lagi perjalanan. Jauh nya hoi.

Sepanjang panjang perjalanan ke Hyden pemandangan nya sama je. Hutan, padang, pokok, bushes dan seangkatan dengan nya. Boring kan. Nak jumpa bandar pun sangat susah, dalam 40km, baru ada town berdekatan. Dah la minyak nak habis. Boleh pulak ada tempat tu, takde letrik. Satu bandar takde letrik, maka tak boleh isi minyak. Petrol pump dia pulak, kecik je, macam dekat area kampong tu je, tapi kena guna credit card sebab takde orang jaga pun. Serius takde manusia. Aku rasa macam semua orang dh dicolik oleh alien. Maka, gamble lah menuju ke next town dengan harapan adalah stesen minyak. Pekan pertama, petrol pump tutup (tak tau la tutup atau owner pegi toilet). Nak tanya, tak jumpa orang. Pekan ke dua, takde letrik. Cuak dah. Pekan ke 3, jumpa akhirnya! (setelah sesat). Masa isi minyak dekat sini, serius aku takut. Takut tetiba ada zombie keluar. Kalau uols tengok cerita walking dead, kan ada pekan pekan yg tak berpenghuni. Kosong. Ha! Sebijik macam dalam tv situasi kami ni, cuma bezanya, takde zombie. Maaflah...Mama kan suka imagine. Hihihi

Lepas isi minyak tu, terus lah kami menuju ke Wave Rock Caravan Park. Ini je satu satu caravan park yang ada dekat sini, dan mungkin sebab tu lah harga dia pun mahal, A$63 untuk 1 malam, dan park ni kena book awal ye. Kena email dulu sebab selalu penuh. Masa kami sampai dah jam 5.30pm. Dah gelap. Nak masuk maghrib dah. Tak sempat buat apa-apa pun, jadi terus parking, jalan-jalan sekitar dan tido. Esok lah baru menjelajah kawasan.

Tempat tido kami. Seperti biasa, ambil ensuite powered, toilet dekat.


Day 11.

Good morning! Hari ni bangun awal sebab bersemangat. Hihi. Dekat wave rock ni banyak tempat sebenarnya. Untuk geng yang muda-muda dan kuat berjalan, boleh hiking. Kalau spend 2 hari dekat sini, puas kot. Tapi memandangkan kami ni nak tengok tempat yang glamer je, setengah hari pun dah cukup. Tempat pertama kami pergi adalah Yawn Hippo. Alah..tengok batu je. Bentuk badak tengah menguap. 

Yawn Hippo. Belakang tuuuu.. Bukan depan.

Alia tangkapkan.

Takde apa sangat. Ini je.

Tempat paking. Kosong.

Lepas tu, kami ke Wave Rock. Kalau dari Yawn Hippo nak ke waverock tu, jalan kaki pun boleh, tapi kami kan rajinnn. Drive je. hehe. Nak park dekat sini kena bayar, tapi disebabkan kami sewa camping site dekat situ, dapat lah free parking dan coupon diskaun utk isi minyak. Ceh. Kereta kami sudah penuh minyaknya baru dikau nak bagi. Dah la valid digunakan dalam area Hyden je. HUHU. 
Kalau tengok waverock ni, wajib lah panjat batu tersebut. Jangan risau, ada tangga. Bekalkan tenaga sahaja. Adoi. Semput.

Macam ombak kan?

Ada tangga untuk panjat

Rupanya ada empangan di atas batu.

Anak dara penat, taknak senyum dah. HUHU. Masa ni, nak turun dah, tapi mama semput, sila rehat teman mama. kuikuikui
Dari camera abahnya. Mama tengah pujuk Alia selfie. Tinggi wooo nak turun tu. HUHU

Bila dah penat, maka kami pun teruskan lah perjalanan. Plan asal nak bermalam di York. Sebab nak ke Perth masih jauh perjalanannya, Tapi tetiba kami buat keputusan nak teruskan perjalanan ke Perth, lagipun, camping site yang aku contact dekat York ni tak reply reply. Terasa malas nak redah, dan rasa macam takde pape sangat nak dibuat di York, maka sebulat suara kami terus ke Perth, tidur dekat Perth Vineyard Holiday Park (camping masa Day 1), A$58 untuk 1 malam. Lepas dah check in, terus keluar balik cari makan. Dekat area ni memang banyak la kedai halal, don’t worry. Hohoho. Burppppp.

Habis.

Tempat tido. Sini tak best. Sebab betul-betul depan cabin warga tua (tak tau la tu memangrumah dorg atau pun rumah warga tua)

Friday, July 10, 2015

Western Australia Day 8 & 9: West Cape Howe - Albany (22/5/2015 - 23/5/2015)

Sebelum hilang ingatan, marilah aku sambung entry.

Day 8:

Perjalanan hari ke lapan diteruskan ke Albany. Dalam 50 minit perjalanan. Tapi tetiba En Temmon buat keputusan nak singgah ke West Cape Howe. Tak tau lah dari mana dia dapat info ni, tapi memang tiada dalam tentative pun. Dan tentative kitorg pun main belasah je letak, so apa salahnya singgah.

Lalu, set gps dan refer signboard. Akan ada banyak signboard untuk ke sana, tapi majority nya jalan dia tak berturap. So, takut nak masuk. HUHU. So, kami by pass je few sign board ke sana sampailah jumpa lagi signboard dan jalan dia berturap. Ok la kan. Drive la pelan pelan sebab masuk kawasan kampong, lepas tu dah start masuk ke dalam hutan, lepas tu hilang dah jalan berturap. Kena ikut jalan tanah. Wuuuu. Cuak jugak lah, tapi dah alang alang masuk, harus lah teruskan.

Ha. Ini lah jalan nak masuk ke sini. Ada bran?
Nanti bila dah masuk sampai ke dalam hutan tu, akan jumpa information board, siap ada peta untuk ke tempat tempat menarik dalam tu. Dan dalam peta tu ada tulis, jenis jenis kereta yg layak masuk ke dalam lagi, dan memandangkan kami ni bawak van je, so boleh masuk tengok West cape Howe tu je lah. Kalau bawa 4wd, mesti lagi best. Dan perjalanan pun diteruskan sampailah tayar van kami tersangkut dalam tanah. Sedihnya. Nak minta tolong, takde orang pun yg lalu lalang, nasib baiklah En Temmon dpt bini yang gagah, boleh lah tolong tolak van. (mula-mula dia suruh aku yg tekan minyak, dia tolak, tapi lagi ke dalam pulak tayar tu masuk. Eh, tak reti lah ai nak tekan tekan minyak ni. )

View kat sini, cantiknya ya amat. Dia punya tempat lookout tu pun diorang bina senget, supaya bila tangkap gambar jadi cantik la kot. Cuaknya berdiri dekat situ. Alia pun gayat nak bergerak, tapi Amni macam biasalah, dia meronta ronta nak turun dari pelukan. Memang tak lepas laaa.. Kang dia terjun tiruk masuk dalam laut, sapa nak jawab? HUHU

Sherley Beach. 

Cantik kan view?...... speechless.

Tu adik tu. Dia kira nak lari jeeeee

Baring baring rasa nak lena.

Kakak yang acah acah berani tapi gayat

Bila dah bosan lepak dan bergambar, kami pun kembali ke pangkal jalan. Masa dah keluar dari hutan, dan masuk ke jalan elok, tetiba aku teringin pulak nak drive (walaupun lesen tak laku kat sini sebab tak translate lesen to English language). Hihi. Saje la nak test. Laju je En Temmon berenti kereta nak tukar tempat. Amboi, pantang offer. Best jugak la rupanya drive dekat sini. Sebab tak banyak kereta, cumanya aku cepat bosan sebab kena ikut speed limit. HUHU. Dekat KL mana la penah ikut limit, kat sana kena bawak slow pulak. Memang bosan la.

Agak jam 12 tengahari baru lah kitorg sampai ke bandar Albany. Dekat Albany ni memang banyak tempat boleh singgah. Tapi sayangnya, masa kami dekat sana, tempat yg glamer tu, The Gap dengan Natural Bridge tutup pulak sampai end of June, ada major renovation. Mesti lagi lawa tempat tu jadinya nanti, Nampak gaya kena repeat. Hihi

So, apa je yg ada untuk dilawati? Kami redah je semua tempat yg ada signboard. Semua ok, SEMUA. Lepak dekat Frenchman Bay, Miscrybeach dan lain-lain dan yang paling best Blowholes. Tapi nak ke blowholes tu kena jalan kami jauhhhhh sangat. Arghh..penatnya bawak lemak. Eh.

Blowholes

Masa pergi kakak paling laju. Tengok la masa patah balik nanti. huhu

Bila penat, singgah tengok view

Tengok budak tu semangat.

Tungguuuu. mama semput
Masih tak sampai lagi....

Tapi penat berjalan ni memang berbaloi. View super cantik, tapi sayang, air laut masa tu tak kuat, so, air yg sepatutnya terpancut keluar tu, Cuma keluar sikit je, tapi bunyinya kuat yang amat.  

Yang ada signboard putih tu la tempat air laut memancut keluar. Kalau air laut tengah kuat, bahaya dok dekat dekat.

Lama jugak lepak sini. Sebab takde orang, boleh la baring baring. 
Nak patah balik pun satu hal. Semput semput. 

See? Mama kena buli dengan kakak. Beratnya dikau.

Jadi adik jugak best.

Bila nak penat, maka mama malas nak masak lunch. Lepas dah habis lawatan sambil belajar dekat situ, kami terus cari kedai halal. Tapau je lahhhh sebab nak kejar masa untuk check in. So, singgah lah ke Istanbul Kebab & Turkish Bakery. Kitorg tapau burger, kebab dan fish&chip untuk anak-anak. Fish&Chip dia sedapppp yang ampun, ikan dia lembut je. Adoi. Bulan-bulan posa ni, teringat pulak terus lapaq. Huhuhu

Kedai kebab yg sedap habaq ang


Dekat sini, kami ambil Big4 Emu Beach Holiday Park, $A110 untuk 2malam. Lepas dah check in dan makan dan uruskan apa yang patut, kami pun keluar balik untuk ronda ronda area bandar dia pulak. Ronda sampai gelap dan bosan baru kami pulang ke sarang.

Ensuite powered site
Day 9.

Untuk hari ke Sembilan, aktiviti kami hanya di sekitar Albany sahaja. Maklum lah, tempat ni besar jugak lah. Mula-mula tak tau nak kemana, so, masuk lah Discovery Bay. Dekat sini boleh pilih nak masuk samada ke tempat Whale, wildlife or taman botani. Nak masuk semua pun boleh, tapi kami masuk ke Wildlife park je lah. Sebab nak tengok koala. Hihi. Bayaran dalam $A30 untuk family package. Park dia ni macam comel je. Dah la takde pelawat langsung. Seronok la kakak dan adik berlari lari sakan dalam tu. Haiwan yang ada pun yang comel-comel je, binatang buas takde la..

Seronok dua beradik ni merayap

Baru ku tau ada kangaroo putih

Mangsa bila dia tak nampak.

Yang ni mmg selalu jadi mangsa

Adik suka sungguh koala dia

Seperti biasa, mama doesnt likeeee kangarooo. huhuhu

Tapi teringin nak pegang. huhuhu

Lepas tu, kami ke Salmon holes dan Albany wind farm pulak. Dekat wind farm tu takde apa pun, Cuma kipas besar tu je, boleh tengok dekat dekat. Tapi malas nak jalan. Hehehe. So, kami Cuma park tepi dan jalan sekitar situ je. Best sebab tepi laut dan angina sangat lah kuat. Amni sampai menggigil minta peluk. HUHU

Salmonholes. Kalau musim dia, akan nampak la ikan salmon berenang renang ke tepian

Windfarm.

Sejuk dan angin kuat. Lupa nak pakaikan baju sejok. HUHU

Masa ni amni dah menggigil dambakan pelukan abahnya.

Maka kakak bergambar la sengsorang. Ada hati tu nak ajak mama jalan sampai hujung. HUHU
Bandar Albany

Bila dah agak agak lapar, sekali lagi kami ke kedai kebab semalam. Rindu fish&chip dia. Sedap hoi. Kali ni makan kat kedai je. Dan lepas kenyang, sekali lagi kami ronda ronda cari pasal. Melawat Corps Memorial, lepak tepi pantai, main playground, sampai lah hari gelap.


Abis.

Thursday, June 04, 2015

Kembara dengan Campervan di Western Australia 15/5 - 30/5/2015


Hai. Setelah sekian lama baru lah kembali menulis. Maklumlah baru balik holiday. Cewah. Tapi hari ni bukan nak cerita pasal holiday tu, cuma nak tulis pasal pengalaman melancong guna campervan. Hoho

Aku, En Temmon dan anak anak baru je balik dari Perth, Australia hari sabtu lepas. 16 hari kami kat sana, first day tido dalam cabin/rumah kecik yang ada complete dapur, bilik air, bilik dan ruang tamu. Selebihnya kami tido dalam campervan. Menarik. Ni pengalaman pertama kali dan amatlah berpuas hati.

Kami fly on 15 May 2015 until 30 May 2015. 2 minggu jugaklah kena bercuti kan, meroyan terus bos kat opis. Wakaka. Beli tiket dah lama, masa promotion matta fair September 2014 dulu tu. Lepas tu, terbiar je plan ni sebab malas nk buat itinerary sampailah lagi 2 minggu nak fly baru lah lintang pukang book sana sini. Mulanya kami plan nak ambil pakej trip adik beradik yang naik motorhome tu. Tapi bila contact, dia cakap masa tarikh kami sampai perth tu, diorang dekat Melbourne. HUHU. Kecewa. Tapi semangat untuk bercamper van masih membara, so kami laki bini nekad nak belasah je. Bila refer internet, jumpa 2 je blog yang cerita pasal campervan/motorhome di Australia. Kalau di New Zealand memang belambak.

Naik campervan ni sebenarnya murah berbaloi-baloi, bagi kami lah. Sebab aku dah kira dan compare budget kalau kami sewa campervan & camping site dengan sewa kereta & hotel. Tapi ini dikira murah untuk parent yg travel dengan anak anak sahaja (parent kena bayar utk anak). Kalau geng bujang or couple or dengan sesiapa sahaja yg tong tong keluar duit sendiri, kos nya adalah sama saja, baik campervan atau hotel.
Contoh anggaran untuk 4 orang (2 adults 2 kids):

Campervan: A$100 sehari DAN sewa camping site average: A$50 satu malam. Total sehari A$150
Sewa kereta: A$28 sehari DAN bilik hotel utk 4 orang: A$150 satu malam. Total sehari A$178

Note: Van tu sewa dia A$50 perday je. Yang jadi A$100 tu sebab dah tambah segala macam insurans, equipment dan interest credit card. huhuhu

Nampak perbezaan di situ? Btw, harga untuk hotel dan sewa kereta tu anggaran je, kalau boleh dpt yg lagi murah, baguslah.
So kitorg decide tido dalam van je lah. Murah dan mudah.
Ha. Pandai pandailah korang budget ye.
Tapi sebelum itu, untuk yang belum tahu, berumah dalam van or lori ni ada 3 jenis:

1.  Motorhome
Kami tak ambil yang ini sebab besar macam lori. Tapi ada toilet serta shower. Tak perlu la berkongsi toilet dengan orang lain kan. Tapi macam takut je nak bawak lori ni jalan jalan. Haha. Lagi pun malas nak ambil yang ada toilet dalam kereta sebab malas nak basuh. Jenuh nak kena sental pulak. Dah la dalam tu tidur, masak, makan. Kang potong selera. hahaha

2.   Campervan
Van yang di modified, majority nya Toyota Hiace. Diorang modified jadi tinggi. Yang ini ok lah nak drive sebab kecik sikit dari motorhome tapi tak ada toilet kat dalam. huhuhu Jadi, ini lah pilihan kami. Yeay!

Todia. Orang tu seronok nak jadi driver untuk 16 hari. I drive 2 jam setengah je. Dari Pinnacle - Leeman's Landing - Yancep. Yang lain semua dia bawak. haha

3.    Caravan
Kereta yang di attachkan dgn caravan kat belakang. Yang ini ramai orang Australia je pakai sebab senang diorang nak buka dan cabut attachment tu kan. Lagi pun caravan ni takde pun dalam list nak sewa tu, tak reti lah nak drive ada ekor kat belakang. Huhu

Jadi ini lah tips untuk pelancong-pelancong yang berminat nak travel guna campervan.

1.   Kenalpasti bilangan dan budget rombongan anda.
Sebab ada macam-macam jenis motorhomes yg sesuai mengikut bilangan. Macam kami, 4 orang (2 adults, 1 kid, 1 infant). Ada 2 campervan company yang glamer dan sesuai dengan kami, Apollo dan Britz. Setelah berdiskusi, kami ambil Apollo Endeavour Camper sebab seat budak-budak berada di tengah compared to Britz Voyager yang seat budak-budak ada di belakang sekali. Tak syok la kan kalau dok jauh sangat. Dah la nak bercakap pun kena memekik sebab jauhh ke belakang. Dan kalau Apollo boleh je lompat lompat dari seat driver ke belakang. Kalau Britz, kena turun ikut pintu sebab ruang tengah tu dah jadi dapur. Takkan nak panjat atas dapur pulak kan. Hihi

Ni layout Apollo. Dapur kat belakang. Dan katil boleh tarik jadi double decker

Ni pulak layout Britz. Seat kat row belakang sekali dan dapur kat tengah.

Untuk budget pulak, guna campervan memang lah murah, tapi agak tak selesa bagi orang yang amat pentingkan keselesaan la. Kalau nak pergi bercuti ala ala rozita che wan, tak payah lah naik campervan…boleh mendatangkan amarah je. Haha. Sebab bayangkan je lah awak nak berumah, memasak, mengemas, anak anak main, salin baju, solat dan lain lain, semua nya dalam ruang yg kecil. Memang tak selesa. Kami laki bini kena bergilir kalau nak berdiri. HAHA. Kalau aku nak masak, yang lain kena duduk ataupun, syoh syoh pi main kat luaq. Kalau En Temmon nak mengemas, semua kena duduk senyap senyap atas katil/seat. HAHA. Tambah pulak si adik tu keja nya membuka tutup segala jenis rak dan cabinet kat dalam tu, Haih. Menyirap je mak jemah nak kena elak elak beliau masa tengah memasak. Huhuhu

Lagi satu, toilet/shower dia jauh. Takde la jauh sangat, tapi still kena berjalan kat luar la. Kalau nak terwiwi di tengah malam, aku mesti kejutkan En Temmon suruh teman. Takut hantuuu. Haha

Tapi tapi tapi, katil dia SELESA tak tipu. Memang kami semua tidur lena. Ke memang kami ni dasar tak boleh tengok bantal. Mesti lena. Eh.

2.    Ok. Ni agak mengelirukan. Masa nak book tu, akan ada 3 pilihan coverage/insurans untuk kita pilih, in case berlaku kemalangan/kerosakan. Deposit ni akan dapat balik kalau tak ada kerosakan masa pulangkan kereta. Refer gambar.

     
Ni ada 4 options boleh pilih ikut budget

Option 1 tu kena deposit A$5000. Kalau ambil yg ini, tak perlu tambah apa2 bayaran dah. Hanya bayar harga sewa van sahaja. Tapi nak bayar A$5000 tu lah tak mampu. Kredit card pun tak lepas, sebab kalau convert, jadi RM15000. Kau hado? haha

Option 2 kena bayar A$2500 deposit dan kena tambah A$27 perday.

Option 3 kena bayar A$250 deposit dan kena tambah A$44 perday.

Dan option 4 kena bayar A$250 deposit dan kena tambah A$65 perday ( Includes: Liability Reduction Option 2 plus most extras)

Option 4 tu tak berapa faham jadi kami pilih option 3. Bayar deposit dulu guna kredit card. Dan balance lagi A$1500 bayar masa nak ambil van. Tapi kredit card, macam biasa la, ada interest. So, sesapa yg kayo, yang credit limit over rm15000 tu, boleh la ambil pilihan pertama. Murah berbaloi baloi. hohoho

3.    Masa nak book campervan tu, ada few things yang kena pilih dan sewa. Tak semuanya termasuk dalam pakej. Contoh macam baby car seat, camping chair and table untuk lepak lepak, heater fan, gps dan lain-lain. Pilih lah ikut keperluan. Macam kami, kami ambil heater fan dan car seat sahaja. Heater fan tu tak ada dalam list masa nak book online, yang ni kena tambah masa dekat kedai kat sana. Heater fan tu sangat berguna kalau yang travel musim autumn atau winter. Kalau tak, memang keras lah dikau dalam van tu. (minyak masak ai beku 3 hari. Waaa).

Sewa gps pulak mahal bebenor, so boleh download sendiri waze atau gunakan offline punya map. Tak perlu internet. Lagi berkesan. Untuk meja dan kerusi tu, tak payah lah. Bukan sempat pun nak lepak lepak makan kat luar sebab sejuk dan memang tak sempat pun. Balik camp site hari dah malam. Lain lah yg jenis suka lepak malam malam kan. Kalau kami, tak lah..Sejuk dan takut anak anak bising, lagipun orang sana tidur awal. Nanti kena marah pulak. Huhuhu

Lagi satu, Pre-Purchased GAS Bottle. Ini gas untuk memasak. Yang ini kalau tak silap, kalau tick untuk beli, kita tak perlu lagi nak penuhkan balik botol gas tu bila dah pulangkan van. Boleh hantar kosong. Lagi pun tak tau macam mana nak penuhkan balik gas ni, so aku tick je option ni, beli A$25 untuk sebotol. Tapi kan, gas ni tak habis habis walaupun aku dok masak hari hari. Tak faham beta (aku berharap untuk pulangkan botol gas yg dah kosong. Ye la.. sebab dah bayar kannnn. Haha)

Ni je equipment yang aku ambil. Yang belah kanan tu, total kena tambah bayar.
 
Ni total bayaran kami untuk sewa campervan. Yang ini after dah tolak balik deposit A$250

4.   Dalam campervan tu ada satu benda yang sangat annoying. Penggera kebakaran. Tiap kali aku masak, dia bunyi. Dah la kuat gila bunyi. Melompat aku cari air ingatkan ada kebakaran. HAHA. Rupanya dia sangat sensitive dengan asap. Tapi buat apa la diorang pasang bende tu betul-betul dekat dengan tempat masak. Setiap kali benda tu menjerit, kelam kabut aku dengan alia tiup tiup asap tu, en temmon pulak tutup dengan towel. Tak pun, angkat heater fan tu, utk tiup asap. HAHA. Sian kami. Last last En Temmon pegi buang bateri. Terus dia senyap. HAHA. Tapi jgn la buang, simpan la bateri tu, time hari last tu, pasangla balik. Kalau hilang, tak pasal2 burn duit deposit. Huhuhuhu

Dalam tu memang dah lengkap equipment. Ada pinggan, mangkuk, cawan, gelas, pisau, cutting board, kuali, periuk, alat kopek buah, sudu, garfu, toaster, kettle. Semua ado. Kitorg cuma bawa rice cooker, minyak masak, beras, sambal ikan bilis dan few perencah nasi goreng. Barang barang lain kami beli dekat supermarket Iga (fevered en temmon). Kami beli telur, roti, ikan, udang, megi dan lain lain.

Ni ruang belakang campervan. Belah kiri: Singki dan bawah tu kabinet pinggan mangkuk dan ruang letak beg. Kanan: Dapur masak, peti ais, microvawe dan rak kuali, sudu, toaster dll. Belah atas: Rak untuk letak barang-barang sesuka hati. 

Jangan lupa suiz Ostrolia tak sama dengan Malaysia punya ye. Kena bawak. Kitorg punya staff Apollo kasi pinjam dia punya. Free. hoho. God bless you bebeh.

Ni ruang untuk tarik katil. Atas dan bawah.

Nasib baik anak anak behave je. hohoho
5.    Now pasal camping site pulak. Untuk tido dalam campervan ni, kita tak boleh lah sebarang tido. Jangan la ikut dannn je paking tepi jalan, tido anak beranak. Memang kena saman la. Huhuhu. Untuk bermalam, kena lah tidur dalam camping site. Camping site yang paling glamer adalah Big4. Memang glamer kat sana company ni. Dia ada belambak lambak camp site seantero Australia. Cuma tak semua kawasan dia ada. Masuk je website dia, dan pilih region. Macam kami, pilih Western Australia (WA). So, ada banyak kawasan dalam perth yang ada camp site dia ni. Aku suka sebab senang nak book. Online je. Dan safety dia tip top berbanding camp site lain, bersih dan family/kids friendly. Ada playground dan swimming pool lagi tu. Alia dan Amni paling suka jumping pillow. Mama pun suka. Eh. (mama main time orang takde jeww). 

Ada few tempat yang Big4 tak ada, so aku google je dan email personally owner tu cakap nak book hari sekian sekian. Diorang sama ada akan minta credit card details or dia akan book je dan bayar cash kat sana. Senang kan. Dan kalau lambat sampai untuk check in, diorang memang akan tutup opis. Opis dia sampai jam 5.30 pm sahaja. Tapi jgn risau, diorang akan tinggal kan envelope kat post box, dalam envelop tu ada kunci (toilet), pas card (untuk masuk pagar) dengan peta (untuk park). Senang sahaja. Dan untuk sewa camp site ni ada 4 jenis.

a.    Ensuite powered site
Dapat parking yang ada elektrik dan air (boleh sambung wayar tu ke van dan segala macam alat elektrik boleh guna macam fridge, microwave dan boleh lah cas henpon), air pulak boleh isi dalam kereta untuk stok kat singki. Yang best, ada personal toilet/shower. Walaupun toilet kat luar, tapi tak perlu jalan jauh dan tak perlu share. Diorang akan bagi kunci untuk toilet tu. Yang ni harga average dalam A$50, paling murah dapat A$43 per night.

Yang ini ai likeeee. Dan harga dia pun beza dalam A$10 je dari powered site. Kami memang akan pilih option ni kalau available. Senang nak mandikan anak anak haku.

Note: Tak semua camp site ada ensuite powered.

b.   Powered site
Dapat parking yang ada elektrik dan air. Yang ini, kalau dapat port yang jauh, masak la kau nak menapak cari jamban. Haha. Tapi disebabkan masa kami pergi tu, bukan peak season, so, memang tak ramai orang, dan dapat port yang dekat je. Tapi toilet/shower kena share lah. Macam asrama tu…hehe. Best jugak lah sebab orang putih bukan nya mandi sangat pun, so tak perlu queue pun. hoho

c.    Powered site drive through
Yang drive thru ni untuk caravan sahaja. OR untuk kereta kereta yang bapakkk besar. Senang diorang drive thru je paking, tak payah nak reverse reverse. Yang setakat bawak campervan tu, tak payah lah ambil yang ni. Ruang dia besar sangat.

d.   Unpowered site
Yang ini tak ada elektrik dan air. Kebanyakan orang yang ambil port ni orang yg pakai khemah je. Sempoi kan. Kalau nak cas henpon pergi je amenity blok (tempat toilet/shower/dapur/laundry) atau boleh cas dekat tempat lepak-lepak. Bilik tv pun ada. Best jugak kan pakai khemah je. Yang ini memang murah je, dalam A$30 je satu malam.

Ha. Tu je serba sedikit info nak share. Saja nak share sebab macam kurang je info ni semua kat internet. Masa sebelum kami pergi tu, agak stress jugak lah nak survey sebab tak penah ada pengalaman. Now, dah boleh la jawab kalau kalau ada nak bertanya. En Temmon siap berangan lagi tu nak jadi tourist guide dekat western australia. Sebab kami pegi 16 hari kan, memang puas lah. Lagi lagi area Bunbury, dia cakap, celah gigi je bunbury. Perghhhh. Nyampah.


Cerita pasal trip next time lah ye. Kbai.