----

----
----

Tuesday, September 16, 2014

Pengalaman sedih dgn chengalmas travel

Siapa yang follow facebook aku, mesti tau pasal pengalaman sedih aku baru baru ni masa pergi trip hatyai-krabi 13/9-15/9

Sebelum ambil dgn travel agensi ni, entah mcm mana terasa yakin. Ada jugak dok tanya2 dengan member, tapi biasalah..masalah kecil kecilan boleh di maafkan. Masa member tu bgtau, dia ada ckp diorang tak dpt hotel yg dijanjikan. Tapi problem solved. Wpun dapat hotel murah, asalkan ada hotel, diorang maafkan. Fine. 

Kes ke dua kena pada member lain. Pun masalah hotel. Tapi masa ni aku dah tak boleh cancel sbb dah buat full payment. Masa ni member aku suruh double confirm pasal hotel dengan agent ni. Takut belum book.

Full payment rm450 ye. Inclusive all. Transport, insurans, hotel, makanan, tix fees, driver and tourist guide.
Tapi yg kami dpt cuma driver, van dan hotel. SAHAJA.

Masa mula nak book tu, hari hari msg minta bank in cepat cepat. Sebab nak book hotel katanya. Ok..fine. kita pun bayar deposit dulu. Selang seminggu minta full payment. Ok la..kita pun bayar full cuma lagi 3 orang minta nak bayar di hari nak bertolak nanti, which is lagi sebulan lebih dan dia kata ok. Tapi tetiba few weeks lepas tu msg lagi minta full payment and nak by esok juga. Masa tu aku dah sound dah. Dah la mungkir janji. Lepas tu desak desak nak duit. Tapi kita ni bayarr la jugak.
Tapi kes yg menyakitkan hati bermula dari malam sebelum bertolak tu.

1. Owner janji nak dtg ambil di rumah kat alor star. Tapi malam sblm nk bertolak tu dia msg yg van xbole nk masuk malaysia.  Jenuh kena cari kereta lain nak angkut semua pi border esok paginya sbb semua dh berkumpul kat aloq star. Huhu dah la kitorg sampai rumah dah jam 5am dengan jem kat highway. Huhu
Kalau betul van tak boleh masuk, cakap awal awal or jangan janji langsung!

2. Malam sblm bertolak dia ckp jumpa dia kat bukit kayu hitam. Dia tlg uruskan semua urusan, tukar duit dan urusan di border. tapi pagi2 nak bertolak tu dalam jam 7 pagi dia msg cakap dia tak pergi, dia bg je nombor agent thailand suh kontek sendiri dan pepandai la kat border nanti. Grrr. Nasib baik kitorg memang tau nak tukar duit kat mana.

3. Dan yg paling marah sekali adalah pasal pakej yg kitorg ambil. Pakej ambil full pakej. Termasuk makan,hotel dan jalan2. Tp bila jumpa agen, agen cakap diorg diberitahu pakej saya ni cuma hotel dan driver sahaja (patutnya ada driver & tourist guide). Bila dah complaint kat driver aka guide tu, dia ckp agent malaysia suruh bayar dulu duit makan dan tiket. Balik malaysia claim dari dia.
Senang kan orang tak bertanggungjawab buat kerja?

Jenuh haku nak menjawab dgn ahli rombongan. Semua bawa duit shopping je. Tetiba kena bayar sendiri, siapa tak marah. solution terakhir, agent akan refund rm800. Duit makan sahaja. Duit tiket, nanti diorang jawab kat akhirat. Kalau boleh jawab la.

Minta refund tu pun macam minta sedekah. Janji nak bank in malam. Esok petang baru bank in. Tu pun lepas haku ugut ugut nak report. Laju je terus bank in.

Lepas tu nak jumpa haku lepas habis trip, nak bagi rm500 refund. Untuk apa tah. Ai tak gila duit hokey. Dan hari ni haku spam penuh fb dia. Laju je delete smbl wasap merayu mnta maaf. Sori laa..sbb dh bengang.

Lepas tu offer trip free ke krabi. Sorry la ai nak layan. Hati ku telah diguris, sukar nak pulih.
Sekian entry sedih.
Tapi we had fun dekat sana. Agent thailand sangat baik dan sgt membantu. Baik gua terus deal dgn dia je..

Rupanya ramai lagi yg terkena. Dekat Ao Nang ada group 30 orang tak dpt naik bot sebab tak book awal. Kena tunggu bot kosong. Bila tanya, rupanya ambil dgn chengalmas juge. Adoi.
Insaf la bang.

Utamakan lah customer daripada duit tu. Customer lari, duit pun lari. Bai. Gua dah lari. Gua dah ajak member2 gua lari. Jgn nak kejar.

7 comments:

Anonymous said...

family saya pun dah kena tipu...sepatutnya Sabtu ni Chengal MAs akan bawa ke Sarawak...tapi ketua rombongan call kata agen dan bini dia dah bawa lari duit ke Siam...

@naBest said...

Sabar lah.
Tak kemana la diorang tu. Seronok makan duit haram. Wife mengandung lagi nak makan duit haram. tak takut akhirat sungguh.

Anonymous said...

Kami pun sama, sepatutnya ke Jakarta & Bandung 21-24 Dis. Sekarang dok call dah tak berjawap. Nanti ke office dia, kalau tak ada jawapan, akan buat police report

@naBest said...

Serang je ofis dia tu. Kalau still wujud la. bila igt balik mmg geram. Ada hati ckp semua dlm blog tu fitnah. huh.

p'za said...
This comment has been removed by the author.
p'za said...
This comment has been removed by the author.
Download film online said...

Sabar makcik pasti nanti ada kebaikan yang datang ^^