----

----
----

Tuesday, September 10, 2013

Sabah Trip (13 March 2013 – 17 March 2013)

Tiba-tiba terajin nak update blog. Boleh?
Tapi cerita ni dah basi la. Pasal family trip ke Sabah pada 13 March 2013 – 17 March 2013.
Lantaklah dah basi pun. Wakaka.

So, kita mulakan dengan itinerary dulu. Ha. Bawah ni itinerary yang aku cilok dari member, pastu aku ubah-ubah sikit mengikut sesuka hatiku. Tapi trip kitorg ni macam tak ikut sangat itinerary ni, sebab faktor keadaan dan masa. 


Kami pergi ni berlima. Aku, En Temmon, Alia, bonda ai, dan mak mertua ai. Saje jalan bawa ibu-ibu sebab dua dua tak pernah jejak ke Sabah lagi. Dekat sana, kami sewa Saga je. Murah dan muat la semua. (walaupun ada la peristiwa kereta tak lepas daki bukit). Wakaka. Abaikan kejadian memalukan itu. 

Tengah queue nak naik belon
 Sampai di KK dalam jam 12am. Tunggu dalam 20minit, agent kereta sewa pun sampai lah dan kami terus cari hotel. 
Tengah-tengah malam tu mana lah ramai orang sangat, sana bukannya KL. So, perjalanan ok la..takde sesat. Terus check in Tune hotel untuk 2malam (2 bilik). Cost dalam RM185.

Esoknya pagi-pagi asalnya nak Island hopping. Tapi masa tu kan tengah hot pasal kes orang Sulu, jadi kebanyakan orang takut nak ke pulau. So, kami cancel plan untuk Island hopping, kami cadang nak jalan-jalan sekitar KK je.

Tapi, En Temmon macam beria nak berenang la pulak. (Sebab dia takut geng-geng wanita ni ajak shoppping, dia bosan. Wakaka. Gua tau la taktik lu).

Maka, dengan baju mandi semua tak bawa, kami redah je pergi survey tiket bot..dan terus beli. Tapi maaflah, aku lupa berapa harga. Sebab dah lama sangat dah peristiwa ini berlalu, aku hilang ingatan sudah. huhu

Jadi, aku, En Temmon dan si kenit, Alia terpaksaaa la beli baju mandi. Puan-puan emak tak nak mandi katanya. Ok, fineeee..

Tengah tunggu En Temmon bersalin pakaian

Tengah cari bot, sempat berposing

Kami dapat 1 bot untuk kami je, sebab orang tak ramai. Senorottt.

Woh! Jendulnya anak mama!

First pit stop, Pulau Sapi

Sibukk je brader yg kanan sekali ni.

Pulau Sapi, Manukan, Mamutik. Kami amik pakej 3 pulau je. 

Mak tok Alia


Dia seronok main pasir jewww


Ini fees untuk rujukan. 

2nd pit stop. Pulau Manukan.
 Pulau Manukan ni banyakkk ikan jinak-jinak.
Jadi kami main ikan aje laaa. Nak berenang-renang, takut lemas pulak dalam dakapan. Eh. Lemas dalam lautan. Kuikuikui


Ape la yg bestnya main pasir?

See? Ikan jinak-jinak. Tapi ai geli.

Banyakkkk lagi datang bila bagi roti. (Eh, mana boleh bg ikan makan). huhu.

Ni nombor pakcik Samad, drebar bot. Dia pesan, kalau nak datang, call dia terus, boleh kawtim harga. huhu. Baiklahhh.

Final pit stop adalah Pulau Mamutik.
Pulau ni, banyakkkk batu karang. Adeh. Calar kaki ai. 
Memang kena mandi pakai kasut. huuuu

Masa ni nak hujan dah, jadi sebelum ribut petir turun, baiklah kami kembali ke pangkal jalan.


Gambar ai kat Pulau Mamutik semua tak lawa. Malas nak letak. HAHA
 Lepas dah bersalin baju senonoh sikit, dah makan tengahari..(makan kat jeti tu jugak, mahal tapi sedap!)
...kami pun berjalan-jalan sekitar KK.


Motif kau angkat sebelah kaki?

Eh? Hampir tak perasan u laa. 

Lantakk ko laaa.

Suke bebenor dengan menatang ni.

Shopping mutiara part 1.

Mangsa keletihan dan kebosanan. Mak dan opah-opah sedang lupa daratan. Wakaka

 Ha! Shopping mutiara ni ada Part 1 and Part 2 taww.. Tau-tau la bila pompuan dah bershopping. 

Tapi bukan ai ye.. Opah dengan Mak tok shopping sakan. Lembek lutut ai.

Esoknya, pagi-pagi dah check out, kami menuju ke Kundasang. Jaraknya dekat je, tapi sebab jalan tak biasa, makan masa 2 jam jugak la.. Sempat la ai tido dalam kereta. Eh? Sorry la En Temmon, I arlegik kalo naik kereta, mesti nak tido. wakaka


Saje berenti tepi-tepi jalan nak tangkap gambo

Masa ni Alia mamai, tapi kena paksa. Berani lawan cakap mama?
 Seperti di jangkakan, tentatif sudah lari.
Kami menuju ke Kolam Air Panas Poring dulu.
Kat sini, kami pergi untuk cukup syarat je. Rendam-rendam kaki, lepas tu balik. haha.
Bukan ada apa pun kat sini, cuma kolam air panas. Kat rumah pun ade kalau nak mandi air panas. Eh?



Sesat cari kaunter. Sebab tak ada orang jaga. Tak paham haku.

Moh le masuk.

See? Rendam kaki jee.. Tapi mak dengan MIL ai suka katanya. Rasa ringan je badan lepas tu. Ye ke??

Kena melintas jambatan ni nak ke tempat air panas tu.
 Lepas boring berendam kaki, kami pegi foot massage pulak.
Yang ini memang best. 
Tapi tak puas la, 15 minit je... huhu
Nak pergi tempat ni, GPS je. Signboard mmg tak ada lah. Sampai tahun 2020 pun kalo ko cari signboard, mmg tak jumpa la. huhu



Buat-buat berani, tapi serius ai geli.

Budak ni, bagi ikan makan dari tepi je. Ai cuba tolak dia, ai kena marah. huuuu



Lepas bergembira, kami singgah la di gerai-gerai tepi jalan.
Macam ala-ala cameron highland, tapi mahal dan tak berapa banyak pilihan.


Takde la sejuk sangat punnn..

Beli buah untuk bekal di malam hari.

Stoberi masam. huhu. Sedap stoberi cameron lagi. (tp still tak leh lawan stoberi kat Durham. Manissss)

Gambar ni, dia yg request. Tetiba jd mek bunga.
 Jom ke Taman Kinabalu!...
Masuk sini free sebab tiket dia sama dengan tiket masuk ke Poring Hot Spring tadi.



Masa ni berkabus. Sebab datang petang kot. huhu

Si kenit Alia yang tangkap gambar ni. Boleh laaa

Di snap oleh beliau lagi.


Ni rekod yg pernah di catat. Boleh lawan?




Oleh sebab tak berapa nak nampak puncak kinabalu tu, kami ambil keputusan nak masuk balik esok pagi.
Kat sini elok datang pagi-pagi, baru nampak. 
Bila dah petang, kabus banyak sangat. Sobs.

Makanya, lepas itu, kami terus Check In hotel. 
Hotel J Residence. RM 88 untuk satu malam ( 1 bilik ). Kami ambil 2 bilik laaa.
Murah kan? Sebab weekday, kalau weekend, dalam rm200 kot. 

Hotel ni sangat best. 
Tapi sangat sejuk. Sila bawa stokin kalau taknak menderita tidur di sini. huuuuu

Bilik ni gabung dengan bilik sebelah, ada dapur masak, ada meja makan, ada buai. best-best. Malam-malam kami makan megi sambil berangan makan stemboat. Boleh? haha



2 bilik dalam 1 rumah. Luar bilik ada meja makan dan buai, boleh lepak2.

Cubaan nak curik arnab.



On the way nak cari makan malam. Kena cari sampai ke Ranau. huhuhuu
Esoknya, lepas check out, kami pergi lagi Taman Kinabalu.
Ha! Baru la nampak gunung nya!


Nak check out dah.

Kenangan bersama Gunung Kinabalu

Budak ni merajuk sebenarnya. Tak kuasa mak nak layan.

Masih merajuk

Mama dan Opah


Abah dan Mak Tok
Lepas dah keluar dari Taman Kinabalu, kami terus menuju ke Desa Dairy Farm.
Seperti biasa, GPS je, sebab signboard tak ada. huuuu

Sambil-sambil tu, singgah la di tepi tepi jalan nak bergambo.


Berat nya dikauuu

Ecece..ni la mak mak kitewww

Hmmm. Abaikan


Eh. Dah sampai.

Gambar keluarga.

Motif anak ai tiru gaya mama?

Bajet lawa, lepas tu ter-imagine ada ular, terus ai lari. huhu


Kat kampung gua pun ada lembu, motif lembu sini lagi hensem?

Tapi hensem lagi la suamikuuu

Kambing pun...macam tak mkn seminggu. Nyampah ai.


Susukan lembu pulak. Asyik susukan anak jee. Eh?



Jom minum susu pulak!

Segar. tapi takleh lawan la susu unta yg ai rasa kat Mekah. Panas-panas lagi. 

Fineeee


Beli souvenir untuk rakyat jelata.

Ini lah jambatan Tamparuli. Tapi ni setelah di repair. Kata penduduk tempatan la.

Tak kuasa nak jalan sampai hujung.
Rumah Terbalik yang mahal nak mamps. HAHA
Rumah terbalik ni memang ai takkan masuk dah, kalau ade rezeki ke Sabah lg laaa..
Dah la mahal, tak boleh ambil gambar kat dalam. Pastu tour sekejap je.
Tak best ah!
Cuma unik laa..sebab dalam rumah tu susun atur dia semua terbalik. Pening terus mak jemah.


Bergambar dari luar je laaa..

Sebelum masuk kena ketuk gong. Adat mana tah.

Oh..makcik2 yang keletihan. haha
Untuk malam last, kami check in di Seapark Condotel Hotel, ambil 1 bilik je ( 1 double, 2 single bed) dalam RM 170.

Malam nya, untuk mengisi ruang, kami shopping mutiara Part 2. huuuuuuuu. Dengan shopping rumpai laut. Dan pulangkan kereta sewa pada tuannya.

Esok pagi, call teksi, terus ke airport.
Sekian perjalan kami.

Lepas ni ai update pasal Umrah dan lawatan ke Kuching.
(haha. adik ai nak beranak dah, baru nak updet pasal majlis kawen dia di kuching. lantakkk laa)

Kbai.