----

----
----

Friday, December 18, 2015

Dialisis di bumi UK


Minggu lepas kami anak beranak baru je balik dari UK. Saja bawa puan emak pegi melawat abangku di sana (Manchester). Rindu sangat dah kat anak kesayangan beliau katanya. So, ok lah ibu, jom! Maka beli lah tiket flight MAS 27/11 – 8/12 hari tu. Nak merasa winter pulak lah konon nya. Hohoho.

Kali ni punya trip persediaan amat lah kurang. Sebab kena focus nak cari tempat dialysis untuk puan emak. Dan start cari pun dah agak last minute (2 minggu sebelum fly), maka kelam kabut la weols semua. So, entry ni untuk cerita pasal cara nak dapatkan dialysis slot di UK.

Adikku si Poni ada bagi website Renal Unit di UK, so kami berdua gigih lah email di setiap hospital di UK untuk tanya available slots memandangkan hospital area Manchester dan di kawasan di sekitarnya tak nak terima foreigner, maka kami terpaksa gamble untuk cari di tempat lain. Jauh pun jauh lah janji ada tempat dialysis. Sebabnya, kalau tak jumpa, memang kami akan kensel lah trip ni. HUHUHU

Daripada 94 hospital, cuma 5 hospital je yang available. Yang lain tu banyak yang reply tak available. Alasan diorang adalah: tak terima foreigner, slot penuh dengan orang local (boleh terima kalau locals tu pegi holiday), banjir (oxford masa tu banjir) dan yang paling glamer alasannya adalah aku email lambat sangat (sebab tempoh utk process adalah 4 – 6 weeks before tarikh lawatan). HUHUHU. Maka, pesanan daku, kalau nak cari tempat dialysis, make sure email/call diorang at least sebulan sebelum korang pergi. Book je slot dulu, lepas tu, baru sediakan all the documents yang diminta which is banyak gila nak kena isi sampai kan doctor kat hospital gerik pun tak tau nak isi apa. Huhu. Tapi staff dialysis hospital gerik memang banyak berjasa sampai semua naik pening menguruskan form dialysis tu. Yang tak boleh belah, hospital uk tu minta buat test yang memang hospital kerajaan di Malaysia takkan buat sewenang wenangnya (unless ada kes), so penyudahnya, segala jenis test yang diorang minta (MRSA swab), termasuk lah kena re-do test HepB, HepC dan HIV, semua kami buat di hospital swasta kat Ipoh. HUHU. Tengkiu la pada adik ku dan suaminya yang ensem tu di atas penat lelah mereka menguruskan perihal dialysis tu. Kerja aku cuma reply email orang UK nun haaa. Ubat pun kena bawak sendiri, ESA dan Heparin. Ha kau. Aku sampai tau dah jenih-jenih ubat. Boleh dah jadi doctor. KuiKuiKui.

Setelah setel semua, which is sehari sebelum fly, baru lah kami semua lega. Dah la gua kena bebel dengan staff nurse UK tu cakap apesal la lambat sangat kontek dia kan, dah kelam kabut. Tapi Alhamdulillah la semua selesai walaupun ibuku hampir give up dah nak kena ulang alik hospital untuk isi form yang tiada kesudahan nya itu. HUHUHU. Dan, daripada 5 hospital yang available tu, kami pilih Wesmorland General Hospital dekat Kendal, sejam setengah perjalanan dari Manchester. Itu yang paling dekat. Yang lain tu dapat area Brighton, Bournemouth, St. Mary London dan Berkshire. Semua tu agak jauh dari Manchester, so here we come, Kendal! Lagipun yang ni murah. Murah dari average, 150pound untuk satu sesi (hospital lain paling murah 250pound dan paling mahal 300pound).Hehe. Dan kami ambil 3 sesi je untuk 10 hari.

Nurse dekat sana pulak memang super duper baik. Siap jamu aku air tea dengan biskut lagi. Terkejut den bila dia tanya nak air tak, lama lagi nak tunggu ni. Hehe.
Klah. Ni je entry dialysis di bumi UK. Kbai.

Ni staff nurse. Tak banyak cakap, tapi senyum je

Yang ini baik. Tapi lupa tanya nama. Boleh kata semua baik dan suka bersembang. Dah la accent pekat, stress gua. 
Note: Siapa kata orang dialysis tak boleh berjalan jauh? Boleh je, tapi kena kental la. Sebab penat kot turun naik tren, bas, kapal terbang. Sian mereka. Sian ibuku. Tapi berjaya juga survive 10hari di sana. Yippi!

2 comments:

Muhammad Amiruddien said...

Salam...

Saya nak tumpang promosi website...

http://eload.ml

http://bit.ly/17lBrz5

Terima kasih...

Vix alexa said...

Saya juga nak numpang boleh ya makcik ^^

Watch movie
Watch movie HD
Watch movie online