Pagi-pagi kami bangun, berhajat nak naik Alps. Plan asalnya memang kami tak nak naik mana-mana gunung pun, sebab harga tiket beratus-ratus. Tapi bila fikir balik, macam rugi pulak kalau tak naik, kan? Bukan nya selalu nak datang sini pun.
View pagi-pagi dari tingkap cabin |
Tengah bersiap sambil breakfast |
Perjalanan mencari stesen Lauterbrunnen |
Dah park kereta, mari cari kaunter tiket (saja tangkap gambar sebab takut lupa park kat mana. haha) |
Maka, aku buat homework sikit pasal ni, dan kami buat keputusan nak naik top of Europe, Jungfraujoch! Oh, kalau nak naik atas, setahu aku ada banyak pilihan. Samada nak naik kat Jungfraujoch atau Titlis atau Schilthorn atau Pilatus. Harga tiket memang berbeza, sebab Jungfrau adalah the top of Europe, makin tinggi, makin mahal lah. T_T Jadi dah alang-alang sampai sana, kami pilih Jungfraujoch. Jadi mari beli tiket tren. (Kalau naik Schilthorn, kena naik cable car).
Inilah gambaran Jungfrau dan Schilthorn (dalam bulatan). Dan dalam segiempat tu, Lauterbrunnen, tempat kami naik tren. |
The view. |
Ala..tak nampak gunung bersalji belakang tu.. huhuhu |
Masa nak naik tu, agak tak ramai orang. Maka boleh pilih seat selesa sikit, sebab 50 minit juga lah nak sampai atas tu. Kami naik di Lauterbrunnen, dan kena tukar tren di Kleine Scheidegg. Lepas dah tukar tren tu, telinga dah rasa bingit sebab tinggi kot. Pening-pening pun ada. Tips: Elok lah ambil seat di belah kanan sebab view cantik. HoHo. Tren akan masuk terowong dan berhenti 5 minit di 2 stesen, Eigerwand dan Eismeer untuk bergambar. Kami semua turun di Eigerwand sahaja untuk bergambar-gambar, dekat Eismeer, En Temmon turun seorang je. Malas lah nak turun naik tren. Dasarrr. HAHA
Kami naik di Lauterbrunnen, tukar tren di Kleine Scheidegg, dan terus ke Jungfrau |
Budak ni mana-mana pun dia boleh lena. |
Dah semakin tinggi.... |
Orang tak ramai, jadi tak malu nk bergambar. hewhewhew |
Tukar tren di Kleine Scheidegg |
Ni di pit stop Eigerwand. Tren berhenti 5 minit je. |
Bila dah sampai, semua excited. Suhu masa tu dalam 2 celsius. Sejuk gila. Kalau time winter, tak tau la macam mana. Jadi kami jalan pelan-pelan menikmati pemandangan.
Ok dah sampai. Apa-apa hal, bergambar dulu. |
Ini laluan bila dah sampai stesen Jungfrau. Jalan je sepanjang laluan tu, dan singgah lah mana tempat yg rasa nak singgah. |
Alia pakai baju baru cik non beli. |
Dekat main station Jungfrau. Baru nak mulakan perjalanan. |
Aku tak paham macam mana orang yg tengah selongkar beg tu boleh tiba-tiba join kitorg, padahal dia nampak kottt.. |
Tribute |
Terowong ais ni laaagii sejuk dari luar tu taw. huhuhu |
Jatuh ke teww? HAHA |
Bestfriend in ice |
4 of us |
Keluar je dari rumah ais tu, terus ke open air. |
Budak kecik tu tengah makan ais. "Emmm..cedapnye.." Betuah sungguh. |
Alia still tgh makan ais. haha |
Sejuk sambil bibir biru...tp tetappp nak makan ais. T_T |
Suhu ok la..boleh tahan lagi, tapi bila angin tiup jeee..Perghh. Rasa nak turun cepat-cepat |
Alia ok je main ais. Mama dh sejuk dah.. |
Yang ni toksah cakap la..Dia memang ok je.. |
Ini macam gambar poskad. hehe |
Alia nak bawa ais turun. Bawak la nak.. |
Sejuk. Sejuk. |
Kat sini ramai omputih lepak mandi. Rasa nak join je. |
Rumah-rumah orang di tepi gunung. |
Dah sampai....untuk turun, makan masa dalam 30 minit je. |
Bila dah turun, kami balik cabin, makan dan rehat-rehat jap, sambil pusing-pusing area dekat-dekat je. Nak jalan jauh, tapi hujan pulak. T_T
Hujan lebat di Lauterbrunnen. Sejuk gilak. |
Mr. Grill. Sedap ooo..biasa la..orang kebulur. |
Gembira dapat makan burger. haha |
Ok. Habis entry Switzerland. Esok ke Italy pulak. Jumpa lagi!